..Yo, asking for support is not a sign of weakness,it is actually a sign of intelligence..it gets you out of a hole and it gives other people an opporturnity and experience to help...WanBeruas
Total Pageviews
Thursday, October 15, 2009
..Bukan Senang Nak Senang..
..tapi dalam hal ini aku memandang dari sudut yang berbeza sebenarnya.. bebudak sekarang berbeza dengan beudak dulu..la ni celek je mata terus cekoh joystick PS2..dan bagi aku jikalau mampu pun dalam hal mendidik anak anak lebih suka tidak mendedahkan mereka dengan kemewahan..nak apa pun kena bagi depa rasa susah dulu.atau lambat baru dapat...supaya bila dapat sesuatu mereka akan jadi lebih sayang dan menghargainya..sebab mereka tahu bukan senang nak dapat..tapi ada juga orang yang suka memberi kemewahan kepada anak anak..bukan saja sebab mereka sememangnya mampu,tapi lebih kepada sebab tak nak anak anak merasa susah..tak pa lah itu dah cara mereka..
..diGrandy’s masa aku jadi cook dulu ada saorang crew kami budak India Prakash namanya..dia seperti yang dimaklum kan kepada aku anak saorang pegawai di Dewan Bandaraya Ipoh..dia kerja part time sebelah malam dengan aku siangnya dia belajar di Kolej Informatic dan bekerja untuk menampung perbelanjaan kolejnya itu..datang kerja naik bas,balik?hum..jalan kaki.punya la jauh kekadang dalam mengantuk lepas kerja tu aku kesian dan tolong jugak hantarkan dia balik rumah dengan kapcai aku..tengokan rumah nya pun dah tahu dia dari keluarga mewah..nak pergi kerja naik kereta pun boleh,tapi katanya bapak dia tak mahu belikan dia motor..aku paham bapak dia bukan nak mendera tapi cuma nak mengajar..sama jugak lah ceritanya dengan saorang regular client aku..Dr Jaya..semasa belajar di India dia banyak buat kerja part time untuk menampung yuran pembelajarannya,sedangkan bapak dia saorang pemilik kilang Latex..tapi ini pulak atas kemahuan beliau sendiri yang tidak mahu dibantu sepenuhnya oleh keluarga..saya mahu belajar survive..katanya..sekarang ini beliau telah menjadi saorang Dr yang berjaya..dan Prakash..last sekali aku jumpa dia lama dulu di The Mall Kuala Lumpur beliau jadi manager panggung Cathay di situ..merasa jugak le aku tengok wayang free dengan dia..tapi jelas jika diperhatikan memang berbaloi apa yang mereka dapat sekarang dengan apa yang disacrificekan dulu..betul ke bahasa aku nihh..rojakk..pasembur..bukan senang nak senang..
…ini amat berbeza dengan saorang budak melayu yang berkerja bersama sama kami di dapur tu..kuat curi tulang asyik nak merokok jee..kejap kejap..abang saya nak pergi melados jap ye..kejap dia tu tak kurang dari setengah jam punya..tak kan le hisap rokok sebatang pun nak amik masa begitu lama..bila di tegur tentang sikapnya itu..pernah dia menjawab..Bang saya kalo tak kerja kat sini pun bapak saya masih lagi mampu bagi saya makan tau..tengok, motor yang saya pakai tu pun dia yang bayar..aku cuma tersenyum sinis..kesian tengokkan dia yang berbangga dalam bodoh sombongnya itu..?Bila macam tu budak2 ini akan terus leka sebab sentiasa berada dalam keadaan selesa..takde adventure hidupnya mendatar jee..tak nak belajar survive..jadi bila susah sikit dah gelabah..tu pasal dalam kebanyakan rancangan reality TV yang aku tak tengok tapi dengar cerita orang je mereka ni sikit sikit nangis sikit sikit lentok..ape ke hal kau!Kalau macam ni bila ke nak bawak berlawan dengan kera duku berbuluh runcing tu?
Aku?Hah aku memang dah biasa susah lama dulu dah..pernah berdikari tinggal di umah setinggan yang dah senget takde api takde air,panas menggigit bila siang sejuk menggigil bila malam,amik upah merumput tiga beranak dengan anak aku yang sulong masa dia berumur tiga tahun,jadi waiter kena kutip nasi bawah meja yang di atasnya orang sedang sedap menyuap tandoori (kalu nak buang ego boleh cuba kalu tak pecaya)buat dan jual kueh,berniaga dan kena tikam dari belakang,jual bundle kena curi dan kena rampas sebab takde lesen he he…dan macam macam lagilah..hummm..itu semua manis untuk dikenang…ye memang le tak salah memberi kemewahan kepada keluarga jika mampu,kita juga dilarang dari bersikap bakhil..tapi biarlah berhemah dan berpada2...bukan hanya tepuk poket tanya selera..adioss…ha ha..arini aku nak layan Opeth dah lama gak gegendang telinga nih tak layan depa nihh..huarggghhh!!!!
