Total Pageviews

Wednesday, November 9, 2011

..Sir Pritam Singh...



...Pagi Sabtu yang lalu aku tak ke out station pun..jadi arini cuma cover sekitar Ipoh je..buat delivery apa apa yang patut..Tak ketinggalan di Old Town Ipoh...Elok masuk ke satu parking lot..aku ternampak saorang lelaki berbangsa Singh sedang duduk di depan sebuah klinik..hati aku terus terdetik..Che Gu Pritam nihh..Eh betul ke? Apa dia buat kat sini?Hati aku kuat mengatakan dia sememangnya bekas guru bahasa Inggeris semasa aku belajar di SMK Tlk Datok,Banting lama dulu...Ye la last sekali aku jumpa dia pada tahun 1979..bermakna dah tiga puluh dua tahun baru arini aku berjumpa balik dengan beliau..kat sini kat Ipoh Old Town...Hahhahahaha...

...Aku beritahu pada dua anak aku yang mengikut sama,sebelum kami sama sama menurunkan barang dan bawa naik ke stor di tingkat atas..sambil lalu di tepi beliau aku buat dek aje...Dalam hati kata karang dah selesai sume kerja baru aku tegur dia..cam biasa bila berkerja aku fokus taknak campur aduk dengan benda benda lain sebelum habis tugasan..itu pasal call atau sms yang masuk pun aku KIV je dulu..hehehe..

...Abis je kerja,aku terus mendapatkannya dan menegur..dia yang mulanya agak terpempan tapi ramah sesudah aku perkenalkan diri dengan lebih lanjut...dan kami pun berborak tentang hal dulu dulu semasa di sekolah...hahhahaa...Rupanya sekarang beliau merupakan lecturer di UTAR Kampar yang mana sebelum ini beliau juga mengajar di USM Tronoh (sekarang UTP)..Pelbagai soalan dari dia,begitu juga aku kepada dia,antaranya..Sir you masih lagi simpan Ford Capri yang berwarna metallic biru tu?? Part ini dia memang terkejut..Hahh !! Macam mana you masih lagi ingat sama saya punya kereta??...Hahhahahaa..aku cuma gelak dan menjawab itu lah antara nostalgianya boss...hahahahaa...Selepas bergambar dan bertukar tukar kad kami pun masing masing meminta diri...dia bergerak pulang selepas anaknya selesai menerima rawatan di klinik itu...dan aku dengan anak anak meneruskan tugas ke lain lain tempat pula...

4 comments:

deaf-angel said...

memang kadang2 nak jadi cerita.
Macam aku, aku jarang beli satu suratkabar Singapura bernama New Paper.
Sekali aku saje je beli, belek2, la...cikgu coach hoki aku mati. Dia famous, so mati siap ada artikel kat suratkabar. Maklum banyak anak murid.

Dr. Bentara said...

Sir tu Queen of England bagi ke ;)

WanBeruas said...

...Deaf - Dalam dunia banyak perkara yang jadi kebetulan dan macam dah berjanji..

..Dr Ben - Murid sekarang aku tak pasti tapi kami dulu panggil guru bahasa Inggeris dengan panggilan Sir..Yes Sir no allrait,nak nyor boley kait..:0)

Arip said...

Sir Pritam Singh pernah ajar saya di SMK Sultan Yussuf (1995), Batu Gajah.
Dia ni kelakar, tapi bebudak takut dgn dia. Biasa la kalo dia marah, kita tak tau nak balas balik dalam Bahasa Inggeris.