Total Pageviews

Saturday, October 1, 2011

...Raya 2011...



..Raya tahun ini berbanding dengan tahun tahun sebelumnya di mana apa yang aku lihat sambutan adalah lebih meriah...Di mana mana saja aku pergi begitu beria ria sambutan yang diadakan oleh masyarakat..Kira lah dah 28 hari Syawal pun aku lihat masih lagi orang ramai mengadakan sambutan dan jamuan yang juga disambut bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia...Syukur Alhamdullillah!!



















...Tidak ketinggalan sambutan yang diadakan di penempatan aku...Semua peringkat umur turut serta...Tua muda dan tak kira bangsa..Cuma agak terkilan sikit di mana masih ada lagi segelintir dari mereka yang tidak mahu turut serta hanya disebabkan perbezaaan ideologi politik...Aduhhh...cukup2 la tu..hari baik bulan baik..Ini lah masanya untuk kita mengiratkan lagi silaturahim serta menyambung kembali hubungan yang telah putus atau pun rengang...Falsafah masing2 ce simpan je dulu dalam poket..Tapi bukan pulak bermakna lepas ni masing masing boleh angkat bendera dan bergaduh semula...Nak cakap banyak boleh tapi aku rasa tak perlu dan tak sesueiialah..kerana bukan itu tujuan posting aku kali ini..Lagi pun masing2 dah kute so sendri mau ingat laaa...










...Aku amik peluang abis bertugas di luar daerah sambil tu jugak aku beraya..Ate idak kalo tak merasa...hehehehee...


..Terima kasih aku ucapkan pada kengkawan dan saudara mara yang sudi bertandang ke umah aku pada ari raya aritu..Humm nampak ketulusan di wajah korang sume..aku doakan kome sume diberi kebahagian dan keberkatan yang berkekalan..Aminnn..Walaupun ada yang hanya setahun sekali berjumpa..walau dekat maupun yang jauh..Itu sudah cukup menggambarkan setia kawan korang...

...Sebenarnya tiada istilah open house atau rumah terbuka bagi aku pada bila bila Hari Raya pun...Pintu rumah aku sedia terbuka pada sesiapa saja yang ingin datang untuk berziarah demi untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim...Jadi sudi sudikan lah...Salam..

Sunday, September 25, 2011

...Kenduri Sana Kenduri Sini...

...Semalam Sabtu banyak sangat kalo nak dikira jemputan jamuan dan kenduri yang aku terima jauh mau pun dekat.Kebetulan PM pulak datang dengan rombongannya ke Perak,dan anak aku Muhammad Firdaus awal awal lagi dah ajak aku untuk bersama sama ke majlis tu..Tapi disebabkan selesema kemana pun aku tak mampu nak pergi...Adusss..

...Kepentingan memenuhi undangan ini sememang la patut dan ada setengahnya yang wajib kita penuhi.Bayangkanlah jika kita yang buat kenduri dan jemput orang datang alih alih tak siapa pun yang hadir atau pun tak ramai yang datang (munkin bersebab)tentu gak kita akan merasa terkilan...Ini bukan apa disamping dengan niat bersedekah akan dapat jugak merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain..Tambahan pulak bagi kita yang masing masing sibuk berkerja,kadang kadang dengan jiran sebelah pun jarang dapat bersua muka apatah lagi nak bersembang dan bertanya khabar,ini memang tak boleh dinafikan.Maka ketika kenduri kendara inilah masa yang terbaik untuk digunakan bagi tujuan itu...Jadi bila dah ada peluang,kelapangan dan kesihatan yang baik penuhilah undangan..Moga dengan itu akan adanya keberkatan.Insyaallah..

P/s:- Arini pun ada tiga jemputan yang aku terima..Tapi tak dapat jugak le nak pergi..Dengan maaf...:0(

Thursday, September 22, 2011

..Cakap Kata Hati..Part 5..

..Hanya kerana segelintir yang mengkritik..Tidak bermakna semua orang menolak pendirian kita...Justeru,hidup terus hidup..tanpa rasa patah hati..Walau bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak...

Sunday, August 28, 2011

..Sekejap Dah Datang Syawal..

..Hari pertama posa aku cakap kat anak aku..Arini 1st day kita posa..nanti tau2 dah masuk sepuluh ari..bila dah lepas sepuluh tup tup dah sampai ujung..dah nak abis..Cepat sungguh terasa..memang cepat...

...Humm arini dah masuk ari yang ke 28...bermakna tak lama lagi kita akan sama sama menyambut Hari Raya..Hari kemenangan setelah sebulan berperang dengan nafsu..luar dan dalam...Menang kalah jangan tanya..sebabnya buku masing2 punya..hehe..

...Semalam,Sabtu aku masih lagi bekerja ke northern outskirt sama gak macam kebanyakan orang lain..walau ramai yang dah berpusu2 balik ke kampong halaman...Syukur..walau hari mendung sesangat..tapi takde ujan..walau kereta banyak tapi tiada jem yang teruk...walau perjalanan jauh idak plak terasa penat...

..Di perjalanan suasana amat mengujakan bila aku nampak ramai yang sibuk membuat persiapan...last minute shopping,membakar lemang,berjualan kueh raya di serata tempat dan tepi2 jalan..Dan juga banyak masjid2 dan dewan orang ramai dipenuhi orang yang mengadakan majlis memberi bantuan Hari Raya...Walau ekonomi sekarang agak gawat..tapi itu bukan alasan untuk tidak merayakan dan bukan alasan untuk mereka2 yang berhati mulia untuk menderma...Kira ok laa...


...Ok,jadi bagi yang akan melakukan perjalanan jauh..samaada untuk menziarahi mau pun untuk pulang ke kampong laman..aku doakan moga kamu semua selamat...Yang tak dapat kemana mana untuk beraya tu disebabkan masaalah kerja atau kesihatan yang tak mengizin,aku ucapkan..Raye Tetap Raye Walau Di Mana Aje,Sebab Kita Dah Jenuh Berposa..Hehehe...Untuk yang selalu menjengok blog meraban aku nih..juga aku ucapkan Selamat Ari Raya Idul Fitri Maaf Zahir Batin (aku tak tau ayat lain selain ayat klise ini)..Moga kita semua akan diberi peluang bersama lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya..Insyaallah..Aminnn...
















...Ingatkan nak rasa balik feel kacang rebus bus station Taiping..Tapi punahh..Masin yang melekat...Teluk Intan punya pun ok lagik.!!






..Sambil tunggu sate siap..

























..Indah rupa dari rasa..aduii asyik terkena aje akuu...




..Dalam perjalanan pulang sempat jugak aku singgah di Pasar Malam Changkat Jering,Taiping untuk membeli juadah berbuka..Kat sini macam2 ada..Masa kecil dulu abah aku selalu bawa kami kesini..Tapi masa tu sume open air lagi..Sekarang baru up grade sikit..bole laa..Orang agak ramai,tapi masih jugak happening..Tapi Ahad rasa aku semestinya bukan saja lebih happening,tapi pening..sebab orang pasti akan lebih ramai dan keadaan bertambah sibuk...Begitulah kat mana pun bila tiba musim perayaan...(P/S: Pasar Malam ini seperti mana biasa diadakan pada hari Sabtu dan Ahad berturut2..)

Wednesday, August 24, 2011

..Demi Allah..Kita bersujud…

“Wahai orang yang beriman,rukuk lah kamu dan sujudlah kamu”
Surah Al – Hajj,ayat 77

“Aku diperintah bagi sujud di atas tujuh anggota badan iaitu dahi sekaligus hidung,dua tangan,dua lutut dan jari jemari kedua dua kaki” Hadis Bukhari Muslim.



..Setiap hari kita umat Islam diwajibkan agar bersolat...Tiada agama lain dalam dunia ini yang mengarahkan umatnya supaya bersujud sebanyak 34 kali dalam sehari semalam...belum termasuk dengan solat sunat yang lainnya...Ianya hanya terdapat pada agama Islam sahaja...Sebagai hambaNya yang taat tak perlu ditanya mengapa semuanya itu..namun di sebalik itu terdapat rahsia atau menaafaatnya yang besar bagi kita...Kita sedia maklum setiap suruhanNya pasti ada hikmah samaada yang tersembunyi atau pun sebaliknya yang selalunya tidak terjangkalkan oleh akal fikiran manusia...



Mari kita lihat beberapa hikmah sujud yang antara lainnya ialah :


Bernafas ketika sujud akan :-

Mengembalikan kedudukan organ2 tubuh ke tempat yang sepatutnya

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya

Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh

Melegakan sakit hernia (mempasang)

Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan, melegakan sistem pernafasan.Baik bagi mereka yang berpenyakit lelah dan paru2.

Mengurangkan kesakitan pada pesakit Appendiks @ Spleen (Limpa)

Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.(Tonggekkan punggung sambil bernafas,tahan serta tarik perut kedalam)

Meringankan bahagian pelvis.

Memudahkan tidur bagi pesakit insomnia

Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan insyaallah terhindar dari sakit buah dada.Khusus bagi kaum wanita,samaada rukuk mau pun sujud ianya memiliki menafaat luar biasa bagi kesuburan organ dalaman mereka

Memberi kekuatan pada bahagian otot untuk memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).

..Kedudukan sujud yang kita amalkan di dalam solat juga membuatkan otak menerima banyak bekalan darah dan oksigen.Maka disarankan supaya ketika bersolat kita sujud dalam tempoh jangka yang lama,tidak tergesa gesa (tumakninah)agar darah yang kaya dengan oksigen tadi dapat mengalir dengan maksimum ke otak....Dengan ini ia dapat mencegah pening kepala,maigrain dan mampu meningkatkan daya akal fikiran kita..Dengan perilaku sujud juga sangat membantu tugas jantung dan dapat menghindar dari mengecilnya dinding dinding artery (salur darah)...