Friday, October 2, 2009
..Meriahnya Raya..Ehemm..

...saban tahun setiap kali musim perayaan kita akan dihidangkan dengan berita berita kemalangan maut yang melibatkan bukan sikit namun bertambah dari masa ke semasa...walau apa pun tindakan atau pun kempen yang dilaksanakan namun nampaknya tidak memberi kesan..raya Idul Fitri tahun ini sahaja sepanjang Ops Sikap yang dijalankan sebanyak 261 orang telah terbunuh berbanding tahun lalu sebanyak 208 orang..meriahkan?
...mengikut stastik 20% adalah disebabkan faktor mutu jalaraya,cuaca atau kenderaan..selebihnya sebanyak 80% adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri..hum tak dinafikan yang pemandu dan penunggang di Malaysia ini akan bertukar sikap apa bila berada di jalan raya...mementingkan diri sendiri,memandu laju melebihi had yang ditetapkan dan pelbagai lagi kesalahan termasuklah yang mengatakan kemalangan hanya akan berlaku kepada orang lain tidak pada diri sendiri..justeru akan membuatkan mereka terlebih confident..dan humm who cares!!Itu belum lagi yang di bawah pengaruh dadah atau arak..la ni kita tengok banyak kereta baru menjalar di jalan raya,ye la nama pun baru sedap je la menekan minyaknya..pemandunya pun ramai yang muda muda kerja baru 2 - 3 bulan dah boleh beli kereta..hum orang muda darah muda..tapi barang perlu diingat orang tua pun ada yang gelojoh jugak..
..dalam setahun ada 365 hari dan setiap harinya kita mengadakan kempen dengan poster dan iklan di TV,maka kita sebenarnya hanya membazirkan wang sahaja..jika kesedaran dan keinsafan itu tidak dapat direalisasikan oleh sebilangan dari kita..penguatkuasaan dari pihak berwajib juga jika diperhatikan bermusim dan amat longgar..aku berani cakap kerana sepanjang berbelas tahun aku menunggang motor dan memandu kereta atau van ke utara atau selatan tidak pernah aku bertembung denagn JPJ yang menjalankan operasi..dengan Polis pun setakat 2 ke 3 kali aje..kadang kadang rasa rugi jugak bayar road tax sebab depa tak check pun..ha ha..aku kalo lari laju di highway pun setakat 110km je itu pun pernah gak kena speed trap sebab lari 66km sedangkan di jalan tu (Jln Persekutuan) hanya boleh lari takat 60km je..perghh!!Biarlah kengkawan ada yang berkata aku takut bawak laju..memang aku penakut pun..takut jika jadi apa apa mereka yang di rumah pulak turut merasa kesannya..aku tak nak amik risiko..
..Ops Sikap gagal kata mereka..Ops Sikap tak gagal kata aku,kerana jika kita lihat dari satu sudut jumlah saman atau kompaun beribu ribu dapat dikeluarkan..yang gagal adalah kita..kau,aku,hang,depa,dan mereka dalam menangani sikap itu sendiri..bak kata KPN aritu,hukum mati pun orang kita tak heran punya..ye laa saman boleh bayar,atau kaw tim jee..he hee..opps..sorii..
..sikap kita yang perlu diubah..tak kira lee Melayu,China,India ke sapa pun..anjakan paradigma perlu ada dalam hal ini..ingat sebelum kena..jangan nanti ada yang merana..
Wednesday, September 16, 2009
..Raya Raya Raya...2009
...sekejap je rasanya kita nak menghabiskan puasa sebulan..bagai tak terasa hari hari berlalu..kalo nak berdiet untuk kempiskan sikit perut aku ni pun tak sempat rasanya,kena teruskan jugak lepas bulan posa ni..
..aku rasa la kan raya ni kalo takde orang tua dan kanak kanak memang takde le serinya..samalah jugak kalu kenduri kendara ke ape ke..kalo takde depa memang takde ummphh...sebabnya mereka inilah yang memeriahkan suasana dengan gelagat yang pelbagai..masa aku kecik kecik dulu bila raya memang seronok walau pun persiapan setakat ala kadar aje tapi feel dia lain..berbanding bila dah tua ni cuma tumpang seronok tengok anak anak bergembira..
