Total Pageviews

Tuesday, May 5, 2009

..aku suka menceriakan..

...Aku baru je balik dari keja aritu,belum pun sempat buka pintu keta..Ashraff datang sambil tersenyum bangga menjinjing dua ekor hamster lalu menunjukkan kepada aku..aku senyum..juga suka..kawan bagi..katanya..




..Dipendekkan cerita malam tu lepas solat isyak aku panggil dia duduk atas riba aku..aku dakap dia dan cakap pelan pelan..Ashraff,ayang bukan tak suka..tapi kat umah ni ayang,Nana dan Kak Yong allergic ngan binatang cam tu..jadi esok kita pulangkan balik kat umah kawan tu ekk?..sayu je muka dia sambil mengangguk..Part ini lah yang paling aku tak suka..mengecewa atau dikecewakan..aku rasa semua orang pun tak suka camtu..




..Pernah masa kecil dulu aku ada membela saekor kucing.Comel,namanya..tapi disebabkan selalu buat hal..abah aku buang..jauh katanya..seminggu aku berada dalam deepression..tapi lepas tu Comel aku balik semula..tapi dengan tapak kakinya yang luka dan kurus kering..munkin sebab jauh berjalan dan tak cukup makan..




..Jadi esok petangnya aku dan Ashraff pergi memulangkan semula hamster tu kerumah kawannya..bagi mengambil semula hati dia aku singgah di kedai favourite 'Apple Tree'..dan bertambah lah lagi satu koleksi 'Dragon Ball' dia..humm..tak kisahlah asalkan dia kembali ceria..apa pun dia anak aku jugak.he he..








...Dragon Ballzzz!!!







...Hafiz & Firdaus Collections...





...Gumbira hati..he he....








































































































































Friday, April 10, 2009

..lama sudah mencari..







The Deer Hunter..Filem yang menerima lima Oscar yang dibintangi oleh Meryl Streep,Christoper Walken dan huhh..Robert De Niro..yang la ni makin tua dan berkedut tapi makin macho plak aku tengok..Filem yang mengisahkan tentang erti kemaknusiaan dan semangat setiakawan askar yang berperang di Vietnam..kekejaman regim komunis dan permainan 'Russian Roullete' yang sememangnya gila!!..


Sebenarnya filem ini adalah antara filem filem propaganda Amerika yang banyak dikeluarkan pada masa itu ..kononnya mereka lah yang baik dan menang, padahal!!..Filem tahun 1978,masa ni aku baru dalam tingkatan dua..De Niro dan Walken adalah di kalangan hero hero macho dan cool yang aku amat minat seperti jugak Robert Redford,Clint Eastwood,Steve Mc Quin,Charles Bronson,Al Pacino dan banyak lagi..namun bukan le hero hero jambu macam hero Hindustan tu eek..Hindustan kalo ada yang aku minat pun hanya si Sunjay Dutt yang muka dah berkedut tapi nampak sombong dan cool je..filem lakonan dia pun kira ok le jugak..


...bohong le kalu kata aku tak minat filem Hindustan ..tapi cuma cerita cerita lama je laa..mak aku pernah bagitau dia tengok filem Sangam 6 kali masa muda dia..he he..baru baru ni aku terlepas dari menonton filem Nageen di TV..pada hal masa anak aku sedang menonton aku boleh merungut plak lagi..cerita apa laa yang korang tengok nih..bila dah abih baru aku tau..aduh rugii..


..berbalik pada DVD ni tadi,aku dah cari lama dah..dulu tanya ngan tokey kedai depa tak tau..tapi baru baru ni pegi kedai terjumpa lak!! Cekoh aje le yop apa lagi..tapi jangan le tanya yang ori ke cetak rompak..la ni yang ori pun masih boleh diragui sebenarnya..aku dah terkena banyak kali dah..so sapa yang belum tengok cerita ni cuba cuba le..aku dah tambah satu lagi siri koleksi..la ni masih lagi mencari filem mengenai peristiwa Holocoust yang diharamkan di Malaysia..'Schindler's List','Pappilon' dan 'Brubaker'..