..Justeru amat beruntung bagi yang mengamalkannya (bersolat) berbanding dengan yang meninggalkannya...di samping melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah..sekaligus ia juga berfungsi sebagai kaedah pengubatan semulajadi...InsyaAllah...



P/S:- Saorang jiran aku masa di Lahat Lane meninggal dalam solat ketika sedang sujud,begitu juga dengan Allahyarham Seniman Tony Kassim...

Saturday, August 20, 2011

..Kasi Settle Bill..

..Jom settlekan semua bill sebelum Raya...Supaya idak pening nanti selepasnya...heheee

Monday, August 15, 2011

..donia makin canggih yeop!!

…Malaysia kearah negara maju..Kalo mengikut perancangannya tahun 2020 nanti tercapai le kot..itu pun kalo Negara ini idak jatuh muflis..atau tidak pun jika dunia belum lagi kiamat...

...Tak dapat dinafikan kemajuan mengikut peredaran masa dan zaman..dulu jalan kaki sekarang orang dah boleh naik jet keserata dunia dengan cepat...Eheh terima kasih pada Dato Tony Fernandez dengan tambang murahnya..walau pun balik kampong ke Beruas aku tetap naik keta atau van je..Ate dah airportnye pun tak mandang...hehehe..

...Kalo dulu kat jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di bawah pokok besar tu..terdapat ramai patition writer yang menunggu pelanggan setiap hari..dan selalunya tidak menghampakan bila mana khidmat mereka sememangnya diperlukan...Tapi sekarang sambutan terhadap khidmat mereka tidak segalak dulu...sebabnya orang banyak dah celik IT..Salah satu dari kemajuan jugak lah tu...

...Kenduri kendara kalo dulu orang akan menempah kad jemputan kahwin.. hinggakan pada musimnya tak menang tangan bagi kedai cetak untuk membuat kerja mencetak...tapi sekarang...orang dah kurang menggunakannya sebab dah ada alternatifnya disitu...sekarang dah lebih canggih beb...Orang banyak pakai sms atau pun guna laman social je macam Twitter atau Facebook...Hummm...

..Begitu jugak lah bila musim perayaan tak kira laa apa pun Merdeka,menyambut posa dan jugak Raya..hinggalah kepada berita yang lebih penting..kematian contohnya..Hummm pada tahun 70an dulu teringat lagi aku bila mana Tok Ngah aku meninggal maka salah saorang cucu kesayangan dan yang paling rapat dengan nya tetiba je telah menghilangkan diri tanpa pengetahuan orang lain kemana perginya...Maka kelam kabut pulak le orang kampung...mana nak handle jenazah yang ada,nak pulak kena amik tahu hal beliau yang dah ‘hilang’..Alih2 pada sebelah tengahari nya sekoyong2 muncul dia dengan menaiki motor..

..”Awok balik dari Tepen..ngabo deme di sana” katanya..

...Fuhhh!!Lega semua orang...Rupanya dia terus ke Taiping dari Beruas dengan menaiki motor untuk memberitahu kaum kerabat kami yang ramai di sana..Masa tu bukan semuanya ada talipon..Selalunya balai Polis la yang jadi tempat untuk meminjam/menggunakannya..Begitulah susahnya tanpa teknologi yang canggih pada masa tu...

...Kat sini kita boleh lihat pro dan kontranya dalam penggunaan bahan canggih in..Ok kita tengok dari segi praktikalnya...senang cakap laa...MJC..Humm...Murah,Jimat dan Cepat..Itu saja...Tapi dari satu sudutnya lah bagi kita orang Melayu ni...Aku rasa kita dah kurang satu di situ...Ehehh nak cakap lebey pun nih tengah dok posa..

...Sebenarnya la kan..sorang rakan aku pernah merungut..bila mana kawan yang berkerja satu floor dengan tempat kerja dia dan selalu jugak bertembung di dalam lift...namun bila nak menjemput kenduri kahwin anak...dia cuma menghantar email sahaja..maka rakan aku tadi berasa sedih dan sangat berkecil hati...Ha haa aku setakat geleng kepala aja laa bila dah macam tu...Hummm nak cakap lebih2 la ni tengah posa la pulakk..(Saja ulang lagi ayat nih)..Cuma aku rasa bagi perkara atau majlis penting seumpama ini kita seharusnya lebih peka..bukan hanya buat sesuatu tu sambil lewa jee..Bukannya nak ajak pergi gig yeop!..huhuu..

..Munkin ada betulnya ‘Takkan Hilang Melayu di Dunia’..Tapi cuba kita renungkan...idak ke nanti akan hilang jua adat dan adap yang kita dukong dan bawa selama ini pada masa akan datang...jika generasi kita yang ada sekarang tidak tahu apa yang berharga dan apa yang berhak dijaga...Humm tepuk dada tanya diri kita...

..Aku rasalahkan..aku lah orang yang paling mentalitinya kolot dan kekampungan di Ipoh nih...Tapi aku no hal beb...apa atau siapa pun kita..yang penting kita tau dan sedar akan diri..Di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung...Aku bangga dilahirkan sebagai Melayu...yang terus hidup dengan adap dan adat Melayu...!!

Monday, August 8, 2011

...Bukan Cakap Kosong...

...Aku balik dalam ujan petang ni..sampai kat St 18..dek terlampau lebat hingga jalan pun tak nampak aku singgah je ke Tesco..Fuii sejukk..Masuk je kot pintu depan ternampak amil fitrah kat meja depan..dia angkat kening,aku bagi salam dan langsung aje bersembang dengan beliau..Takde modal aku buka cerita dengan bagitau kat dia yang semalam aku dah bayo fitrah kat sini tapi kawan dia yang jaga masa tu...

...Tapi itu bukan ceritanya yang aku nak sebutkan di sini...Cuma dalam tempoh tak sampai lima belas minit,kerana bila berhenti aje ujan aku pun terus minta diri dari abang ni...Namun dalam tempoh sekejap itu cakap2 dengan dia bukan lah cakap kosong sebenarnya...Cerita dan kata2 dari beliau yang amat 'berisi' bagi aku...Alhamdullillah! Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan abang ini...

P/s:- Agaknya ini hikmah ujan lebat petang ini untuk aku...

Wednesday, August 3, 2011

..Niaga nak untung bole..tapi jangan kelentong...

...Semalam aku ke Pasar Ramadhan Desa Aman..fuhhh orang ramai sedang berpesta!! Aku ushar sana ushar sini..tak amik masa yang lama pun..beli je murtabak dengan cendol..Huhh tak abis2 dengan mamak rulez..hehhehee..Pastu terus belah..Oh ye singgah jap kat tempat anak aku kerja dan beri dia bekalan untuk berbuka nanti..

..Di rumah berbuka macam biasa..Cuma yang luar biasanya murtabak yang aku beli tadi dimasak dengan kaedah Mak Andeh..Luo acak alam idak..Luar masak di dalam tidak...Pra masak la kata orang sekarang...huhuu..Ini kes penjual dok kira quantity jek tapi tak peduli quality...Naya jee...terpaksa plak dimasak semula..Itu satu hal, dek kerana murtabak arini aku ke Poliklinik GreenTown dan langsung M.C..huhuuuu....

P/s;- Aku rasa kalo penjual tu berhemah/berhati2 dalam menyediakan jualannya perkara macam yang di atas tak akan berlaku...Tak nak ke extra pahala dalam bulan posa ni?

Sunday, July 31, 2011

...Salam Ramadhan...

..Insyaallah esok dah nak posa ...orang Islam macam kita sume...banyak yang dah kelam kabut..siapkan itu ini...nak sambut Ramadhan la katakan..Fuyooo..Caya..Kat kampong nampak suasana meriah macam nak raya pun ada..Kalo di pekan pekan pulak di Pasar Tani..kita boleh tengok macam pesta jee...Ayam,lembu kerbau sume dorang kasi tumbang...kat Pasar Tani Shah Alam dengar cita 9 ekor lembu langsai dalam tempoh 3 jam aje...Perghh...Orang pompuan lagi le sibuk...mana nak siapkan juadah makan malam pastu nak prepare plak untuk bersahur..hari pertama bersahur lauk mesti special sikit...

...Tapi aku ngan family biasa biasa aje...hehehee..Petang tadi konon nak pergi Pasar Malam Desa Aman..sudahnya aku pusing steering singgah je ke restoran mamak kat Station 18...Ok,tapau..tosei,roti canai,capati dan roti naan...hahaa....Ini menu malam kang...Untuk sahur belum fikir lagi...Takde yang special...Hanya ala kadar...Alhamdulillah...Cukup dengan apa yang ada...syukur...rezeki dari Tuhan...Kena insaf dan ingat pada orang lain yang tak berkemampuan...

P/s: - Untuk kengkawan...Selamat Menyambut Ramadhan...

Saturday, July 23, 2011

..Mainan Perasaan..Cakap Kata Hati Part 4...

...Adakalanya jiwa atau perasaan kita akan cuba untuk lari dari rutin atau kebiasaan ...dari suka menebeng di kedai mamak seperti selalu..tetiba lak kita lebih selesa jika minum di rumah saja sambil bersembang dengan anak isteri..tanya dan jawab itu ini..sesuatu akan terasa begitu membosankan jika itu yang menjadi ulangan dalam hidup kita...Opss amalan solat contohnya tak boleh jemu kerana itu sudah menjadi kewajipan..kalo jemu itu maknanya ada yang tak kena..perlu disingkap dan lihat apa sebab musababnya..dan yang jelas datang dari diri sendiri jugak...

