Total Pageviews

Monday, March 1, 2010

Al Fatihah...Syafia Humairah...





Ketika kita masih lagi berada dalam marah ,geram dan sedih dengan kes buang dan bakar bayi..tetiba kita dikejutkan sekali lagi dengan kes deraan maut terhadap adik Syafia Humairah yang begitu sadis..apakah manusia kini telah hilang rasa kasih sayang dan belas kasihan?Aku pun tak tau..punya hati apakah mereka?..Sedangkan binatang pun tau erti kasih sayang?Lebihnya manusia mempunyai akal berbanding haiwan yang tak punya itu melainkan nafsu..tapi itu juga tidak menjamin mereka dari tidak bertindak di luar batasan..

..Bacul kata aku pada pelaku berkenaan..kerana hanya berani melepaskan amarah kepada insan yang tak mampu melawan…wajarkah mereka ini dipanggil binatang atau apa saja kerana tidak bersikap seperti manusia?..itu pun tidak layak bagi mereka..jika tidak apa gelaran yang patut diberi?

..Apakah selepas ini kita akan mendengar lagi kes yang seumpama?Aku kata semestinya..selagi dunia belum kiamat..Nampaknya pihak berkenaan perlu untuk menggubal atau meminda undang undang sedia ada demi untuk mengurangkan kes..namun untuk menghentikannya…sori..tak boleh kata aku..Cerita yang tersiar hanyalah sekelumit dari apa yang sebenarnya berlaku..tentu lebih banyak lagi kes kes tidak diketahui umum di luar sana..

Al Fatihah untuk mu Shafiah …aku & korang juga punya anak anak..


p/s :- aku tulis entri ini sambil dengar 'Rainbow Eyes'(Ronnie James Dio)

Tuesday, February 23, 2010

...Cerita Ceriti 1..

Cerita..lepas antar Ashraf dan Firdaus ke rumah Che Gu Bob “free lance” untuk tution aku call Dr Jaspal dan bagitau nak jumpa dia..Jawabnyanya di hujung talian..You r welcome tapi can you manage that crowded pasar malam out there? O o ye tak ye jugak so aku basgitau lain x je la aku datang..sudahnya aku ke Tesco St 18 je untuk mencari atau menambah keperluan yang dah copoi..he hee..sebelum tu cam biasa aku akan singgah ke kedai buku yang ada di dalamnya..kalu tak membeli pun aku suka meninjau ninjau je..suka gak tengok buku atau majalah tu disusun kemas sebegitu rupa dengan motley colors tu..malam tadi aku mencari satu majalah muzik regular aku ******.Sorang staff kat situ berkata,"Pakcik suka sangat ye dengan majalah ni?dia yang kenal dengan anak sulong aku sebenarnya kebetulan selalu bertugas bila aku membeli majalah berkenaan di situ..so aku jawab "Dari 1st.issue sampai le sekarang dah takat pinggang ni hah memang tak pernah miss..kecuali kalo kat dalam nya ada band yang tak kena dengan taste pak cik atau menyampah..pak cik protes cara camtu je!jangan beli he hee.." "OO camtu pun ada gak ekk.."katanya lagi..aku menyambung ..."Ini majalah info bukan cam “Pelam”atau “Mediot”tu gossip gossip tak main laa..haa haa…"Beli ilmu boleh guna sampai bila bila tapi kalo beli gossip..??


Ceriti...Pagi tadi aku ke sebuah Hospital swasta kat Ipoh Garden..cam selalunya la pusing punya pusing punya pusing tak juga dapat petak parking yang sentiasa penuh..pantang je berenti menjerit le si Pak Guardnya punn..aduss terpikir gak aku kalo le yang datang tu dari gate belakang dan berada dalam kecemasan tak tau mana nak tuju..harus barangkali kot Pak Guard tu akan berkata Encik encik kalo mau mati tunggu dulu aa..lepas lu parking kereta baik baik belakang lu mau mati kalo pun tara apa…ish ishh..sudahnya aku park juga kat line kuning…sekejap je pun tak sampai lima minit..ye la idak kalo apahal?(Mujur gak ada member tunggu dalam kereta)

Wednesday, February 17, 2010

..cerita ceriti..

Malam makin larut,ubat presepsi dr Dr pakar Hospital Ipoh dah aku telan awal awal lagi dah..aku tak leh tidur ..ni tentu pasal caffeine yang aku teguk sampai 3 cawan ni tadi..aku terbaring atas tilam kat hall..bilik yang ada tu kira tempat salin baju je..katil?Katil pun jadi perhiasan je sbb kalu aku baring atasnya pun kaki aku terjulur gak..sebab terlebih panjang..katil cuma 5 kaki.. panjang aku pulak err ..tinggi aku pula 6 kaki.. hum nasib laa..pusing kiri tak kena kanan pun tak kena..haa apa yang patut kena..OO ya kena bangun balik nih...tapi aku nak buat apa?