Tuesday, March 10, 2009

..Semua Berhak Untuk Hidup..

..Satu dua hari ni aku terasa macam ada yang kurang jee..apa ek?..lama berfikir baru aku perasan..tiada bunyi salakan anjing dekat ngan umah aku lagi..aku diberitahu oleh isteri anjing anjing yang selalu datang mengutip sisa sisa makanan yang kami bagi dah tinggal sekor..yang lain lain mana?Dah kena tembak..Hah!! Aduhh kesiannyaa..
...Walaupun binatang ianya berhak disayangi dan menyayangi kan ke ianya makhluk Tuhan jugak..teringat aku semasa kecil sewaktu kepasar dengan mengayuh basikal saekor anjing dijerut tengkoknya di depan mata aku oleh saorang penguatkuasa kemudian lalu ditekan kebumi kepalanya dengan sebatang kayu..dalam pada anjing berkenaan berhempas pulas untuk melepaskan diri datang saorang lagi dengan selaras senapang..kemudian..Pang!! Tepat ke kepala dengan tersembul biji mata anjing yang tidak dapat melepaskan diri tadi..aku terkejut dan tergamam..melihat akan kejadian kejam itu..sedih,kasihan dan marah yang amat sangat aku rasakan masa itu..
..Aku bercakap berdasarkan nilai nilai kemaknusiaan..kerana ianya adalah makhluk Tuhan yang berhak untuk terus hidup seperti kita..selagi tidak memudaratkan..kenapa mesti sampai membunuh,dengan kejam pulak lagi..Berbalik kepada cerita awal tadi.. anjing anjing yang sebanyak empat ekor ini banyak berjasa kepada kami penduduk sekitar sebenarnya..kerana ia akan menyalak jika melihat orang luar yang datang..dan lagi tidak pulak menggangu atau mengotorkan persekitaran penempatan kami..tempat tidur waktu malam pun di atas jalan besar itu pun setelah tiada yang lalu lalang..
..Mempunyai perasaan kasih sayang dan kasihan belas juga adalah satu nikmat Tuhan yang dipinjamkan kepada kita sebenarnya..Syukur,bagi kita yang masih mempunyai perasaan itu..jika tidak..lihat sajalah di sekelliling kita..tanpanya..hasad dengki,khianat bunuh membunuh sering saja berlaku..mereka mereka ini sebenarnya 'sakit' kerana itu mereka sanggup begitu..lebih ganas dari binatang!!
..Kini tiada lagi anjing yang terkedek kedek ekornya bila diberi makan kat belakang rumah..hanya yang tinggal ialah dua ekor kucing kesayangan keluarga yang kami bela sejak beberapa generasi sebelumnya..
..Yang lebih malang, tiada lagi lah peluang kami untuk bersedekah walaupun hanya sisa sisa makanan kepada anjing anjing yang banyak berjasa..

...Si Docik..muda belia....


....Si Docik..kontrol miauu..


..apa tengok tengok..

...Demot,ngantuk..lepas makan..




..Demot..posing ayu..he he..


..Demot sakit mata la pulak..


..Jay-Z..anak si Demot..tak lama hidupnya..mati tertindih ngan Hafiz..masa tidur..aduss!!

....Si Puteh,kucing kesayangan mak aku di kampung..tak lama lepas gambar ni diamik dia mati..keracunan,kata mak aku sambil nangis..







Friday, February 20, 2009

Belangsungkawa Ib..

..Aku tau dan kenal dia..tapi dia langsung tak kenal pun akan aku..malam semalam wife aku yang sedang tengok berita TV bagitau..Dato Ibrahim Hussien meninggal..

....Aku yang semenjak dua menjak ni yang memang tak teringin pun membaca akhbar apa tah lagi mengadap berita TV, yang ceritanya lebih banyak yang telah basi, tapi masih dimanupilasi..kalo tengok akhbar pun dari muka depan hingga ke belakang..dan kemudian dengan mencebek aku campak ke tepi jee tak baca pun..bosan! Sori dah lari topik..Jadinya tadi terus mengikuti berita kematian beliau..

