...Kelmarin dapat call dari kawan yang dok di KL, dia mengadu Mak nya umur 84 tinggal bersama keluarga abang di Ipoh, isunya sekarang mak nak amik vaccine tapi abang kawan saya ni satu family anti vaccine dan bukan saja tak mau bawa mak pergi amik vaccine, register kat MySejahtera pun dorang tak nak buatkan...
...Allahu, tak kesian ke pada Mak/Opah korang, jangan ingat umur dah 84 tahun tak perlu semua itu...Kebajikan dan keselamatan mak bapak adalah tanggungjawab anak2 serta cucu...Kalau tak percaya pada vaccine jangan ler pulak hak orang bawah jagaan kita nafikan...Selagi belum sampai masa dia untuk diambil semula oleh Allah laksanakan lah semua itu kerana ianya amanah...
...Jika semasa kecil ibu/bapa boleh membela kita semampu yang boleh dengan segala kasih sayang mengapa tidak kita balas semula semua itu...Siapa tahu dengan segala penat lelah dan dengan penuh ikhlas menjaganya akan menjadi jambatan bagi kita pula untuk mendapatkan rahmat Allah ke syurga nanti...Wallahu A'lam...