Total Pageviews

Saturday, June 30, 2012

...Cakap Kata Hati Part 16...

..Dalam sebilangan perkara kita mampu menjana pahala hasil dari onar orang lain...justeru bersyukurlah dengan semuanya..kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia sia...

Monday, June 25, 2012

...Bukan Senang Nak Senang...Part 1...

...Cuti seolah aritu aku ke sebuah bank..Alaaa bank yang gitu2 tuu..yang kononnye Islamic sangat tuhh..tapi servis dan PR tak setara mana...Lepas je selesai urusan aku keluar dan terus singgah ke tempat peniaga yang menjual jeruk dan lain2 dikaki lima bank tersebut...aku bertanya itu ini kepada budak penjual yang menjawab secara acuh tak acuh tanpa melihat aku tapi terusan melayan sms atau game dari handphonenya...Tetiba datang sorang mamat berdiri di sebelah aku dan terus bertanya dengan lantang...

"Adik,adik mana tokeynya?!Budak tadi menjawab.."Entah"..sambil terusan melayan handphone...Sambung mamat tadi.."Ko tau tak pak cik ni (beliau sambil menunjuk aku) dari tadi bertanya tapi ko buat endah tak endah aje??!!...Kemudian aku pulak
menyampuk.."Humm kalo nak main pun bior le masa pelanggan takde".."Ini ko buat aku macam nak mintak free aje"..Kemudian aku amik jeruk,bayar dan terus belah...

...Sebagai manusia biasa bohong le kalu nak kata mood aku senantiasa je 'bersih'...Tapi kiranya angin aku aritu bagus laa...idak kalo tak merasa la engko dengan duit aku..Bior aku beli kat tempat lain takpe...Munkin dia tak berasa apa2 kalo orang tak datang membeli pun..sementelah tengah musim cuti sekolah tu aku percaya beliau hanya membantu bapanya yang berjualan...jadi orang datang beli ke idak dia apa kisah...

...Berbeza dengan saorang budak yang rasanya berumur dalam 10 tahun yang selalu menjinjit bakul berisi kuih siput serta kerepek di sekitar Pekan Shatin Park...ada 2 – 3 kali bila terserempak dia datang kat aku dan minta aku membeli akan barang jualan nya...Rupanya dia tinggal di kampong setinggan berhampiran dan dari keluarga yang amat susah...disuruh oleh mak tirinya untuk berjualan seperti itu bagi menanggung kehidupan...


...Sebenarnya,kebanyakan anak yatim piatu dan orang miskin lebih komited untuk belajar kerana mereka sedar akan kesusahan keluarga mereka...tapi rasanya ini bagi anak anak Melayu sahaja(Opss bukan semua)...sebab apa aku kata camtu..Ok aku bagi satu contoh...semasa berkerja di Deli Paris dulu..di situ selalu ada satu group anak anak Cina belasan tahun yang datang untuk makan dan berbuat bising..Tapi itu untuk sementara sahaja...tak lama lepas tu semua senyap sepi..mulanya aku ingat depa dah belah..tapi bila diintai rupa2nya semua mereka sedang menelaah buku sekolah...aku percaya dengan secawan kecil Espreso yang berharga Rm 5.00,dengan sandwich atau pie serta croissant..jika dijumlahkan setiap saorang tak kurang dari Rm 20.00 untuk sekali hadap...seminggu 3 – 4 kali...Hahh jumlahkan le berapa...Sudah semestinya mereka ini anak orang berada..namun mereka sedar bahawa bukan senang nak senang dan mereka menghargai segala kemudahan yang diperolehi dengan tidak mensia siakannya..justeru berusaha cuba untuk meneruskan tanggungjawab mak bapak mereka untuk diri mereka serta anak2 mereka pula nanti...


...Untung budak yang bermain handphone tadi kerana beliau munkin dari keluarga yang senang atau kaya...Ruginya pula kerana beliau tidak belajar apa2 dari pengalaman (susah)...Untung bagi budak jual kerepek tadi pula banyak mendapat pelajaran serta pengalaman yang amat berguna untuk masa depannya...dan aku percaya dia akan lebih menghargai akan apa yang di perolehi...wang hasil dari jualan...dan seperkara lagi pengalaman yang tak boleh ditukar ganti di mana semestinya akan lebih cepat mematangkan beliau dalam meniti kehidupan...


P/s : - Orang yang berjalan dalam gelap akan lebih menghargai akan cahaya yang diperolehi...walau pun cahaya itu hanya sebentar dari sebatang lilin yang mencair...

Wednesday, June 13, 2012

...Cakap Kata Hati Pt 15...

…Kebanyakan orang suka bercakap atau berhujah..samaada dia saorang yang berbakat,tak suka duduk diam atau pun yang memang suka mengomel...Pelbagai topik yang dicakapkan...hal politik,ugama,bola,memancing,gusti,cingge atau apa saja...Cukup kritis...Bila bercakap ada yang memang berpengetahuan tentang apa yang dicakapkan siap dengan fakta tentang apa yang dihujahkan..namun ada jugak yang bercakap sebab nak menunjuk pandai atau suka memandai2...Ahahh! Part ini kira payah lahh..Payah kat orang lain tapi bagi dia..dia akan kata...Ade aku kisah...:0(

...Aku..paling suka bercakap pasal muzik..walau aku tak punya pendidikan formal tentangnya..Nape? Ate sebabnya orang tak sekolah pun boleh cakap pasal politik...Yang sekolah takat darjah enam je pun ada yang jadi Menteri Besar...Perghh...Kiranya nak bercakap nih tak perlu le sekolah tinggi2...Tapi make sure jangan suka cakap tinggi...Hehehe..

