Total Pageviews

Monday, June 22, 2015

..Mulia Hati Ada di Mana2...



                                                ...Skru 1 inci yang ditarik keluar...

...Baru baru ini saya ke Pekan Kecil Gerik di Hulu Negeri Perak...Dimaklumkan yang Gerik ini suatu masa dulu amat terkenal dengan Ilmu Santau serta anasir komunis dari Parti Komunis Malaya yang mana turut menjadi laluan mereka untuk berulang alik ke Selatan Thailand...tapi itu dulu dan bukan itu yang menjadi topik omelan saya kali ini...Gerik sekarang telah jauh majunya berbanding dulu...Sudah ada KFC ada Pizza Hut juga Seven Eleven...Stesen bas besar, ada hotel yang cantek dengan harga yang menarik...pejabat pejabat kerajaan yang dibina baru (upgraded) selalunya faktor2  inilah yang menjadikan penyebab sesebuah tempat itu dikatakan maju...




...Setelah selesai berurusan pada sebelah malamnya keesokan paginya kami bersiap siap untuk
check out agak awal untuk balik semula ke Ipoh...Sebenarnya kami masih punya masa untuk balik pada malam itu jugak tapi saya lebih suka bermalam untuk mengelak pelbagai risiko di jalanan yang antaranya banyak dengan lori treler dan bas express...Selesai menaikkan semua barang saya perasan tayar depan sebelah kanan telah kempis sepenuhnya...Aihhh!! Saya menyuruh isteri dan anak untuk ke kedai mamak berdekatan untuk bersarapan manakala saya pula terus mencari kedai tayar...malang sekali hari Ahad tak banyak kedai yang buka termasuklah beberapa kedai tayar di pekan ini...Ke hulu hilir saya menapak sambil bertanya kepada orang ramai hingga saorang Apek memberitahu hanya ada sebuah kedai tayar dibuka pada hari Ahad cuma ianya agak jauh lebih kurang dua kilometer dari sini...Saya mengambil keputusan terus menapak kesana dengan perut yang masih kosong tapi terasa kenyang dek taanggungjawab yang mesti segera dilunaskan terlebih dulu....




...Tshirt yang saya pakai sudah lenjun dek peluh bilamana tiba tiba saorang anak muda rugged yang menunggang motor Yamaha LC 135 memberhentikan motornya sambil bertanya...Di pendekkan cerita anak muda tadi mengajak saya untuk membonceng dan mencari kedai berkenaan...Walhal sebenarnya dia juga sedang bergegas untuk ke kedai motor disebabkan tayar motor beliau juga sudah separuh pancit!! Ahhh saya jadi serba salah dan langsung menyuruh agar dia mendahulukan hal beliau...namun Alhamdullilah Tuhan telah menggerakkan hati anak muda ini untuk menolong saya dan kami terus menaiki motor dengan tayar hampir kempis sepenuhnya dan saya yang tak berhelmet...rupanya dia sendiri juga tidak mahir dengan pekan ini...setelah agak lama berlegar legar akhirnya  terjumpa juga dengan kedai tayar yang dicari tadi...




...Sebenarnya masih ramai dikalangan kita yang mempunyai hati 'manusia' yang tulus dan ikhlas terutama dalam hal bantu membantu dengan ikhlas berbanding dari mereka yang tidak mahu langsung meraih untung akhirat dengan pahala yang dijanjikan Tuhan, bukan saja kepada orang lain hatta kepada orang tua dan adik beradik sendiri...Nilai kemanusiaan, kasih sayang, tolong menolong bukan saja kepada manusia tetapi juga kepada lain lain makhluk Tuhan  seperti juga Iman perlu dipupuk dalam diri, keluarga, kawan kawan dan masyarakat dan yang paling penting semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah...maka dengan itu InShaAllah...Allah tidak akan lupa pada kita...You get what you give! 



...Jika pahala itu mampu dilihat saya percaya ramai di antara kita akan tamak atau pun berebut rebut untuk melakukan amal kebaikan...begitu jugalah dengan dosa jika nampak di mata kasar sekoyong koyong mengekori kemana saja pergi sudah tentunya kita tidak mau langsung untuk bersubahat apatahlagi berbuat maksiat...Pengajaran dari kisah ini mengingatkan kita bahawa rupa paras, pakaian serta gaya penampilan sesaorang bukan lah kaedahnya yang membolehkan kita melabel akan attitude sesaorang...Jelasnya isi takkan sama dengan kulit... 

Friday, June 12, 2015

...Antara Perkongsian Dan Mencari Perhatian...



