...Tersentuh hati aku pagi ni ketika mahu ke BIMB..terlihat saorang bapa yang membawa keluarganya yang seramai 6 orang (anak 2 yg masih kecil) bersama isteri di atas motor roda tiga...beliau tersenyum kepada aku tanda terima kasih kerana memberi laluan kepada mereka...
...Kekadang kita berkata yang kita susah namun sebenarnya masih ada lagi insan lain yang lebih susah…Macam aku dulu..pernah tinggal di rumah setinggan yang senget,atap zing tiada letrik tiada air paip..hanya telaga buruk di belakang rumah yang dikongsi dengan lain lain penduduk…amat menyiksakan bila musim kemarau...dengan air yang sedikit..kalo lambat ke telaga jawabnya keringlah air setelah diguna pakai oleh orang lain...sudahnya untuk mandi atau membasuh terpaksa kami ke air terjun Jelapang yang jauhnya entah beberapa kilometer...Tapi alhamdullilah tidak pulak pernah kami merungut atau menyesali akan nasib...anak sulung makin besar dan sudah tahu erti takut akan gelap malam yang ketika itu hanya menggunakan pelita minyak tanah (bebudak sekarang tau ke idak akan minyak tanah atau minyak gas?)berbanding dengan kebanyakan jiran yang mengunakan enjin Honda atau Yamaha...untuk itu aku membeli sebiji bateri kereta second hand yang perlu dicas selang dua hari dan sebatang lampu kalimantang pendek yang mencerahkan rumah usang aku...Humm baru lah nampak batang idung..Biasa la bila selama ini dok dalam gelap tetiba terang so happy semacam je anak aku tu...hehee..
...Agaknya munkin disebabkab masa tu aku suka baca buku motivasi,psikologi dan sikit2buku agama jadi aku masih boleh enjoy dengan kehidupan yang sebegitu..Yelah layan yang seadanya...selalu aku berkata masih ada yang lebih susah..maka bersyukurlah dengan kehidupan...Namun dalam hati tetap tekad akan mengubah nasib diri dan keluarga..Insyaallah...
P/s: - sungguh pun begitu kita tidak boleh menyerah kepada nasib..Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hamba itu sendiri yang mengubahnya...
4 comments:
you are right beb.
kita ingat kita susah giler ngan financial, mental, physical, handicap dan sebagainya dalam hidup kita, tapi orang lain seribu kali lagi susah..
dan bila kita tengok dorang cool aje, jadi pengajaran buat kita tempuhi ngan sabar dan cam ko cakap, cuba ubah walau sedikit pun.
...lama dulu masa aku tunggu turn di spital..kat sebelah ada sorang student pompuan yang pakai uniform..aku tanya sakit apa?..Jantung berlubang katanya selamba..Ketika kengkawan lain berseronok melalui zaman remaja mereka,beliau dalam kepayahan melayan penyakit..Fuhh aku besyukur sangat waktu itu kerana sakit aku tak seteruk beliau..ada orang lain yang lebih teruk rupanya...
Assalamualaikum, nak tumpang tanya, air terjun jelapang ni air terjun ulu chepor ke... ataupun memang ada air jelapang seperti yang di maksudkan, sorry lari topik sikit, kalau nak email jawapan pun boleh ke: steadmiral@iname.com
Post a Comment