...Mendengar siaran radio sekarang ini amat memenatkan walaupun kita hanya duduk bersantai dengan tidak berbuat apa2...letih dengan lagu yang sama diulang2 dari pagi hingga ke petang....cuba2 untuk ke siaran yang lain namun itu jugaklah lagu yang ke udara...baik siaran bahasa Melayu juga samalah juga dengan lain2 siaran...Itu belum lagi termasuk dengan segala macam iklan...Lagu merapu dari Pit Bull,Rihhana dan LMFAO (dah bungkus pun) sudah menjadi satu kemestian pada setiap hari...Dan yang paling latest Gannam Style!??? Dalam pada itu aku amat setuju dengan bidasan Anuar Zain tentang perkara ini...Justeru ada baik layan Klassik Nasional & IKIM FM..Selain info dan ilmu banyak lagu2 yang mampu mengimbau nostalgia yang boleh kita dengar...
...Tak pasti samaada taste muzik aku ke yang berubah atau sememangnya dunia muzik dah kehabisan modal atau dah kepenghujungnya...Masa muzik grunge baru naik dulu M Nasir pernah kata yang muzik dah balik pada asal sume dah recycle..ada betul jugak katanya tu..bilamana banyak band Grunge serta Indie yang muncul memainkan muzik yang simple kord yang senang2 atau gitu2...banyak berpaksikan muzik 60an...namun melody serta lirik masih expresif yang bagi aku hanyalah disebabkan kecelaruan identiti serta jiwa yang memberontak...Jelasnya modal dah tepu beb! Dan kesan tepu idea ini berlaku di mana mana...
...Awal 80an dulu juga pernah mengalami perkara yang serupa bila mana dunia muzik mengalami perubahan..New wave yang berpaksikan kepada bunyian tekno?!! Atau synthisizer banyak mendominasikan embience muzik ketika itu...Muzik makin moden selari dengan dunia yang semakin tua...
...Munkin tidak mahu dikatakan ketinggalan stesen stesen radio sering menyiarkan lagu2 dari muzik new wave ini...berbanding sikit dari radio berbahasa kebangsaan...namun mood serta tastenya tetap sama...Ketika itu hanyalah lagu2 hasil dari ciptaan Ahmad Nawab sahaja yang dikirakan sebagai ‘boley laaa’ yang mampu menarik pendengar Melayu macam aku...walau ramai penyanyi di bawah didikannya namun agak malang bilamana muzik bawaan mereka sama sahaja...Satu acuan...Yelah bila penerbitnya dari orang yang sama....maka muncullah beberapa copy cat Jamal Abdillah..atau tidak pun hampir menyamai...
...Dengan itu penyanyi solo dari Indon pula yang banyak mengambil tempat bagi ruang kosong yang ada...Jamal Mirdad,Endang Estaurina,Poppy Mercury,Hetty Koes Endang,Nike Ardilla...jika maukan sedikit kelainan atau yang happening hanyalah lagu dari band2 seperti Carefree,Black Dog Bone,Revolvers,Heavy Machine,Discovery,Alleycats,Alice Sound Brain Connection dan banyak lagi...Kemudian baru muncul Kembara dengan muzik pop+folk+rock..berbeza sedikit dari band2 lainnya namun masih menggigit dengan muzik ballad serta liriknya...bersama sama Kopratasa dengan lirik2 puitis yang mampu mengajak pendengar berfikir...
...Jika dilihat hanya muzik rock sahaja yang mampu mengorak langkah memberikan kelainan ketika itu Iron Maiden,Saxon,Riot,Touch dan lain lagi bergerak dengan panji New Wave Of British Heavy Metal (NWOBHM) bersama2 menghasilkan anjakan revolusi dalam muzik Rock bersama2 band old timer Rainbow,Deep Purple,Black Sabbath,AC DC,Scorpions,Blue Oyster Cult,Wisbone Ash,Uriah Heep yang tetap meneruskan legasi mereka....
...Bertitik tolak dari itu muzik Rock terus diexplorasikan oleh penggiatnya hingga kini..Sebenarnya sebelum itu lagi pelbagai cabang yang tumbuh...Progresive,Psycedelic,Post Rock,Glam Rock seterusnya Thrash,Indie Rock,Punk,New Wave Of American Heavy Metal (NWOAHM)Death Metal,Black Metal,Grind Core,Doom,Stoner,Hard Core,Porn Core hinggalah kepada segala jadah extreme metal...Dengan kepelbagaian yang ada pendengar atau peminat boleh memilih mengikut citrasa masing2...