...Dunia semakin laju meninggalkan kita...jika lambat kita akan ketinggalan dalam banyak bidang dalam pelbagai hal dan ini mengingatkan saya pada lagu Dunia Perlumbaan - Sweet Charity (yang mana sebenarnya lebih suka pada versi Republic Of Brickfields)...Surat khabar tidak lagi terjual atau mendapat angka jualan seperti dulu...Justeru untuk mencapai target jualan naskah yang tinggi pihak penerbitan perlu melakukan pelbagai aturan strategi baru untuk  menaikkan semula ranking jualan...Maka segala rupa bentuk sensasi pun dicipta hinggakan cicin tersekat di anu pun mahu dijadikan cerita...Selain dari itu untuk menampung kos pengeluaran yang semakin meningkat, ruang iklan turut dijual kepada siapa dan apa saja product...dan senonimnya orang Melayu memang obses dengan pelbagai product kecantikan, kesihatan dan ubat kuat! Maka itu jugalah yang sering diwar warkan...Apa yang menjadi persoalan mengapa dalam keghairahan untuk menjual produk mereka sanggup menampilkan iklan yang taboo...sedangkan ianya diiklankan dalam akhbar atau media yang mampu diikuti oleh semua golongan dan peringkat umur...Adakah kerana terdesak untuk mencari perhatian dek persaingan perniagaan? Tak munkin juga jika sekadar perkongsian maklumat...


...Lebih kurang jugak halnya dengan melibatkan ruang maya sekarang ini....di mana ramai  kalangan kita yang sering menguploadkan (betul ke ayat nih) gambar dan pelbagai cerita peribadi mereka di wall kepunyaan masing masing...Bagi sesetengah orang ianya poyo kerana berprasangka mereka yang begitu cuma mahu mencari perhatian atau lebih dari itu cuba menunjuk nunjuk...Bagi saya ianya subjective...orang boleh kata apa saja begitu juga sesiapa pun boleh memuatnaik atau melampirkan cerita atau kisah peribadi di wall masing masing...Bagi diri saya ianya lebih berupa perkongsian sesama rakan  jauh sekali untuk menunjuk nunjuk atau meraih perhatian...kerana kita sendiri pun turut berkongsi cerita dari rakan rakan lainnya...


...Di kala kehidupan kita semakin sibuk yang mana peluang untuk berkumpul dengan kawan kawan saolah olah tiada, jadi mengapa kemudahan  internet mesti kita ketepikan...Di internet, Facebook atau Instagram contohnya kita masih boleh berhubung, bersembang, bertukar tukar pendapat tanpa had selagi kamu larat...Jika dulu masa untuk sendiri pun tiada dan untuk keluarga juga terhad..semua pernah saya lalui sebelum ini...


...Jadi isu untuk mencuri perhatian atau untuk menunjuk nunjuk atau dalam kata lainnya poser adalah terpulang kepada individu itu sendiri...dan jika ianya ditujukan kepada saya, saya berkeras menafikannya...Kita berhak untuk mengatur hidup sendiri dan bukannya orang lain...Suka saya untuk mengulang cerita di mana dulu saya pernah dilabel sebagai 'TERDESAK' kerana memuatnaik gambar keluarga bersama ibu tercinta...Apakah ini boleh membuatkan orang lain berasa jengkel atau merasa tergugat atau pun cemburu??? Bagi saya yang simple ini senang saja...Bukankah 'sharing is caring'...di wall FB atau blog saya jika suka boleh layan dan tunggu..jika menyampah atau rasa tergganggu sila kan berlalu...Namun saya percaya rakan rakan bloggers saya di sini semuanya tidak begitu...Kerana kamu semua sememangnya cool and true! Untuk itu gwa salute sama lu! 



...Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan
Ada yang menang ada yang kalah
Yang kalah kan tenggelam di dalam jurang yang sengsara
Yang menang pula menjadi Raja
Tak kira mengira cara apa
Berlari dan berlari terus berlari
Ternyata dan jelas yang lebih kuat kan menang
Yang lemah pula kan keciciran
Hati yang pada yang menang ialah ikhlas dan kehormatan
Walau ini hanyalah khayalan...


...Apa saja yang dikejar kejarkan
Ini paling harus dia mengerti
Jangan sampai sesat haluan nanti
Memang benar diri kita mesti menang
Tapi apa yang dipertarungkan
Jangan sampai menyesal kemudian hari...  


...Hasrat semua manusia tiada banyak bezanya
Semuanya ingin menang saja
Tak kira terpijak kaki lawannya
Tak kira kerana di hati iri masih ada...  

- Sweet Charity -