...Kalo mengikut polisi perniagaan yang dipelopori oleh Yahudi..sebarang product jika melebihi permintaan maka harga akan jatuh..dan jika permintaan melebihi product harga pulak pasti melambung..Kita lihat saja masa musim perayaan harga ayam contohnya, akan naik secara mendadak..Ini disebabkan kerana permintaan yang tinggi manakala bekalan stock kurang kata pembekal..Alasan murahhh! Perkara ini boleh mereka jangkakan sebenarnya...Abih kalo dah tau kenapa tak bersedia dengan menambah bekalan sejak dari awal?!!
...Maka itu satu perkara....Jadi sekarang lain pulak halnya bila Presiden Majlis Peguam Ragunathan Kesavan mengumumkan kenaikan kos guaman sebanyak 300 dan 400 peratus...Alasan yang diberi oleh beliau adalah kerana peningkatan kes2 atau boleh diistilahkan di sini sebagai product.. Banyak kes bererti mashukkk...Jadi jika merujuk balik kepada perenggan yang ditulis di atas maka apa relevannya kos berkenaan naik??!!..
...Ini bermakna jika kes sivil yang dulunya hanya membabitkan kos Rm 2,000.00 sekarang telah meningkat kepada Rm10,000.00..Itu belum lagi kes di mahkamah tinggi...Walhal perkhidmatan dari mereka belum tentu menjanjikan yang terbaik...
...Katanya lagi sekarang kes tidak lagi boleh ditangguh sewenang2nya..Aiit yenadeii?!.. Tidak kah nanti dengan kos yang melambung naik dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan nanti akan melambatkan lagi kes? Yelah kalo dah takleh atau lambat kos yang dibayar tentu juga lah kes akan lambat disebut di mahkamah..Ini bukan munkin..tapi pasti..Ye laa kereta kalo dah tak diisi dengan minyak mana nak bergeraknya...Macam paku juga laa kalo tak diketuk camna nak tenggelam dalam kayu..Ehemm...Aku dah kena dah masa kes rumah aku dulu..(Tapi bukan sebab lambat bayar cuma sebab lapuran kerosakan yang aku buat pada kontraktor tak diendahkan..bagi tau pada lawyer yang semestinya telah dibayar tapi lawyer plak buat dek ajee..Rupanya depa ada kaw tim di belakang aku...Sana makan sini pun makan...Gergaji dua mata...Tak patut betoi...)
...Berbalik pada tajuk asal tadi..Ini sama jugaklah dengan kisah tepung yang naik seposen harganya bagi sekilo...Maka harga sekeping roti canai juga naik seposen...Memang tak patut...Humm letihhh oooo...Kalo dah sume harga barang naik...
...Inflasi naik 45% tapi pendapatan bagi raakyat naik berapa peratus? Atau masih jugak di takuk lama? Statistik mengatakan graf peningkatan berlaku keatas ekonomi negara bagi tahun ini...Tapi bukan semua dari kita yang merasa faedahnya...Peratusan rakyat yang ‘sakit’ dengan fenomena ini tetap tinggi..Dengan harga minyak yang melambung naik kepada lebih 100 dollar setong,ada kah peningkatan ekonomi itu tadi akan tetap berlaku?...
...Kata orang di atas sana jika harga barang naik..Apa susah kita boikot je..jangan beli dan jangan makan..Itu cakap orang yang dah tak boleh buat apa2..Tak menasabah betul laa..Nape tak kata...Moh kita bakor aje...kita bakor ajee...Dah tentunya sembang merapu..Huhuuu...
P/s: Tak tau berapa le pulak kos bagi kes yang aku forward pada member aku aritu..Dia kata bior semua settle dulu baru nak kira berapa...Jeng jeng jeng...Adusss itu yang suspen tuhh..
2 comments:
Ramai orang bawahan kena tindas rabak2, ialah pasal kita takde apa2 protection.
nak pasang lawyer, pergi opis lawyer pun dah fikir dua kali.
...Aku pasang lawyer Melayu untuk manage hal umah aku aritu...Cakap pasal ugama berdegar2..alih2 kes aku dia perap..rupa2nya dengan kontraktor Cina tu pun dia makan jugak..Ingat nak tolong bangsa tak pasal2 jugak aku yang terkena..huhuu...
Post a Comment