..dulu buat ucapan pun masih lagi guna kad,sms ke e card ke tarakk..masa tu kad raya kebanyakannya gambar lukisan rumah tepi sawah padi,dan lepas satu era tu gambar kucing le pulak..pegi kedai buku kat pekan tengok kad raya je pun dah berkobar kobar rasa hati..tu belum lagi dengar lagu raya kat radio..haa lagu raya pun yang lama lama jugak best,mood dan feel dia lain..bukan sebab aku orang lama..buktinya anak anak aku pun lebih suka lagu lagu lama ni..
...masa tinggal di berek Banting dulu aku ngan kengkawan suka sangat main perang perang dengan mercun roket..lepas je solat sunat Terawih kami pun merdeka..he he combat jom..ada yang nak jadi Kirby,ada yang nak jadi Sarjan Saunders,ada yang nak jadi Big John..amik kauu..main kat padang kawad..orang tua tua tak kata apa,nak marah anak orang anak depa pun sama gakk..tapi kami main idak le pulak sampai ada yang cedera macam bebudak la ni..terlampau sangat kreatif hingga putus jari..putus selipar tu adalah..he hee..dari umur 10 hingga yang nak masuk 20 pun join sama tumpang lepas gian..apa kira happy mau..mana dapat duit beli mercun?Ohh aku masa tu dah tak sekolah,jadi dari duduk ngabihkan beras pagi pagi aku melangut le kat woksyop balai tu..kot ada sapa sapa yang nak cuci van polis ke Land Rover ke atau motor..haa depa minta le aku cuci dengan upah satu Land Rover tu Rm 2.00,banyak beb masa tuu..teh ais satu roti canai sekeping baru lima kupang!
...Tahun ni tak jumpa lak aku ngan buah kurma camni..
...kalo tak main perang perang pun kami main police and thief,serata berek 9 blok dari A samapi I tu kami pusing,peluh usah cakap le lenjun..berkejar kesana berlari kesini..ada sorang mamat ni..anak Pak Aji Rugged kami gelar bapak dia,nama nya Bismi,dia ni tak campur ngan bebudak cam kami dia main sesorang dia jee..dikoreknya satu lubang kecik dalamnya 3 inci begitu,kemudian ditaroknya dalam lubang tu dengan kabait,tuang sikit air,tutup pulak dengan tudung tin Milo yang dilubangkan di atasnya..kemudian cucuh je ngan api..Tuumm!!bergegar jugak le umah aku dibuatnya..
...malam tujuh likur..aku dengan Samad anak Sarjan Majer..kami amik upah pacak tiang dengan lampu pelita sebanyak 100 batang di sepanjang jalan dari depan balai hingga ke berek..yang tak lalunya bila dicucuh pelita yang di sini,sana pulak padam ditiup angin..aku mula rasa bersalah..cucuh balik semula,jap lagi yang lain plak padam..aduihh..abih apa sudahnya takan itu aje yang nak aku hadap..he hee..kami buat keja ni tiap tiap malam sampai raya ketiga..upahnya Rm 20.00..fuyoo kaya aku rasa..seluar Lee Cheetopa boleh dapat sehelai perghh!!
..."Dengan ini adalah diumumkan ..bla..bla.."Ehh?Laaa..awatnya hang mai kuyu jaa Tok Wan aiihh!!Awat nak habaq raya pun sedehh kaa??Hee Hee..Horeyy!!Seluruh berek riuh rendah dengan suara sorakan kami bebudak lepas je pengumuman dari dalam TV..(yang mana sipenyampainya sedih tak pasal pasal dari dulu sampai la ni)..tu pasal aku kata bebudak ni penyeri dalam segala segi..penyibuk pun sama la jugak..he hee..
