Total Pageviews

Wednesday, November 12, 2008

..Berkorban Apa Saja..

..pagi 11hb. Nov,semasa di Pejabat Pos aku dikejutkan dengan berita kes rompakan dan pembunuhan di kedai minyak Petronas berhampiran Gunung Lang,dan melalui sms sorang rakan aku difahamkan munkin mengenali mangsa..saorang 'ustaz' dada aku berdegup kencang kerana semasa di SPA aku mengenali beberapa orang ustaz yang berkerja berhampiran tempat aku bertugas..

...untuk kepastian aku terus menghubungi rakan tadi dan memang betul seperti yang disangka mangsa bukan saja ku kenali malah pernah mengimamkan kami ketika berjemaah di surau semasa tinggal berjiran di Sg Senam dulu..beliau berkerja part time pada sebelah malam untuk menyara keluarga dan anak yang seramai enam orang..

...berkerja part time pada sebelah malam ini sebenar nya aku dulu pernah melakukanya..bukan nya apa.. kerana tuntutan kehidupan yang mencengkam..dengan harga barang keperluan yang semakin naik dan tidak pernah turun turun..aku berkerja sebagai waiter di Pakeeza Restoran kemudian Grandy's,Deli Paris dan kadang kadang berkerja sebagai steward di Syuen Hotel..aku berpindah dari satu tempat ke tempat lain pun kerana mahu kan pendapatan yang lebih...masuk kerja petang selepas waktu pejabat dan balik rumah ketika anak anak aku pun dah tidur kesemuanya..

..aku sedih jugak sebab kadang kadang anak aku pun tau merungut ..ayang ni asyik keja keja keja aje..ye la masa untuk aku bersama mereka amat terhad...sebab mereka tak paham lagi apa erti tanggung jawab..walaupun letih dan penat namun aku tidak pernah pun merungut.. sebenarnya aku puas, puas yang amat sangat kerana telah dapat melunaskan tanggungjawab aku sebagai bapa,suami dan ketua keluarga...semuga usaha aku diberi keberkatan.. untuk mereka aku sanggup berkorban..

Monday, November 10, 2008

Umah Mak Abah di Kampung..


..rumah ni sebenarnya banyak menyimpan sejarah..suka,duka..dibina dan siap bahagian atasnya semasa aku masih lagi kecil..bahagian bawah dan sambungannya pula disiapkan bila abah pencen..


..abah buat cepat dan awal sebab risau jika berlaku sesuatu kepada dirinya..anak anak dan isterinya tak perlu risau tentang rumah untuk berteduh...Terima Kasih Abah...

Friday, November 7, 2008

..di sini kita bersantai..


..seperti lazimnya setiap kali balik kampung samada pada hari raya atau pada hari cuti ..aku dan keluarga bersama sama dengan saudara mara yang lainnya akan ke sini untuk berkelah sambil melepaskan lelah..


..dulu sebelum kesini kami selalunya akan lebih suka ke Pantai Teluk Batik di Lumut..tapi sebenarnya ketika itu aku hanya mengikut keputusan majoriti je..apahal pun di Ulu Licin ni jauh lebih seronok..tidak panas,tak ada suasana hiruk pikuk dan tak de dapat dosa kering kerana melihat aurat orang yang mandi laut..perghh..


..aku lebih suka duduk sambil melihat sekeliling dari berendam dalam air yang sejuk..seronok tengok anak anak aku mandi dan bermain dengan air..sambil aku mengambil gambar mereka dengan video cam aku..

Let's Appreciate The Nature....


..to embrace the wonders of nature,the clean and fresh air we breathe is only possible with our beatiful forest's air purifying abilities..

Tuesday, November 4, 2008

Ulu Licin..Damainya..


..Ulu Licin Water Fall..terletak tidak jauh dari kampung aku..aku selalu ki sini dengan membawa keluarga untuk mandi manda dan bersantai..dengan suasana nya yang tenang damai jauh dari kesibukan juga pohon pohon yang menghijau yang masih belum tercemar dari insan insan rakus..yang seakan cemburu dengan keindahan alam..