..Maka betul lah Dato' Ibrahim Hussien telah meninggal dunia pagi tadi..sebutir lagi bintang yang dipinjamkan telah gugur..dan yang tinggal hanyalah hasil hasil kerja tangan beliau yang banyak termasuklah beberapa master piecenya..

..Yang datang telah pergi dan akan berganti namun yang mengganti tidak akan sama seperti yang telah pergi..kita perlu terima hakikat kehidupan...Inalillahhiwainnailaihirojiun..

Al Fatihah..Selamat Jalan Ib..Kami Sayang Kamu..

Wednesday, February 4, 2009

..Adap Beradap..




Add ImagePada 17hb.Januari yang lepas aku bertugas ke luar daerah di Teluk Intan,bila sampai di sana aku pun terus je mencari pot untuk melepaskan lelah..


Aku singgah di satu gerai menjual ABC di Taman Rose,belum pun sempat masuk saorang apek pemilik gerai tersebut mengucapkan Alhamdulillah kerana kedatangan aku sebagai pelanggan barangkali,setelah duduk aku memesan ABC dan bila dihidangkan aku pun apa lagi hayun je lah..tetiba apek tadi bertanya "awak dah baca Bismillah ke? Aku agak terpempan namun terus aje menjawab"Sudah" Aku amik positif je perkara ini,Alhamdulillah ada jugak orang yang nak mengingatkan aku walaupun sebelum ini kawan rapat yang sebangsa dan seagama pun tak pernah mengingatkan..dalam hati berkata nasib baik apek ni tak tanya awak dah solat zuhur ke? Kalo idak sure padan muka aku..kerana walaupun jam dah menunjukan pukul 2 petang aku masih lagi belum mencari masjid untuk bersolat..pergh!!


Apek ni rupanya saorang yang peramah,dia galak bercerita tentang kesusahan menanggung anaknya yang seramai empat orang sebelum ini hingga mereka berjaya sampai ada yang menjadi arkitek,doctor dan pilot..aku tak amik peduli pun apa yang diceritakan tahkan ye tahkan idak..sebab dengan shahdunya aku lagi syok melayan ABC yang di depan aku ni..syrup syrup.. aahh..solat belum lagi..


Dalam pada itu aku amat tertarik dengan keramahannya dan ini yang payah nak kita jumpa dari peniaga lebih lebih lagi dengan orang kita Melayu yang senyum mereka kadang kadang sama mahalnya dengan harga makanan yang dijual,sedangkan kita semua sedia maklum senyum itu juga adalah satu sedekah..


Sekali lagi bila nak membayar aku agak terkejut kerana harga ABC yang aku makan tadi amat murah bagi aku berbanding dengan harga di tempat tempat lain yang biasa aku singgah..dengan pelbagai rencah yang banyak di dalamnya lagi..dah namanya pun air batu campur..ehek
..agaknya pun apek ni bagi diskaun sebab aku sudi mendengar ceritanya kot..ye sangat le tu..he he..


Ramah,sedap,banyak dan murah leh dengar cerita gak lagi..hahh apa lagi yang aku nakk..apa yang aku tau,jika berkunjung ke daerah ini lagi gerai ABC ni akan menjadi salah satu distinasi untuk aku bersantai sebelum menyambung tugas..Ok apek wa cau ..lain hali wa latang..sambil bergerak mencari mesjid kepala aku penuh dengan dendangan lagu dari Children Of Bodom dari stereo keta..

Wednesday, January 14, 2009

..Untuk Mu Palastine..

...apa yang boleh aku lakukan?? Selain dari sesalan,keluhan,kemarahan yang tak berpenghujung...hanya doa dari jauh...





Syukur...aku masih punya anak2,masih punya isteri,masih punya keluarga,masih punya tanah air..masih punya nyawa yang dipinjamkan..



"Ya ALLAH sebagai mana Engkau pernah menghantar burung burung Ababil menghancurkan tentera2 bergajah musyrikin,maka kami memohon kepada Mu Ya ALLAH..Turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palastine,hancurkan dan binasakanlah Regim Zionis Laknatullah..Amin..


Thursday, January 8, 2009

Tak Tau Adap ...Biadap..


