Total Pageviews

Tuesday, January 11, 2022

Kayuh Jemaah Al Hidayah...

 

...Secara peribadi seperti kebiasaannya saya yang introvert ini lebih suka melakukan 'xtvt' secara solo termasuklah menunggang basikal, bagi yang tak faham munkin merasakan kita sombong atau anti sosial, sedangkan tidak sebenarnya, jika perasan ramai jer rider yang kita lihat menunggang secara solo nih, dan semestinya mempunyai sebabnya masing masing...



...Suatu pagi tu ketika baru memulakan kayuhan saya terserempak dengan group jemaah Masjid Al Hidayah kampung saya yang bersiap siap untuk menunggang secara berjemaah, mereka pun sebenarnya sedia maklum yang saya selalu ride sesorang tak kira siang mau pun malam...Tapi kali ini bila dah terjumpa tu saya pun join saja lah mereka...Sesekali ye dak...Hehehe... 


...Hari ini kami mengambil jalan tepi Sungai Kinta yang kini telah banyak berubah di mana laluan nya dah lebih elok dan cantik, lori dan kereta boleh lalu dengan selesa...tapi ini hanya lah laluan untuk ke Batu Gajah sedangkan arah utara untuk ke Kampung Temiang, Ipoh masih lagi kecil dan tidak elok...Tepi sungai ke Batu Gajah ini dah beberapa tahun tidak saya lalui...



...Kami ride dengan selesa dan santai sambil ada yang bersembang sesama sendiri, ada yang hanya diam sambil menikmati pemandangan sekitar yang cantek...Kira kira suku perjalanan untuk sampai ke  destinasi laluan kami terputus dek kerana tanah yang rebak, di mana kami perlu mengangkat basikal masing masing, juga bermakna kenderaan seperti kereta hanya setakat ini saja dan tidak boleh untuk meneruskan perjalanan ke Batu Gajah...




...Tak lama lepas itu kami pun sampai di Batu Gajah, cuma mengambil masa sepuluh minit untuk berehat dan bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Changkat Larang pula, sebenarnya berpatah balik ke Ipoh cuma guna laluan yang berbeza dengan melalui jalan raya dan ladang kelapa sawit...Di ladang ini juga kami cuma berhenti untuk mengambil gambar dan seterusnya berkayuh untuk balik, sampai di Bandar Botani, Ipoh rakan rakan lainnya terus ke mamak manakala saya terus pulang ke rumah...Ok cukup untuk itu...Keseluruhan kayuhan saya hari ini hanya dua puluh lapan kilometer (Jika solo ride biasanya saya akan ambil dalam 40++ km)...Alhamdullilah, kerana tiada masaalah besar yang kami hadapi...  



1 comment:

Adi Herman said...

saya pernah beraya di rumah makcik kat batu gajah dulu. kampung nya tenang dan damai. seronok tinggal di kampung tu.