....Heh baik aku layan dvd yang aku beli smalam tapi tak sempat nak tengok lagi tu..cita Lords Of Dogtown..yang kalu tak silap aku di produce pada 2005,ok gak,tapi cita ni aku rasa tak berapa sesuai ditonton oleh bebudak yang masih lagi tercari cari identity diri kecuali dengan guide kita yang tua nih....sebab jalan cerita ni banyak mengandungi unsur unsur perlakuan liar dan tidak bermoral bagi masyarakat dan budaya kita..cerita yang berdasarkan dari true story tentang anak2 muda yang tinggal di California..meminati dan melepaskan adrenalin tenaga muda mereka terhadap sukan extreme skateboard..Tony Alva,Stacy Peralta dan Jay Adams…satu lagenda..yang berjaya dalam bidang masing2 akhirnya..Dalam cerita ni aku amat minat dengan watak Jay yang mempunyai keluarga bermasaalah tapi aku rasa amat cool,berbanding dengan Tony yang kaki perempuan juga Stacy yang agak goyah pendiriannya..





…walaupun begitu banyak juga unsur2 positif yang boleh diambil kira seperti semangat yang tak mengenal erti gagal dan kalah,usaha yang berterusan dan semangat setia kawan dan ini juga lah yang membuatkan aku suka dengan cerita ini..kerana bukan senang nak cari kawan atau sahabat yang setia,yang sanggup susah senang bersama..rahsia kau rahsia aku begitulah sebaliknya sampai bila bila...Hatta adik beradik sendiri pun...jika berbeza je sikit cara berfikir,hahh!Kau kau,aku aku..sapa yang rugi?

...aku masa ketika sekolah menengah dulu..nak tengok wayang contohnya..

Er kau ada duit tak?
Ada tapi tak cukup..
Ok kita ada berempat..mari tong tong sorang sikit bagi cukup..

..Dan kalo masih gak tak cukup..yo tak yah g takpe ..asal jangan ada kawan yang tertinggal..begitu jugak le..rokok sebatang boleh dikongsi beramai..tea ais sebungkus kongsi berlima..apa pun tak pe no hal..tinggal di rumah bujang dulu pun sama gak..one for all..all for one..tapi idak le dalam semua hal..tak kan le nak berak pun kongsi satu jamban dua orang...itu dah lain ceritanya tuu..he hee..

..bersahabat atau berkawan bagi aku biar sampai mati..ikhlas,tulus,jujur itu teras utamanya..duit?OO bukannya...walau aku tak nafikan dengan duit boleh beli kawan..beli pengundi dah almaklumlahkan?..tapi..jujur ke?ikhlas ke?kalo dah camtu?Huhh!!

..Humm aku rasa ini lah antara cerita yang boleh aku tengok sampai habis..yang lain tu banyak yang tengok aku balik…pasni aku nak cari Romper Stomper..cerita pasal skin head..ganas gak nihh..Eddie Gerhana Ska Cinta pernah cakap yang dia dulu amat terpengaruh ngan filem nih hingga dia juga..terbabas jap..he hee..

Wednesday, February 10, 2010

..aku mau terus hidup..



Darah merah bercampur habuk karat
Mengalir deras di pentas usang
Soldadu tua meratap hiba
Demi hilangnya semangat,demi hilangnya maruah,demi hilang nya segala…
Terus mencari di manakah penyudah segala duka
Apa yang dapat hanya hati yang terluka..hasil cetusan segala dosa..
Terus menghirup debu palsu
Terus menghembus asap pilu..
Perjuangan jalan terus..

Monday, February 8, 2010

..Lelaki Melayu bermasaalah?

Sudah menjadi tabiat aku selalunya,kalau tak bawa pinggan naik ke opis tapau je nasi untuk makan tengahari..sambil menyuap boleh dengar lagu..dan aku cukup suka membaca apa saja yang tertulis di atas kertas pembungkus nasi aku itu..baru baru ini sedang aku menyuap dan membaca..ada satu artikel yang agak menyentuh hati aku..bukan sedih..tapi bengkak!..ianya mengenai saorang pembaca yang menghantar pendapat pada satu ruangan forum..katanya lelaki melayu bermasaalah..tidak menghargai dan tidak menghormati wanita..ye ke..?hemm ok..

...Namun sedarkah penulis berkenaan yang masaalah berkenaan bukan sahaja dialami oleh lelaki melayu namun bagi kaum lain juga mengalami masaalah yang sama dan yang lebih jelas lagi kaum wanita juga begitu.