...Humm bagi aku tak kira la apa yang nak disembang atau dilabunkan...Asal topik itu tidak mengumpat hal orang lain kira ok la tu beb...Humm aku pernah cuba,try test tak bercakap2 sepanjang hari...masa tu bujang lagi...ate member umah sume balik kampung jadi tinggal aku sorang...abih takkan nak bercakap dengan dinding ye tak?! Tapi bila dah tak bercakap2 rasa bodo satu macam jee plak..huhuhu...

P/S: -..Hehee kepala dah tepu dok layan Rock...Ate ape kate meh kite layan lagu Hindustan nih pulak...Orait,namaste,calo Inspektor Sahab!!hehhehee...

Saturday, June 2, 2012

…Negara Kita Juga Mampu…




....Next coming - Tuah..what about Jebat?!..





..Dulu2 biasa kita dengar orang berkata ..nak buat sebatang jarum pun tak mampu mana munkin le pulak nak bina kereta...Namun sekarang semua itu tidak lagi..negara kita telah membuktikan mampu membina bangunan antara yang tertinggi di dunia...membuat kapal...Kapal atau yatch dari hasil kerja anak Melayu tempatan banyak yang ditempah oleh orang luar...hatta menghantar angkasawan ke angkasa lepas...jika dibandingkan dengan dulu betapa jauh sangat bezanya...


...kereta buatan Malaysia maju setapak lagi..enjin Exora Bold CFE 1.6l dilengkapi dengan turbo charged,hasil kerjasama dengan Lotus di mana menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin 2.0l NA.(Toyota Innova)dan yang seangkatan dengannya...

.

...CFE - Charged Fuel Efficiency...Prestasi yang mampu menangkis tohmahan sebelum ini...


...Perbezaan yang ketara dengan saingannya... .

..Kini bukan saja kita mampu membina kereta sendiri walau masih meminjam teknologi luar...malah kereta2 berjenama mahal dari luar negara pun kini dipasang di tanah Melayu ini...Ini tidak terhad kepada industri automotif sahaja...ianya juga dengan pelbagai product lagi termasuk lah hasil Industri Kecil Sederhana...Apalah yang nak dibanggakan dengan KFC jika Ayam Goreng Radix lebih sedap,apa sangat lah pada Mister Potatos jika nak compare dengan kerepek ubi kayu yang mak aku buat lagi ranggup...huhu..:0)

...Ada yang memperlekehkan akan hasil product tempatan,dalam kebanyakannya...sebagai contoh kereta nasional berbanding dengan kereta import...Alasannya kualiti dan prestasi engine...Namun betul ke begitu? Kita perlu sedar bahawa mereka telah berpuluh tahun terdahulu dari kita...tetapi ianya tidak menjamin mereka dari tidak melakukan kesilapan walaupun telah lama bermain dengan teknologi automotif di peringkat global...

...Walaupun berjaya mendominasikan pasaran..terdapat juga kereta2 mereka yang telah dipanggil balik untuk diperbaiki kerana masaalah teknikal setelah berada di tangan pelanggan seperti mana Porshe,Toyota,Ferrari( dengan melalui QC yang pelbagai perkara ini tidak sepatutnya berlaku)...Bagi pengeluar baru...jika berlaku kesilapan itu boleh dimaafkan kerana masih muda..masih lagi belajar dan boleh diterima pakai akan alasan itu..dan bagi aku jika orang baru..Kalau Tak Silap Macamana Nak Tau Yang Betul...namun bagaimana pula dengan jenama atau company yang telah establish di peringkat dunia!??...


..Mahal tidak semestinya bagus!!!




...apakah alasan mengapa berlakunya keadaan seperti ini??

...Perlu sedar sebenarnya products kita kebanyakannya setanding malah ada yang lebih bagus dari negara luar..ada yang tidak perasan seringkalinya kita terpaksa membayar pada kadar yang lebih hanya di sebabkan ianya adalah dari jenama terkenal dan tidak lebih dari itu...sebagai contoh..Ok aritu aku dengan rakan2 telah dijemput oleh sebuah syarikat pembuat penghawa dingin terkemuka untuk melawat kilang mereka di Sg Buluh,Selangor yang mengeluarkan 2 jenama terkenal.Semasa disitu kami dipertontonkan dari mula hingga akhir akan proses pembuatan.Dipendekan cerita segala accessories dan bahan yang digunakan bagi kedua2 model tadi adalah sama..cuma yang membezakan hanyalah jenama.Satu jenama Malaysia yang boleh dibeli pada harga murah....manakala satu lagi pada harga yang lebih tinggi (jenama antarabangsa)..ini kerana pembeli perlu membayar royalti sebanyak 20% lagi terhadap jenama antarabangsa tadi...Jadi apalah yang nak dibanggakan terhadap jenama asing yang sebenarnya dibangunkan dan dibuat di Malaysia ini...

...Satu lagi contoh,di mana aku pernah membeli sebuah jam tangan berjenama yang diimport di satu butik jam dengan harga Rm 480.00 selepas diskaun..namun malang kualitinya amat tidak setimpal..yang mana jika di Petaling Street pun kita boleh beli pada ‘Harga Patut’ dengan kualiti yang rasanya memang semua sedia maklum..jelasnya product import dengan harga yang semestinya mahal belum tentu menjaminkan kualiti yang setimpal...

...Bagi cakap2 mereka yang suka memperkecilkan product anak bangsa sendiri...adalah mereka yang tiada jati diri,yang jumud dan tertutup mindanya..dan merekalah penghalang kemajuan,bukan saja pada orang lain tapi...lebih malangnya pada diri mereka sendiri!!!...

P/s: - Bangga dengan produk Malaysia...Jom lakukan anjakan paradigma...