Baru baru ni aku membawa anak anak,anak sedara dan kawan mereka ke satu persembahan bangsawan di Dewan Budaya Ipoh..nak mengabihkan program ujung tahun..Satu persembahan yang bagus dan kemas bagi aku..ramai juga artis2 tanahair yang aku nampak kelibat mereka pada malam itu..Tapi itu bukanlah isu yang nak aku perkatakan di sini.

Cuma aku nak mengomel sikit tentang sikap sebilangan penontonnya yang berlaku gerek..kata orang Kedah 'gerek' maknanya basikal,tapi gerek yang ini bukan basikal ..langsung takde kena mengena pun..

Ya lah..sebelum mulanya persembahan itu pun dah diperingatkan oleh pengacara bahawa para penonton agar dapat menjaga tingkah laku..tapi apa yang berlaku amat menyakitkan hati dan mata..

aku tak tahu apakah orang kita masih lagi tidak tahu untuk menilai,menghayati atau menghargai seni,ataupun mereka ini ingat saja saja je datang untuk membuang masa dan berehat sambil menonton secara percuma,ataupun datang untuk cari pot tanpa perlu membayar bagi tujuan berdating..nak berjimat dan selamat.. heh! Dah le tu bercakap dengan nada yang tinggi berselang seli plak dengan bunyi hand phone..nyit..nyit..moonyet!!Aduss!!

Biar buta seni atau IT masih lagi boleh dipelajari..tapi kalu dah buta adat atau adap..bagi aku mereka ini selayaknya dikasi..agar tidak nanti melahirkan generasi yang juga tidak tau berbudi pekerti,tidak tahu menghayati dan tidak tau menghargai apa itu seni..jati diri..siapa yang rugi? Kita le sendiri..

p/s: Biar apa warna rambut ku,biar apa pun muzik yang ku dengar.adap dan adat Melayu tetap ku junjung..

Monday, December 22, 2008

..Alam Menjerit!!

..La ni cuaca asyik tak menentu je..kekadang ujan kekadang panas terik..klu dulu masa aku kecik bulan December adalah musim tengkujuh,dan bulan bulan selepasnya pula musim buah buahan,tapi sekarang tidak lagi buah buah seperti rambutan dan durian boleh kita nikmati sepanjang tahun..musim hujan lebat pun begitu jugak bila bila pun boleh berlaku..

..apa pun ujan sebenarnya adalah rahmat dari yang maha Esa..dengan ujan le pokok2 di hutan dan tanaman dapat hidup subur dan kita jadikan tanaman tadi sebagai sumber makanan untuk membesarkan perut kita hingga..lepas tu datang plak di antara kita yang kasi tebang dan tarah sesetengah pokok dan tempat di mana ianya berada..tak bersyukur langsung..aku rasa ini amat tidak adil bagi kita dan juga untuk generasi yang akan datang..

..dalam kitab pun ada cakap bila mana pasak bumi (gunung ganang/bukit bukau) dimusnahkan akan tibalah kejadian gempa bumi,tanah runtuh dan lain lain bencana alam,lebih kurang camtu le kalu aku tak silap..antara contoh yang boleh kita jadikan iktibar ialah dengan apa yang berlaku pada Bukit Antarabangsa baru baru ini..dah jadi budaya masyarakat kita tak nak belajar dari kesilapan..

..abis apa lagi bila musibah dah berlaku macam macam kenyataan yang keluar dari pelbagai pihak yang penyudahnya menyalahkan bencana alam dari yang maha Esa..walhal sebenarnya segala yang buruk itu datangnya dari perbuatan kita jua dan yang baik itu hanyalah dari Allah..ini isu basi sebenarnya ..tapi setidak tidaknya dengan ruang yang ada ini dapat jugak aku melepaskan apa yang terbuku di hati..apap pun meminjam kata kata si Nabil Raja Lawak..hah! Lu pikir la sendiri..

Thursday, December 4, 2008












..masa di atas Boh Plantation..




...Cameron Oh Cameron....