...Beliau mengatakan tinggal di luar negara selama dua tahun namun tidak barang seinci pun tubuhnya disentuh oleh lelaki asing.Tahukah penulis bahawa munkin lelaki lelaki asing berkenaan tidak berselera dengan beliau apalagi dengan sentimen anti asia atau kulit berwarna sejak dari dulu lagi.Tetapi cuba pula beliau jengok ke Planet Hollywood dan Hard Rock Café atau pun tempat lain di ibu kota betapa ramainya lelaki asing mengulam wanita wanita kita yang saya kira amat teruja jika dapat berdamping dengan mereka maka dengan sebab itulah kebanyakan artis Melayu kita pun banyak yang berkahwin dengan lelaki asing walaupun hanya untuk sekejap,apakah kerana mereka berpeleseran di tempat eklusif maka tindak tanduk mereka yang cemar masih lagi dianggap gentlemen atau menghargai wanita??

...aku mempunyai saorang kawan artis yang pernah merantau dan menetap di luar negara selama empat belas tahun dan dari pengalaman yang diceritakan beliau mendapati masyarakat mereka rata ratanya miskin jiwa dan moral baik lelaki mau pun wanita,yang tua mau pun yang muda banyak yang tidak beragama,sedangkan kita yang sejak lahir dan beragama pun tidak lepas dari melakukan perkara yang tidak baik (kesilapan) apatah lagi mereka..Jadi jangan lah penulis berkata atau memandang rendah dengan lelaki Melayu yang mana aku kira bapa atau abang penulis juga adalah orang Melayu,ianya saolah olah meludah ke langit juga.Kita telah lebih lima puluh tahun merdeka tetapi masih lagi ada raakyat yang mengagung2kan orang luar.Apakah penulis berkenaan ingin menunggu adanya orang asing berkulit putih atau berkulit hitam legam umpama gagak yang akan meminang beliau?Humm..sama sama kita tunggu..

Monday, February 1, 2010

..MeLayuu..

Aku ke Langkap pada Sabtu lepas,sebelum tu singgah di pekan Gopeng untuk minum pagi, dari malam tadi aku dah plan.Aku dan Hafiz masuk satu gerai mamak di tepi jalan..duduk melangut dalam sepuluh minit pelayan yang ada cuma lalu lalang aku buat eye contact tapi tak menjadi sebab depa tak pandang aku pun..depa ingat aku tak ujud kot..tak pe la..aku angkat kening kat Hafiz..jom belah..Singgah plak kat Pekan Jeram masuk satu restoran ala ala mamak je signboardnya..masuk je...aku disapa saorang mamat..dengan snow cap,jeans dan boot cowboynya..gaya memang tak kalah..hehh..

Pelayan – Abang nak apa (patutnya kau panggil aku pakcik)
Aku – Tosei ada?
Pelayan – Untuk apa tu? Makan?
Aku – Ye laa..
Pelayan – (Dengan termangu mangu)..Entah cuba tanya dengan orang tu..
Sambil menuding jari kepada saorang lagi pelayan yang pakai apron..
..Selera aku langsung terlerai..nafsu aku lesu…apa dia ingat tosei tu apa?Kertas tissue?Atau benda hidup ada kaki ada tangan?Sudahnya aku pesan air suam aje..hancus satu Malaya..Munkin silap aku pun jugak tanya tosei kat restoran melayu (yang aku sangka restoran mamak)tapi yang mamat sekor ni pun apa ke hal tosei pun tak kenal?Lawak bodo ke ape?

..Sudahnya aku layan sendiri cedok bihun goreng dekat dengan kaunter..bihun yang tak ada walau sehelai rumput pun apatah lagi dengan sayuran sebagai perencahnya..aku pujuk diri sendiri..dah ini rezeki aku pagi ini jangan nak banyak songeh..bersyukur je lah..aku tak ingat nama restoran tu tapi rasanya elok je ditukar pada nama Restoran Memang MeLayu..punn..huhu…

Tuesday, January 26, 2010

...Penutup 2009...

Hujung tahun aritu dapat le jugak aku kelapangan yang terpaksa dicuri untuk bersama keluarga..sebab selalunya hujung tahun schedule aku memang full..kekandang kenduri jiran sekampung pun aku tak dapat nak attend wakilkan wife aku je..aku terpaksa curi waktu ni antara lainnya sebab nak antar kakyong sambung balik study kat Uitm Shah Alam..jadinye la sambil menyelam minum air.. he hee..

..cam hari konvo aritu jugak le depa aku kerah bangun subuh2 lagi untuk bergerak..masa kali ni sharp..ha aa..ini le yang aku mau..solat subuh di pekan Tapah, terjumpa kenalan yang bersolat di situ dan beliau berulang alik ke Green Town Ipoh untuk bekerja..sejak hampir 20 tahun..fuyoo aku rasa le kan, kalu le hidup sign board kat tepi jalan tu pun mesti dah kenal sangat dengan dia nih..he hee..

..sampai KL aku terus contact Shafiq dari Frago Impex kerana aku tak tau venue opis depa,kat Setapak,aku tunggu tepi jalan anak sedara dia Bakar datang amik..lebih 10 tahun kami berurusan dan tidak pernah pun bertemu hanya menjalin hubungan melaui,fax,email dan talipon sahaja..semua berasaskan percaya atas percaya sahaja…alhamdulillah semua berjalan dengan baik..bila berdepan ni saja aku provoke dia dengan berbahasa Melayu..perghh mamat Pakistan ni tak tau cakap melayu sepatah haram pun rupanya Zafar bos depa pun camtu jugak..tapi bahasa bukan le penghalang untuk mereka bermastautin dan mencari makan di sini..selesai semua urusan aku bergerak..