...Di Malaysia zaman kebangkitan Rock (mainstream) hanya terasa sekejap...dan tidak banyak band yang betul2 punya kualiti yang sepatutnya dari segi skil permainan..kalau boleh disenaraikan pun hanyalah Sweet Charity (Singapura)Rusty Blade (Singapura)Kingdom(Singapura)Wings,Search,Lefthanded,Headwind,Mega(oldskool)...
...Atas faktor bisnes bilamana lagu2 heavy (tidak heavy mana pun) telah dikurangkan dalam satu2 album demi mengikut kehendak syarikat rakaman yang ingin mengaut untung dengan memuatkan lagu lagu leleh tahap lilin yang mencair...ada benar ada tidak..selain dari itu band copycat yang cuma hebat bergaya depan kamera namun di sebaliknya muzik mereka dimainkan oleh seasonist...bertitik tolak dari itulah pengaruh muzik rock mainstream semakin hilang sengatnya...Tidak nampak ikhlasnya mereka...selain dari itu kekangan dari kerajaan juga memberi kesan terhadap terbantutnya perkembangan muzik ini di negara kita pada masa itu...Alasan muzik Rock ada lah pencetus gejala sosial dimana kemuncaknya rambut Wings & Amy Search dipotong oleh Pak Menteri di atas pentas dan disiarkan secara langsung oleh RTM..Double Standard!!Ini semua merupakan faktor penyebab mengapa muzik Rock tumbang di Malaysia ketika itu...Sebagai tanda protes mereka maka terbitnya album Double Trouble!!
...Ketika ini lah scene muzik bawah tanah telah mula menular dengan rakus!...Ini adalah escapism bagi memenuhi ruang kosong yang ditinggal kan oleh mereka di mainstream yang hanya garang dari segi rupa...Banyak band band yang berpaksikan kepada muzik Thrash dan Death Metal muncul antaranya Silent Death,Brain Dead,Infectious Maggots,FTG,Modar,Saxo,Punisher,Nemesis,
Slap Death,Naked Butterfly,Bazzah,Atthotorgh,Vociferation Eternity,Sil Khannaz serta banyak lagi...secara kolektif ramai yang menggemari muzik sebegini Thrash,Death Metal,Grind Core,Industrial Metal dan pelbagai lagi cabangnya....Jika ditanya mengapa? Antara apa yang boleh dikatakan mereka ini lebih kreatif,loyal,serta mengamalkan attitude serta prinsip DIY...dari pra produksi sehingga lah hal ehwal distribution...Jelas tiada kekangan dari mana mana pihak yang mengamalkan sistem kapitalis...dan semestinya juga muzik mereka yang lebih heavy mampu menepati citarasa anak muda dan tua yang rebel!!...
...Namun apa yang pasti muzik rock tidak bermusim..sama macam muzik pop jugak...terutama muzik bawah tanah tanahair yang semakin meriah...bila2 pun masih tetap relevan...kita boleh lihat explorasi dan experimentasi terus dilakukan oleh penggiatnya...tidak seperti mana sekarang ni K Pop atau J Pop...(Err tapi Pop Corn kat TGV Ipoh Garden sedap ooo..huhuu)(Mencelah pulak)...Muzik yang seumpama bunga plastik..nampak saje cantek tapi jiwa kosong...macam belon bila ditiup makin kembang atau besar namun bila dah meletup!?...Cepat datang cepat jugalah hilangnya nanti...
...Dulu,kini dan sampai bila pun kita tidak tahu...juga hingga kemana hala tuju akan segala jenis muzik ini...cuma apa yang pasti penggiatnya akan terus mencari sesuatu yang baru...Ada yang terus tenggelam ditelan masa..namun aku percaya tiada noktah bagi muzik yang satu ini...
Long Live ROCK N Roll!!!
P/S: - M.Nasir pernah cakap dah takde mood nak carry on dengan muzik sebab Loloq dah takde..atau pun sebab sebenarnya dia juga dah tepu idea...Opsss...