Total Pageviews

Tuesday, March 10, 2009

..Semua Berhak Untuk Hidup..

..Satu dua hari ni aku terasa macam ada yang kurang jee..apa ek?..lama berfikir baru aku perasan..tiada bunyi salakan anjing dekat ngan umah aku lagi..aku diberitahu oleh isteri anjing anjing yang selalu datang mengutip sisa sisa makanan yang kami bagi dah tinggal sekor..yang lain lain mana?Dah kena tembak..Hah!! Aduhh kesiannyaa..
...Walaupun binatang ianya berhak disayangi dan menyayangi kan ke ianya makhluk Tuhan jugak..teringat aku semasa kecil sewaktu kepasar dengan mengayuh basikal saekor anjing dijerut tengkoknya di depan mata aku oleh saorang penguatkuasa kemudian lalu ditekan kebumi kepalanya dengan sebatang kayu..dalam pada anjing berkenaan berhempas pulas untuk melepaskan diri datang saorang lagi dengan selaras senapang..kemudian..Pang!! Tepat ke kepala dengan tersembul biji mata anjing yang tidak dapat melepaskan diri tadi..aku terkejut dan tergamam..melihat akan kejadian kejam itu..sedih,kasihan dan marah yang amat sangat aku rasakan masa itu..
..Aku bercakap berdasarkan nilai nilai kemaknusiaan..kerana ianya adalah makhluk Tuhan yang berhak untuk terus hidup seperti kita..selagi tidak memudaratkan..kenapa mesti sampai membunuh,dengan kejam pulak lagi..Berbalik kepada cerita awal tadi.. anjing anjing yang sebanyak empat ekor ini banyak berjasa kepada kami penduduk sekitar sebenarnya..kerana ia akan menyalak jika melihat orang luar yang datang..dan lagi tidak pulak menggangu atau mengotorkan persekitaran penempatan kami..tempat tidur waktu malam pun di atas jalan besar itu pun setelah tiada yang lalu lalang..
..Mempunyai perasaan kasih sayang dan kasihan belas juga adalah satu nikmat Tuhan yang dipinjamkan kepada kita sebenarnya..Syukur,bagi kita yang masih mempunyai perasaan itu..jika tidak..lihat sajalah di sekelliling kita..tanpanya..hasad dengki,khianat bunuh membunuh sering saja berlaku..mereka mereka ini sebenarnya 'sakit' kerana itu mereka sanggup begitu..lebih ganas dari binatang!!
..Kini tiada lagi anjing yang terkedek kedek ekornya bila diberi makan kat belakang rumah..hanya yang tinggal ialah dua ekor kucing kesayangan keluarga yang kami bela sejak beberapa generasi sebelumnya..
..Yang lebih malang, tiada lagi lah peluang kami untuk bersedekah walaupun hanya sisa sisa makanan kepada anjing anjing yang banyak berjasa..

...Si Docik..muda belia....


....Si Docik..kontrol miauu..


..apa tengok tengok..

...Demot,ngantuk..lepas makan..




..Demot..posing ayu..he he..


..Demot sakit mata la pulak..


..Jay-Z..anak si Demot..tak lama hidupnya..mati tertindih ngan Hafiz..masa tidur..aduss!!

....Si Puteh,kucing kesayangan mak aku di kampung..tak lama lepas gambar ni diamik dia mati..keracunan,kata mak aku sambil nangis..







5 comments:

benludin said...

-yes....gua setuju bangat!

-terlalu banyak kerosakan dimuka bumi ini atas faktor ketamakan duniawi..bukan dilakukan oleh makhluk2 yg tidak berakal,tetapi makhluk yg digelar manusia yg berotak kapasiti tinggi...tapi otak letak kat lutut...haihhh!
-sepatutnya otak-otak itu di-trade-in kan dengan otak kucing ...haha

WanBeruas said...

..tah le..apa yang nak diharap pun hanya segelintir je yang prihatin..

ariapertama said...

Banyaknya kucing. Tanda masih banyak lagi hidupan dan kehidupan di muka bumi ini.

ubilepih said...

Bro,
wa teringat kisah seorang pelacur yg bagi minum anjing kehausan,diceritakan asbab itu beliau masuk syurga.

Masa kecik2 dulu masa duduk kampong wa pun ada bela anjing namanya Sport, kami sgt sayang anjing tu..cerdik sangat..

WanBeruas said...

Belas ihsan/kesetian sebenarnya tak mengenal insan..kita semua makhluk Allah..gua ingat ingat lupa tentang satu cerita mengenai saekor anjing yang setia dengan tuannya di Jepun,setiap hari ia akan menunggu tuannya yang pulang dari kerja di stesen keretapi..satu hari dan hari2 seterusnya tuannya tidak lagi turun di situ setelah beliau sendiri mati..namun anjing itu,Hachiko terus menunggu bertahun lamanya hingga ia juga mati di situ..Hachiko..sebuah tugu/patung didirikan di stesen berkenaan bagi mengingati anjing berkenaan..stesen keretapi Shibuya..