..bila hari raya pagi pagi aku akan ke surau dalam kawasan berek untuk sama sama berjemaah solat sunat hari raya..kami diimamkan oleh Ustaz Ishak Baharom,masa tu dia belum lagi jadi Mufti Selangor,penceramah bebas yang seminggu dua kali akan berceramah di surau kami..akau suka mendengar ceramah beliau..dan ustaz ini pun handsome banget orangnya..aku tau ramai mak cik mak cik dalam berek ni yang minat kat dia..he hee
..lepas je solat kami dengan jemaah yang lainnya akan berkunjung dari rumah ke rumah..yang bestnya tinggal dalam berek ni bila penghuni nya berasal dari serata negeri dan terdiri dari pelbagai kaum..jadi faham aje le bila cam tu juadahnya pun pelbagai lee..Kedah,NS,Melaka,Kelantan,Perak..ekau habaq mai sokmo,sumo ado yop oii..fuhh best..masa tinggal di sini aku betul betul dapat merasakan raya tu dirayakan selama sebulan cam posa le jugak..sebab tiap tiap hari ada je yang buat open open house..kemuncaknya bila majlis raya dibuat oleh pihak balai,dan semuanya terlibat tak kira bangsa tak kira agama,Melayu,Cina,India semua bergotong royong..ingat lagi aku ada sekali tu Uncle Sabanon tukang kebun di balai tu bagi sekor kambing dia untuk disembelih dan dibuat rendang..seronok memang seronok..muhibbah sangat!!
..habis dalam berek aku beraya pulak ke rumah kengkawan sekolah di kampung sekitarnya,Kancong Darat,Sg Lang,Kg Bandar,Jalan Raba,Perumahan PKNS,rumah Cik Gu Zaharah dan Cik Gu Mat Noor kat Taman Seri..tak ketinggalan le jugak ke panggung wayang Lido atau Capitol di pekan Banting..he hee..tapi betul laa kalo nak seronok beraya mesti posa,tarak posa takde maknenya nak beraya..!!
Wednesday, September 9, 2009
.Inikah jati diri kita...??
...kononnya jiran kita selamat dan selesa dari segala sudut,ekonomi,social,politik..maka kita juga akan merasa tempias keselesaannya?namun apa yang berlaku dengan sikap perihatin kita telah memakan diri..kacang telah lupakan kulitnya…ketika sebilangan dari kita yang konon nya bersemangat jati memijak kepala lembu dengan angkuhnya..dalam masa yang sama maruah kita sewenang wenangnya diludahh..dibakar dengan rakus oleh mereka mereka yang pernah disumbatkan rezeki di tanah tumpahnya darah kita.. tak melayu hilang di dunia..kata kata tidak kan hilang…namun kita?
Tuesday, September 8, 2009
..Gangga Negara...ramai yang dah tiada...
..balik kampung baru ni untuk berbuka posa bersama mak aku..petangnya aku ke pasar ramadhan.. macam kat tempat lain le jugak..sibuk,ramai orang..semua tengah lapo..aku tegok kiri tengok kanan sambil jeling jeling juadah yang ada sambil tengokjugak orang yang menjualnya..macam macam rupa ada..cuma yang tak ade kawan aku..walau saorang pun..takdee..kali ni sama le jugak macam beberapa tahun yang lepas kelibat mereka tak dapat aku tengok..aku rasa raya tahun ini dan tahun tahun yang selepasnya nanti pun sama le jugak...pak cik pak cik,tok wan tok wan pun banyak yang tiada..kalo dulu bila keluar pekan tak kira le bila pun..naik lenguh tangan nak diangkat untuk melambai tak menang mulut untuk bersahut dengan mereka..pergi pasar pun sama tak tahu nak membeli dari siapa..beli kat A takut siB pulak kecik ati..at last mak aku aje yang ke pasar..ke pasar ramadhan pun sama tak tahu nak beli kueh dari sapa..itu duluu...
...sekarang bila balik kampung dan pergi ke pekan aku rasa macam orang asing..aku tak kenal orang..orang lain pun tak kenal aku..ye la kutu berahak macam aku sapa le yang nak kenal punn..pekan Beruas tak happening langsung lagi dah..happening lah bagi aku yang sayang dan suka tempat ni..tempat dimana aku mula mengenal erti hidup..ye walau pun hanya sebuah pekan kecil..bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang..tak payah pergi ke kota kota besar punn..
...la ni ramai yang dah berhijrah dan ramai jugak le yang dah ke Rahmatullah...hari raya tahun ini aku harap dapat lah hendaknya berjumpa dengan mereka yang merantau nun jauh ...pulang lah kawan pulanglah taulan siapalah kita tanpa kampung halaman..
..1st.day aku di pekanBeruas setelah berpindah dari Kg Bharu,ketika melintas jalan ini untuk membeli biskut 'Snap'aku dikejar anjing..melolong aku dibuatnya..hampeh betoi! (1970)
..Traffik light ni betul2 diperlukan ketika cuti Raya dan Kong Hee Fatt Choy.
