Total Pageviews

Thursday, November 29, 2012

…Harapkan Pagar...Pagar Yang Bocorkan Pagar…

Kes 1 - Wang rampasan yang dijadikan bahan bukti hilang dari simpanan P**M…cantek memang sangat cantek…

Kes 2 -…Hanya selepas empat hari diambil alih dari pihak P**M oleh ATM rampasan dadah merupakan 398,000.00 biji pil kuda bernilai rm 8 juta dapat dilakukan…Yang memeranjatkan lagi ianya hanya dilakukan oleh dua orang anggota keselamatan…Jadi selama ini ?? Hahhh macam ada apa2 jeee...

…Dengan siapa lagi kita nak berharap jika pagar yang diharapkan pagar jugak yang membocorkan lubang…Itu pun terdengar  ada pihak yang mengingatkan kepada mana mana pihak sekali pun agar ianya tidak atau jangan dijadikan isu politik…mana munkin sedangkan mulut tempayan yang tertutup pun lagikan dibuka  orang ini kan pula bangkai gajah..mana nak disorokkan lagikk beb…


Wednesday, November 21, 2012

…Tiada Tarikh Luput Bagi Muzik Rock…



...Mendengar siaran radio sekarang ini amat memenatkan walaupun kita hanya duduk bersantai dengan tidak berbuat apa2...letih dengan lagu yang sama diulang2 dari pagi hingga ke petang....cuba2 untuk ke siaran yang lain namun itu jugaklah lagu yang ke udara...baik siaran bahasa Melayu juga samalah juga dengan lain2 siaran...Itu belum lagi termasuk dengan segala macam iklan...Lagu merapu dari Pit Bull,Rihhana dan LMFAO (dah bungkus pun) sudah menjadi satu kemestian pada setiap hari...Dan yang  paling latest Gannam Style!??? Dalam pada itu aku amat setuju dengan bidasan Anuar Zain tentang perkara ini...Justeru ada baik layan Klassik Nasional & IKIM FM..Selain info dan ilmu banyak lagu2 yang mampu mengimbau nostalgia yang boleh kita dengar...

...Tak pasti samaada taste muzik aku ke yang berubah atau sememangnya dunia muzik dah kehabisan modal atau dah kepenghujungnya...Masa muzik grunge baru naik dulu M Nasir pernah kata yang muzik dah balik pada asal sume dah recycle..ada betul jugak katanya tu..bilamana banyak band Grunge serta Indie yang muncul memainkan muzik yang simple kord yang senang2 atau gitu2...banyak berpaksikan muzik 60an...namun melody serta lirik masih expresif yang bagi aku hanyalah disebabkan kecelaruan identiti serta jiwa yang memberontak...Jelasnya modal dah tepu beb! Dan kesan tepu idea ini berlaku di mana mana...

...Awal 80an dulu juga pernah mengalami perkara yang serupa bila mana dunia muzik mengalami perubahan..New wave yang berpaksikan kepada bunyian tekno?!! Atau synthisizer banyak mendominasikan embience muzik ketika itu...Muzik makin moden selari dengan dunia yang semakin tua...

...Munkin tidak mahu dikatakan ketinggalan stesen stesen radio sering menyiarkan lagu2 dari muzik new wave ini...berbanding sikit dari radio berbahasa kebangsaan...namun mood serta tastenya tetap sama...Ketika itu hanyalah lagu2 hasil dari ciptaan Ahmad Nawab sahaja yang dikirakan sebagai ‘boley laaa’ yang mampu menarik pendengar Melayu macam aku...walau ramai penyanyi di bawah didikannya namun agak malang bilamana muzik bawaan mereka sama sahaja...Satu acuan...Yelah bila penerbitnya dari orang yang sama....maka muncullah beberapa copy cat Jamal Abdillah..atau tidak pun hampir menyamai...

...Dengan itu penyanyi solo dari Indon pula yang banyak mengambil tempat bagi ruang kosong yang ada...Jamal Mirdad,Endang Estaurina,Poppy Mercury,Hetty Koes Endang,Nike Ardilla...jika maukan sedikit kelainan atau yang happening hanyalah lagu dari band2 seperti Carefree,Black Dog Bone,Revolvers,Heavy Machine,Discovery,Alleycats,Alice Sound Brain Connection dan banyak lagi...Kemudian baru muncul Kembara dengan muzik pop+folk+rock..berbeza sedikit dari band2 lainnya namun masih menggigit dengan muzik ballad serta liriknya...bersama sama Kopratasa dengan lirik2 puitis  yang mampu mengajak pendengar berfikir...

