Total Pageviews

Monday, March 13, 2017

...Bantuan Zakat & Pengagihannya...






...Dengan situasi ekonomi dan politik yang tidak menentu hari ini ramai di kalangan rakyat yang terasa akan himpitannya...Kesannya lebih lagi pada rakyat miskin yang tidak mampu untuk berbelanja hatta pada perkara yang paling asas sekali pun...Saya menyentuh kepada keperluan belanja pengajian (makan minum tak perlu disebut keran asemua telah sedia maklum ia semestinya perlu) sama ada pelajar sekolah2 juga bagi pelajar pusat pengajian tinggi...begitu juga bagi mereka yang terlantar sakit...


...Kita dimaklumkan statistik kutipan zakat meningkat bagi setiap tahun...ini bermakna ramai dikalangan kita yang telah sedar akan tanggunjawab dalam melaksanakan zakat...Namun ini tidak boleh menjadi penanda aras bahawa pihak yang menguruskan zakat itu sendiri cekap menjalankan tugas mereka kerana diluar sana masih lagi ramai golongan asnaf yang layak mengikut takrifnya - Fakir, miskin , amil, muallaf, al - riqab, al - gharimin, fisabilllilah dan ibnu sabil yang belum terbela akan nasib mereka...


...Justeru dengan itu kita berharap agar Pihak Zakat dan Baitulmal dapat mengambil langkah yang pro aktif dan memberi 'perhatian yang lebih' kepada golongan ini...dan bagi pihak lainnya samada NGO tidak lagi hanya galak memandang dunia luar untuk menyalurkan bantuan kemaknusian dan yang seumpamanya...sedangkan kita wajar untuk memberi lebih perhatian terhadap rakyat sendiri kerana mereka lebih berhak untuk itu...UNITED WE STAND DEVIDED WE FALL!



Monday, March 6, 2017

...Rainbow On Stage In Gopenghagen...



...Aku ke Gopeng untuk walk in sales minggu lepas..Agak lama jugak tak buat walk in sales nihh dan sejak kebelakangan selalunya buat telemarketing dan delivery by courier service atau lori saja...sesekali tu rasa rindu dan teruja jugak...



...Klinik tak banyak kat pekan koboi nih, lepas jumpa Doktor di 2-3 klinik..Sambil2 tu  jengah le sebuah kedai keset dan viynl retro nih..Memang retro sungguh beb..Lagu yang terjual semua dari ep, keset dan  cartridge lama...Termasuk lah dengan Rainbow On Stage nih!!! Teruja sangat tapi dalam pada itu segera potong stim bila mana teringat pada cartridge player arwah abah aku di kampung yang dah rosak..abis kalo beli pun nak cucuk di mana beb??? Pulak tu nak simpan buat koleksi saja pun harga mahal...bil Celcom lagik..bil Digi, bil TmNet, bil TNB, bil air, bil cukai tanah, cukai pintu bil hitu bil hini..ahahkk! Ini lah rupanya bila dah banyak komitment...Hurmm..Kalo dibeli jugak nih lebih pada kes kemahuan berbanding dari keperluan... (pujuk ati seniri)

...Sudahnya seluk poket sambil dok buat2 tinjau sana sini kat dalam kedai tu sebelum belah jeee..Dalam ati terasa sayang jugak...Nape tak beli...nape tak beli nape tak beli nape tak beli..Aahhhh..Cepat2 masuk keta start dan belahh jangan tunggu takut berubah rasa ati pulak nanti...

...Tapi takpe sekurangnya aku dah ada ubat 'penyejuk hati'...LP dorang yang aku dapat dari Bro Zakk Off aritu..Awwright!!



*Pengorbanan perlu untuk sesuatu keperluan berbanding kemahuan..Huhuhu...