..Dalam hati aku bertekad kali ini aku mesti gak pergi ke Galeri Senilukis Negara,yang last sekali aku pergi pun masa kakyong kecil sangat lagi,masa tu pun Galeri tu bertempat depan Railway Station, dekat je..turun keretapi terus menyeberang jalan dan layannn…

...Di Galeri ini habis le bangunan tiga tingkat dengan tujuh galeri tu kami hayun..anak anak aku pun suka..masuk je aku terus ke kaunter dan mengisi buku pelawat sambil bertanya..encik kat sini boleh amik gamber ke?Oh kat dalam tak leh kalo kat luar ni boleh lee…Adusss aku tersenyum pahit…Apa nak kata..sempat jugak le aku menghayati hasil kerja Kamal Sabran dengan ‘Lumpur’nya..hummm baguss…


...Pak Guard ni pun nak enter frame gak..he hee yo nye laa..



















…Habis sini kami bergerak ke satu lagi lokasi yang juga sedang mengadakan pameran ‘21st.Century Monoloque From Raja Azhar.,Galeri Patronas…Turun je van aku rasa macam ada je yang tak kena dengan Nike Presto aku..jalan dalam sepuluh langkah..ahh aku patah balik ke van ..kena play safe,tukar je dengan slipar ZARA..he he selesa sangat..masuk je tetiba security guard tu tegur..Excuse me Sir no video please!..Aku jawab ‘O o what a big ooppss!Sorry..Ni semua pasal terrorist le ni..takut gamaknya depa,jika aku amik gambar supaya senang nak atur strategi konon..ate muka aku ni ade ke macam muka terrorist…

…sayang kat KLCC ni ramai pengunjung tapi kat Galeri ni boleh di kira dengan jari selain dari family aku ada le 2 – 3,orang pelancong Jepun rasanya..aku kata rugi kalu tak masuk,tengok dan menghayati hasil seni yang dipamerkan..free plak tuu..perghh..Abis tu kami lunch kat MD je.. aku layan je mee sizzling…




..makan time..yum yumm..


...nampak macam sedap jee..tapi memang tak sedap...


..aku suka tengok benda benda camni..


...ok ape...


...huargh huargh..lepas geramm..he eh!










..dapat gambar ini je pun jadi laa..

…Lepas tu tak kemana pun lagi, hari pun dah lewat petang,staff Hotel dah 2 x call nak confirm bila aku nak check in,tengahari tadi pun aku kata nak masuk lewat..lepas mandi aku ajak depa bergerak ..aku ke Kedai Jaei Sil Khannaz (apa ada pada nama kan Jaei he he) di Campbell..Jaie ni kalo nak jumpa dia sebelah petang sampai malam ada le dia..member dia bagitau kat aku last week depa naik Ipoh dengan Adek Necrotic Chaos dan Azmaniaq Langsuyr..Jadam kawin..ahah tekejutz gak aku..he hee..sembang lebih kurang sambil beli stuff sikit ..kami bergerak ke lain tempat sambil cari pot untuk makan..lepas makan jalan2 lagi..aku saja saja tanya soalan skema kat anak aku nak ke Dataran?sambut tahun baru?ha haa..Ghee tak payah lee..kata depa..he ehe elok sangat le kata aku..shopping itu ini aku ushar gak kasut untuk reward diri sendiri,banyak yang buat offer Year End Sales le katakan tapi yang aku berkenan size plak abis..sudahnya back pack Deuter je untuk aku..ehekk..badan dah letih apa lagi terus balik hotel…tengah tidur aku di kejutkan dengan letupan bunga api kat KLCC..Humm berapa banyak le duit yang diperhabiskan dan berapa tong le agaknya jika di kira arak di kota KL ni yang diteguk oleh warga yang meraikan tahun baru 2010..hum lantak ko laa nak meletup ke,kaki ke atas kepala kebawah ke apa kisah dek aku, aku terus sambung tidur..tidur malam ni rasa sangat nyenyak..munkin sebab aku letih sangat kot…zzzzzz!!!


..Jaei suka tengok Hafiz pakai Tshirt band dia Sil Khanazzzzz..!!!


....laa aiihh dia kontrol macho la plakk..