...Jika dilihat hanya muzik rock sahaja yang mampu mengorak langkah memberikan kelainan ketika itu Iron Maiden,Saxon,Riot,Touch dan lain lagi bergerak dengan panji New Wave Of British Heavy Metal (NWOBHM) bersama2 menghasilkan anjakan revolusi dalam muzik Rock bersama2 band old timer Rainbow,Deep Purple,Black Sabbath,AC DC,Scorpions,Blue Oyster Cult,Wisbone Ash,Uriah Heep yang tetap meneruskan legasi mereka....

...Bertitik tolak dari itu muzik Rock terus diexplorasikan oleh penggiatnya hingga kini..Sebenarnya sebelum itu lagi pelbagai cabang yang tumbuh...Progresive,Psycedelic,Post Rock,Glam Rock seterusnya Thrash,Indie Rock,Punk,New Wave Of American Heavy Metal (NWOAHM)Death Metal,Black Metal,Grind Core,Doom,Stoner,Hard Core,Porn Core hinggalah kepada segala jadah extreme metal...Dengan kepelbagaian yang ada pendengar atau peminat boleh memilih mengikut citrasa masing2...

...Di Malaysia zaman kebangkitan Rock (mainstream) hanya terasa sekejap...dan tidak banyak band yang betul2 punya kualiti yang sepatutnya dari segi skil permainan..kalau boleh disenaraikan pun hanyalah Sweet Charity (Singapura)Rusty Blade (Singapura)Kingdom(Singapura)Wings,Search,Lefthanded,Headwind,Mega(oldskool)...

...Atas faktor bisnes bilamana lagu2 heavy (tidak heavy mana pun) telah dikurangkan dalam satu2 album demi mengikut kehendak syarikat rakaman yang ingin mengaut untung dengan memuatkan lagu lagu leleh tahap lilin yang mencair...ada benar ada tidak..selain dari itu band copycat yang cuma hebat bergaya depan kamera namun di sebaliknya muzik mereka dimainkan oleh seasonist...bertitik tolak dari itulah pengaruh muzik rock mainstream semakin hilang sengatnya...Tidak nampak ikhlasnya mereka...selain dari itu kekangan dari kerajaan juga memberi kesan terhadap terbantutnya perkembangan muzik ini di negara kita pada masa itu...Alasan muzik Rock ada lah pencetus gejala sosial dimana kemuncaknya rambut Wings & Amy Search dipotong oleh Pak Menteri di atas pentas dan disiarkan secara langsung oleh RTM..Double Standard!!Ini semua merupakan faktor penyebab mengapa muzik Rock tumbang di Malaysia ketika itu...Sebagai tanda protes mereka maka terbitnya album Double Trouble!!

...Ketika ini lah scene muzik bawah tanah telah mula menular dengan rakus!...Ini adalah escapism bagi memenuhi ruang kosong yang ditinggal kan oleh mereka di mainstream yang hanya garang dari segi rupa...Banyak band band yang berpaksikan kepada muzik Thrash dan Death Metal muncul antaranya Silent Death,Brain Dead,Infectious Maggots,FTG,Modar,Saxo,Punisher,Nemesis,
Slap Death,Naked Butterfly,Bazzah,Atthotorgh,Vociferation Eternity,Sil Khannaz serta banyak lagi...secara kolektif ramai yang menggemari muzik sebegini Thrash,Death Metal,Grind Core,Industrial Metal dan pelbagai lagi cabangnya....Jika ditanya mengapa? Antara apa yang boleh dikatakan mereka ini lebih kreatif,loyal,serta mengamalkan attitude serta prinsip DIY...dari pra produksi sehingga lah hal ehwal distribution...Jelas tiada kekangan dari mana mana pihak yang mengamalkan sistem kapitalis...dan semestinya juga muzik mereka yang lebih heavy mampu menepati citarasa anak muda dan tua yang rebel!!...