...pekan ni buruk kata orang..cantek bagi aku...no doubtt!!
...Pasar Lambak Pagi....
..antara yang masih lagi tinggal...
..Padang ini banyak sangat menyimpan kenangan bagi aku..sambutan maulud nabi,perlawanan bolasepak,malam pesta ria,main layang layang,bergumpal dengan kengkawan..
(p/s:date pada gambar silap setting daa..)
Thursday, September 3, 2009
...Merdeka...Merdeka ...Merdeka..
...aku cuma nak sembang pasal muhibbah..tak banyak sikit je, sekadar mengenang apa yang pernah aku lalui sebelum ini..tak dinafikan semangat kekitaan yang tebal dan tak bertempat membuatkan rasa muhibbah kita terhakis sedikit demi sedikit..aku pernah berjiran dengan mereka yang dari kaum lain dan Alhamdulillah mereka sangat baik hati,prihatin dan bertanggung jawab terhadap orang sekeliling..kekadang rasa sedih jugak bila kaum sendiri pun tak macam tu pada kita...adaa tapi tak semua...
dalam menilai kebaikan,kejujuran,keikhlasan bukan lah warna kulit atau bangsa yang jadi ukuran..aku pernah di selamatkan oleh saorang apek yang menalipon,isteri,ambulan dan kawan kawan beliau,ketika terkandas saorang diri di atas Bukit Kledang...dalam urusan jual beli pun aku banyak bergaul dengan mereka dari kalangan bangsa lain..dan mereka juga menunjukan sikap ikhlas dan telus...justeru kita juga perlu begitu...tiada prejudis..tapi masih perlu berhati hati..dengan siapa pun kita patut begitu..masyarakat majmuk..win win situation mesti ada...
..tak kira bangsa tak kira siapa,jom bersama kita gembelingkan tenaga semampu yang boleh untuk bangunkan negara..semua ada peranan masing masing..ingat,orang luar sentiasa teruja untuk melihat kita runtuh..merdeka hari ini tak sama dengan merdeka terdahulu...ayuhh..
Asalnya bermula dengan Malaya
Melayu sudah naik keangkasa
Jangan mudah kita lupa
Betapa azab sebelum merdeka
Sambut Merdeka di bulan puasa
Seluruh raayat meraikannya
Bunga leka dah nampak nyata
Apakah nanti kan puteh mata
Luncai tersenyum melihat kita
Anak muda tak hargai jasa
Jika hilang tanah dan negara
Apakah lagi yang boleh di bangga…
Tuesday, August 25, 2009
..Ramadhan Datang Lagii..
Tuesday, August 18, 2009
...Ustaz Asri Rabbani...
...aku sedang mengadap PC yang meragam di opis,tetiba kawan bagitau "Ustaz Asri meninggal"
..aku tersintak.."Ustaz Asri Rabbani? tanya ku "Emm Innalillahhiwainnailaihirojiun.. dah sampai masa dia"..
...lepas solat subuh aku selalunya akan pasang CD bacaan doa/Al Quran beliau yang aku beli di pasar pagi Medan Gopeng..aku minat sangat dengan cara bacaan dan suara beliau yang mendayu dan menusuk hati kita yang mendengarnya..Walaupun tidak tegar tapi aku ikut beliau sejak masa dia masih bersama dengan Nada Murni lagi.Bait bait senikata lagu ciptaan beliau sangat bernas dan mendidik..amat sesuai dengan konsep kumpulan nasyid mereka yang bukan mengejar glamour..
..aku rasa beliau antara mereka insan insan seni yang betul betul ikhlas dengan apa yang dibuat..menjadikan semuanya sebagai satu ibadah seperti yang beliau pernah kata..insan seni yang berjuang atas landasan dakwah agama...
...mau tidak,cepat atau lambat semua akan merasakannya..moga roh beliau ditempatkan bersama sama dengan roh yang soleh..aminn..

Monday, August 17, 2009
..usah menangguk di air keruhh..
..Ya Allah ya Tuhan ku lindungilah hamba mu ini, keluarga serta rakan rakan dari huru hara serta wabak atau sebarang penyakit di dunia ini..Amin yarabbulalamin..
Thursday, August 6, 2009
...malasss...
"bekerja lah kamu saolah olah akan hidup selama lamanya
dan beribadatlah saolah olah akan mati esok hari"...
P/s : mak aku pernah sound..kamu kerja teruk sangat!!!
