..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Wednesday, April 4, 2012
…Muzik Itu Bahasa Penyatuan...
..Kalo dulu2 la kan..masa gig underground yang banyak di organise kan di Ipoh ni atau tempat lain pun sama...boleh kita lihat band band yang perform terdiri dari pelbagai genre...ada Punk,Metal,Hard Core,Grind Core,Ska,Thrash dan lainnya...asalkan muzik semua boleh jalan (join)...Cuma Daud Kilau je yang tak mau ikut sama kalo dijemput..."Pase teman tak boleh nak gelek" katanya...hehehehhee...(aku gurau jee)
...Berbeza dengan sekarang pemuzik kita banyak yang berpuak puak..masing2 dengan genre mereka dan tak mahu berkompromi dengan mereka yang mempunyai aliran muzik yang berbeza...Ini aku tengok dah macam parti politik pulak...masing2 kata mereka lah yang lebih bagus dan tegar dalam perjuangan (ceee)...
...Berlakunya semua ini disebabkan oleh pegangan ideologi dan juga ego yang ada dalam diri penggiat seni itu sendiri...Kalu diperhatikan Skin Head pun ada pelbagai aliran..Hummm ada Malay Power,Sharp,Nazi...Yang memperjuangkan dan mempertahan ideology masing2..hingga sanggup berpatah arang dengan yang lainnya...yang tidak sealiran..Hei bro! Lu apahal!?...Bagi aku kalo dah ideologi tu membuatkan kita berpecah dan berpuak2 apa ke faedahnya?! Ye tak?...Kita pergi gig layan muzik untuk enjoy,jumpa kengkawan kasi release tension...dah abis tu semua masing2 kita balik dan jalanilah kehidupan secara normal sepertimana biasa...mempertahankan ideologi ciptaan manusia tidak wajib kita ikut berbanding dengan hukum hakam dalam agama kita...
...Tak perlulah mengutuk atau memperkecilkan kelompok yang lainnya hanya disebabkan selera muzik kita berbeza..Semua itu hanya akan mencetuskan perbalahan yang tak menguntungkan mana mana pihak...Kalo kami generasi X dulu boleh bersama berganding bahu dalam menjayakan gig gig tanpa mengira apa genre..kenapa tidak bagi kamu orang muda dari generasi Y kini...Kelompok kita kecil sahaja jadi jangan dikecilkan lagi...Itu pun jika mahu kelompok kamu dihormati...Kerana Muzik Seharusnya Menjadi Bahasa Penyatuan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ko cakap betul.
aku rasa, zaman internet ni dah makin teruk.
Dulu, kita kalo gossip pun, cakap2 gitu kedai kopi dahbis tutup mulut.
Sekarang, seribu satu cerita keluar kat internet.
Dan, sangat buruk, kita cakap sesuatu buruk tentang seseorang performer tu atau fans genre tu kat internet, famili dorang baca, dan tuduhan kita tu ntah betul ke tak.
Boleh porak peranda beb.
..itu lah kelebihan atau menafaat serta musibatnya teknologi dalam kehidupan...Finally..no more privacy at all...
Post a Comment