...Namun apa yang pasti muzik rock tidak bermusim..sama macam muzik pop jugak...terutama muzik bawah tanah tanahair yang semakin meriah...bila2 pun masih tetap relevan...kita boleh lihat explorasi dan experimentasi terus dilakukan oleh penggiatnya...tidak seperti mana sekarang ni K Pop atau J Pop...(Err tapi Pop Corn kat TGV Ipoh Garden sedap ooo..huhuu)(Mencelah pulak)...Muzik yang seumpama bunga plastik..nampak saje cantek tapi jiwa kosong...macam belon bila ditiup makin kembang atau besar namun bila dah meletup!?...Cepat datang cepat jugalah hilangnya nanti...

...Dulu,kini dan sampai bila pun kita tidak tahu...juga hingga kemana hala tuju akan segala jenis muzik ini...cuma apa yang pasti penggiatnya akan terus mencari sesuatu yang baru...Ada yang terus tenggelam ditelan masa..namun aku percaya tiada noktah bagi muzik yang satu ini...Long Live ROCK N Roll!!!








P/S: - M.Nasir pernah cakap dah takde mood nak carry on dengan muzik sebab Loloq dah takde..atau pun sebab sebenarnya dia juga dah tepu idea...Opsss...

Wednesday, November 14, 2012

...Salam Maal Hijrah 1434H...

...Selamat menyambut Maal Hijrah untuk semua sahabat muslim yang dikasihi...Moga hari2 yang mendatang kita akan dikurniakan dengan rezeki yang murah dari sumber yang halal,dikurniakan jua dengan kesihatan yang baik...dianugerahkan dengan fikiran,hati dan jiwa yang lebih tenang serta dijauhkan dari dengki khianat serta aniaya Syaitan,Iblis,Jin dan Manusia...Amin ya rabbullalamin...




Wednesday, November 7, 2012

...Vietnam 2012...Part 1...


...Trip ini sebenarnya telah beberapa kali tertangguh..Alhamdullilah kali ini ianya menjadi...Berlepas dari LCCT pada awal pagi 7.01..Janji orang puteh..Ok laa camtu...aku tak perasan berapa jam penerbangan sebab dok layan ngantuk...kata orang tidur2 ayam...

...Mendarat dalam cuaca yang agak kurang baik (bagi aku lah) dan urusan imegresen tak amik masa yang lama sangat...sebab masih awal pagi,jadi airport pun tak sibuk lagi....

..Selepas itu naik bas dan terus Notre Dame salah sebuah bangunan bersejarah tinggalan penjajah Perancis...mujur kami dah sarapan masa dalam flight tadi...Tengahari pergi lunch kat satu restoran Muslim yang mana tokey nya sama nama dengan aku...cuma cakap aje macam itek dengan ayam walaupun depa punya broken english tapi pekat Amerika nya beb...Selepas makan baru ke hotel untuk check in...

...Semestinya jika melawat tempat orang lebih2 lagi tempat yang tak pernah aku jengah ada beberapa perkara yang menjadi perhatian aku...Sejarah,budaya,waktu solat,makanan,sosio ekonomi penduduk setempat selain tempat2 menarik...Antara tempat2 yang termasuk dalam schedule lawatan kami adalah Muzium Perang yang mana gambar2 di dalamnya banyak yang aku snap dan muatkan dalam entri yang terdahulu,Sungai Mekong,Dataran Mekong,Dusun Buahan2 Dataran Mekong,Terowong Cu Chi,Ben Thant Market,Ben Thant Night Market,butik menjual pelbagai jenis sutera,Deuter,Colombia serta The North Face,Hard Rock Cafe,Masjid di Ho Chi Minh, dan lainnya lagi...Sepanjang masa 4 ari 3 malam di negara ini cuaca sentiasa mendung dan hujan...namun alhamdullilah tiada satu pun schedule kami yang tergendala...