...Justeru..itu sebabnya aku lebih suka membuat tugasan di luar atau outstation untuk bertemu dengan orang ramai..walaupun pada hari itu,sebelumnya aku tidak tau siapa mereka..dan bagi yang regular pulak tak dapat aku mengagak betapa mood mereka pada hari itu...bagus ke idak...kalo banyak pesakit sure dorang akan tersenyum sampai ke telinga..idak kalo silap haribulan payment yang aku nak collect pun boleh pending...Adodoiii!!Namun di penghujungnya walau betapa tegarnya hari itu aku akan rasa lebih selesa sebenarnya..Humm kerana tidak berurusan dengan orang yang sama,suasana yang sama setiap hari...Lain orang..lain masa..lain pulak cerita...

...Humm semua ini mainan mind set dan perasaan..namun kita tak dapat lari dari sifat lemah,kerana itu dah memang salah satu dari sifat manusia...Adakala mampu dan adakalanya kantoi untuk mengawal serta menanganinya..walau tiap dari kita punya kelebihannya masing masing...

Saturday, July 2, 2011

…Minta tolong Pak Cik …Saya datang nak makan….

..Pagi Khamis aritu aku ke Medan Mara di Ipoh untuk minum pagi..pagi yang dah nak ke tengahari pun..pukul 11 lebih kurang camtu..Dok kat satu meja..oder char kewteaw..aku pesan tak mahu masin..tapi terlupa nak bagi tau kurangkan minyak..sudahnya kewtew aku yang patutnya basah dengan air jadi lenjun dek minyak..adussss...

...Elok baguih punya layan…datang owner kedai sebelah yang aku oder air suam dan kopi ais darinya.Mula2 dia bercakap dengan nada yang aku kira nak berkenalan,sambil memuji dan berterima kasih sebab minum dikedainya..sebab tolong orang melayu berniaga katanya..Tak pela lagi..Tapi bila dia dah mula membebel tak henti2 berceramah pasal politik..itu tak kena ini tak betul...Kerajaan pilih bulu tak tolong kami orang Melayu nak berniaga..katanya dan terus bla bla bla..pot pet pot pet..aku dah mula boring!...aku dah jadi macam burung terkukur dek nak mengiakan cakap dia walhal aku memang tak berminat langsung dengan cerita dia..Apatah lagi aku datang nak makan bukan nak dengar ceramah politik..Kenyang memang le kenyang..hum kenyang dengar bebelan...Abis makan...aku lap mulut dan terus tanya pada dia..

Pak Cik ni gerai sapa bagi berniaga?
MARA yang kasi.. katanya
MARA tu kira kerajaan jugaklah..Ok lah tu kalo dia dah tolong bagi niaga kat sini..kata aku..

...Lepas bayar aku terus belah..inilah kali pertama dan kali akhir aku datang ke kedai ini...kata hati aku...
..Macam entri aku yang lepas lee..aku tak memihak pada mana2..Tapi fikirlah,sampai bila kita nak ditolong..sampai bila kita nak diberi wheel cha..sampai bila kita nak dibantu..usaha lah sendiri jugak beb...Senonimnya orang kita ni..bila tengok orang lain lebih kita dengki,cemburu...Mula fikir/fitnah yang bukan bukan...namun untuk berusaha sendiri..MALAS!!
..Tahu ke kita betapa sesetengah orang yang berjaya tu bagaimana keadaan mereka sebelumnya?Lagi pun mesti ke dengan hanya diberi bantuan saja baru mereka boleh hidup senang...

p/s:- Usah lah cemburu dengan kejayaan orang lain...Cuma tiru ajelah kejayaan mereka...

Friday, June 24, 2011

..Napalm Death...Depa Mai Lagi Aiiihh!!..



..Setahu aku pertama kali depa datang pada tahun 2001..Yes! Napalm Death diberitakan akan datang ke Kl untuk mengadakan persembahan sulung mereka...Aku amat teruja sekali..apalagi sebelum ini yang hanya memiliki album copy Scum dari member lama aku Farid...hehhehe keset cover pun photostat je..terikut2 dengan era keset demo yang banyak boleh dibeli di Yik Foong Complex masa tu...

..Aku tak ingat masa tu musim cuti sekolah ke idak..Tapi yang jelas family aku pun aku angkut sama...Dipendekan cerita sampai je KL aku terus ke Concorde Hotel untuk mengambil tiket dari Adam..orang yang aku tak pernah kenal..cuma dapat nombor dari flyers gig yang ada...Sementara menunggu di lobby hotel..aku melihat ramai Mat Salleh yang melepak di situ yang mana hotel ini semua dari kita tahu bersebelahan dengan Hard Rock Café...Masa tu Kopitiam pun takde lagik...Tetiba pintu lift terbuka aku terlihat kelibat yang aku rasa2 biasa atau pernah Nampak..Alamak!! Tak salah lagi mereka adalah Mith Michele,Shane Embury dan sorang lagi mangkok hayun yang aku tak kenal..NAPALM DEATH!!!! Disebabkan segan dan terkedu sebenarnya...aku jadi blur!! Heheee..alih2 bila dorang dah berlalu dan Adam pun tiba..lalu untuk kepastian aku bertanya..Jawab si Adam..”Betul le tu...diorang memang overnight kat sini...Siang tadi aku bawa diorang jalan jalan ke Batu Cave sambil amik gambar”..
...Tu dia!Huhh rugi!!Selepas itu aku dan family terus ke Prescott Inn di Medan Tuanku untuk check in dan bermalam di situ...



...Masa berniaga bundle di Tronoh..aku turut edarkan flyers ni pada student2 U di situ...Pak Cik & Mak Cik tak payah aaa..


...Esoknya aku berdebar2 dari pagi untuk menanti hari beransur tengahari..Gig yang akan berlangsung di Warp Discotheque (ex Life Centre) dijadualkan akan bermula pada pukul 3 petang.Lepas solat zohor aku bersaorangan turun dari hotel untuk menuju ke vanue...Untuk ke situ aku bantai hayun kaki je sebab sambil2 cuci mata Jalan Sultan Ismail pun bukan le jauh sangat pun dari hotel,lagipun semalam dah cuti dari exercise..so arini cover le balik..Dalam dok berjalan sambil melangut menengok bangunan tinggi aku nyaris2 terjatuh kedalam lubang yang penutupnya merupakan jaring besi tapi besi nya telah digergaji (curi)dan yang tinggal hanyalah sisa besi yang menjadi jeriji aka jerangkap tak samar yang menunggu mangsa..Huhh idak kalo gig tah kemana aku pulak harus dok dalam hospital...

...Sampai di vanue..Persekitaran macam biasa lah dengan booth2 yang menjual sticker,tshirt,cd...Hinggakan degaradoo pun ada serta tak tinggal jugak wax untuk buat dreadlock pun ada dijual oleh satu couple Mat Saleh yang ada disitu..huhuu...Aku ingatkan bila band international yang datang perform tentu lah soal masa menjadi satu kemestian untuk ditepati..Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali..Hummm sama jugak lah seperti lain lain gig yang ada kat Malaysia ni..Aku rasa rasa lewat 45 minit...Masuk dalam arena ..ok..tempat agak luas..Makna nya ada ruang untuk moshing...Tapi tak lama..lepas tu mosh pit dah jadi tin sardine..aku rimas..Ahhh relax laa..nak selesa balik tengok DVD je kat umah...Jangan nak buat bodo piang kat sini!! Seingat aku di sebelah aku ada sorang Minah Saleh bersama anak lelakinya yang aku rasa berumur dalam sepuluh tahun gitu..Cee mak dia bawa tengok sebab tahu anak dia minat Grind Core...hehehehe..caya!!

...Opening act...band pertama dari selatan...Demisor,Narsamum dan kemudiannya Blind Tribe...Penang mai...Kalo diminta membuat pilihan aku sedari dulu amat tegar dengan Blind Tribe...Sound,riff dan suara growl dari Tam amat aku suka selain dreadlock beliau...Tapi aritu Tam tampil dengan berambut pendek dan kepala diikat dengan bandana,begitu juga bassis...pakat potong habis dreadlock mereka...Cuma tinggal Fahmi saja yang masih mengekalkan rambut fesyen itu...Aku frust sangat sebab bagi aku selain sound serta skill..imej juga memainkan peranan dengan muzik yang dibawa...lebih2 lagi mereka baru saja muncul dengan imej baru ini...Agak janggal plak rasanya bagi kita yang terbiasa dengan imej lama dorang...Ok cukup tu..yang lagi dua band aku tak nak cakap apa2 sebab sound depa aku tak boleh pi..Especialy Narsamum yang tampil dengan three piece..tanpa bass...Sound yang tajam menikam!! Silap banyak le sebab aku terlupa bawa ‘ear plug’...huhuhuu...

...Napalm Death..rulez the stage!!!Apa lagi yang boleh dikatakan pada band yang makan,minum,tidoq hanya dengan muzik,muzik,muzik ini....

...Aksi head banging,moshing,stage diving,body surfing telah lama bermula...Mark "Barney" Greenway menjerit bagai kerasukan dan Danny Herrera menghentam drum bagaikan hari ini tiada esoknya!!...Di atas pentas mata aku lebih banyak tertumpu kepada Mitch Michele sebenarnya..dengan riff2 yang membunuh...beliau memainkan flying Vnya dengan secara bersahaja...Begitu juga dengan Shane Embury di posisi bass yang sebelum ini pernah menggalas tugas sebagai tukang pukul...Huhh!...Ye!Bersahaja macam takde apa apa jeee..bak kata Pak Jabit...huhuuu..Oh ya sebut nama Mitch Michele aku teringat akan satu lagu yang diberi kepada Aru untuk disiapkan dan kemudian dimuatkan dalam album Koffin Kanser - Positive..Lagu yang bertajuk Mitch Factor...

