Total Pageviews

Wednesday, May 22, 2013

..Ini Kali..Atau Lain Kali lahhh!!






...Makanya ini kali lah aku nak meraban...Aku nak naik basikal pusing2 pekan Ipoh...terjah jalannya yang sempit dan banyak one way...Aku nak naik Bkt Kledang dengan berjalan itik...Aku nak sepak muka pelanggan yang lambat bayar hutang...Yang bayar hutang pakai cek tendang... 


...Tapi...Hurmm..nak tanya diri aku sendiri...Mampukah kali ini..atau pun lain kali???Dan kalau tak mampu,aku tak sepatutnya jadi tidak ketahuan atau gila meraban..Lepas tu salahkan orang lain lagi,lagi dan lagi sebab segala rancangan tak menjadi...lagi dan lagi dan lagi....



...Ok jom serius...Apalagi yang sebaiknya diperlakukan selain dari menambahkan saham akhirat bila umur telah pun mencecah tahap bonus...bukan lagi dengan mengadakan road show dalam terus terusan menyalahkan orang lain atas kegagalan...



...Di kejiranan rata rata mereka yang berumur aku lihat mereka ini lebih teratur serta tenang hidupnya...waktu petang hari ada yang membawa cucu bersiar siar dengan motor...Cukup masa sama sama berjemaah di masjid...air muka yang bersih serta jernih menampilkan peribadi mereka juga begitu...Jauh bezanya dengan mereka yang masih mendongak tegak berdiri umpama mahu menongkat langit walau kubur kata mari rumah kata pergi...penyokong pula semakin ramai lari..itu belum dikira masyarakat sekeliling yang terus membenci...



...Jika disoal munkin ada yang menjawab..Ini soal maruah diri!! Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...Maruah apalaginya jika semua telah punah akibat kerakusan sendiri....



...Rasanya..cukup cukuplah sampai di sini...cari dan buatlah perkara yang lebih berfaedah untuk anak cucu serta generasi...mengalah tidak bermakna kamu kalah...itu lebih baik dari terus terusan berbalah...Setiap empunya diri perlu bermuhasabah...Walau sejauh mana pun kamu pergi..Masih ada ruang dan kesempatan untuk membuat U turn....mengalahlah  dengan bermaruah dan dihormati...









5 comments:

deaf-angel said...

I concur with this post.

Ra1m1 said...

Pandangan paling telus dan benas!

Rafi said...

Politikus mmg mcm tu..berbalah..berbalah dan terus berbalah sehingga hati dia puas

Adi Herman said...

in the end, apa yg paling penting ialah saham di akhirat...di akhirat tidak ada lagi terma "politik" yang serba kekhilafan itu...

Kaboi Tanduk said...

kerusi dan kuasa, ini memang buat orang tak mengalah..