..bangun pagi…breakfast kat coffe house…agak matahari dah meninggi..bergerak ke CM, satu venue wajib aku tiap kali turun KL dulu..pun dah 2 tahun aku tak ke KL sebenarnya…last turun pun masa Rock The World 7...Betul lah cakap cakap orang CM tak macam dulu..persekitaran,dalamannya..barang yang dijual walau pun banyak yang berunsur seni,tapi bukan hasil dari negeri kita banyak yang dibawa dari luar ...persekitaran luarnya pulak menyakitkan mata yang memandang..sekejap aku terasa berada di bumi Bandung..ramai sangat mamat2 berambut gondrong melepak..aduss nak aje aku snap kamera untuk aku masukkan gambar mereka di sini tapi,memandang mereka pun menakutkan aku apa tah lagi nak amik gambar..hisshh..Jengok jengok gak kot ada Nan Blues ngan Meor sedang berbusking,tak de la pulak..Saja saja aku bawa anak aku ke Petaling Street untuk window shopping dan nak tengok beza dulu dan sekarang..la ni peniaganya pun banyak terdiri dari bangsa asing..mat salleh pun ada siap promote jam imitation kat aku plak lagi..huh!Makan gaji dengan tokey le kot..pastu lama lama depa lak yang jadi tokey..tengok je la macam kebanyakan pelarian Kemboja tu..la ni kalo meniaga depa memang top..masa aku berniaga pasar malam dulu tapak meniaga tu dah macam depa yang punya ,sombong..plak tuu...kalo boleh depa tak nak bersebelahan dengan melayu Malaysia nak melayu Kemboja cam depa gak..tak sedar yang depa pun mai menumpang..






..la ni nak cari melayu cam aku pun susah kat sini..




...aku suka tengok warna biru..anything..


..sudahnya snap gambo sendiri he hee..












..abang ni mengingatkan aku pada pemain gitar buta..Jose Feliciano..Angela do you really love me or this is a game you play..can l beleive the tender words you say..la la la laa..





….Habiss..kami terus bertolak ke wisma MAIS di seksen 3 Shah Alam untuk register masuk hostel dan hantar barang kakyong,kat situ ada kedai Golf aku amik masa untuk cari topi..memang dulu hobi aku simpan topi,tapi la ni banyak yang tah kemana letaknya pun..he he sambar PING..kat Ipoh tak jumpa brand ni...selepas ke Plaza Alam Central…terus ke hotel di seksyen 7.

...Malam takde watpe lepas solat Isya aku ajak depa ke uptown di sek 24..kat sini baru le kepala aku rasa lega sikit dan seronok walau ramai manusia sebab kiri,kanan,depan,belakang aku semuanya berbangsa melayu atau pun bermuka melayu tempatan..baru terasa berada di negara sendiri..ha haa...jadilah membeli itu ini nya serba sedikit..sebelum dalam hujan lebat kami beransur pulang ke hotel..




..aku yang nampak sangat kepenatan..mata pun dah merah..he hee..dok mengadap depa yang sedang makan..time tido dah ni wehh..

…Esok pagi pagi dah bangun dan bersiap ke UItm bagi urusan pendaftaran kemasukan,tak amik masa yang begitu lama semua lancar je..alih alih kakyong dapat tinggal di dalam bersama dengan Odd dan mereka berdua dapat tinggal satu bilik plak lagi..ha haa..so aku pergi semula ke Hostel MAIS dan batalkan kemasukan di situ,dapat balik duit deposit separuh aje..tak pe laa tu..janji semua ok…


..bersama keluarga En Sahak di Uitm (Family Odd)

....lepas lunch kat A & W,peluk cium dan bersalaman..masa untuk pulang…tapi aku kena singgah ke USJ 12 dulu untuk selesaikan beberapa perkara dengan MI Med,rupanya mereka dah berpindah ke premis baru dalam sebulan ini..mujur gak dengan panduan sign board yang tak mengelirukan,tak macam di Ipoh..senang aje aku kesana…dah settle semua urusan kami pun berangkat balik ke Ipoh…

…aku drive pelan je dan dalam cuaca yang redup seredup ati aku yang sedih meninggalkan kakyong..sob .sob..adehh..tak pe ini semua pengorbanan jugak..tiap dari kita punya bahagian dan peranan yang mesti ditempuh dan dipenuhi..terasnya ialah usaha,doa,cekal,gigih dan sabar..selebihnya tawakal..

Thursday, January 21, 2010

..mimpi apa aku semalam...




..pagi ini dalam hujan lebat aku memandu ketempat kerja..dibuai Pink Floyd – The Division Bell..sekurang kurangnya dapat memujuk hati aku dari mimpi semalam..aku sendiri takut mentafsirkannya..apa maksud mimpi aku semalam..

Monday, January 18, 2010

...Siapa yang buta?

..siapa yang buta?…

..masa nak ke Petaling Street dari Central Market pada 1hb.Jan lalu..aku berselisih dengan saorang pengemis muda yang ‘buta’sambil mengesot dan teraba raba di kaki lima jalan..timbul perasaan kesian,aku patah balik sambil menghulur seikhlas hati…pastu terus belah..bila balik..dari dalam van wife aku menuding kepada pemuda tadi yang telah boleh berdiri dan yang ajaibnya telah celek dan semestinya tidak buta lagi..blink blink!..