..21hb.Nov 08..seperti yang dirancang kami sekeluarga bangun awal dan bersiap siap selepas subuh..kami akan ke Cameron Highland seperti sebelumnya..kami sering kesana walau hanya untuk berkelah,makan makan bersantai dan pulang semula ke Ipoh..


..trip kami kali ini turut bersama ialah anak saudara aku dan sahabat kepada Kakyong..Sara dan Saodah...


..sepanjang perjalanan mereka hanya tidur kerana masih lagi mengantuk...dan di sepanjang perjalanan ..aku lihat terlalu banyak kesan kesan kemusnahan yang dilakukan atas alasan pembangunan..bukit bukau banyak yang ditarah..bukit batu kapur yang berusia ratusan ribu tahun atau munkin jutaan tahun juga banyak yang telah diletupkan...sedih..marah..terkilan..dengan apa yang berlaku..


..kita tidak tahu apa lagi yang akan tinggal..10 - 20 tahun nanti untuk cucu cicit kita selepas ini? atau mereka akan hanya mendengar cerita? Begitu dan begini..tentang itu dan ini..atau hanya dapat melihat betapa indahnya alam tanpa pencemaran atau kerakusan manusia melalui gambar atau video sahaja..aku tidak hanya menyentuh tentang apa yang berlaku di Cameron..tetapi juga tempat tempat lain yang ada di tanah air kita..


...Cameron..dulunya sejuk hingga ketulang tapi kini tidak lagi..kecuali ketika hujan!!Apalah erti pembangunan jika terpaksa membayar dengan harga yang mahal..Hargailah amanah Tuhan ini selagi ia masih ada..untuk kita dan generasi seterusnya nanti..

Wednesday, November 12, 2008

..Berkorban Apa Saja..

..pagi 11hb. Nov,semasa di Pejabat Pos aku dikejutkan dengan berita kes rompakan dan pembunuhan di kedai minyak Petronas berhampiran Gunung Lang,dan melalui sms sorang rakan aku difahamkan munkin mengenali mangsa..saorang 'ustaz' dada aku berdegup kencang kerana semasa di SPA aku mengenali beberapa orang ustaz yang berkerja berhampiran tempat aku bertugas..

...untuk kepastian aku terus menghubungi rakan tadi dan memang betul seperti yang disangka mangsa bukan saja ku kenali malah pernah mengimamkan kami ketika berjemaah di surau semasa tinggal berjiran di Sg Senam dulu..beliau berkerja part time pada sebelah malam untuk menyara keluarga dan anak yang seramai enam orang..

...berkerja part time pada sebelah malam ini sebenar nya aku dulu pernah melakukanya..bukan nya apa.. kerana tuntutan kehidupan yang mencengkam..dengan harga barang keperluan yang semakin naik dan tidak pernah turun turun..aku berkerja sebagai waiter di Pakeeza Restoran kemudian Grandy's,Deli Paris dan kadang kadang berkerja sebagai steward di Syuen Hotel..aku berpindah dari satu tempat ke tempat lain pun kerana mahu kan pendapatan yang lebih...masuk kerja petang selepas waktu pejabat dan balik rumah ketika anak anak aku pun dah tidur kesemuanya..

..aku sedih jugak sebab kadang kadang anak aku pun tau merungut ..ayang ni asyik keja keja keja aje..ye la masa untuk aku bersama mereka amat terhad...sebab mereka tak paham lagi apa erti tanggung jawab..walaupun letih dan penat namun aku tidak pernah pun merungut.. sebenarnya aku puas, puas yang amat sangat kerana telah dapat melunaskan tanggungjawab aku sebagai bapa,suami dan ketua keluarga...semuga usaha aku diberi keberkatan.. untuk mereka aku sanggup berkorban..

Monday, November 10, 2008

Umah Mak Abah di Kampung..


..rumah ni sebenarnya banyak menyimpan sejarah..suka,duka..dibina dan siap bahagian atasnya semasa aku masih lagi kecil..bahagian bawah dan sambungannya pula disiapkan bila abah pencen..


..abah buat cepat dan awal sebab risau jika berlaku sesuatu kepada dirinya..anak anak dan isterinya tak perlu risau tentang rumah untuk berteduh...Terima Kasih Abah...

