Total Pageviews

Tuesday, September 24, 2024

..Bunga Kemboja Aku...

 


....Suatu masa dulu kuntuman bunga kemboja puteh dan bunga tanjung yang gugur selalu jer aku dan mak kutip di laluan tepi laut pekan Lumut ketika berulang ke hospital dari Kg Bharu untuk menziarah abah...Ambik cium dan selitkan di telinga, bunga tanjung pula dibawa pulang dan mak akan masukkan dalam bekas bercampur dengan bedak sejuk, dengan bau wangi yang menusuk hidung memang best...tapi bagi sesetengah orang kononnya ia berkait dengan unsur mistik😁...


...Baru2 ni aku tanam betul2 atas hujung kepala Muhammad Firdaus dan mak walaupun masih kecil tapi telah berbunga ketika musimnya, dan aku pernah memarahi saorang budak sedang dia memetik bunga itu ketika aku datang menziarahi...Sebagaimana aku sayang Muhammad Firdaus begitu jugalah aku sayang pada pokok dan bunga yang aku tanam untuk dia, jangan ada siapa pun yang berani dan cuba mengganggunya...


..Sekarang bunga kemboja dah ada macam2 species dan pelbagai warna boleh kita jumpa, yang kata orang hasil dari kacukan dan dibawa dari Thai, Vietnam juga Kemboja mudah boleh kita lihat ditanam merata tempat bukan lagi seperti dulu hanya banyak di perkuburan...Cuma mushkilnya sekarang nih bunga Raya, ye bunga kebangsaan pulak yang payah sangat nak kita jumpa...Nape?

Tuesday, September 17, 2024

Multitasking & Kapitalis

 


...Banyak jer tempat guna kaedah multitasking kepada staff mereka, opis, kilang jugak kedai makan antaranya..Ada pro kons nya amalan ini..Safe kos dengan minimize kan jumlah staff...Namun tiada nya win win situation, hanya sebelah pihak yang untung manakala sebelah pihak lagi 'rentung'...


...Jangan ada pulak yang keluar statement "Suka kerja tunggu, tak tahan boleh angkat kaki! Dengan situasi sekarang yang memaksa, kebanyakan kita tiada pilihan walaupun sedar kita punyai dignity dan value...Jerung pula suka suka ambil kesempatan! Dalam isu ini diharap pihak kerajaan dapat campur tangan bagi menangani perihal gaji dan bayaran kerja lebih masa yang setimpal kepada pekerja...Ini tahun 2024 bukan 1964..


...Guna pakai dan normalisasi kan kaedah kapitalis dah lama ujud cuma kita jer perasan atau idak...

Monday, September 9, 2024

Jual Sikit Tapi Pada Ramai Orang

 



Type M buat/jual nasi dengan pinjam label mamak memang tak sama dari segi rasa, PR, portion jugak harga, ye harga..Nape mesti mahal? Tak kan depa kena bayor royalti kat Persatuan Nasik Kandar Mamak sedonia kottt😅..Heran ehh...🤔

P/s - Bior juei murah walau untung sikit tp ramai org boleh datang, bottom line/untungnya banyak jugak yeop..Itu antara kaedah yang diamalkan oleh sebilangan pengusaha F&B dan ia memang praktikal😊


Monday, September 2, 2024

Merdeka 67 Tahun - 2024




           

Tidak pulak dikatakan sebagai belum merdeka jika masih layan muzik atau apa saja dari luar...Barat sebagai contohnya.....Muzik dan sukan adalah perkara universal sesiapa pun tua , muda, kecil, besar, hitam, putih boleh layan atau aktif dengannya...dan ia tiada kena mengena dengan definasi merdeka...

                          🌹🌻🌷🤗