Monday, January 11, 2010

..Trying To Burn The Sun..Never Say Die..



Aku minat sangat dengan mamat ni..mula tau/kenal masa aku ikut band Rainbow yang bermula selepas Deep Purple berpecah..mula dengar dah lama dah masa tu tahun 1976,tengok wayang kat Panggung Lido di Banting, sebelum tayangan bermula lagu lagu akan diperdengarkan termasuk lah lagu yang satu nih Temple Of The King..aku syok sangat ngan suara dan petikan Fender yang clean dari Ritcie Blackmore tapi tak tahu sapa penyanyinya..hingga lah beberapa tahun kemudian aku terjumpa dengan album Ritchie Blacmore & The Rainbow ..oo rupanya dia..Ronnie James Dio..masa dulu info amat lah terhad nak cari punya payah hanya melalui majalah majalah macam Kerrang,Metal Hammer,Metal Edge dll..dah tu pulak mahal gila bila diconvert kan ke RM..tapi majalah tu semua kat Ipoh ni dah takde masuk kata penjual yang biasa aku beli dulu..itu semua disebabkan isu Black Metal tu lahh..habis semua sangkut ...aku dulu pun pernah di interview melalui talipon oleh sesaorang yang mengaku dari Mastika,entah ye entahkan tidak..katanya nombor aku di beri oleh Jaie Sil Khannaz..dekat setengah jam dan sampai panas le tipon aku tu..macam macam yang ditanya pasal muzik black metal ni dari aku..aku jawab le apa yang patut dan apa yang aku tau...dan last sekali aku cakap korang jangan le suka mengembar gemburkan sesuatu tu tanpa usul periksa dan tanpa pengetahuan yang mana dari situ korang akan tulis pulak perkara atau fakta yang salah..ingat mata pena tu lebih tajam dari mata pisau..jangan nanti orang baca dan percaya bulat2 apa yang korang cakap..dan lagi jangan lari dari etika,tujuan dan matlamat korang dalam menulis..tulis hanya yang benar saja..bukan hanya untuk kantong dan perut korang jee..



..ok cerita pasal Ronnie James Dio atau la ni lebih dikenali dengan Dio (A man with the golden throat) bermula dengan band beliau sendiri The Vegas Kings (1957 -1958)Ronnie And The Ramblers,Ronnie & The Red Caps,Ronnie Dio & The Prophets,The Electric Elves,The Elves,ELF,Rainbow,Black Sabbath,Dio dan yang terbaru Heaven N Hell....Album lama hanya satu yang aku dapat ketika beliau bersama dengan Elf - Carolina County Ball yang di release pada tahun 1974 (aku darjah empat masa ni)itu pun pada tahun 1982,selepas 8 tahun di keluarkan he hee..dan aku amat minat dengan music raw,rock n roll,blues rock,hard rock bawaan beliau..selepas itu aku terus ikut tak kira semasa beliau bersama Rainbow,Black Sabbath atau Dio dan Heaven N Hell..suka menulis lagu ketika menonton American football..beliau bagi aku saorang yang genius samaada dalam penulisan lirik mau pun lagu dan apa yang menarik lagi berjaya mengubah landskap music mana mana band yang beliau sertai..maka tak heran lah amat di cemburui oleh Ozzy Osbourne setelah Dio mengantikan Mad Man tersebut di posisi vocal.,secara peribadi aku lebih meminati Black Sabbath ketika era Dio berbanding dengan Ozzy yang bagi aku hanya banyak menampilkan gimmick dengan perilaku beliau yang pelik dan ganas di atas dan diluar pentas..Drugs just drive you crazy..knock it off maan..Masa Dio dengan Black Sabbath bagi aku adalah juga masa peak bagi band ini..Heaven & Hell,Mob Rules,Live Evil dan album reunion Dehumanizer juga yang paling baru Heaven N Hell gandingan line up asal Toni Iommi,Gezzer Butler,Vinnie Appice,Dio..bagi aku Dio sama gak ngan David Coverdale,Ian Gillan dan Glen Hughes yang mana jika mereka ini menyanyi tanpa iringan muzik pun dah cukup sedap..lagu slow seperti Rainbow Eyes,Catch The Rainbow hingga lah kepada lagu berentak heavy seperti Gates Of Babylon,Invisible,Fallin Of The Edge Of The World dan lainnya semua dibawa dengan baik dengan pelbagai cara (bab ini aku tak pandai sebab aku bukan nya pemuzik..takut kena marah dengan Nyonya Salmah plak nanti.he hee).



...bermula pada tahun 1957 hingga kini..fuhh 53 tahun..memang committed betul beliau dengan apa yang diperjuangkan..muzik memang dah jadi urat saraf dan nadi beliau..tiada pencen dalam kamus hidup ini agaknya..tetapi baru baru ini terpaksa membatalkan beberapa siri konsert kerana telah disahkan mengidap ‘stomach cancer.’.namun berpantang maut sebelum ajal..bak kata Wendy Dio, isteri merangkap pengurus beliau..After he kills this dragon,Ronnie will be back on stage where he belongs,doing what he loves best,performing for his fan..humm..harapnya begitu lah..Ronnie never say die..Long Live Rock And Roll..

