Total Pageviews

Tuesday, March 27, 2012

…Cukup Masa Kena Turun...



...Pemimpin datang pemimpin pergi..ada yang ditatang ada jugak yang diminta cepat cepat lah kamu pergi...Begitulah adat dan peradapan dalam kehidupan..kamu jujur semestinya kamu dirai serta dirahmati..namun jika tersilap langkah samada diri sendiri atau orang lain yang membawa lumpur...tandus perkiraan kamu juga yang akan terpalit...

...Public figure ni..ehemm ada yang kata public fingers humm ada yenye jugak kot... kalo berjalan ianya saolah olah di atas papan yang berpaku..perlu berhati2 yang teramat takut terpijak...adussss...lukanya amat parah..lebih2 lagi jika yang terpijak itu tadi paku yang berkarat...Luka walau sembuh parutnya tetap kekal...jika bercakap pula harus berhati2..minta tidak disalah tafsir..tidak kalo muka nanti yang disimbah pasir...


...Yang di bawah impiannya mahu keatas...yang di atas lumrahnya jika ke bawah adalah sesuatu yang ngeri..Dunia yang bulat mengingatkan kita supaya akur tidak selalunya berada di atas..Ye langit juga tidak selalunya cerah...Cuma apa yang perlu dilakukan bersedia serta redha dengan ketentuan agar tidak kecelaruan...

Monday, March 19, 2012

...Niat Perlu Betul Beb...



“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNYA maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNYA. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Sabda Nabi s.a.w:
“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).


...Di dalam negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi ini banyak peluang yang diberikan kepada raakyat untuk melaksanakan tujuan dan cita cita mereka antranya ialah dengan kemudahan menubuhkan pelbagai persatuan atau koperasi contohnya...Dalam hal ini kita lihat penubuhan sesuatu pertubuhan itu pasti mempunyai pelbagai agenda yang diperjuangkan...Namun begitu persoalannya kemanakah arah tuju serta ikhlaskah mereka ini??

...Bila mana menyertai koperasi atau persatuan pasti kita sebagai ahli akan bertanya selain sumbangan yang boleh kita beri apakah pula kebaikan atau kelebihan yang bakal diperolehi..adakah ianya menguntungkan semua pihak terutama ahli,atau hanya memberi kelebihan kepada mereka2 yang di atas sahaja...Bagi aku kita perlu kritis dalam soalan ini dan tidak seharusnya menonong mengikut apa saja...dari pengalaman yang aku tempuhi sebelum ini bilamana menyertai pelbagai persatuan yang pada asasnya bertujuan kearah kebaikan untuk memberi pelbagai menafaat kepada ahli juga turut menampilkan manifesto 'cantek'...bertolak dengan itu pelbagai agenda serta program pun dibentang serta diaturkan atas tujuan untuk menjana ekonomi serta cuba membuka mata masyarakat agar menghargai...(???)

...Sedihnya ada di kalangan mereka bukan lah ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan ahli...yang sebenarnya namun tidak jelas di mata ahli mereka ini hanyalah memperjuangkan nama serta poket mereka sendiri..Aku cakap secara umum...dalam persatuan sukan contohnya berebut2 mereka untuk memegang tampuk yang tugasnya antara lain menjaga ‘kepuk’...pelbagai kerenah yang kita lihat...tujuan dan matlamat telah menyimpang dari asal..sudahnya gajah sama gajah yang berlawan,kancil yang mati tersepit di tengah2..atlit juga yang menjadi mangsa keadaan...Lama dulu satu persatuan sukan yang mana aku juga terlibat bertugas secara langsung dalam penganjuran di peringkat antarabangsa antaranya ATP Tour dan Salem Open telah diboikot oleh pihak media atas sebab pihak persatuan yang diterajui oleh VVIP telah melancarkan perang dingin terhadap media yang sebelumnya telah mendedahkan penyelewengan mereka di dada2 akhbar..maka tempiasnya turut terkena kepada kami...

...Persatuan dengan agenda persatuannya,badan sukan,parti politik jugak sama...begitu jugaklah perihalnya dengan pelbagai lagi pertubuhan...menjadikan organisasi serta ahlinya sebagai kuda tunggangan atau batu loncatan untuk mencapai cita cita mereka2 ini...Sori kalu aku katakan banyak yang mengamalkan hipokrasi...Bilamana dana telah banyak diperolehi maka pelbagai perkara akan berlaku...antaranya audit dalaman yang tidak telus seterusnya pecah amanah dalam mengendalikan urusan kewangan....Ini banyak berlaku sebenarnya,tidak mampu kita nafikan,lihat sajalah di negara kita terdapat 2000 buah koperasi yang berdaftar namun hanya 20% sahaja yang aktif dan ini berlaku kerana masing2 hanya teruja untuk menubuhkannya tapi pengisian,aktiviti serta pengurusan hancus...Berapa banyak koperasi atau persatuan yang telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan yang berpunca dari masaalah dalaman...

