Total Pageviews

Thursday, October 27, 2016

...Adap Dalam Group...






...Never let your friends fell lonely..Let's disturb them all the time...

...Ayat di atas bagi saya amat tidak sesuai untuk dipraktikkan...kerana kita ada kehidupan dan privacy kita sendiri yang mana ianya berbeza dengan orang lain...
...Secara peribadi saya memang tidak suka untuk melibatkan diri dalam group wassap...bukan kerana sombong bukan kerana anti sosial...Ernm jika ditanya pun saya punya alasan sendiri untuk tidak aktif dalam group....
...Selalunya jika dah berkumpul dalam group maya ini sepertri juga dalam dunia nyata kita boleh jumpa pelbagai karektor dan personaliti...ianya terdiri dari kawan lama yang dulu nya dah terputus hubungan, kawan baru dan pelbagai lagi...
...Bagi saya kita perlu menilai apa tujuan nya sesuatu group itu diujudkan dan juga melihat apa pentingnya di situ...Munkin sekadar untuk 'gitu gitu' saja...atau untuk bertegur sapa kosong...Namun berkongsi ilmu serta maklumat itu dikira baik...
...Conversation ysang dilakukan secara berdepan dengan individu sama sekali berbeza dengan apa yang dilakukan dalam virtual life yang mana kita tidak dapat membaca bahasa tubuh orang berkenaan ketika menyuara kan sesuatu begitu juga lah dengan intonasinya...Maka ini antara penyebab berlakunya salah faham di kalangan ahli group...



...Sepertimana juga dalam pergaulan biasa adap serta tertib perlu kita jaga apatah lagi jika di dalam kalangan ahli terdapat kepelbagaian bangsa, status serta gender...Sepatutnya kita sebagai ahli  berusaha mengelak dari menyentuh sebarang isu yang mampu mengundang pertelingkahan atau berunsur provokasi seperti isu agama, kaum, gender, politik dan juga seks...Seperkara lagi yang amat perlu diambil perhatian ialah perkongsian terhadap perkara yang berkaitan tentang peristiwa dan ilmu agama seperti hadis dan hukum hakam yang tidak pasti...ini juga perlu dielakkan kerana kita tidak seharusnya berkongsi sebarang info atau ilmu dan menjadikan viral di alam maya sedangkan tidak pasti kesahihannya hingga menjadi sebagai sebaran fitnah pula...



...Jadi untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain terpulang kepada setiap individu sama ada untuk terus active, stay atau pun left dari group...Penilaian buruk serta baik terhadap sesuatu perkara dan apa yang saya tulis di atas wajar diambil kira...Admin group atau pun lain2 ahli tidak boleh memaksa kita supaya stay didalam group jika kita berasa tidak selesa untuk terus berada di situ....Diri, prinsip serta pendirian adalah hak kita dan bukan hak sesiapa...