…Ian Gillan bukan lah
satu nama yang boleh diperkecilkan dalam arena Hard Rock..kerana beliau sebelum
ini merupakan penyanyi bagi kumpulan
Deep Purple dalam keluarga MK 2 selepas dari Mick Evan dan sebelum David
Coverdale…Juga pernah memberikan khidmatnya ketika bersama dengan Black Sabbath di dalam
album ‘Born Again’…Walaupun album ini kurang berjaya bagi Black Sabbath namun
bagi aku lagu2nya cukup berat dan extreme
antaranya seperti Digital Bitch,Zero The Hero,Born Again..Yang mana memberikan sound ‘dark’ yang lebih pekat lagi kepada format muzik Black Sabbath
sebelum ini…
...Kegagalan album ini munkin disebabkan mood atau impak yang ditinggalkan sebelumnya oleh
Ronnie James Dio kepada band ini…munkin juga peminat masih terkejut atau belum
bersedia untuk menerima perubahan drastik…Begitu pun selepas
Ronnie...Michael Bolton juga dikatakan pernah melalui audition untuk
band ini…namun nasib menyebelahi Gillan...
… Banyak lagu beliau
yang merupakan trade mark Deep Purple..Highway Star,Smoke On The Water,Black Night,Space Truckin,Woman
From Tokyo dan yang paling memberi kesan
pada aku salah saorang peminat tegar beliau ialah Child In Time..yang pada masa ini merupakan kemuncak pada mutu suara beliau..Structure muzik yang lazy,slow mood
pada awal dan jiwa kacau,chaos di penghujungnya…arghhhhh…Siapa yang tak tahu
dengan lagu ini..Emmm orang baru aku tak kisah….Tapi bagi mereka yang mengaku
otai tu....sendri mau ingat aaa…hehehe…
...Tahun 81 – 82..aku
pun dah lupa…Masa tinggal di Taman Kledang..
aku sedang bercuti dan bersantai sambil membaca surat khabar di rumah sewa.Tiba di ruangan
hiburan aku terbaca Ian Gillan bersama band akan mengadakan konsert di Stadium
Negara…Bakal dibawa masuk oleh organiser pada masa itu Ali Bakar bersama Showmasters...Perghh .!!!
...Pada hari konsert aku bergerak dari Ipoh dengan menaiki keretapi...sampai je di Kuala Lumpur terus ke Horizon Music Centre di Pertama Kompleks untuk mendapatkan tiket...Di dinding kedai banyak terpampang Lp dan poster beliau dari album Glory Road,Future Schock dan Double Trouble....Berita baik dan berita tak baik dari penjual tiket...berita baik tiket masih ada..yang tak baiknya tiket arena dah sold out...Ahhh takpe something is better than nothing...
....Di Stadium Negara dah ramai mat Rock yang menunggu atau melepak sambil mendengar 'sound check ' dari Gillan...Walaaa meremang bulu roma beb!!! Bayangkan laa ini kira 1st.time band international yang dibawa masuk ke Malaysia...Show bermula sebelah malam...Nak masuk stadium pulak
satu hal beratur punya la panjang..bagi orang Malaysia ni biasa la dalam bab ni
bukan boleh bersabar atau sopan sikit
pun,bertolak 2 le apa lagi..aku ingat lagi jenuh anggota FRU mengawalnya hingga
ada yang terpaksa menggunakan cotar...ada satu mamat di belakang aku tu aku
tengok releks je bila keting kakinya dipukul dengan cota hingga meletup
bunyinya!! Dengan selamba je dia cakap kat mamat FRU tu “Kaki kanan gua ni kaki kayu
brader,jangan pukul sampai tercabut udah laa”..laaa patut la dia relek
jee..perghh..He..hee..
...Aku dah tak berapa
ingat masa tu tapi yang jelas aku dan
penonton yg lainnya pada malam tu abis lenjun dek ujan di luar
stadium......show bermula dengan Blues Gang yang buat opening act..Jim
Mandasamy,Julian Mokhtar,Karim,Ghani & Ito..ha ha..all out depa malam
tu..tak tau le berapa gantang punya stomek depa..he he...