...Lama dulu kalo ada yang masih ingat kita pernah dikejutkan dengan kisah wang dana yang telah disonglap oleh Pengetua yang berlaku disebuah sekolah anak2 yatim di Kelang!!...Ini pun satu hal jugak..bukan mereka tidak mampu mengurus organisasi,cuma gagal dalam mengurus hawa nafsu serta amanah...yang jelasnya kalo dengan wang serta kedudukan manusia boleh jadi gelap mata...

...Lebih malang lagi jika kita lihat ada pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia kononya...Namun dengan terang2 mengenepikan peradapan manusia itu sendiri dan lebih dasyat tidak mengendahkan lagi akan hukum hakam agama...atas dorongan nafsu yang tak kenal erti malu..Golongan ini berasakan mereka lah hero..pada hal sebenarnya hanya lah kepada para penyokong sendiri yang buta mata hati...

...Jika dikenang ketika zaman para sahabat dulu pemimpin dilantik untuk memegang jawatan dan jawatan itu juga tidak dipertandingkan..orang bawah yang melantik mereka dengan hati terbuka atas dasar kepercayaan setelah mereka menunjukkan pelbagai contoh yang baik untuk diteladani...

...Dalam perkara seumpama ini banyak yang mengajak aku untuk turut bersama dalam persatuan atau pun sekadar menyertai program2 yang dianjurkan...Namun bagi aku cukuplah dengan apa yang pernah aku lalui dulu....memandangkan telah bebrapa kali kena kencing samaada dengan bangsa lain mau pun bangsa sendiri membuatkan aku lebih kritis dan berkira dalam membuat pilihan...Nak kata serik munkin jugak...Lagi pun aku sekarang amat aktif dengan sebuah Parti...iaitu Parti Gerakan..Huhh! Kamu munkin bertanya,mana munkin aku diterima menjadi ahli,sedangkan aku pure Melayu...Humm betul le tu..tapi itu Parti Politik..Parti aku ini lain..dan motonya...Tak Bergerak Maka Tak Makan....hehehhehee...(ayat mak aku nih)tak faham lagi?? Maksudnya di sini kerja,kerja dan bekerja lahhh sendiri untuk majukan diri..!!!

...Jadi sebelum melobi serta mengendalikan pelbagai jawatan atau kedudukan belajarlah dahulu bagaimana untuk mengendalikan diri serta nafsu...paling penting mesti jujur dengan diri sendiri jika tidak mana mampu untuk kita jujur dengan orang lain di luar sana...secara logiknya macam mana jadi pemimpin jika diri sendiri pun tidak terpimpin...



P/s:- Namun masih ada yang ikhlas dalam memperjuangkan...Cuma jangan lari dari tujuan dan matlamat yang sebenarnya...keikhlasan amat penting dalam kita menjalani kehidupan...keterampilan yang nampak Islamik belum lagi menunjukkan hati kita yang sebenarnya...

P/s :- Kat luar sana dah terlampau banyak sangat dengan persatuan atau pertubuhan...ini memberikan isyarat bahawa kita makin berpecah dan menjadikan kaum kita semakin kecil & berpuak2...masing2 mengatakan kumpulan merekalah yang paling bagus...habis siapa pulak yang tak bagus?? Hahh carilah sendiri jawapannya..

Monday, March 12, 2012

…XDS Mountainbike…Jom Kayuh....



...Aku sebenarnya amat suka menunggang basikal...masa kecil selalu ke perpustakaan di tepi sungai Langat..berbasikal melalui pekan Banting ke situ entah berapa batu (masa tu belum lagi pakai system Metrik) aku pun tak perasan, tak amik pot sebenarnya..hehehe..Pernah juga berbasikal dengan sepupu ke Pantai Morib ..ini aku ingat haa 7 batu pergi balik dah jadi 14 batu..jauh tu bagi aku yang berumur 10 - 11tahun je masa tu..tapi bila dah mengayuh beramai memang tak rasa sangat penatnya...Pernah berjamboree ke Bukit Jugra melalui Permatang Pasir dengan rakan sekolah sambil menunggang basikal masing masing...