Wednesday, January 6, 2010

..hari hari yang mendata(r)ng..




..aku yang duduk bersila panggung..mengoyang2 kaki..bukan mestinya aku bersenang lenang,tak buat apa2..semestinya aku ketika ini sedang berfikir apakah yang patut aku lakukan untuk masa masa yang mendatang..apakah strategi,apakah pendekatan..apakah kaedah yang perlu,patut aku guna pakai..praktik...apakah masih lagi relevan dengan yang sudah sudah..yang pernah aku laksanakan..??Aku bertanya..namun persoalan perlu juga aku jawab sendiri..

Tuesday, December 29, 2009

..Sudah Abish 2009..

December oh December...aku rasa baru je Januarinya alih alih dah penghujung tahun..aduhhh tua sangat dah rasa diri nie..Aku cam biasa la asalkan hujung tahun je aktiviti agak padat,kepala pun padat gak.. hee hee..semua nak kena buat semua nak kena ready,semua nak kena prepare,semua nak kena kira..belanja baju seluar,kasut sekolah anak anak aku..semua dah ready..Cuma humm..31hb.nak pegi UItm Shah Alam antar Kak Yong yang nak sambung Degree..sebelum tu dia keja jap kat Henode Tokyo Shop..aku tak kisah..nak cari pengalaman katanya..pengalaman bukan leh beli weh..kena cari apa pun..aku pun tak kisah yang dia nak sambung study..kata aku aritu…pastikan tujuan dan matlamat betul..then,just do your best..

Tuesday, December 22, 2009

..Lawan Untuk Hidup..

Petang 17hb.Dec hujan punya la lebat aku semenjak dua menjak ni memang takut memandu dalam hujan..ye la ujan la ni pun kekadang cam Twister kat dalam wayang tu.. .tapi disebabkan aku lebih riso ngan keta aku di bawah porch opis yang di sebelahnya ada pokok kelapa tua..tepat pukul 5 aku gagahkan juga untuk balik kerumah cepat cepat..aku memandu dengan hati yang dup dap dup dap..kilat sabung menyabung,pandangan aku kelabu walau air cond dan lampu kereta dipasang..lalu kat kedai Ahmad Sri Kinta teringat Nana suka ngan biskut yang selalu aku beli di sini..so singgah beli biskut dan roti..petir makin menggila..aku pandu terus..tapi dada plak makin sebak dup dap dup dap..ah tak leh jadi,sebelum panic disorder aku menyerang..aku decide untuk singgah di Tesco aje..gi Henode Shop..kakyong tgh break dia ajak window shopping..sambil aku tambah stock roti fiber yang dah abis di umah..

..pendek cerita..lepas solat isyak aku ke pejabat semula..hampir sampai, berbalam balam nampak lampu biru..polis! Kata ku sambil spontan menarik narik safety belt yang sememangnya tak mau berfungsi jika ditarik secara mengejut..hampeh!aku semakin dekat dengan mereka..ahh lantaklah..buat dek jee..laluan ke opis disekat aku kata saya nak keja encik, opis sebelah tu aje..salah sorang tu mengangguk jee..aku tak kata apa dah terus belah..sampai di opis..hahh!! Porch tempat aku parking tadi hampir ranap..lima biji kereta staff lain turut ditimpanya….fuhh aku mengucap syukur..Alhamdulillahh..

..teringat pagi tadi aku ke pejabat pos untuk mengepos parcel..sambil menunggu rakan di kereta aku dihampiri saorang pemuda India..menjual pengilat kereta...abang bla la bla katanya kepada aku..aku dengarkan juga apa yang dituturkan walau tak berminat dengan apa yang cuba dijualkan..aku faham dan amat faham sebab dia pun macam aku jugak,bila masa masanya..dalam situasi yang mengharap dan mengharap..bukan aku lemah dengan ayat ayatnya..tidak..tapiiii..yelah sudahnya duit bertukar tangan walau barang tak aku perlukan dan aku ambil juga sudah namanya pun berjual beli..sambil aku bertanya sudah berapa lama beliau berjualan seperti ini..Dua bulan abang,sales pun teruk anak di rumah ada dua susah mau cari makan bang..aku kata..Ane saya suka sama lu..lu mau ingat ini kerja lu hati mesti kuat..tau..tarak kalo lu mesti give up..hidup mesti ‘lawan’ but no retreat no surrender ok!..kata aku sambil menghulur setakat termampu..ok ini untuk lu punya anak aa..ok..lalu dia pun berlalu..

Mr Chua dari IDS yang aku tunggu pun tiba dan kami pun berurusan sebelum mengikut haluan masing masing…Yaa..mesti 'lawan' untuk hidup..

