Total Pageviews

Saturday, May 14, 2011

...Janganlah Menghampakan...

...Satu masa dulu masa tinggal di Lahat Lane aku selalu melihat satu mamat ni yang berjalan sambil menjerit2..”Gunting rambuuuttt”..yang mana beliau mengambil upah mengunting rambut di kawasan Kuala Pari dan sekitar tempat aku tinggal..Sesekali aku bertembung dengannya bersama saorang anak kecil di pasar malam Sri Kinta..dari gaya penampilannya aku percaya beliau saorang yang telah berkeluarga dan susah..Pernah aku nampak beliau membeli sepotong buah tembikai bersama dengan barang yang lainnya untuk dibawa pulang...Telahan aku (Moga ianya tidak benar) jika mampu tak munkin hanya sepotong yang dibeli (bukan sebelah)...tapi aku respek orang yang semacam ini walau pun sikit...rezeki untuk yang lainnya di rumah mesti dipenuhi...Munkin bagi beliau sikit atau banyak bukan soalnya..Hati gajah sama dilapah hati kuman sama2 dicicah...

...Berbeza sama sekali dengan apa yang aku lihat di Tesco St 18 minggu lepas..Ketika menunggu wife aku membeli ketam untuk mak aku di kampong..Aku ternampak saorang ibu muda yang sedang mengayat anaknya yang pada ketika itu sedang mengadap kaunter roti di sebuah bakery...Dengan perasaan hampa yang jelas dimuka anak itu tadi mereka berlalu begitu saja...sambil lalu di depan aku terdengar ibu itu berkata pada si suami..

“Haa lain kali mulut tu jaga2..nasib baik dia mau dengar cakap saya jap tadi..”

...Nampak gaya seperti orang berada..dan tak munkin untuk membeli seketul roti untuk anak pun tak mampu...tak munkin...Aku bukan busy body la beb..tapi persoalannya...apa sangat lah nilainya sebiji roti dengan seribu pengharapan saorang anak kecil tadi yang mau makan tapi telah dihampakan...Aduhhh terlalu sedih dan kasihan aku melihatnya...Takkan jatuh miskin mereka kalo dengan membelikan saja roti itu untuk si kecil tadi kalo dah itu rezekinya...Dan jika tak dibeli pun,aku percaya bukan sebab itu mereka boleh jadi lebih kaya...Kalo dalam hal makan minum untuk keluarga la kan, dengan apa cara pun (semestinya halal) aku akan cuba memenuhinya...Asal tidak keterlaluan dan membazir...Kerana itu sudah merupakan satu amanah,keperluan dan juga tanggung jawab yang mesti dilaksanakan..tanpa alasan..by hook or by crook...selagi ada kederat..aku akan bekerja...Sebab itu dulu2 aku biasa berkerja macam2...Satu hari hingga 12 jam..balik rumah kemudian pergi lagi...Hingga ke tengah malam pukul 1 – 2...Leteh?Penat? Memang tak tipu...Tapi ianya kepuasan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata2..Haha sapa yang nak rasa boleh cuba..yang dah biasa...sure dah tak jadi apa..hahahaa...

...Jika ditanya pada diri sendiri pun kita bekerja untuk apa? Untuk siapa..Yelah bagi yang berkeluarga lebih lagi soalan dan persoalannya...Namun kalo dah tau jawapannya,sebagai ketua keluarga laksanakanlah peranan kita...Jadi,cubalah tidak menghampakan...


P/s: - Dalam sesetengah perkara kata orang...biar anak menangis sekarang jangan kita yang menangis kemudiannya...Tapi sanggup ke melihat anak menangis sebab nak makan???Aku tak sanggup...

2 comments:

Ra1m1 said...

Wan... ada seorang ahli keluarga aku sendiri pun sering merungut tentang kesusahan mencari nafkah.. mengunkit yang bukan2 terhadap apa yg dilakukan terhadap anak bini. Sering aku cakapkan kat dia hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah ni pada beliau:

"Barang siapa mencari rezeki yang halal di dunia untuk menghindarkan diri dari meminta-minta(mengemis), untuk mencukupi keperluan keluarganya dan untuk berbuat baik terhadap tetangganya, Allâh akan membangkitkannya di hari Kiamat dengan wajah seperti bulan purnama"

tetapi masih beliau belum paham paham.....

WanBeruas said...

..itu la kekadang manusia cuba lari dari tanggungjawab..infact kalo takut dilambung ombak jangan berumah di tepian pantai...Terima kasih bro..aku suka ayat kamu ..tepat dan padat..Moga ianya jadi pedoman bagi kita dan lainnya..Aminn..sekali lagi terima kasih bro...