..Ini adalah pertama kali..dan kali terakhir aku melihat didepan mata akan Jesse Pettando beraksi..sebelum beliau meninggal akibat kanser dan komplikasi diabetic pada tahun 2006 dalam usia 37 tahun..Jesse adalah master mind bagi band Terrorizer dan banyak lagi band projek beliau...




..Band yang muziknya bising dan anti melody..berpenampilan ganas...tapi lirik mereka tetap bervisi dan mempunyai mesej..banyak memperkatakan tentang perang,politik,hipokrasi,korupsi dan duniawi..Itu lebih baik dari berpenampilan baik2 dan bersih (konon)..tapi menghasilkan product lucah...yang menyumbang kepada keruntuhan moral orang Melayu (sori..saja aku menyimpang/merujuk kepada video klip arahan Gambit,antaranya)Takde apa yang nak dibanggakan...

..Abis gig..aku keletihan walaupun tak banging tak moshing ..Cuma tegak berdiri macam tiang jee..hehehehe..Sebelum balik ke hotel...Kat luar vanue aku lepak2 memerhati sekeliling sementara menanti hari beransur cerah setelah sedari tadi cuaca gelap baik di dalam mau pun di luar dek penangan kaum kerabat yang kesemuanya berbaju hitam...Gagak tak berkepak hahahaa...

...Sekoyong2 aku ternampak kelibat saorag mamat skin yang berlari kearah tempat aku melepak sambil di belakang nya terdapat lebih kurang 6 orang lagi Skin Head yang mengejar...Dipendekan cerita..Lembek hingga berdarah dia dikerjakan dengan hentakan boot Red Wings dorang..kesian aku menengoknya...Ada tiga orang Polis berdiri tak jauh dari situ tapi dorang cuma tolong tengok jee...Humm bebudak Metal yang ada dan nampak terlebih ganasnya takde plak nak wat hal camtu..Seingat aku ini bukan kali pertama bebudak Skin yang bergaduh sesama sendiri nih..Di Taiping selepas gig kat Taman Tasek satu kes kejar mengejar yang berakhir dengan pembunuhan yang berlaku di station bas Taiping..Begitu juga di Melaka Raya lama dulu..dua orang Skin Head dijumpai mati berpelukan setelah lemas di dalam laut,sebelum itu mereka juga bergaduh sebelum sama2terjatuh kedalam air...ROCK WILL NEVER DIE!! Kata kau..betul tu...tapi engkau yang bermatian konon nak menegakkan ideology merapu janaan Mat Salleh yang miskin jiwa tu hingga bemusuh dan berbunuhan dengan bangsa sendiri!! Sapa suruh??Dengar je muzik tu udah lee...Haa itu la pasal..aku pun dah merapu meraban nak membebel sama...huhuuuu...Ok udah tuu..

...Pada 27hb.June 2011...untuk kali yang ketiga Napalm Death datang lagi untuk memecahkan anak telinga dan memporak perandakan pentas dengan irama Grind Core di One Cafe...Namun awal2 lagi aku katakan tidak dapat untuk bersama sama korang sume..huhuhu whooaaa!!!!

...Ok cukup dulu takat ini.. lain kali aku cerita pulak pasal konsert Gillan And The Band yang aku tengok pada tahun 81 – 82 lama dulu tapi masih segar dalam minda..Hummm itu pun tengok jugak lah dengan mood aku dulu...heheee...


P/s: - Muzik...kira macam gas jugak lah..kalo takde gas dapoq pun tak menyala ye dak?

Monday, June 20, 2011

...Cakap Kata Hati Part 3

...Jika dalam kehidupan ini ada 10 kebahagiaan, 7 daripada 10 kebahagiaan sudah menjadi milik kita. Mengapa harus kita meratap dan merintih pada 3 kebahagiaan yang kita tiada. Hinggakan kita sanggup buang 7 kebahagiaan yang kita ada...Apa pun bersyukurlah hendaknya...

p/s:Kalo dah sume jadi hak kita..Apa hal pulak dengan orang lain? Huhuhuuu...

Wednesday, June 8, 2011

...Hidayah Tuhan Tidak Mengira Siapa...

...Suatu hari dalam minggu lepas aku berjalan keluar dari Tesco St 18 untuk ke parking kereta...dari jauh aku nampak saorang berkopiah yang manis muka nya merenung kearah aku...Ahhh lantak lah kata aku sebab dah terbiasa aku diperhatikan..bila saja dekat beliau yang berwajah manis sedari tadi tetap merenung aku lantas aku pun tersenyum mesra kepada beliau..Tiba2 beliau menghulur tangan sambil berkata..Ini Ridzuan kan?Allahuakbar!! itu saja yang mampu terpacul dari mulut aku..agak terpempan..sememangnya aku tidak lagi mengenalinya...cuma bilamana terdengar saja suara dari mulut beliau terus mengingat kan aku akan dia yang rasanya lebih sepuluh tahun tidak berjumpa...namun kali ini beliau dengan keterampilan yang jauh berbeza dari dulu...Beliau telah memeluk Islam rupanya..Alhamdullillah!! Hidayah Tuhan tidak mengira siapa kamu..Akan diberi kepada siapa saja yang dimahukan..Beruntung kepada sesiapa yang menerima akan anugerah seumpama ini...Beruntung juga kita yang sedia Islam sejak lahir...Ada sesetengah yang punya hidayah tapi tiada taufik..begitu juga lah sebaliknya...Namun ada juga yang lansung tiada apa apa...Cuma yang ditakuti bila mana taufik dan hidayah diturunkan kemudian ditarik balik...

...Setelah bertanya khabar lebih kurang dan berjanji akan menemuinya kembali di premis beliau selepas ini,kami pun meminta diri dengan urusan masing2...

P/s: - Hingga sekarang aku masih cuba untuk mengingati semula akan nama beliau...Adussss...

Friday, May 27, 2011

...Muzik Untuk Semua...



...Aku suka dengar muzik..biar apa pun pilihan lain yang diberi pada minat aku ..tetap aku akan katakan muzik yang jadi pilihan..Pernah belajar secara formal di Yamaha..tapi sayang dengan commitment lain yang perlu aku beri tumpuan lebih..so aku back off..Uhuhuuu...Whuaaa!!

...Taste muzik aku juga pelbagai dari R.Azmi,SM Salim hingga lah kepada Morbid Angel Burzum,Opeth,Behemoth dan yang sewaktu dengannya...Underground,mainstream semua masuk...Tak terkecuali Jazz,Blues,Reggae,Ska,Classical,Rock dan suku sakat yang lainnya..dari slow rock,black metal,death metal,progressive kepada extreme...Huarghh!!Rengkung terkeluaq..Metal keringgg...!!!

...Banyak yang beranggapan bahawa Mat Metal atau mereka yang mendengar muzik extreme ini adalah mereka yang bersikap liar,ganas atau brutal..seiring dengan muzik yang didengar oleh mereka...Ada jugak yang berkata...untuk menilai akan diri sesaorang itu kita boleh lihat dengan mengetahui jenis muzik apakah yang menjadi santapan orang berkenaan..Tapi bagi aku itu tidak seratus peratus...Kerana muzik sama jugalah dengan makanan...Ianya lebih kepada citarasa,terpulang pada orang itu apa selera makannya...Aku munkin minat popia kamu pulak suka apom balik...Begitu juga,kita tak perlu heran jika ada Mat Saleh yang tolak burger ketepi bila lentuk setelah merasa roti canai + air peluh mamak...juga tidak hilang akan jati diri individu Melayu itu jika tak mahu lagi makan cekodok apa bila merasa betapa sedapnya akan nugget..Edeiii citt...Peeirahhh..

...Bila disebut sebagai citarasa,aku tidak mempunyai batas dalam mendengar..pokoknya semua jenis muzik aku akan dengar selagi ianya menarik hati dan mampu untuk membuat kita berfikir dan tenang mendengarnya..Samaada slow atau heavy..Humm kenapa korang kata tak boleh tenang kalo dengar muzik keras?! Sebenarnya bukan dengan hanya mendengar muzik sentimental je kita boleh release tension!!

...In fact muzik merupakan salah satu dari bahan escapism..sama jugak lah bagi sesetengah orang yang kata boleh lepas stress dengan memikat burung,pancing ikan,main snooker dan macam macam lagilah..So kita tak leh marah atau kondem dorang..dan ini lebih baik dari membawa diri kehaluan yang salah seperti contohnya dengan minum arak,amik dadah atau main pompuan Indon atau Vietnam...hehehehe..Konon nak buang masaalah sudahnya banyak lagi masaaalah yang datang...huhuuu..Mendengar muzik juga sebenarnya merupakan hobi yang tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak..Ok munkin nak kena beli cd,dvd atau keset band atau artis mana yang kita suka..Tapi tak perlu berulang2 membelinya kecuali dengan album yang lain pula..nak dengar pun boleh sambil lepak2 kat umah atau dalam kereta..Tak perlu selalu habiskan duit beli umpan contohnya kalo bagi yang gile memancing...(Jangan marah beb ini cuma contoh yang aku bagi)

...Seperkara lagi muzik ini kira satu terapi gak..klu di negara2 maju muzik juga dijadikan salah satu module atau program bagi pusat psycatric..dan salah satu jenis muzik yang digunakan adalah muzik thrash!!.Tak semestinya untuk terapi kita kena dengar lagu slow je...aku masa muda dulu kalo liat nak bangun pagi just turn on Black Sabbath – Falling Of The Edge Of The World!?..he he..sure segar..yearhh,this is my day..Sebenarnya aku ada jugak saja saja tak nak dengar muzik kononnya,tapi tak lama dua ari je..pulak rasa macam ada yang tak kena jee..cam makan nasi ikut hidung plak..he hee...tapi aku percaya ada jugak orang yang tak boleh langsung layan muzik..heran gak aku kenapa..tapi takan le lagu macam Kitaro,Kenny G,Paul Mauriat,Anthony Ventura dan James Last contohnya atau setidak tidak nya S.M Salim,Raihan,Maher Zain,Rabbani ngan Sanisah Huri pun tak leh dengar gak? Klu dah macam tu tak tau le aku nak kata apa lagi kan?...Yang jelas kamu telah membazirkan salah satu dari nikmat Tuhan...BlinkBlink..

