Total Pageviews

Monday, August 30, 2021

Merdeka 2021

 


...Difinasi merdeka jika ditanya berbeza bagi tiap orang...ada yang merasa merdeka jika mampu melawan rasa ketagihan merokok...ada rasa merdeka setelah melunaskan hutang piutang yang ada...ada rasa merdeka setelah menamatkan perkhidmatan dengan lain kata pencen, tak perlu ambil cuti atau fikir pasal keje yang masih pending di opis...begitu juga lain pula halnya jika ditanya pada orang lain dan diri sendiri...ini kerana pengertian merdeka itu sendiri adalah subjective...


...Esok kita sambut lagi ulang tahun merdeka lagi dan lagi....Alhamdullilah...Dalam pada itu terasa sedih dan simpati pada raakyat yang negara mereka sedang bergolak..agaknya jika tidak mendengar bunyi letupan dalam sehari itu pun sudah merupakan merdeka bagi mereka...


...Cuma sambutan merdeka kita kali ini tidak seperti yang sudah2..Ya, kita masih dibelenggu dengan pendamik yang tak diketahui bila akan berakhir walau kelihatan sedikit kendur pada gerafnya... 


...Sungguh pun begitu kita patut bersyukur di mana kelonggaran bagi kita untuk kembali ke masjid, berniaga dan bekerja telah diberi semula...Tapi semua ini tidak bererti jika tiada usaha untuk mengekalkan amalan yang telah dipraktik sejak di awal PKP dulu...


...Memperkatakan tentang merdeka ia tetap akan kaitan dengan politik...Sepertimana lazimnya, politik kotornya tetap kita sentuh busuknya tetap kita cium hinggakan setelah meludah sanggup dijilat balik...Bayangkan apa akan jadi  jika kita asyik terus terusan bersengketa tanpa ada rasa gundah tentang masa depan anak cucu yang bakal mewarisi segala yang kita tempa dulu dan masa kini...Amat malang dalam usaha untuk meraih sokongan serta kuasa ada di antara kita yang berusaha untuk memadam karektor dan jasa orang lain begitu saja, tegar untuk menidakkan apa yang terpahat lama dulu...Sighh!


...Api dalam sekam mesti segera kita padam agar dapat kekal meneruskan kelangsungan hidup dalam negara yang sejak dulu mengamalkan attitude harmoni, muhibbah, hormat menghormati walaupun berlainan agama, bangsa dan ideologi...Harapan moga dalam apa pun situasi ia tidak melupuskan segala yang tertera dalam lipatan sejarah samada pahit maupun yang manis...


Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja & Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang2

Kesopanan & Kesusilaan


                  SELAMAT HARI MERDEKA!🙌

Saturday, August 7, 2021

Covid 19..Sampai bila!?




...Sejak awal tahun ni hampir tiap hari saya dapat berita tentang kawan, jiran, ahli keluarga mereka yang ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan dan kematian...Ada kawan yang kematian kedua2 ibu bapa atas sebab Covid 19 yang common sekarang nih...Ada juga yang masih menunggu keputusan PCR test seperti mana saya juga telah melaluinya 3 kali sejak awal tahun ini, semalam buat lagi...

...Itu bab wabak, yang mana impak darinya memberi tamparan kepada semua kita, tua, muda , miskin, kaya...Walaupun ada sesetengah kita tidak berapa terjejas, tapi sebagai manusia normal mampu ke kita berasa selesa atau tenang jika ada yang mengadu tentang ketiadaan mata pencarian sejak bermulanya pendamik...Dah lah sebelum ni pun sememangnya susah, kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi...Ada telah dibuang kerja, bercerai suami isteri, bagi peniaga pulak hanya segelintir yang masih mampu bertahan, selain dari mengadu sales drop hingga 75% malah ada jugak langsung terus bungkus...



...Petang semalam masa tengah ride dapat wassap dari ank saya yang adik kepada sahabat baik dia yang selalu datang ke rumah kami disahkan positive Covid, adik dia baru saja ditransfer untuk bertugas di Hospital Ipoh dari Hospital Tapah...Sedangkan ayah mereka di rumah pula dah sememangnya tidak sihat...

...Semalam jugak dapat berita keluarga kakak positive, kesemua dari mereka ada menjalani kurantin di rumah, di pusat kurantin malah ada yang sedang menerima rawatan di ICU...

..Semua kita pelbagai strugglenya dalam hidup masing2, fizikal, mental...ada yang orang lain tau, nampak dan ada juga masih cuba sembunyi2...Apa lagi selain dari usaha, doa, tawakal itu jer yang mampu kita buat..Moga kita semua kuat dan terlepas dari ujian ini dengan segera dan selamat...

                             ...Ya Allah..Aamiin...

Monday, August 2, 2021

Mamak VS MeLayu...

 

..Nasi Kandar LineClear, Kg Baru, KL..

...Saya, disebabkan tiada pilihan selalunya terpaksa masuk dan makan di sebuah kedai makan Melayu di tepi lombong berhampiran opis...Apa yang nak saya ceritakan kali ini perihal attitude peniaga orang kita, Melayu...In fact Malaysia ni dah lama merdekanya tapi sayang mentality masyarakatnya masih ditakuk lama, kita tak boleh menyalahkan orang lain..penjajah umpamanya, sedangkan kita sendiri yang tak mau berubah...


...Layan pelanggan dengan acuh tak acuh, muka tak pernah manis apalagi nak senyum..Pernah sekali tu masa nak bayar saya beritahu yang saya minum air suam, disahut "Owhh, air lombong"oleh cashier yang juga merangkap tokey juga imam masjid  berdekatan...Saya masih boleh bersabar tapi ia bukannya alasan untuk saya datang makan lagi di situ...Saya masih ingat lama dulu seorang tokey yang juga MeLayu pernah bertanya kenapa saya selalunya hanya makan dan tidak minum di kantin beliau, satu soalan yang tak perlu dijawab dan tak sepatutnya ditanya ( sebenarnya sudah menjadi amalan yang saya hanya akan minum sejam selepas makan)


 ...So ini jugaklah antara sebab saya lebih memilih untuk mengisi perut di kedai mamak...Di kedai mamak hati tak sakit kecuali jika ada yang merokok dekat dengan meja saya...Masuk jer restoran belum sempat duduk pelayan dah tanya nak makan atau minum apa...Kita bukan nak orang tatang, tapi itu lah antara etika dalam berniaga..Ramah, mesra, cepat, cekap..mahal sikit takpe...asal kita sebagai pelanggan nih puas hati...


...Isu sombong dan tak menghargai pelanggan ini bukan hanya berlaku di kedai makan saja, di mana turut berlaku dalam perniagaan lain juga seperti gerai kuih, kedai runcit, klinik, bengkel kereta atau motor, dan begitu jugaklah pasar malam...Saya tak faham sebenarnya apakah dek kerana masaalah peribadi yang dibawa bersama atau sebab  kurangnya pelanggan?! Tapi jika dah begitu cara melayannya memang sepatutnya lah pelanggan tak nak datang...Apa pun semua ini hanya mereka sendiri yang boleh jawab...