Total Pageviews

Tuesday, August 25, 2009

..Ramadhan Datang Lagii..


..Haa bukan Tora datang lagi ekk..kali ini hadirnya dengan pelbagai dugaan,sebelumnya lagi..kemelut politik,penyakit bawaan virus dan pelbagai lagi ragam dan masaalah yang kita tidak suka tapi terpaksa jugak berdepan dengan nya..

...bulan Ramadhan bulan rahmat bulan yang mulia dari bulan2 yang lainnya..maka kita pun berharap agar Tuhan akan menurunkan rahmatnya bagi menghilangkan segala kemelut yang berlaku..tapi tak boleh le berharap saja tanpa berusha ..pelbagai cara ada selepas itu berdoa dan bertawakallah..semuga segala permintaan kita dimakbulkan...

..aku perasan tahun ni belum pun sempat kita mula berpuasa segala macam iklan telah pun mula diperagakan,dari pakaian hinggalah ke buffet2 ramadhan..itu belum lagi dengan rancangan TV yang pelbagai sempena bulan puasa ni..tapi semuanya yang menjurus duniawi dan nafsu semata..dan mula je puasa..resepi itu resepi ini kueh itu kueh ini,biskut itu biskut ini ape ke hal...sikit sangat rancangan yang berteraskan keugamaan..

..pegi lak bazar Ramadhan..mak oii segala macam juadah ada..hingga dapat dirasakan bulan Ramadhan yang mulia ini bulan untuk kita makan makan selagi lalu hingga tak lalu.. arghh..hari ini semacam dah tak ada esoknya bagi yang membeli..balun,pulun..hu huu..

..bagi aku la, amat tidak wajar bulan ini dikomersialkan..memanglah di bulan berkat dan penuh kerahmatan ni kita disarankan berusaha lebih dalam mencari rezeki,tapi bukan itu sahaja dalam beramal pun sama le jugak..

..dalam tahun tahun sebelumnya kerajaan ada gak menegur dek keghairahan iklan iklan perayaan yang terlalu awal..tapi la ni dok diam jee..agaknya nak suruh kita perabih berbelanja sebab nak jana ekonomi negara kot..masa aku kecik2 dulu mak aku selalu cakap "Ekonomi ke ekau no money"...ha ha ape je lahh..


Tuesday, August 18, 2009

...Ustaz Asri Rabbani...



...aku sedang mengadap PC yang meragam di opis,tetiba kawan bagitau "Ustaz Asri meninggal"
..aku tersintak.."Ustaz Asri Rabbani? tanya ku "Emm Innalillahhiwainnailaihirojiun.. dah sampai masa dia"..

...lepas solat subuh aku selalunya akan pasang CD bacaan doa/Al Quran beliau yang aku beli di pasar pagi Medan Gopeng..aku minat sangat dengan cara bacaan dan suara beliau yang mendayu dan menusuk hati kita yang mendengarnya..Walaupun tidak tegar tapi aku ikut beliau sejak masa dia masih bersama dengan Nada Murni lagi.Bait bait senikata lagu ciptaan beliau sangat bernas dan mendidik..amat sesuai dengan konsep kumpulan nasyid mereka yang bukan mengejar glamour..

..aku rasa beliau antara mereka insan insan seni yang betul betul ikhlas dengan apa yang dibuat..menjadikan semuanya sebagai satu ibadah seperti yang beliau pernah kata..insan seni yang berjuang atas landasan dakwah agama...

...mau tidak,cepat atau lambat semua akan merasakannya..moga roh beliau ditempatkan bersama sama dengan roh yang soleh..aminn..



Monday, August 17, 2009

..usah menangguk di air keruhh..

...dalam keadaan sebegini pun masih ada yang mengambil kesempatan..ketika diturunkan bala ada di antara kita yang masih tak berperasaan belas diantara satu sama lain..malah mencekik darah pulak lagi..kemana perasaan kemaknusian dalam diri kita sekarang ni..

..face mask yang digunakan sebagai salah satu usaha kita mencegah H1N1 yang sepatutnya berharga .50 sen sekeping tapi dijual pada harga Rm 1.60 - 3.00!!! Dan yang lebih menyedihkan dilakukan oleh mereka yang sepatutnya lebih bersifat membela dan perihatin dalam hal ini..para Doktor klinik swasta dan Farmasi2..kebanyakkan mereka hanya menangguk di air keruh..hanya memikirkan kantung dan temolok mereka saja..mula mula tepung punya hal,gula, lepas ni apa pulak lagi..kalu macam ini 1Malaysia terlungkup..


..Ya Allah ya Tuhan ku lindungilah hamba mu ini, keluarga serta rakan rakan dari huru hara serta wabak atau sebarang penyakit di dunia ini..Amin yarabbulalamin..

Thursday, August 6, 2009

...malasss...

...kadang kadang rasa malas untuk berfikir melanda diri aku..kadang kadang rasa malas untuk bekerja juga terasa dalam diri..nak amik pen untuk menulis pun malas sebab selalunya apa yang aku tulis aku sendiri pun tak leh paham bila cuba dibaca semula..cam tulisan Doktor kata depa..alasan jee..komputer kan ada tekan je laa..yang jelas duduk diam tanpa berbuat apa apa juga buat aku jadi tambah malas..malas..malas..semua tau yang malas ni tak baik..tapi kekadang perlu juga ada pada kita..contohnya malas untuk membuat perkara perkara yang tidak mendatangkan faedah - macam bila member ajak main dam kat kedai kopi berpapan papan,malas nak pergi kedai beli rokok.. ada ke?..tah le aku sendiri pun tak merokok sejak lebih dua puluh tahun lalu..malas nak bercampur dengan kawan kawan sebab mereka suka mengumpat..malas pergi ke 'Memory Lane' sebab kalo pergi 50 - 60 hinggit mesti terbang punya..tapi ati nak jugak pergi..he ..he..tapi yang dua perkara ni jangan le diamalkan...rosak kita..malas cari rezeki dan malas solat..

"bekerja lah kamu saolah olah akan hidup selama lamanya
dan beribadatlah saolah olah akan mati esok hari"...


P/s : mak aku pernah sound..kamu kerja teruk sangat!!!
"abih mak..itukan dah tanggungjawab"