...Jadi bagi aku...macam makanan juga lah..perlu ada setiap hari...sama juga dengan mendengar muzik..Tak baca paper seminggu takpe lagi...dengar muzik tidak letih berbanding dengan membaca surat khabar sekarang yang cepat mebuatkan aku jadi bosan..letih dengan cerita2 yang memualkan...lesu dengan cerita ganas yang tak berpenghujung...getik dengan politik...sedih dengan aksi bunuh diri Mat Rempit Sayur di jalan jalan raya...Uhukkk...So lebeh baik duduk kat dining layan Mayumi Itsuwa sambil menghirup kopi susu kambing...Masyukkk...

P/S:- ..Maka tidak lah perlu nak heran jika dah tua pun masih lagi nak layan muzik extreme..Ehem macam aku laaa...hehee..

Saturday, May 21, 2011

...Naked Butterfly...



..Band yang menampilkan genre muzik Funk Rock ala Red Hot Chili Peppers,Rap Rock dan Funk Metal ini dimulakan dari cetusan idea Ozz Yussof..Aku tak mahu mencari perbezaan di antara mereka dan band yang mempengaruhi muzik mereka kerana bagi aku Naked Butterfly lain dari yang lain dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri...Apa yang terhasil dari apa yang mereka dengar itu adalah merupakan pengaruh sahaja..bukan untuk meniru..kerana pada kebiasaannya band band underground memang committed dengan apa yang diperjuangkan dan mereka memang ‘pure and true’ so no doubt dengan yang lainnya...Suka boleh dengar tak suka pekup aje telinga!!...Buzz off!!..

...Walau hanya satu sahaja product yang dirakamkan tapi bagi aku itu sudah cukup untuk memberikan satu impak yang kuat dalam industri underground tempatan..atau munkin juga diluar negara di mana aku percaya keset2 mereka turut tersebar melalui link UG itu sendiri seperti semua peminat tau...

...Dengan keseluruhan sepuluh buah lagu..Diterbitkan oleh saudara Bullet...Dalam debut album ini terdapat dua lagu yang sama...Victim Of Situation..tapi melalui proses rakaman yang berbeza.. satu secara demo version dan satu lagi secara studio..Kalu mengikut taste aku lagi suka akan versi demo...sebab mood dan feelnya lebih dan terasa lebih ‘tight’..Ketukan drum dari Che Mat bekas drummer Society yang meletup2 serta petikan bass dari Mamal yang konsisten dan laju...disulam pula dengan solo yang menggigit dari Ozz...Design bagi logo kumpulan ini juga adalah hasil kerja Ozz...Keseluruhannya memang menunjukan pemuzik bagi band ini sememangnya professional dalam menghasilkan product mereka..Double thumbs up!!

...Tak ingat..Kalu tak silap aku dalam tahun 97 – 98...mereka pernah tampil melakukan persembahan di Stadium Perak bersama lain2 band...Namun ketika itu kelibat Ozz tiada..dan telah digantikan dengan Eddrie Hashim di posisi lead gitar...Dengan kemasukan Eddrie nama Butterfly Kiss telah diguna pakai bagi band ini...



...Memang memukau akan permainan dan skill dari keseluruhan anggota band ini..ditambah pula dengan sound system yang baik pada malam itu maka hasilnya memang gempakk!!Antara lagu cover yang dimainkan malam itu adalah Paranoid (Black Sabbath) Suara vocalistnya...Adrin sememang pun ada iras Ozzy Osbourne..selebihnya tentulah lagu2 dari album mereka dengan tajuk yang sama juga...

...2004 sekali lagi aku berpeluang menonton mereka membuat reunion pada gig ‘I Thrash Therefore I Am’..Semua line up asal mengambil bahagian.Pada masa ini banyak band2 otai yang turut serta – Inffectious Maggots,Punisher,Slap Death,Nemesis,Carburetor Dung,Mistik dan beberapa band lainnya yang aku dah lupa...Aku rasa ini adalah gig terakhir bagi arwah Boy gitaris mereka dalam membuat persembahan sebelum beliau meninggal dunia pada 2006...(Boy meninggal akibat kejutan elektrik)





...Selepas gig reunion itu mereka terus hilang dan ahlinya membawa haluan masing2....Hingga lah pada July tahun 2010..Ozz telah dimasukkan ke Hospital Sg Buluh kerana mengalami komplikasi pada paru2..Dan setelah beberapa lama bertarung dengan nyawa pada 4hb.Ogos 2010 pukul 3.20 petang,Stone dari Silent Death yang sering menziarahinya memaklumkan kepada aku...Ozz telah meninggal dunia...Arwah telah dikuburkan di Bkt Gantang Taiping...dan dengan kematian dua dari anggota asalnya maka Naked Butterfly turut sama berkubur namun telah meninggalkan satu lagi product classic yang boleh dianggap sebagai cult kepada industri underground tanah air...Sayang ini lah yag selalunya berlaku kepada band band underground tanahair..muncul hanya dengan satu atau dua product kemudian terus senyap...Dan ada juga yang langsung tidak mengeluarkan apa apa material pun untuk dijadikan rujukan bagi generasi yang terkemudian...Tapi Naked Butterfly punya reason yang boleh diterima..Bagaimana pula dengan yang lainnye?..
...Kemana menghilangnya Happy Nightmare,Punisher,Koffin Kanser,Slap Death,Saxo,Modar,Nacromanicide,Hidden,Bazzah,Mistik,Pilgrims,Senseless,Sputum...??
Sekadar menyebut beberapa nama...




P/S: - Ada yang minta untuk membeli keset ini dari aku dengan menawarkan harga yang tinggi..Sori aku tak jual..Sebabnya ini adalah one and only..dan selain lagunya yang best..muzik,quality rakaman atau pun keseluruhannya adalah terbaik dan standing dengan product luar negara!!! Betul cakap punya bro..!!

Saturday, May 14, 2011

...Janganlah Menghampakan...

...Satu masa dulu masa tinggal di Lahat Lane aku selalu melihat satu mamat ni yang berjalan sambil menjerit2..”Gunting rambuuuttt”..yang mana beliau mengambil upah mengunting rambut di kawasan Kuala Pari dan sekitar tempat aku tinggal..Sesekali aku bertembung dengannya bersama saorang anak kecil di pasar malam Sri Kinta..dari gaya penampilannya aku percaya beliau saorang yang telah berkeluarga dan susah..Pernah aku nampak beliau membeli sepotong buah tembikai bersama dengan barang yang lainnya untuk dibawa pulang...Telahan aku (Moga ianya tidak benar) jika mampu tak munkin hanya sepotong yang dibeli (bukan sebelah)...tapi aku respek orang yang semacam ini walau pun sikit...rezeki untuk yang lainnya di rumah mesti dipenuhi...Munkin bagi beliau sikit atau banyak bukan soalnya..Hati gajah sama dilapah hati kuman sama2 dicicah...

...Berbeza sama sekali dengan apa yang aku lihat di Tesco St 18 minggu lepas..Ketika menunggu wife aku membeli ketam untuk mak aku di kampong..Aku ternampak saorang ibu muda yang sedang mengayat anaknya yang pada ketika itu sedang mengadap kaunter roti di sebuah bakery...Dengan perasaan hampa yang jelas dimuka anak itu tadi mereka berlalu begitu saja...sambil lalu di depan aku terdengar ibu itu berkata pada si suami..

“Haa lain kali mulut tu jaga2..nasib baik dia mau dengar cakap saya jap tadi..”

...Nampak gaya seperti orang berada..dan tak munkin untuk membeli seketul roti untuk anak pun tak mampu...tak munkin...Aku bukan busy body la beb..tapi persoalannya...apa sangat lah nilainya sebiji roti dengan seribu pengharapan saorang anak kecil tadi yang mau makan tapi telah dihampakan...Aduhhh terlalu sedih dan kasihan aku melihatnya...Takkan jatuh miskin mereka kalo dengan membelikan saja roti itu untuk si kecil tadi kalo dah itu rezekinya...Dan jika tak dibeli pun,aku percaya bukan sebab itu mereka boleh jadi lebih kaya...Kalo dalam hal makan minum untuk keluarga la kan, dengan apa cara pun (semestinya halal) aku akan cuba memenuhinya...Asal tidak keterlaluan dan membazir...Kerana itu sudah merupakan satu amanah,keperluan dan juga tanggung jawab yang mesti dilaksanakan..tanpa alasan..by hook or by crook...selagi ada kederat..aku akan bekerja...Sebab itu dulu2 aku biasa berkerja macam2...Satu hari hingga 12 jam..balik rumah kemudian pergi lagi...Hingga ke tengah malam pukul 1 – 2...Leteh?Penat? Memang tak tipu...Tapi ianya kepuasan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2..Haha sapa yang nak rasa boleh cuba..yang dah biasa...sure dah tak jadi apa..hahahaa...

...Jika ditanya pada diri sendiri pun kita bekerja untuk apa? Untuk siapa..Yelah bagi yang berkeluarga lebih lagi soalan dan persoalannya...Namun kalo dah tau jawapannya,sebagai ketua keluarga laksanakanlah peranan kita...Jadi,cubalah tidak menghampakan...