"abih mak..itukan dah tanggungjawab"
Thursday, July 9, 2009
Michael Jackson 29th.August 58 - 25th.June 09

Thursday, June 18, 2009
..Selamat Hari Bapa..
....Hari Ahad 21hb.June,depa kata Hari Bapa,so macam hari hari yang lain le jugak aku cam tu jee..tak de pun rasa apa apa..dan aku rasa ramai lagi orang lain rasa yang sama gak..Ada Hari Ibu,ada Hari Jadi,ada hari itu ada hari ini,ada hari hari,ada HariMau ada Hari Melawat Kamdar..he hee..tapi yang satu ni semua orang kalo boleh hari hari nak rayakan..Hari Gaji..he he..tak kisah le tuu..
...Hari Bapa disambut sebagai menghargai pengorbanan,keperitan dan kejerihan mereka yang bergelar bapa,macam aku jugak,tapi bagi aku la kalau untuk menghargai dan mengenang bukan nya setahun sekali,tapi tiap tiap hari sama le jugak dengan Hari Ibu pun..ini kerana jasa mereka dalam menjalankan tanggungjawab bukannya sedikit..
...Cuma bila dikenang kenang balik..la ni aku turut mengalaminya sebab aku pun dah jadi bapa,bukan baru tapi dah lama beb..bila begini baru la dapat aku rasakan betapa tanggungjawab yang perlu dipikul oleh saorang yang bergelar bapa...itu baru di dunia,belum lagi di akhirat nanti...betapa jerihnya abah nak membesarkan kami enam beradik...sepanjang yang aku ingat abah tak pernah pun merungut..tapi alah bisa tegal biasa..dah nama pun tanggungjawab...
..abah aku saorang Konstable Polis yang hanya dinaikkan kepangkat kopral itu pun setelah beliau meninggal dunia, sebagai menghargai jasa...biasa la orang kita bila dah tiada baru sibuk itu ini..pun begitu takpa lah sebab mak aku dapatlah juga merasa wang pencen kopral...
...Abah aku memang tegas dengan kami anak anaknya..tegas dan garang yang amat sangat..dia amat berbangga dengan attitude dan disiplin Polisnya..tak payah le aku ceritakan secara detail semuanya...Masa kami tinggal di Beruas,abah ada membeli sebidang tanah kebun dan sawah padi yang luasnya lebih kurang tiga ekar kalau tak silap dari apa yang aku dengar dari mulut mak,dibeli dari moyang aku dengan harga cuma Rm 700.00 masa tuu!!Harga tersebut lebih kepada perasaan kasih sayang saorang opah kepada cucunya.. Abah aku bayar pun secara ansur ansur Rm 30.00 sebulan...
...Jadinya untuk menambah pendapatan kami, abah dan emak mengerjakan sawah dan kebun tadi,dan aku pun bila habis waktu bersekolah akan turut kesawah untuk menolong membajak,menabur benih dan menanam padi..tapi kederat aku idak le sama macam kederat orang dewasa...
...Aku paling suka bila padi tadi mula membesar..masa tu duduk atas dangau sambil buka bekalan,apa yang ada tak kisah semuanya sedap bila perut dah lapar...kadang kadang bawa pisang atau ubi rebus cicah dengan kelapa parut yang digaul dengan gula dan sedikit garam disulam pula dengan kopi O panas cap Gajah...angin pula bertiup kencang,kami yang di atas dangau tadi seakan terbuai dibuatnya...
...Bila tiba pula musim menuai..haa part ini aku paling tak suka sebabnya badan aku akan jadi gatal gatal miang seluruhnya bila terkena pokok padi...orang kampung aku panggil kena gelegatta!?...aduhh..bergaru sakan aku..bila camni mak aku akan berjumpa dengan saorang perempuan tua..Tok Chu,saorang bomoh untuk meminta ubat,ubatnya daun sirih diletakkan di atasnya dengan gambir,pinang dan secalit kapur...kunyah,kunyah,kunyah lepas tu bila dah pening atau mabuk dengan buah pinang itu tadi...diludahkan keatas piring dan disapukan pulak keseluruh badan aku yang dah sedia melecet dek terlampau kena garu..hahh!!Apa lagi mengelejat le akuu..pedih..perit..!!
..Padi bila dah habis dituai,aku selalu mengikut abah pergi ke kilang padi untuk proses mengasingkan padi untuk menjadi beras..mulanya aku frust jugak padi yang banyak tadi jadi sikit bila dah menjadi beras...ate memang le camtu...
