..Kelmarin aku berhubung dengan kawan lama aku yang mempunyai firma lawyer di utara tanah air..lama tak sembang macam2 le yang keluar...termasuk perihal muzik underground dan semasa...
...Teringat lagi aku antara ayat dari dia yang berbunyi..Aku tak faham dengan muzik underground nih..bising sangat,camne hang boleh minat..Hei itu muzik budak2 lahh..aku takat rock je lah itu pun yang lama2..Hahaha!Aku tak marah pun..itu pendapat dari dia,kata2 orang yang tak tahu line ini..cam aku jugak lah yang buta tentang ilmu guaman yang diamalkan oleh beliau..so aku tak boleh nak pertikaikan kenape orang2 macam dia selalu membela orang yang pada mata kita sememangnya bersalah hingga terlepas dari hukuman...Kawan aku nih masa sekolah dulu mamang suka provoke dan berdebat dengan kami..dan selalunye berakhir dengan masam muka..hahaha..Jadi dengan provokasi dari dia seperti yang dia atas..aku jawab camni..
...Bro sebenarnya macam yang aku cakap sebelum ni laa..aku layan sume jenis muzik..apa saja yang menyenangkan..dan ianya tak terhad kepada lagu2 slow atau bising je ..macam kau kata kau dengar nasyid dan lagu2 rock lama..Aku pun dengar gak Raihan,Hijjaz,Al Suraya,Al Hidayah dll.dan muzik UG ni untuk pengetahuan kau bukan mestinye muzik ‘bising’ je..ianya terdiri dari pelbagai jenis genre..makna underground tupun attitude sebenarnya..DIY..tak kira le apa pun...antaranya ialah muzik..semua dibuat cara sendiri2...nak komersial2 ni tarak…tapi kalo album pun masih boleh jugak dijual worldwide lagih..walau tanpa publisiti..dan dorang ni pun banyak yang educated..ada arkitek,ada engineer,lecturer dan lawyer cam kau jugak...bermakna di situ mereka bukan semuanye terdiri dari budak2 macam kata kau tadi..mereka itu jugak adalah dari otai2 yang loyal dengan apa yang diperjuangkan..takde nak biarkan orang cucuk hidung kita..dan perah hasil titik peluh kita..banyak lagi lah kalo nak dicakapkan...
..tadi pun kau kata kau dah tua so dengar nasyid aje lahh..makna nye kau dah jumudkan dan limited kan diri kau..ok fine no hal itu hak engkau…selera kita pun tak serupa...walau pun kau makan nasi sama gak macam aku tapi kuah nye berbeza beb,lauknye lain2..namun aku tetap kata tak salah dengar muzik keras..In fact dengar muzik ni pun kira satu terapi jugak lah..haha..satu lagi bro kita kena berkawan dengan semua jenis orang dan bukan dok dalam satu kelompok aje..rugi hang tau..
..At last aku kendurkan keadaan dengan kata kat dia..Hahaha bro kau sekolah tinggi aku cuma menengah jee..dan aku tak nak urge dengan kau sebab kau lawyer bertauliah aku takat loyar buruk je boleh lahh..Hahaa..Kemudian sesi kutuk mengutuk kami berakhir dengan informasi dari beliau..Pathmnathan Lawyer Buruk Kelaku tu sekolah sama dengan dia kat SSAS..dan Lawyer tu juga yang suruh mamat umur 19 tahun tikam mangsa di tengkok sorang demi sorang..tragis sungguh!..
# ..P/S :- Pandai tak semestinye cerdik..
7 comments:
muzik ni terpulang masing2..aku baru je baca artikel ahli parlimen kat Great Britain , siap posing ngan tshirt maiden dalam house of parliment britain. a fan of metal.
aku suka tau, pagi2, aku nampak, pakcik kerja sapu sampah..makcik cleaner, ngan suratkabar hari tu kat tangan dorang
that is ilmu... kita orang melayu taksub sangat just becos someone ada paper, atau hold big jobs atau ada status, kita lupa ilmu tu boleh kat tangan sapa2 sebenarnye
ada orang suka makan mee goreng ada yang suka makan burger. Soal taste je tapi orang kadang2 jadi pelik.
bro...aku selalu kena tanya...
kan dah tua...kenapa dengar lagu2 camgini?..
ni kan lagu budak2..
ntah la...rasanya lagu2 yg aku dengar semua dah taraf oldies dah...aku memang tak berapa masuk dgn muzik sekarang...tak kira la yg metal ker pop ker...memang aku dah tak berminat nak explore...selera muzik aku mmg stuck kat 80's...
ntah la..mungkin lagu2 keras ni walaupun dah masuk 30 tahun dah usianya akan tetap org anggap lagu anak2 muda...takder istilah oldies kot kat lagu metal...
..muzik ni universal..takde undang2 yang mengatakan muzik bebudak atau muzik orang tua,atau muzik untuk orang kaya atau pun muzik orang miskin..ianya untuk listening pleasure dan escapism..Di luar negara muzik Thrash dijadikan salah satu modul dalam pusat Psycatric..jadi kenape meraka nak heran jika kita mendengar berbagai2 jenis muzik..aku lagi heran jika ada orang yang tak boleh layan muzik..sebab meraka kata muzik itu merosakkan..itu lah sikap kebanyakan orang kita yang suka menuding jari pada orang sekeliling…tanpa sedar walhal satu jari yang menuding orang lain empat jari lagi menuding diri sendiri..
muzik keras tetapi hati lembut..hehe
Aku suka dengan penjelasan tu. Macam soal iman juga sebenarnya.. jngan kerana kita nampak seseorang itu pakai jubah, serban tinggi, solat tinggal, ada tanda itam kat dahi.. bermakna iman beliau tinggi. Beliau boleh mengeluarkan fatwa sesuka hati dan mengkafirkan seseorang sewenangnya...
Tidak bermakna sahabat anda seorang peguam, maka sehingga soal muzik kegemaran individu lain diherdiknya. hehehe...
Tapi aku suka ayat muzik adalah terapi bagi seseorang walaupun apa saja genre-nya...
Setuju dengan Abang Ben! Apa2 hal pon, music is my drug!
Post a Comment