P/s: - Dalam sesetengah perkara kata orang...biar anak menangis sekarang jangan kita yang menangis kemudiannya...Tapi sanggup ke melihat anak menangis sebab nak makan???Aku tak sanggup...

Tuesday, May 3, 2011

...Osama Ben Laden...

...Dalam tak sampai seminggu ini pelbagai kisah dan tragedi yang kita dengar menimpa saudara yang seagama dengan kita..baik dalam mau pun yang di luar negeri...Rata2nya ditaja oleh Amerika dan Yahudi Laknatullah..Yang terbaru anak bongsu kepada Muamar Gaddafi dan keluarga beliau yang mana bersama tiga orang anak telah terbunuh akibat serangan yang tidak mengenal belas mau pun mangsa...Peluru sememangnya tak bermata..namun manusia yang celek telah dibutakan hati mereka dengan nafsu dan dendam...

...Semalam kita juga dikejutkan dengan berita kematian Osama Ben Laden yang turut terbunuh dalam serangan yang ditujukan kepada beliau...Dunia barat dan Islam yang memusuhi mereka menganggap ini sebagai satu kejayaan besar dalam perjuangan mereka...
...Sebenarnya kita juga perlu sedar ini adalah juga satu tamparan hebat bagi kita yang seagama dengan mangsa tersebut...Telah lama,namun kali ini maruah kita telah lebih tercalar,yang sebelum ini dirobek2 dengan begitu rakus oleh musuh2 yang sememang tidak akan senang dengan agama Islam...

...Persoalannya...Benarkah semua keganasan terbabit dilakukan oleh militan Islam?Tamat kah keganasan yang dikatakan berpunca dari Al Qaeda? Atau adakah ini detik awalnya Armageddon atau Perang Akhir Zaman?!...

...Mereka bersama bersorak riang merayakan kemenangan mereka kali ini..Dengan TV dan radio kita yang turut begitu bersemangat melapurkan berita itu...Gembira..hilai ketawa mereka.. atas penderitaan orang lain...Namun bahagiakah mereka??Semestinya tidak...kerana mereka terdiri dari orang2 yang sakit!!


P/S:- Sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa Osama Ben Laden terlibat secara langsung terhadap serangan World Trade Centre di New York,walaupun beliau sendiri mengakuinya...Siapa kita yang sewenang wenang menghukum manusia lainnya???

Friday, April 29, 2011

..Nape plak nasik lemakk..

...Tidak le plak diketahui sejak bila ujudnya menu ini..adakah sejak zaman Melayu Melaka? Aku tak tau...Atau munkin ke Hang Tuah dengan kengkawannya dulu pun pernah membawa bekal menu tersebut untuk mendaki Gunung Ledang? Pun aku tak tau..tapi apa yang jelas ianya sudah senonim dengan masyarakat majmuk kita Malaysia..Opss 1 Malaysia..

...Aku dulu pun selepas selesai mengambil upah mencuci Land Rover atau kereta di garage,akan balik ke rumah dan menyambung tugas melangsaikan balance nasi lemak yang tak habis dijual oleh mak aku..Biasanya 2 – 3 bungkus jugak lah yang aku bedal...hehehehe...Sedap memang le sedap apa lagi jika diminum bersama dengan kopi O atau the tarik...Kalo masa bersekolah rendah dulu waktu rehat kami selalu ke Kedai Rahmah Ali,kedai masakan Minang di sebelah Pasar Banting...Nasi lemaknya dicedok dari bekas kayu kemudian dicampur dengan bilis (kalsium),timun (fiber),telur rebus (Protien),kacang tanah (Protien/Fiber) berserta sambal pedas2 manis...Fuyoooo...Meleleyy...Che Gu tak marah..sebab dorang pun kirim kat kami untuk tolong belikan..hahaha..Humm dalam seminggu mau juga le 3-4 kali kami layan menu camtu..tapi tak gemuk pun,apa lagi le nak obes..Masa tu perkataan obesity pun aku tak pernah dengar...

...Kini timbul pula arahan dari Pak Menteri yang mengarahkan agar Sego Lemek kata orang Jawa tidak lagi dijual di sekolah2...atas alasan ia penyebab obesity yang berlaku kepada anak2 murid...Aku yang tak bersekolah tinggi ini menyangkal tanggapan berkenaan...Ini kerana corak pemakanan serta gaya hidup kita itu sebenarnya yang mempengaruhi perkembangan tubuh badan kita...Kalo makan banyak tak kira le nasi lemak ke,pulut inti ke,burger king ke,ayam goreng ke ntah apa2 ke lagi...Tapi disertakan dengan amalan senaman yang berkala dan makan secara sederhana pasti kita dapat mengawal berat badan dengan konsisten.Maknanya di sini makan kuat atau banyak,maka kerja atau senaman pun perlu juga setara bagi membakar lemak atau kalori yang kita ambil sebelumnya...Jika makan banyak lepas tu dok layan tv atau internet je memanjang apa ke tak obesnya...

...Satu yang aku mushkilkan dengan arahan serta larangan tadi..mengapa hanya terhad kepada nasi lemak?Tidak pula kepada junk food yang juga dijual di kantin2 sekolah tu...?’Sampah'ini jauh lebih bahaya kepada kesihatan sebenarnya,dengan bahan kimia,trans fat atau lemak tersembunyi juga dengan MSG (bukan Michael Shenker Group)sebab ada yang pernah bertanya kepada aku apa itu MSG..Aiseyy MonoSodium Glutimate laaa..Pak Aji..Pak Aji tu laaa...Aku bukannya apa..tapi adakah disebabkan pengilang2 bahan tersebut terdiri dari bangsa yang sama dengan Pak Menteri itu maka hal ini tidak dipandang pun...Bahan2 yang aku sebutkan di atas tadi akan meningkatkan paras lemak,tryglysride yang kemudiannya nanti akan meningkatkan pula paras kolesterol (Low Density Lipoprotien) yang tidak baik dalam darah...

...Namun ini terpulang kepada individu itu sendiri..Yang nak makan diri sendiri yang nak kenyang pun diri sendiri...Maknanya di sini apa2 pun risiko tanggung tanggung lah sendiri..Orang lain apa peduli...!!

P/s:- Sarapan pagi aku sejak 2 tahun kebelakangan nih :-
Roti fiber,oats,cereals,kurma,kismis dan susu kambing segar..Terbaik dari ladang Majuternak Kampung Koboi,Sg Siput...Mbeekkk hehee..

Thursday, April 21, 2011

...Masjid Kampung Aku...

...Agak lama aku tak menjengok apalagi nak update blog nih...blog orang lain pun setakat lalu lalang je,nak singgah idak jugak...Hehee macam le aku ni sibuk sangat..Tapi tak dinafi sibuk dengan hal dunia..Itu sememangnya...Sihat ke sakit ke tanggungjawab harus dilaksana walaupun berpada pada...





...Akhirnya setelah bertahun dalam perancangan dan ditunda akan pembinaanya..Maka sekarang kami penduduk kampong dah boleh menarik nafas agak lega..tak boleh lega 100 peratus sebab masih lagi dalam pembinaan,apatah lagi nak siap…macam macam boleh jadi beb..So tahan je la nafas tu dulu…sementara menunggu siapnya yang dijangka sama dengan masa siap Jusco kat St 18 nanti...





...Kat mana2 pun serupa kata aku..kat berek,kampong,FELDA,estet...walaupun masyarakatnya berbilang bilang kategori..tapi sikapnya..ye la dah nama pun manusia..berkomplot,berpuak2 mesti ada..baik muda tua pompuan jugak lelaki...
...Jadi dengan adanya masjid ni..yang mana selain dari tempat untuk beribadat dan lain2..Diharap dapat memberi lebih banyak menafaat disamping dapat mengeratkan kembali hubungan di antara penduduk setempat mau pun sekitarnya..ini bukan apa hanya disebabkan sedikit perbezaan pendapat maka ada hubungan sesama mereka yang sebelum ini terjalin baik telah retak...tapi aku tak amik pot sume tu..kira sume pun aku kawan dan campur,tarak pilih bulu pun...hormat pada yang tua,sayang pada yang muda...Pada yang sebaya..Wa caya luu brader..hehhehe..





...Suatu masa dulu aku singgah bersolat di sebuah masjid di utara tanah air...kenalan aku di situ telah memaklumkan bahawa segala urusan Masjid itu dijaga oleh satu pihak dari sebuah parti politik pembangkang...manakala kawasan itu pulak dikuasai oleh parti pemerintah...dan begitu pun jemaahnya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan mereka berkumpul serta bergaul disitu tanpa mengira tentang ideologi parti atau haluan politik mana yang mereka sokong ..ini dulunya jarang berlaku...di mana mana pun kita boleh dengar berlakunya perebutan kuasa,lobi melobi dalam usaha untuk menguasai Masjid..tapi perkara seumpama ini tidak berlaku di situ..Ya,sesuatu yang harus kita puji dan contohi...Seperkara lagi Masjid itu juga mempunyai laman webnya sendiri yang dikemaskinikan setiap hari..jadi jika kita ingin mengetahui apa2 tentang program seperti ceramah contohnya,tanpa perlu pergi dan melihat di papan kenyataan Masjid,dengan hanya melawat laman web nya saja kita sudah boleh mengetahui segala maklumatnya di situ...Kira cantek sangat le kalo camtu..aku rasa banyak lagi tempat2 lain yang mengamalkan perkara yang sama...Harap2 pengurusan Masjid kampong aku ini akan lakukan perkara yang sama jugak nanti...Hummm,kalo dilihat dari progress..rasa rasanya dengan solat Idul Fitri tahun nih dapat le Masjid ni mula digunakan nanti...Aminn..









