...Malam tadi jugak munkin ada yang tak tidur sampai pagi kerana dok berkira kira nak tukar kereta baru..Nak tukar dari Naked Bike kepada Super Bike..Nak kasi up grade CC...Namun tidak semua orang yang tersengeh macam kerang busuk dengan Budget 2012...ada gak yang tersenyum sumbing dan tak kurang jugak yang langsung tak nak senyum walau awek cun senyum kat dia.."Ati dalam ada panas"..katanya...
...Ye laa bukan senang nak puaskan hati semua pihak...Apa yang pasti selepas ini harga barangan akan naik lagi...Aku kesian dengan mereka yang dhaif..sesetengah orang yang kais pagi makan pagi..Contohnya mereka yang ramai aku lihat mengutip barangan lusuh atau terpakai untuk dijual semula setiap pagi berhampiran tempat pembuangan sampah dekat dengan rumah aku...Mereka ini kreatif untuk hidup...Dan aku memang respek abis dengan mereka ini kerana tetap berusaha mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga...Aku jugak kesian dengan orang kampung aku yang selalu merungut hasil kebun yang dah tak seberapa..Nak kerja pun dah tak larat kerana rata rata mereka semuanya dah amat tua...namun hidup perlu jugak diteruskan..keperluan dapur mesti jugak diadakan sedangkan harga barang semakin mahal (berbanding Ipoh,barang keperluan dapur serta ikan memang mahal di Pekan Beruas walaupun tidak jauh dari pantai)
...Namun tiap dari kita punya cara dan kaedah dalam melayari kehidupan...dengan dunia,sosial dan ekonomi yang semakin mencabar...Jika mahukan rezeki yang lebih usaha kita pun kenalah jugak lebih...Pelbagai cara ada...Tiap dari kita dipinjamkan dengan akal dan fikiran..justeru gunakan dengan kreativiti masing2...Asalkan iannya halal...Bukan mahu berlagak sombong dan tidak bersyukur..Cuma kita perlu ingat akan satu ayat.."Tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima"...Maka kita sebagai manusia berusahalah...
5 comments:
suka last paragraph
50 billion untuk pendidikan bermakna makin banyak fund untuk buat research. Dua keadaan ahli akademik:
1. Pening (tekanan untuk dapatkan dana)
2. Suka (ada peluang untuk dapatkan dana.
pasal kutip barang lusuh ni. Ada ceritanya, kat area umah aku setiap petang ada pasangan cina laki-bini. Umor dalam 60-an, depa akan naik basikal kutip tin. tin aluminium saja. Aku mcm respect kat depa ni sebab dah tua masih gigih cari rezeki, halal dan bersama.
Naik basikal plak tu. Kadang2 dari Kangar sampai Padang Besar...
Sambung dalam blog laaa..pjg la pulak cerita ni...
..Kangaq - Pdg Besaq..diaa juh tu..
Tengkiu bro satni wa singgah mai..
sori.. baru sempat tulis blog...
Post a Comment