Friday, November 7, 2008

..di sini kita bersantai..


..seperti lazimnya setiap kali balik kampung samada pada hari raya atau pada hari cuti ..aku dan keluarga bersama sama dengan saudara mara yang lainnya akan ke sini untuk berkelah sambil melepaskan lelah..


..dulu sebelum kesini kami selalunya akan lebih suka ke Pantai Teluk Batik di Lumut..tapi sebenarnya ketika itu aku hanya mengikut keputusan majoriti je..apahal pun di Ulu Licin ni jauh lebih seronok..tidak panas,tak ada suasana hiruk pikuk dan tak de dapat dosa kering kerana melihat aurat orang yang mandi laut..perghh..


..aku lebih suka duduk sambil melihat sekeliling dari berendam dalam air yang sejuk..seronok tengok anak anak aku mandi dan bermain dengan air..sambil aku mengambil gambar mereka dengan video cam aku..

Let's Appreciate The Nature....


..to embrace the wonders of nature,the clean and fresh air we breathe is only possible with our beatiful forest's air purifying abilities..

Tuesday, November 4, 2008

Ulu Licin..Damainya..


..Ulu Licin Water Fall..terletak tidak jauh dari kampung aku..aku selalu ki sini dengan membawa keluarga untuk mandi manda dan bersantai..dengan suasana nya yang tenang damai jauh dari kesibukan juga pohon pohon yang menghijau yang masih belum tercemar dari insan insan rakus..yang seakan cemburu dengan keindahan alam..

Tuesday, October 28, 2008


...aku..

..Manja Ayang Mushuk,isteri tercinta aku yang telah lama ku miliki..ibu kepada anak anak aku yang seramai lima orang..yang telah bertarung dengan maut untuk melahirkan mereka..first thing in the morning yang dia akan cari ialah si Demot dan Si Docik,kucing kesayangan dia yang akan membuatkan dia tak lalu makan,mandi dan lain lain lagi jika kucing2 ni hilang..dia memang saorang yang penyayang tapi tegas,dan yang kadang kadang buat aku tak larat ialah bila dia berleter..#54&*=))?!!!...ampuuunnn!!!

..anak aku yang pertama Khairunnisha aka Gibe,klu tengok dia aku slalu teringat masa dia kecik kecik dulu..huh nakal bukan main..klu naik motor duduk atau bediri dalam bakul sambil nyanyi *(menjerit sebenarnya) lagu Isabella..aku ingat skali tu masa lepak kat Dataran Merdeka ada satu orang tanya kat dia..adik apa nama?skali dia jawab..Isabellaaaa..ngada2 gitu..itu antara banyak lagi kenangan yang tersimpan dalam kotak fikiran aku tentang anak anak aku yang tersayang, mereka lah antara penyeri dalam keluarga aku..dan Neesha aka Gibe aka Kak Yong sekarang sedang belajar di UiTM Arau dalam jurusan Bio Science...aku berharap dia akan berjaya dan dapat menjadi ikutan bagi adik adiknya yang lain..Amin!

..ini plak Muhammad Hafiz anak yang ketiga sori.. tadi aku tersilap susun..la ni dia dalam Form 2,sekolah kat umah je so tiap ari dia ngan adik beradik yang lain akan jalan kaki je..minat kat muzik sama cam aku gak..hem nak buat camana..tapi just for listening pleasure je tak ngapa..klu bergqmbqr slalu bgaya cam bdk2 band..

..Nabilah Huda aka Nana,aka Aishah,aka Huda,aka cam cam lagi lah,sebenarnya nama dia dah banyak kali bertukar selepas selalu sangat meragam dan bila dicuba pada nama Nana ini yang nampaknya rasi setakat ini...la ni dah Form 5 pun,Sains Stream..kejap je dah beso..sejak kakak dia belajar di UiTM selalu je lepak dalam bilik..tapi bila diintai dia asyik ngan buku dan home work.. keluar bila nak g ke bilik air dan makan..dia ni sentimental orangnya,hingga kan makan pun very the sentimental..minuman kegemaran..3 in l,3 times a day..perghh!!