P/s:Aku saja amik gambo ni bukan apa,saja nak buat kenang2an untuk anak cucu aku nanti,supaya dorang,tahu menghargai dan mengenang..dan mereka boleh dapat tengok walau hanya gambar...betapa ini lah rupanya masjid kampong ini ketika dalam pembinaannya..

Tuesday, April 5, 2011

..Cakap kata Hati Part 1...Terima Kasih Teman2...

...Keadaan kita manusia makhluk Allah boleh lah diibaratkan umpama roda yang berputar ligat..Selalu berubah ubah tidak tetap pada satu paksi..Adakala di atas adakalanya pula kita berada di bawah..Kadangkala berasa gembira..kemudian bertukar kepada sedih..Kadangkala menghadapi kesulitan dan kemudahan..Sekali sekala kata kata orang sekeliling cukup menikam hati dan mampu menitiskan air mata...Selalu juga kita yang disalahkan,dihina,dianiaya juga difitnah...Sedangkan kita tidak seperti mana yang dikatakan..Sebagai insan kerdil makhluk Tuhan apa yang termampu hanya lah memohon doa kepada Tuhan...agar dihapuskan segala beban...

...Yang datang dengan tiba2...

..Kala mendambakan pertolongan atau bantuan dalam mengharungi kepayahan disebabkan pelbagai kerenah duniawi yang hipokrasi..Tiba2 tanpa diduga mau pun terfikir semua itu...kita dianugerahkan dengan pertolongan dari ramai orang,dari pelbagai sudut kiri,kanan,depan dan belakang..Huhh syukur sesangat..dari kenalan..kengkawan..yang baru mau pun yang lama...juga dari mereka yang telah berpuluh tahun tidak berjumpa..dan ada juga dari mereka yang tidak kita kenali..hanya sms..penganti diri..tertanya2 siapa ye? Yang sanggup mendoakan kita,memberi kata kata perangsang..bukan senang orang saja2 nak mendoakan kita..Tapi ini tidak mustahil..kerana Tuhan mampu meggerakkan hati mereka untuk itu semua...dan kita sememangnya akur..kerana itu adalah kurniaan Allah yang esa jua...

...Teman,sahabat..jauh dan dekat..dengan sokongan moral kamu semua...aku tak mampu membalasnya..ucapan terima kasih bagi aku hanyalah kata kata..beratus ribu kali pun ucapannya..budak kecil yang tak mengerti apa2 pun mampu mengucapkan...Namun ianya mempunyai jutaan makna yang amat dalam bagi kita yang memahami...Setulusnya aku mendoakan segala sokongan moral dan juga ilmu yang dikongsi dari kamu semua akan dibalas dengan pahala yang teramat besar untuk kamu,keluarga serta anak cucu kamu nanti..Aminnnn Ya Allah...

Saturday, March 26, 2011

...Cakap Memang Murah Part 1

...Banyak udang banyak garam..banyak orang banyak lah ragamnya...Kebanyakan dari kita suka menyalahkan orang lain perihal bila berlakunya akan sesuatu...

...Sampaikan bila ari panas atau ujan pun ada di antara kita yang masih nak merungut..Walhal dah tahu tu sume kerja Tuhan...Hum tak bersyukur langsung...

..Bila anak2 buat hal contohnye..kita salahkan sebab bergaul dengan anak orang..abis bila anak orang tu pulak yang buat hal..nak salahkan siapa plak..hum salahkan plak sebab bercampur dengan anak orang lain..nak kata sebab berkawan dengan anak kita idak jugak..maka begitulah seterusnya...Kau salahkan aku aku plak salahkan orang itu...jadilah macam lagu Ujan Oh Ujan...namun untuk melihat,menghisab,menilai akan kesalahan atau kepincangan diri sendiri jauh sama sekali...

...Selagi kita hanya tahu menilai diri atau perilaku orang lain tanpa mahu menghisab akan diri sendiri..maka payah le untuk kita berubah...Kita rasa kita aje yang betul...Senang cakap laa..dosa orang kita tolong kira,tapi dosa sendiri jangan ingat plak tak ade...itu jangan lupe...hahaha..

..Memang lah tak dinafikan ada kekurangan diri sendiri hanya orang lain yang nampak atau tahu...kita sendiri tak perasan...tapi itu bukan satu alasan untuk kita alpa atau buat buat lupa...

...Dunia ni bulat tak selamanya dok di atas..Manusia tak sempurna...dengan satu jari yang kita tudingkan kepada orang lain disekeliling itu..empat jari lagi sebenarnya menunjuk ke arah diri kita sendiri...

P/s:- Pasal kena kencing,kena fitnah,kena tipu,kena tuduh ni..Aku,sebenarnya bak kata orang laa...kalo makan tu dah jenuh dengan sendawanya..dah kutei kata orang Perak...

Saturday, March 19, 2011

..Rentikan laa bro..

...Aku cukup angin dengan orang yang menggunakan orang lain untuk kepentingan peribadi.. Mereka ini tanpa segan silu akan menonjol2kan diri untuk popular juga dalam usaha untuk mencapai matlamat mereka itu...

...Satu masa dulu aku bersembang dengan saorang client di utara Perak..Dengan berkata yang dia amat kecewa dengan apa yang berlaku pada masa itu..di mana beliau melihat ramai orang yang jauh lebih muda darinya sedang bermewah2 dengan Harrier masing masing..Vroom sana sini..setelah berjaya melobi orang di atas untuk mendapatkan projek..Sedangkan beliau sendiri yang telah lama ‘berjuang’untuk parti tak dapat apa2...Hummm...

...Aku pun tak pasti samaada selama ini beliau ikhlas tika berjuang ataupun seperti orang lain le jugak (bukan untuk parti tapi untuk poket sendiri) Cuma disebabkan tidak pandai melobi,maka dia diketepi...So untuk cerita dia tadi aku cuma mendengar sambil mata terkebil2...bukan apa...tapi not my cup of tea laa..bukan minat aku untuk bergebang pasal politik...Dalam pada tu kopi aku cicah jugak dengan roti bun sambil terus mendengar beliau mengomel..pot pet pot pet...

...Gadai maruah untuk capai matlamat diri..bagi aku sama juga dengan perangai pelacur! Cuma nampak agak ‘baik’ sikit dari itu...Cari harta setengah mati..tapi apa yang pasti bukan untuk dibawa pergi..Itu sebabnya dalam profile FB,di ruang political views aku tulis 'Spit it Out!!!! Sebabnya aku dah jelak dengan perilaku politikus yang ada di bumi Melayu ini..cantas mencantas dah jadi satu budaya..Pijak kepala orang lain untuk naik ke atas...Apa yang diperjuangkan sebenarnya telah lari jauh menyimpang dari matlamatnya...Apa yang mereka tahu..poket sendiri mesti diisi dulu...pengaruh dan sokongan mesti juga diraih dari orang keliling...bila poket dah penuh..untuk kuasa lebih lagi,boleh dibeli dengan menyumbat mulut2 mereka yang akan dijadikan kuda hitam mereka...begitulah seterusnya..bla bla blaa...

...Jadi kalo ditanya kenapa aku tidak menyebelahi mana2 pun..aku akan jawab kerana aku...dah jelak dengan mereka2..kerana yang ikhlas berjuang dan yang benar2 menjadi pemimpin hanyalah segelintir yang boleh dibilang dengan jari...ada penyokong pun jadi sokong yang membawa rebah...rebah dalam segala hal...moral terutamanya...tengok lah mana2 pun sama jee...Ada yang sampai gunakan agama sebagai platform..berimej warak serta alim..bercakap lembut gigi berbanding lidah untuk mengaburi mata orang sekeliling..Takpe lah tapi aku jangan kau nak kencing..Sori beb...

...Munkin ramai yang marah dengan cakap2 aku,rasanya..Munkin jugak berkata aku tidak punya pegangan...Ok,aku tak kata masuk mana2 parti tu tak elok..tapi tak mestinya kalo duduk luar parti aku jadi kera sumbang..In fact dok mana2 pun boleh jadi baik atau sebaliknya...Namun aku ikhlas dan jujur dalam menyatakan pendirian aku..yang jelasnya aku tidak hipokrit dan menipu diri sendiri dek hanya untuk menyokong atau mengambil hati mana mana pihak...Adiouss!!


P/s: Apahal plak aku melalut macam orang mabuk kat blog ini..Oh ye ini sebenarnya bagi menjawab kepada pihak yang sering cuba memprovoke aku untuk menyertai mereka..Haaa kali ini jawapan,prinsip dan pendirian aku dah cukup jelas ok?!Sebab selalunya aku buat dek aje dengan kata2 korang...buat nehin kata orang Beruas...Nak minum teh tiga lapis boley lagiii..But not talking shit anymore bro.. please..hehhehe...Peace No War!!

Friday, March 18, 2011

..Cakap Kata Hati...

...Sejuta ayat mau diungkap namun tak terucap...sejuta yang difikir tak mampu untuk dizahir...Bukan untuk mengada ngada..hanya untaian kata kata...Sekian lama terpendam diam..dalam suram...Akhirnya terbongkar sudah segala rahsia...tidak memaksa untuk dipercaya...

Sunday, March 13, 2011

..Citarasa berbeza mengikut masa atau apa?

..Aku kalo balik kampung suka singgah di Pekan Parit..kalo tak singgah pun itu dah memang jadi laluan wajib aku untuk ke Beruas...Aku suka singgah kat pekan ni sebab ada satu gerai yang menjual rojak kegemaran aku..tapi yang jelasnya kat mana pun asal namanya rojak aku pasti lentuk..hahaha nasik tolak tepi bo layan maa..