...Habis dari Blues Gang...tiba tiba lampu stadium terpadam…jeng jeng jeng!!Cuma lampu suluh je yang
nampak bergerak di atas pentas..dalam
samar samar tubuh besar Big John Mc Coy (bass) nampak bergerak mengambil
tempat…kemudian..Boom!!!..Show timeee!!!Gillan,dan kawan2 memang gila malam
tu..lebih2 lagi Janick Gers (White Spirit,Gillan,Gogmagog,Fish,Bruce
Dickinson,Iron Maiden)sungguh bergaya dan hebat memainkan Fender Stratocaster beliau
dengan pelbagai effect dan sound yang pelek pelek,ada ketika hingga memanjat tinggi tiang stage sambil
memetik gitar..semua lagu Gillan masa dengan Deep Purple dibawa bersama dengan
kami penonton yang juga turut bernyanyi...Black Night,Highway Star,Woman from Tokyo ,Space Truckin dan lainnya....fuhh
..sejarah..tinggal sejarah...
...Abis show malam tu aku
terpinga pinga..alamak kat mana nak tidur nih?? Aku tahan satu teksi dan minta
apek drebar tu bawa ke hotel yang murah..mana lagi.. Brickfields!! ha ha
..Headquarters Underground masa tu...Pagi esoknya,bangun awal dan sarapan di gerai tepi jalan sebelum jalan
kaki ke railway stesen untuk naik keretapi dan terus balik ke Ipoh …
...Selepas beberapa lama dengan karier bersama band sendiri...masaalah muncul berikutan kerosakan pada peti suara yang senonim dengan ramai penyanyi sedangkan itu jugalah senjata bagi mereka...beliau menamatkan hayat bandnya dengan album terakhir Magic bersama Jenick Gers yang bermain bagi album ini...dan akhirnya selepas bersama Black Sabbath beliau membuat come back bersama line up MK 2 pada tahun 1984 dengar melahirkan studio album yang ke sebelas bagi Deep Purple...Album yang disokong kuat dengan solo Ritchie Blackmore dan petikan jenama vintage Hammond organ dan KORG dari Jon Lord (RIP)...Lagu yang paling menyengat dan menarik dalam album ini bagi aku adalah Perfect Strangers dan Wasted Sunset...yang kini boleh dilabelkan sebagai klassik serta evergreen....Selepas dari itu..aku tidak lagi mendengar album dari beliau maupun Deep Purple...kerana bagi aku Gillan hanya menyerlah/menyengat ketika bersama Deep Purple dan jugak Ritchie Blackmore...juga sementelah suaranya yang telah amat berlainan dari sebelumnya...
...Secara peribadi aku langsung tidak boleh menerima kemasukan Steve Morse serta Don Airey menggantikan Blackmore dan Lord yang langsung menghilangkan aura Deep Purple itu sendiri...Bagi aku Deep Purple adalah Ian Gillan,David Coverdale,Glen Hughes,Ritchie Blackmore,Roger Glover,Jon Lord serta Ian Paice...Tanpa mereka ini hilanglah sengat Deep Purple....
P/s: - Setelah lama tercari2 album live
8 comments:
perghh..sweet memories..dapat jugak LP Made in Japan ye bang..klasik tu
tudia.... LP rare tu
Perghh syok jugak dgr cerita bro ni psl Gillan...kenangan lama mengusik jiwa tu...rock on bro!
tahun depan Gillan dan Purple turun Spore lagi...kalau ada rezeki boleh la pergi..
Ian Gillan is superb..
tapi skarang dah takde child in time, dah takde " I THANKKK!! YOU!!!!".
Aku dah tengok DP lima kali kot, Ian Paice, giler ah..
tua tapi....
Yang Gillan ko tengok tu Janick Gers ye...muda2.
Lp tu pernah try kat Ebay tapi kalah...Kenangan sememangnya mengusik jiwa..:0)
huh! naik keteapi lagi tu! gile ahh!
lu lupa satu lagi album live terhebat bro;
AC-DC- if you want blood you've got it
album live terhebat ac/dc bersama bon scot
Post a Comment