..Sebuah Negara bekas jajahan Perancis sepertimana Malaysia yang juga pernah dijajah banyak tinggalan mereka yang boleh kita lihat..bangunan2 lamanya,budaya serta amalan pemakanan antara yang menjadi highlight saya...Sebagai sebuah negara pengeluar kopi kedua dunia,semestinya rasa kopi mereka serta aromanya antara yang terbaik! Di sana sini terdapat banyak tempat yang menjual buah2han dan French Bread..dan sememangnya aku lebih suka makan roti jadi tidak jadi masaalah untuk aku dengan hanya makan buahan2 bersama2 sewaktu sarapan berbanding mereka yang lebih suka pada nasi goreng atau lain2 makanan yang berat2...Satu pujian,French Bread mereka jauh lebih segar serta sedap berbanding yang terjual di AEON serta Deli Paris di Malaysia cafe di mana pernah aku bekerja dulu (mampuih ada yang nak kena penyepak ni kang..hehehehe)

...Munkin kerana telah terbiasa dengan kesusahan masa lalu maka ia menjadi satu kebiasaan atau budaya bagi mereka yang nampak amat selesa dengan hanya duduk di bangku2 kecil serta rendah sambil bersembang dan minum pagi atau petang di gerai2 tepian jalan...tiada zone selasa agak nya dalam kamus hidup mereka...asal boleh...

...Seperkara lagi bila berada di kalangan mereka aku berasa tersangat gemuk..sebabnya amat payah..sekali lagi...amat payah untuk melihat lelaki atau perempuan mereka yang berperut gendut apa lagi yang berbadan gemuk...Kehidupan mereka yang perlu bekerja keras serta corak amalan pemakanan yang lebih kepada banyak makan sayur,roti,buahan2 serta sup yang tidak berminyak antara penyumbang yang aku rasa membuatkan mereka mempunyai susuk tubuh sebegitu...Kuat pada kerja, kurang pada makan...Contoh paling dekat serta mudah...Pemandu pelancung kami menjalankan tiga kerja sekaligus...Sebagai pemandu pelancung,sales girl serta pembantu di restoran...Haahh!! Salute...Yang tua sebaya mak aku munkin..pun masih berkerja keras dengan menjadi pendayung sampan atau berjualan di pinggir jalan...Memang struggle..Namun tiada muka ‘ketat’ yang terpancar di wajah mereka!!!

...Sayang pada alam semulajadi serta bumi...Jika dilihat mereka masih menyimpan banyak pokok2 besar yang terdapat di dalam hutan belantara di tengah2 bandar Ho Chi Minh ini...Walaupun sebelum ini menjadi padang jarak padang tekukur dek penangan 'Agent Orange'...(lihat entri terdahulu)

...Pengaruh Amerika yang pernah bertapak di sini semasa perang saudara lama dulu jelas dengan kebanyakan rakyat mereka yang berbahasa Inggeris menggunakan slang Negara Uncle Sam itu...terdapat ramai juga benih peninggalan mereka yang di gelar AmerAsia yang aku temui...

...Amat menghargai masa..Walaupun bandar Ho Chi Minh sesak dengan kenderaan tapi tepat pada masa yang dijanjikan untuk bas datang mengambil kami...

...Tidak banyak lampu jalan serta traffic light..walaupun kenderaan lebih2 lagi bagi motorsikal serta skuter amat banyak dan bersimpang siur tapi tiada berlaku perlanggaran...Disiplin ketika mereka menunggang serta memandu patut dipuji..begitu juga di lebuhraya yang maksima pecutan hanya dibenarkan 80km...tiada  yang aku lihat berlumba lumba...hingga kan topi keledar lebih kepada accesories sahaja bagi mereka...Suka boleh pakai tak suka tak payah pakai...Aku sendiri telah cuba melintas di tengah2 kekalutan lalulintas itu..namun boleh dikatakan..ajaib!! Mereka tahu menghormati hak kita sebagai pelintas jalan!! Disini?!?!..Ahhh usah cakap laaa...Silap2 mati katak kalu idak pun jadi bahan sumpah seranah pengguna lain...:0(

...Selain dari itu tiada apa lagi yang nak aku ungkapkan...Kerana dari gambar2 yang ada ini sudah cukup untuk bercerita serta dikongsi...:0)










































Sungai Mekong























P/s:- Aku sebenarnya sedang mengalami sindrom malas nak upload gambar2 yang banyak tu...
....Makanya, ok cukup untuk kali ini..bersambung dalam entri yang lain pulak...hehehee...
.