...Sejak schedule aku pun dah jadi tunggang terbalik..masa untuk aku balik ke kampung untuk menjenguk mak dah jadi tak menentu...Bermakna aku pun dah jarang dapat singgah untuk melayan rojak mamak ini...Gerai tak bernama so aku panggil je Gerai Rojak Parit..hehehe..

..Baru ni aku balik kampung secara mengejut je pun..itu pun hati dah meronta2 nak tengok mak di kampung so aku redah aje...jadi bila lama tak merasa kali ini aku singgah lagi...apa lagi layan je lahh..Aku tanya dengan tokey muda yang ada kat situ..aku perasaan lama dulu masa aku rajin singgah dia ni kecik lagi..anak tokey..Mana bapak? Kata aku..Dah meninggal 2 tahun lepas...sakit kanser pundi kencing..tak lama 2 minggu jee...Panjang lebar dia menjawab soalan aku yang pendek je tadi..agaknya jawapan yang dah sedia diset dalam kepala untuk setiap kali orang bertanya akan hal bapaknya..So just petik suis...rewind je laaa...

...Rojak yang aku layan aritu sekarang ni jauh sangat rasanya berbanding dengan yang dulu..Tak pasti samaada mulut aku ke yang dah tak sensitif lagi atau memang rasanye yang dah berlainan berbanding dengan hasil dari air tangan arwah bapak dia dulu...Humm dalam pada itu habis langsai le jugak aku palam sampai dua pinggan...adehhh sengkak perut...Ini bukan lagi makan..tapi menchike..idak pun metekedarah kate deme hehehe...Amik koo..

...Dah jadi lumrah hidup bila semakin meningkat umur,bab cita rasa dalam pelbagai perkara jadi berubah..Begitulah jugak dalam cara berfikir...dulu kita kata suka itu suka ini...suka sesangat tapi sekarang idak lagi...Malah terasa pelek pulak kenapa dulu boleh suka tapi sekarang idak lagi...Fasa peralihan berlaku pada semua orang semua makhluk...Kecil akan dewasa kemudian kalo panjang umur akan pulak merasa hari tua sebelum kita kembali kepada Nya...Tapi ok le tu kalo mahu berubah cam dari tak elok kepada yang elok,tak kira le dari apa segi pun perangai ke atau yang lain2nya...Hijrah le juga namanya tu...Cuma yang kita risau bila makin berumur ni bukan saja tak mahu berubah tapi kot makin ingke kata orang Perak..Adussss...


P/s:- Tapi jangan le pulak kot dah terbiasa sarapan dengan lempeng alih2 mintak ubah menu kat bini nak makan spaghetti pagi2 buta...kot pelempang le pulak yang dapat..hehehe..

Friday, March 4, 2011

...Maher Zain...

...Seni itu pelbagai ada yang gitu2,ada yang skema,ada gak yang abstrak...anugerah dari Tuhan untuk umat manusianya..bagi yang tahu menilai,menghayati seterusnya akan menghargai...ini tak kira lah apa pun muzik,lukisan,penulisan atau apa saja..Bagi yang tak suka pula,tak perlu memandang serong apatah lagi mencaci...Justeru jika baik yang kita bawa..baik atau elok lah jadinya namun jika sebaliknya...Hummm tau2 lah sendiri..yang elok pun akan jadi tak elok...

...Kadang2 setakat bercakap atau berceramah saja pun orang tak suka maka diselitkan lah juga hiburan berupa nyanyian...Baru2 ini berlaku demam Mahir Zain yang melanda negara kita,walaupun auranya tak sekuat Raja SMS Mawi..tapi ianya tetap menarik perhatian perempuan mau pun lelaki..Opss...hahah..aku dulu pun tertanya2 apa yang istimewa mamat sorang ni...rupanya selain kekacakan beliau yang mencairkan mata yang memandang...beliau juga memiliki suara yang sesedap telinga yang mendengar..dengan lirik yang simple tapi mempunyai meseg yang dalam..juga melodi yang easy listening...smooth gitu..hingga mak aku pun rupanya jugak meminati beliau...Begitu kuat pengaruh muzik terhadap manusia sejagat..Perghhh....

...Biasa la bila dah handsome bergaya tentu ramai peminat dan pemujanya...Begitu jugak lah yang berlaku pada mamat ni..ramai sangat wanita yang cair hinggakan FB dan Twitter antaranya dijadikan medan untuk melepas 'geram cair' mereka2..adussss...Maka dek kerana taksub hingga ada yang terlalu cabul memuja beliau hingga suami sendiri pun jika terdengar akan merajuk hati..Dan jika mertua yang mendengarnya pun akan berkata...Ahh! Beginikah perilaku menantu aku!??

...Jadi hentikan lah perilaku 'zina mata dan zina perasaan' itu...Sekadar meminjam kata2 dari guru aku dulu...Lancang dan berat bunyinya ayat tadi...tapi berat lagi perilaku seperti yang aku paparkan pada perenggan di atas..aku bukan bercakap kosong atau suka2..aku bercakap secara jujur dan ikhlas...

...Tujuan dan matlamat menjemput beliau ke mari memang baik dan kita percaya selain dari atas tiket bisnes dan hiburan ianya bertujuan lebih dari itu..apa pun tentunya atas tujuan yang baik2 belaka...Dan aku juga percaya bagi artis mana mana pun yang jujur dan ikhlas dengan apa yang diperjuangkan mereka juga tidak mahu dipuja2 sebegitu rupa,malah takut jika dengan sebab itu akan menyebabkan mereka menjadi riak atau pun takbur atau kelangsungan dari itu juga peminat mereka pula yang jadi lebur!!...



P/s : Teringat kawan aku yang pernah bergaduh dengan isteri bilamana si isteri asyik memuji2 akan kekacakan Syed Muzaffar di depannya...Kalo para suami yang buat begitu harus ada yang kena cantas idak pun potong 12...huhuu..

Sunday, February 27, 2011

...Kos Guaman Pun Naik..Bior Betekk!!

...Kalo mengikut polisi perniagaan yang dipelopori oleh Yahudi..sebarang product jika melebihi permintaan maka harga akan jatuh..dan jika permintaan melebihi product harga pulak pasti melambung..Kita lihat saja masa musim perayaan harga ayam contohnya, akan naik secara mendadak..Ini disebabkan kerana permintaan yang tinggi manakala bekalan stock kurang kata pembekal..Alasan murahhh! Perkara ini boleh mereka jangkakan sebenarnya...Abih kalo dah tau kenapa tak bersedia dengan menambah bekalan sejak dari awal?!!

...Maka itu satu perkara....Jadi sekarang lain pulak halnya bila Presiden Majlis Peguam Ragunathan Kesavan mengumumkan kenaikan kos guaman sebanyak 300 dan 400 peratus...Alasan yang diberi oleh beliau adalah kerana peningkatan kes2 atau boleh diistilahkan di sini sebagai product.. Banyak kes bererti mashukkk...Jadi jika merujuk balik kepada perenggan yang ditulis di atas maka apa relevannya kos berkenaan naik??!!..

...Ini bermakna jika kes sivil yang dulunya hanya membabitkan kos Rm 2,000.00 sekarang telah meningkat kepada Rm10,000.00..Itu belum lagi kes di mahkamah tinggi...Walhal perkhidmatan dari mereka belum tentu menjanjikan yang terbaik...

...Katanya lagi sekarang kes tidak lagi boleh ditangguh sewenang2nya..Aiit yenadeii?!.. Tidak kah nanti dengan kos yang melambung naik dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan nanti akan melambatkan lagi kes? Yelah kalo dah takleh atau lambat kos yang dibayar tentu juga lah kes akan lambat disebut di mahkamah..Ini bukan munkin..tapi pasti..Ye laa kereta kalo dah tak diisi dengan minyak mana nak bergeraknya...Macam paku juga laa kalo tak diketuk camna nak tenggelam dalam kayu..Ehemm...Aku dah kena dah masa kes rumah aku dulu..(Tapi bukan sebab lambat bayar cuma sebab lapuran kerosakan yang aku buat pada kontraktor tak diendahkan..bagi tau pada lawyer yang semestinya telah dibayar tapi lawyer plak buat dek ajee..Rupanya depa ada kaw tim di belakang aku...Sana makan sini pun makan...Gergaji dua mata...Tak patut betoi...)

...Berbalik pada tajuk asal tadi..Ini sama jugaklah dengan kisah tepung yang naik seposen harganya bagi sekilo...Maka harga sekeping roti canai juga naik seposen...Memang tak patut...Humm letihhh oooo...Kalo dah sume harga barang naik...

...Inflasi naik 45% tapi pendapatan bagi raakyat naik berapa peratus? Atau masih jugak di takuk lama? Statistik mengatakan graf peningkatan berlaku keatas ekonomi negara bagi tahun ini...Tapi bukan semua dari kita yang merasa faedahnya...Peratusan rakyat yang ‘sakit’ dengan fenomena ini tetap tinggi..Dengan harga minyak yang melambung naik kepada lebih 100 dollar setong,ada kah peningkatan ekonomi itu tadi akan tetap berlaku?...

...Kata orang di atas sana jika harga barang naik..Apa susah kita boikot je..jangan beli dan jangan makan..Itu cakap orang yang dah tak boleh buat apa2..Tak menasabah betul laa..Nape tak kata...Moh kita bakor aje...kita bakor ajee...Dah tentunya sembang merapu..Huhuuu...



P/s: Tak tau berapa le pulak kos bagi kes yang aku forward pada member aku aritu..Dia kata bior semua settle dulu baru nak kira berapa...Jeng jeng jeng...Adusss itu yang suspen tuhh..