….Jika ditanya..aku suka memberi jawapan yang pendek…tidak ketahuan arah!!!
…Awal 80an adalah zaman merudumnya industri filem indonesia… Geruda yang mereka bangga2kan telah patah sayapnya... tiada lagi filem2 hebat yang menampilkan Rano Karno,WD Mochtar,Benjamin S,Yatie Octavia,Dicky Dzulkarnaen,Rima Melati,Faradila Sandy.....Malaysia lebih dulu jatuhnya bilamana Merdeka Studio di Ulu Klang ditutup setelah operasi sebelumnya berpindah dari Singapura...
...Nampaknya kini kita telah beransur menuju kearah itu..jika
sebelum ini cerita2 genre seram banyak dihasilkan...Juga pernah dipraktikkan
oleh penggiat industri di seberang…Sundel Bolong,Penanggal Ilmu Teluh antaranya...
…Ketika zaman Shaw Brothers dua beradik iaitu Run Run Shaw dan Runme Shaw mendominasikan filem Melayu dengan menggajikan anak bangsa kita untuk berkerja dengan mereka kita sedia maklum banyak filem mereka yang kuat menonjolkan budaya serta jati diri orang kita…ini kerana mereka sedar product itu untuk dijual kepada orang Melayu yang ketika itu masih kental dengan budaya serta adat resam…betul la jika dilihat dari segi strategi...Berbanding dengan producer bangsa asing kini yang lebih gemar mengilang cerita 'bodo piang' untuk dipertontonkan kepada kita...Opsss tak termasuk aku ok!...Walau pun mereka sedar yang filem itu juga untuk pasaran orang Melayu...Adegan dalam bilik tidur dan bersentuhan dengan bukan mahram merupakan scene standard yang mesti ada...sedihnya kebanyakan penonton hanya ambil dan terima sahaja segala apa yang dihidangkan tanpa merasa bahawa sensitiviti orang Melayu Islam kita telah disentuh begitu rakus sekali...dengan sebab itu jugalah mereka tidak berasa segan atau gusar untuk turut sama mengilang filem filem taboo...
...Jelasnya
majalah Mangg* telah pun berjaya difilemkan…Ramai artis lelaki mau pun
perempuan yang telah pun men***dal di dalam filem dengan berlapikkan alasan..."Saya
hanya mengikut skrip dan kehendak pengarah"... Heran pihak yang
betanggungjawab hanya menutup bukan sebelah tapi kedua2 belah mata akan senario
ini…Filem porno Halal…Jika logo halal dari JAKIM tidak hanya dikeluarkan untuk
produk makanan munkin juga dibeli oleh syarikat2 filem…Adakah mereka ini juga
enjoy dengan hasil sebegitu rupa atau pun mereka juga turut menjana saham dalam produksi…jadi inilah yang terjadi...sandar di kerusi just goyangkan kaki…
hummm...
..Saya bercakap secara umum dan tidak hanya
terhad kepada filem di pawagam...ini termasuklah juga kepada drama Melayu yang tidak
lagi berwajah Melayu baik pelakun mahu pun jalan ceritanya...Sejak 7 - 8 tahun
kebelakangan wajah Sinetron Indon saja yang gemar dipaparkan...Peluang berlakun
kepada mereka yang berwajah Melayu pekat ala2 hidung pesek dan berkulit sawo matang
amat terhad...Apa yang ada kini hanyalah (jika boleh disebut sebagai) Melayu blended...Lama dulu pihak RTM pernah memberikan garis panduan berkenaan
perkara ini...tapi ketika itu belum lagi terdapat stesen TV swasta...kini
dengan saingan yang bertali arus serta tegar...semua itu on paper saja
jadinya...
…Scope pasaran yang kecil bukan satu alasan untuk kita menjaja filem murah dari segi kualiti…usah dimegah dengan modal jutaan ringgit yang dikeluarkan kerana jika diukur..nasi lemak bungkus pun sekarang berharga paling murah Rm 1…Tak mandang dah yang berharga 50 sen sebungkus...Sedangkan hasil produksinya nya tak semenggah...
...Setidaknya mereka ada juga menghasilkan filem...berbanding dengan orang yang hanya pandai
mengomel...Ye betul tu..Mansur Puteh juga
saorang pengkritik filem berilmu yang tegar,tidak mengeluarkan sebarang produk
(seingat saya)..namun kritikan beliau amat bernas dan konsisten...Tiada pilih
kasih tiada pilih bulu kawan atau pun lawan...
...U Wei...saorang pengarah yang sering menampilkan unsur Melayu dan seni yang tinggi ketika berkarya...
...Tidak dinafikan dalam pada itu masih ada penggiat yang bergiat secara loyal untuk menghasilkan filem bermutu yang mampu membuat penonton berfikir...bagi menghasilkan anjakan paradigma...Pujian,galakan serta sokongan seharusnya diberikan kepada mereka ini agar terus menghasilkan filem 'hidup' yang tidak melayukan lagi orang Melayu...Kita perlukan lebih banyak lagi filem filem seumpama ini...Sebelum industri ini mencapai noktahnya...
...Filem sama juga seperti product seni lainnya…yang sepatutnya lebih bersifat mendidik selain dari expresi…bukan hanya hiburan semata mata...
…Masanya penggerak industri (jika boleh disebut sebegitu atau pun sekadar Industri Kecil Sederhana..huhuuu) kita untuk berganjak ke satu aras platform lagi…demi untuk survival industri,anak seni…dan yang paling penting untuk survival jati diri kita sendiri….bermakna kita harus kedepan bukan kebelakang dengan terusan melayan filem2 tangkap muat serta heavy drama yang tak heavy mana ini…Macam kata kawan aku…cukup cukuplahh…kami dah penat beb!!!
P/s: - Seni tidak terhad kepada filem sahaja,dan ianya harus selari dengan kemajuan namun perlu ada sempadan peradaban...Biar kurang kuantiti asalkan ada kualiti...
3 comments:
Komentar yang membina ni bro, kalau lah penggiat seni perfileman baca entri ni kan bagus. Kasi David Teo, Mamat Khalid, Yusuf Haslam dengan Suhaimi Baba baca...baru diorang tau.
Razak mohaiden pls la jgn nak buat movie kartun lagi..jadi hampeh.bukan membina pun.perabis duit buat filem yg tah apa2
Saya sedih tengok filem kat negara kita sekarang.Filem genre Islamik tapi tetap tak menjaga batas pergaulan.
Post a Comment