Monday, December 14, 2009

...Selamat Tahun Baru 1431...



Otai..Satu bangsa,satu agama,satu negara,walau berlainan citarasa ada suka dangdut,ada tegar skin head,ada masih layan hard core dan ada yang tetap dengan death metal..tapi masih boleh bersama..kenapa scene sekarang tidak lagi begitu??Ego dan bangga dengan ideologi masing masing konon..sudah sudah lee tuu..
...Selamat Tahun Baru...

Monday, November 16, 2009

..Moh Menungkah Bukit Wehh!!




Setiap hujung minggu jika tidak ke out station samada pagi atau pun petang aku selalunya akan ke Bukit Kledang yang terletak berdekatan Pekan Menglembu.Biasanya aku kesana bersama sama dengan anak anak untuk tujuan beriadah sambil menenangkan fikiran..cee..

Sebenarnya aku dah lama layan bukit ini ianya sejak aku masih muda dan tinggal di kaki bukit ini pada tahun 80an dulu lagi.Dulu balik keja berjalan kaki ngan kawan kawan ke stesen bas yang jauhnya lebih kurang 3 kilometer.Turun je bas sampai di rumah terus tukar pakaian dan naik bukit ni pulak fuuhh..bila di kenang kan balikk..badan tengah muda masa tu..apa pun lalu..la ni? Eheh ekau nak telontang cubo laa..he he..

Apa yang aku perhatikan semasa naik dan turun dari bukit ini ialah mereka mereka yang menyahut cabarannya..kebanyakan ialah berbangsa Cina ..melayu cam aku? Heh! Kurang dari lima orang yang aku jumpa setiap kali kami kesana..kemana mereka pada cuti hujung minggu ni?Issh baik le sambung tidur selepas solat subuh..bila lagi nak bangun lambat..tentu itu jawapannya kalo ditanya..

Ini semua berkait dengan kesedaran sebenarnya..orang melayu kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan amat kurang berbanding dengan bangsa asing..dimana mana pun jika kita tinjau pusat penjagaan kesihatan,gym padang padang semua mereka je yang conquer ..tapi tak adil plak kalu nak kata mereka je yang jadi juara orang kita pun apa kurangnya..merempit kita juara apa.. jangan lupa tu..melepak orang kita juga di mana pun lebih lebih lagi di kedai kopi…tapi la ni dah standard sikit ..lepak kat Kopitiam..duduk minum kopi diam diam,idak jugakk.. cerita lain takde.. politik..cakap berdegar degar tapi %$@*7$ tersangkut di gelegar..hoii jauh dah peginya aku nihh.nak ngumpat cari tempat lain laa..ok ok ..

.. teringat pada satu hari saorang jiran bertanya ketika bertembung masa aku sedang berjogging dekat umah

Jiran -“Wan kamu sakit apa?
Aku -“Ah, Knapa plak”
Jiran “Ye la aku nampak kamu selalu je exercise”
Aku - “Ha tu le orang kita dah sakit baru ingat nak exercise,jadi ko pun ingat aku sama gak cam depa ek?
Jiran – Tersengeh2 ngn muka pudar terus belah..
Aku – Amik kau..

Munkin aku dah terdidik sejak dari kecil lagi,bapak aku cukup pantang bila tengok aku melepak aje di rumah pada waktu petang sambil menonton tv,(nak tengok AstroBoy pun dah tua ni baru merasa he he..)disuruhnya aku ke padang main bola ke,takraw atau apa saja,tapi yang aku minat hanya lah berjogging di ladang kelapa sawit dekat ngan berek kami dulu pastu sambung ngan bola tampar plak..berbanding dengan bola sepak yang aku rasa kasar sangat..bila dicuba selalunya bengkak keting lepas berlaga ngan lawan ..main bola ni juga aku rasa cam orang bodoh je terkejar kesana sini berebutkan bola sebji..tapi terpulang le pada minat masing masing aku tak patut kutuk pun.. apa pun kita patut bersenam atau beriadah untuk kesihatan dan ia amat perlu bagi kita..kalo nak sakit gak itu leh dikatakan takdir sebabnya kita dah berusha untuk mengelaknya.. Jadi?Ate mohle menungkah bukit..

P/s: aku dah enam bulan tak ke bukit..keadaan yang tak mengizinkan..hu hu huu...




...Si Ashraff yang tak reti bahasa letih..




..rehat jap lepaskan lelah..si Sarah ni lantaknya pakai slipar je?Ape ke hal?


....dalam terkial kial dengan tongkat akibat stroke..sampai jugak apek ni ke stesen kaji cuaca kat atas nih..aku tegur..apek lu manyak kuat..dia jawab..mana adaa..aku sambung lagi..lu punya hati manyak kuat..sampai ke telinga sengehnya dia..aku respek dengan semangat apek ini..


..lepas hayun nasi lemak..aaa sampah jangan buang merata ekk..









...terapi minda..he hee..