..Bila tiba musim buah buahan pula lagi seronok,aku dengan abah selalu pergi menyuluh durian pada tengah malam sebelum pencuri yang lebih dulu,jika tidak jawabnya kami tak merasalah...tapi masa tu takut aku tak sama macam abah..sebab dalam gelap tu yang aku takut hanyalah hantu...he hee..budak budak le katakan..bila musim manggis,pelam dan rambutan abah pajak pada orang..yang bahagian kami aku ada juga amik peluang dengan mengisi kedalam beg plastik untuk dibawa ke sekolah dan dijual pada kawan kawan...buah manggis lima biji 20 sen...itu dulu!!La ni kulit nya pun tak dapat kalo nak dikira camtu..kira pakai kilo beb..ha haa..
..Bila besar abah suruh aku jadi Polis sebagai mengikut langkahnya..tapi aku tak nak...sebabnya aku tahu Polis ni banyak kerja dan banyak orang benci...di sekolah pun ada murid yang pandang serong pada aku..sebab abah aku anggota Polis...che gu aku pun sama...depa ni aku katakan bodoh!!Sebab bukan semua Polis buat perangai...tak gitu pun aku pernah tenampak abah kena maki dengan OCPD di khalayak anggota yang lainnya...masa tu aku baru turun dari basikal untuk menghantar bekalan berbuka puasa untuk abah...hanya di sebabkan abah pergi toilet dan meninggalkan bilik semboyan sekejap beliau diaibkan..dalam hati bergantang aku maki OC tadi...apa dia ingat abah aku kuli pencacai dia apa?Tapi di sudut hati aku bangga sebab abah aku banyak menabur bakti pada negara...beliau juga pernah dianugerah pingat dari Queen Elizabeth!!Yang jelas beliau banyak berbakti dan berkorban untuk kami sekeluarga..munkin beliau garang dan amat tegas...tapi aku kena ingat itu cara dia dan masa dia...dan aku pula dengan cara dan masa aku dalam hal mendidik anak anak...abah meninggal pada tahun 1983...cuma lapan bulan merasa duit pencen..kesian dia...
...Aku walau jarang menziarahi kubur beliau..namun setiap kali selepas solat aku tak lupa untuk menghadiahkan beliau dengan ayat suci Al Quran...itu saja yang dapat aku lakukan sebagai saorang anak...begitu juga untuk mak..aku tak lupa berdoa untuk kesejahteraan beliau...Oh ye,3hb. Mei yang baru lalu genap umur mak yang ke 74...Alhamdulillah,kerana Allah masih memanjangkan umurnya...
...Selalunya aku ingat akan abah..paling kurang pun lima kali sehari selepas tiap kali bersolat...Abah...
Di mata mu masih tersimpan selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat di kening mu
Kau nampak tua dan lelah
Keringat mengucur deras
Namun kau tetap tabah
Namun semangat tak pernah pudar
Meski langkah mu kadang gementar
Kau tetap setia...
Ayah
Dalam hening sepi aku rindu
Untuk tuai padi milik kita
Tapi kerinduan yang tinggal hanya kerinduan
Anak mu sekarang banyak menanggung beban
Keriput tulang pipi mu gambaran perjuangan
Bahu mu yang dulu kekar legam terbakar matahari
Kini kurus dan terbungkuk
Namun semangat tak pernah pudar
Meski langkah mu kadang gementar
Kau tetap setia (Ebiet G Ade)
...aku selalu bernyanyi dengan lagu di atas tika sedang memandu saorang diri kala rindu ku sangat dalam pada...sawah,pada bau selut,pada kicau burung,pada Abah...
Tuesday, May 5, 2009
..aku suka menceriakan..
..Dipendekkan cerita malam tu lepas solat isyak aku panggil dia duduk atas riba aku..aku dakap dia dan cakap pelan pelan..Ashraff,ayang bukan tak suka..tapi kat umah ni ayang,Nana dan Kak Yong allergic ngan binatang cam tu..jadi esok kita pulangkan balik kat umah kawan tu ekk?..sayu je muka dia sambil mengangguk..Part ini lah yang paling aku tak suka..mengecewa atau dikecewakan..aku rasa semua orang pun tak suka camtu..
..Pernah masa kecil dulu aku ada membela saekor kucing.Comel,namanya..tapi disebabkan selalu buat hal..abah aku buang..jauh katanya..seminggu aku berada dalam deepression..tapi lepas tu Comel aku balik semula..tapi dengan tapak kakinya yang luka dan kurus kering..munkin sebab jauh berjalan dan tak cukup makan..
