Total Pageviews

Monday, December 6, 2010

..sakit..macam macam perkara sakitt...

....KOSMO - 5hb.Disember 2010 - Kenaikan harga minyak dan gula yang bermula semalam dijangka tidak memberi kesan kepada harga makanan dan minuman...bla bla blaa...

...Dalam masa kerajaan ingin mengukuhkan lagi kedudukan pemerintahan di bumi Malaysia ini raakyat sekali lagi dikejutkan dengan isu kenaikan harga barang yang secara tiba tiba melanda negara.Ini berikutan dengan kenaikan kos bagi kebanyakan sumber sumber yang secara langsung telah memberikan impak atau kesan yang mengugat pengguna keseluruhannya.

...Jadi kesannya selepas ini yang bakal kita lihat ialah akan berlakulah perlumbaan dalam menaikan harga barangan yang mana bagi pengeluar ,pembekal,dan penjual masing masing akan cuba memberikan alasan bagi menutup mata dan mulut kerajaan serta pengguna.Perlu diingat bahawa pihak peniaga sepatutnya mestilah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya bukan hanya ingin mengaut untung yang berlebihan yang mana menekan pengguna yang tidak berkemampuan,kerana jika dilihat kepada setengah setengah barang kadar kenaikan tidak lah seberapa bagi mereka namun pengguna yang terpaksa menanggung sejumlah besar kos dan mereka pula mengaut untung yang berlipat kali ganda.Kita lihat saja contohnya roti canai kadar harga yang dinaikan bagi sekilo tepung dulu hanya lah sepuluh sen,namun nilai bagi sekeping roti canai pula telah dinaikan sebanyak sepuluh sen juga..maka adalah tidak munasabah bagi para peniaga untuk menaikkan harga,walhal keuntungan masih di pihak mereka.Kini gula dan minyak pula yang mana kenaikan nya sejak 2008 sebanyak 28%...

...Impak ini amat ketara bagi mereka ysng berpendapatan rendah dan sederhana dengan kos lain nya yang perlu diambil kira seperti bil api,air,telefon,belanja
sekolah dan sebagainya lagi yang menjadikan nilai wang kita semakin kecil.Justeru kita sebagai pengguna mestilah menjalankan tanggungjawab kita secara bijak dengan mengamal kan cara berbelanja yang berhemah dan berjimat cermat,dalam pada itu marilah kita sama sama berfikir serta mencari jalan bagaimana caranya untuk kita menaikan taraf ekonomi hidup yang semakin mencabar ini.Kerana tak boleh tidak kita tetap perlu melaksanakan tanggung jawab dalam meneruskan kehidupan ini bersama.

4 comments:

Ita Cun said...

bro..roti canai skrg pun lebar besar tapak tangan je, mkn 1 keping pun cam x puas...klu naik harga lagi.. hampehhh...

WanBeruas said...

..Ita lu tau tak,masa di Banting dulu saya ngn Basir selalu ke Muhibbah Restoran Jalan Morib..roti canai sekeping yg besar dan tebal cuma .25sen je, begitu jugak dengan teh ais gelas besar (bukan cam sekarang gelas ada pinggang cam pompuan)lagi .25 jeeee...bawak sehinggit boleh hiduppp...

deaf-angel said...

semoga dipermudahkan kita semua dalam urusan harian. Amin.

WanBeruas said...

Deaf - Aminnn...