Total Pageviews

Tuesday, March 26, 2013

..Tok nenek konon nak senang..sudahnya anak cucu yang berperang...




…Balik kampung baru2 ni sepupu datang menziarahi aku…dok minum kopi O Che Nah sambil bersila panggung…sembang bla bla bla cerita pasal lembu kambin masing2 yang kami dok ada bela…pastu masuk sikit..sikit je lalu kot tepi kata orang…pasal politik…aku memang tak minat politik..mujur gak dia pun sama…alih2 dia tanya..Uiihh hang tak tau cerita kat kampung aku baru2 ni…Awatnya..balas aku…Laaa hang taw depa dok berkelai sesama jiran pasai tanah..sorang kena tetak…lepaih orang hantaq pi klinik dia pi plak balai buat repot…balik rumah hang tau apa jadik ghumah dia? Dah abih kena bakaq!…Laaa sunguh naaa?!? Kata aku…Sebenarnya aku kena ikut loghat utara bila sembang dengan orang lagu (macam) ni…kalu nak sembang cam biasa jawabnya ayat aku jadi rojak tergeliat lidah apa semoa…hahaa…ok kita sambung balik noo…


...Kisahnya bermula sejak turun temurun bilamana hak milik tanah tidak disettlekan oleh nenek moyang yang terdahulu...tak tau le munkin disebabkan buta undang2 atau munkin ke sebab nak amik senang..sudahnya idak juga senang bila mana anak cucu pulak yang berperang…


...Jadi boleh kita lihat disini yang mana kaum keluarga dari kedua belah pihak dari yang tua hingga ke anak2 kecil..mental mereka pasti akan terkesan dengan semua ini...Munkin mereka akan terfikir kalo mak bapak kamu boleh bakar habis rumah serta semua harta benda kami...mengapa kami tidak boleh berbuat perkara yang sedemikian pula kepada kamu...Dan dendam kesumat ini semestinya juga akan berlanjutan hinggalah ke generasi yang kemudiannya...Dalam soal ini bukan lagi masa nya untuk menyalahkan sesiapa apatah lagi mereka yang memulakan angkara semua telah hancur ditelan bumi...


…Bagi aku laa..hidup ini berteraskan undang2 manusia dan hukum hakam Allah…mau tak mau suka tak suka kita kena ikut dan buat..idak kalo ini le jadinye...Ye la sebagai contoh yang boleh diambil sebagai panduan…  

     
  Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mencari jalan penyelesaian...dan semestinya melalui kaedah undang undang yang sedia ada...Mesti dijalankan dengan penuh berhemah...seperti menarik rambut dalam tepung er ujungnya aku tak tau nak sambung...huhuuu...Tapi itupun jika kedua belah pihak bersetuju...namun jika tiada pesetujuaan...??? Bilamana ada yang berani mengatakan tanah ini...Amat Albab yang punya taaawwww!!! Maka masaalah dan permusuhan akan terus berkesinambungan tanpa ada noktahnya... 



Anak tani menjahit jala
Mengail ikan di hujung kuala
Mengalun lagu di tengah bendang

Apalah daya apakah upaya 
Menangis berendam si air mata 
Bumi dipijak miliknya orang

7 comments:

Faithcraft said...

orang melayu kita ni tak habis dengan berebut pusaka no?gedcoa

Rafi said...

sama lah bang peristiwa yang macam ni pernah berlaku di kampung saya jugak..berebut tanah pusaka punya pasal.sampai nak putus sedara lah apa la..macam2..

berteromber said...

mungkin dah masanya orang melayu memulakan budaya wasiat...so clear harta siapa...tak boleh nak dakwa-dakwa...

Adi Herman said...

Setuju dgn Berteromber...Amanah Raya Berhad kan ada

faizal abd fathi said...

melayu...itulah dia.... BTW lagu intrumental tu James Last ke?? atau Paul Mauriat.. apa tajuknya?? layan pulak..

WanBeruas said...

...orang dulu2 suka jual pakai akad gitu2 hal aje..tarak pakai laywer tarak mati stem pun...implikasinya bila zaman berubah...sekarang semua pakai black n white pakai undang2...

Faizal - kalu lu dah biasa dengar bass linenya pun boleh kenal lagu siapa...ni Paul Mauriat

Kaboi Tanduk said...

di kampung saya pun macam tu, tapi belum gaduh2.. rasanya kalau kes macam ni kena panggil pejabat tanah la kot untuk ukur dan bahagi balik secara proper sekali dengan black n white..