..Jadi esok petangnya aku dan Ashraff pergi memulangkan semula hamster tu kerumah kawannya..bagi mengambil semula hati dia aku singgah di kedai favourite 'Apple Tree'..dan bertambah lah lagi satu koleksi 'Dragon Ball' dia..humm..tak kisahlah asalkan dia kembali ceria..apa pun dia anak aku jugak.he he..
...Dragon Ballzzz!!!
...Hafiz & Firdaus Collections...
...Gumbira hati..he he....
Friday, April 10, 2009
..lama sudah mencari..

The Deer Hunter..Filem yang menerima lima Oscar yang dibintangi oleh Meryl Streep,Christoper Walken dan huhh..Robert De Niro..yang la ni makin tua dan berkedut tapi makin macho plak aku tengok..Filem yang mengisahkan tentang erti kemaknusiaan dan semangat setiakawan askar yang berperang di Vietnam..kekejaman regim komunis dan permainan 'Russian Roullete' yang sememangnya gila!!..
Sebenarnya filem ini adalah antara filem filem propaganda Amerika yang banyak dikeluarkan pada masa itu ..kononnya mereka lah yang baik dan menang, padahal!!..Filem tahun 1978,masa ni aku baru dalam tingkatan dua..De Niro dan Walken adalah di kalangan hero hero macho dan cool yang aku amat minat seperti jugak Robert Redford,Clint Eastwood,Steve Mc Quin,Charles Bronson,Al Pacino dan banyak lagi..namun bukan le hero hero jambu macam hero Hindustan tu eek..Hindustan kalo ada yang aku minat pun hanya si Sunjay Dutt yang muka dah berkedut tapi nampak sombong dan cool je..filem lakonan dia pun kira ok le jugak..
...bohong le kalu kata aku tak minat filem Hindustan ..tapi cuma cerita cerita lama je laa..mak aku pernah bagitau dia tengok filem Sangam 6 kali masa muda dia..he he..baru baru ni aku terlepas dari menonton filem Nageen di TV..pada hal masa anak aku sedang menonton aku boleh merungut plak lagi..cerita apa laa yang korang tengok nih..bila dah abih baru aku tau..aduh rugii..
..berbalik pada DVD ni tadi,aku dah cari lama dah..dulu tanya ngan tokey kedai depa tak tau..tapi baru baru ni pegi kedai terjumpa lak!! Cekoh aje le yop apa lagi..tapi jangan le tanya yang ori ke cetak rompak..la ni yang ori pun masih boleh diragui sebenarnya..aku dah terkena banyak kali dah..so sapa yang belum tengok cerita ni cuba cuba le..aku dah tambah satu lagi siri koleksi..la ni masih lagi mencari filem mengenai peristiwa Holocoust yang diharamkan di Malaysia..'Schindler's List','Pappilon' dan 'Brubaker'..
Tuesday, March 10, 2009
..Semua Berhak Untuk Hidup..
Friday, February 20, 2009
Belangsungkawa Ib..
....Aku yang semenjak dua menjak ni yang memang tak teringin pun membaca akhbar apa tah lagi mengadap berita TV, yang ceritanya lebih banyak yang telah basi, tapi masih dimanupilasi..kalo tengok akhbar pun dari muka depan hingga ke belakang..dan kemudian dengan mencebek aku campak ke tepi jee tak baca pun..bosan! Sori dah lari topik..Jadinya tadi terus mengikuti berita kematian beliau..
..Maka betul lah Dato' Ibrahim Hussien telah meninggal dunia pagi tadi..sebutir lagi bintang yang dipinjamkan telah gugur..dan yang tinggal hanyalah hasil hasil kerja tangan beliau yang banyak termasuklah beberapa master piecenya..
..Yang datang telah pergi dan akan berganti namun yang mengganti tidak akan sama seperti yang telah pergi..kita perlu terima hakikat kehidupan...Inalillahhiwainnailaihirojiun..
Al Fatihah..Selamat Jalan Ib..Kami Sayang Kamu..
Wednesday, February 4, 2009
..Adap Beradap..

Pada 17hb.Januari yang lepas aku bertugas ke luar daerah di Teluk Intan,bila sampai di sana aku pun terus je mencari pot untuk melepaskan lelah..Wednesday, January 14, 2009
..Untuk Mu Palastine..


Syukur...aku masih punya anak2,masih punya isteri,masih punya keluarga,masih punya tanah air..masih punya nyawa yang dipinjamkan..





