...Makanan dan perayaan telah senonim menjadi budaya dan tak dapat dipisahkan dalam hidup manusia...Makan, minum borak2, makan, minum borak2 di Hari Raya, kenduri kendara, kedai mamak...lagi, lagi, lagi dan lagi....tanpa kita menyedari atau selidiki samada ianya satu keperluan atau hanya 'kegilaan' melayan nafsu...
...Cuba kita bayangkan bagaimana suasana sesuatu majlis jika tiada jamuan disediakan, bukan saja ianya tidak meriah bahkan kebarangkalian tidak mendapat sambutan dari orang ramai...Jika tidak masakan kita sanggup berduyun2 beratur panjang yang konon tujuannya semata mata untuk berjabat dan beraya dengan pemimpin yang tak kenal pun siapa kita (contoh)...
...Sebenarnya selepas Ramadhan kita sekali lagi diuji dengan ujian yang tak kurang hebatnya...Usah memberi alasan bahawa kita sedang merayakan kemenangan setelah sebulan menahan diri diuji maka sekarang masanya untuk 'balas dendam'(makan2) Sedangkan sebenarnya kita sedang melalui satu lagi fasa ujian besar di bulan Syawal pula...Jika dikatakan u what u eat betul le tu...Bagaimana pun tidak menjadi kesalahan untuk mengadakan jamuan dalam apa apa majlis keraian...kerana itu juga merupakan amalan yang baik...bersedekah dengan memberi orang makan...selain dari itu ianya dapat merapatkan lagi hubungan ukhwah...Cuma apa yang perlu diambil perhatian ialah semasa di majlis kawal nafsu makan dan tingkah laku serta tutur kata...selain dari itu kebersihan juga mesti menjadi keutamaan jika berkunjung janganlah hinggakan sampah, habuk serta puntung rokok pun dibuang merata kerana...Cara mana kita makan mewakili sikap/akhlak kita semua itu juga melambangkan siapa diri kita...Ambil makanan kadar seadanya bukan hingga tak cukup pinggan kemudian ditinggalkan membazir...Bukankah membazir itu sikap Syaitan...
...Ketika bekerja di Deli Paris dulu setiap hari makanan yang tidak habis dijual (bukan sisa makanan) akan kami masukkan kedalam bekas plastik dan kemudian kakitangan sebuah Rumah Kebajikan Orang Tua akan datang untuk mengambilnya pulang ke tempat mereka...Jadinya tiada berlaku pembaziran...Saya kira ini satu usaha kebajikan yang sangat baik dilakukan oleh bangsa asing terhadap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama...Bukan itu saja jika kita perhatikan sekarang pun telah sering pihak2 swasta dan peniaga serta badan koporat Non Muslim melaksanakan tanggungjawab sosial mereka di bulan Ramadhan...Munkin mereka juga percaya akan kelebihan bersedekah lebih lebih lagi di bulan yang mulia...
...Jadi apa yang boleh kita lihat semua itu ialah..Nafsu nafsi...Tanpa nafsu dan tarikkan ianya tidak menjadi...apa saja pun...dan boleh kita faham perang mengawal nafsu makan sama hebat seperti perang yang lainnya juga...Oleh itu Makan untuk hidup atau hidup untuk makan...
3 comments:
Satu masalah aku ialah gelojoh, nanti lepas tu makanan terbuang
Perang makan..heheh..tapi dlm minggu ni banyak kedai makan area sini masih lagi becuti..
Tapi sekarang ni pun org yg buat open house pun memilih org jugak yg nak di jemput..jiran sebelah haram tak di pelawa..
bab makan pun kekadang boleh jadi gaduh....(contoh : nak buat marhaban kat jalan taman perumahan aku...yang sini nak menu itu..yang sana nak menu ini...tu pun boleh jadi bahan nak bergaduh...hampeh!)
Post a Comment