...Petang petang sebelum waktu berbuka atau selepas menghantar bekalan berbuka untuk abah..aku akan terus mengayuh ke kampong Kancung Darat dan jugak Sungai Lang...Fuhh best oooo ini kira terapi minda jugak selain dari exercise...dengan pemandangan dan udara kampong yang segar pada masa itu...Sekarang ni entah laa..rasanya hutan tanah gambut tu sume dah takde..dak eneng ngomong wong Jowo...huhuu...

...Masa tinggal di Ipoh Garden..aku memiliki basikal pertama aku jenis racing jenama Raleigh berwarna merah terang..sayang sangat loo..Sebenarnya masa sekolah lagi aku bercita cita untuk memilikinya...Masa baru beli dari kedai hingga kerumah aku pimpin je basikal tu haha..sebabnya ehh rasa sayang pulak nak guna..hehehehe...basikal aku yang kedua adalah Mountainbike jenis Le Run (Raleigh)..sebenarnay aku terpengaruh dengan abah aku yang mempunyai basikal,juga jenis Raleigh (Made In England) Masa tu dok kat Sg Senam dan aku orang yang pertama mengunakan basikal MTB di situ..Petang petang bila aku mengayuh bebudak akan terjerit2 memanggil..Pak Cik Mountain Bikeeeeee!!!!!Pak Cik Mountain Bikee!!!!! Hahahahahaa...Tapi basikal ini sama jugak macam yang pertama hilang dicuri orang...abihh nak wat camne jodoh basikal tu setakat itu jee dengan aku...

..Untuk mengakihiri tahun 2011 aku reward diri aku yang penat bekerja tak kira masa dan hari..orang cuti aku kerja..utara selatan yang semuanya abih aku redah....Yeaa beli Mountainbike baru...

..Sebelum ini kemana pun aku pergi outstation ke aku mesti singgah kedai yang menjual basikal...Tengok,belek,pegang,belek,pegang,tengok...Nak beli nak beli nak beli..Pastu garu kepala yang tak gatal...Hummm masaalahnya bila dah banyak tengok aku jadi bera kata orang Perak...Tak tau mana nak pilih..Sumenya cantek dan menarik...Giant,Trek,XDS,GT,KHS,ABX,Paragon,Raleigh...Aksesories dan finishing memang hebat...semua jenama ini membuat kita yang melihat meleleh air liur..Manakala harga nya pulak mampu mengalirkan air mata..huhuhuuu...adussss..




...Pilihan,selain jenama ialah parts yang dipasang pada basikal itu tadi,warranty samaada setahun atau lifetime punya pun ada,warna serta corak,size untuk aku yang tinggi 6 kaki...oh ye baru ingat last sekali harga...

....Bukan macam motor walaupun sama menggunakan dua tayar tapi basikal tarak enjin...so tak perlu riso tentang berapa CC atau kuasa kuda...Basikal atau gerek ini pakai kuasa orang...Daya kilas bergantung pada kemampuan penunggang itu sendiri hahahaa...Laju dikayuh lajulah perginya...Tak larat kayuh tolak atau pimpin jeee...





..akhir nya aku ambil keputusan memilih jenama XDS...jarang nampak orang pakai jadi tak nampak commonnya seperti pilihan pertama aku Giant atau pun Trek yang mana terlalu popular setiap kali bertembung dengan jamboree apa yang aku perhatikan jenama itu dan warna yang sama je mereka pakai so tak nak nampak macam boria aku pilih brand XDS ni jeee...











...Setakat permulaan aku berkayuh sekitar kampong tempat aku tinggal je..Ye laa dah dua tahun lebih aku tak bergiat dalam sukan sampai dah kembang pun badan nih...Hingga la satu hari member dekat rumah aku mengajak untuk mengikut mereka berbasikal..Ikut punya ikut sedar sedar bila dah sampai rumah kami dah tempuh 11.5 kilometer..Fuhhhh ok laa buat permulaan tapi sebenarnya jika bersenam tak kira lah apa jenisnya pun..mesti dilakukan mengikut peraturan dan secara berperingkat peringkat....warm up dan warm down selepasnya perlu ada...pulse rate perlu diamik kira...kualiti jugak perlu...kerana kita exercise untuk beriadah dan menjaga kesihatan bukan untuk menambah atau mencari penyakit..huhuuu...

Friday, March 2, 2012

..Cakap Kata Hati..Pt 12..

...Arini aku lalu kat Pekan Fair Park di Ipoh nih...mata aku sakit bila tengok pokok pokok besar depan restoran mamak tu abis sume nye kena tebang...

..Pergi lak Bank Islam dimana sebelahnya ada satu bangunan lama yang dah jadi hak milik Jab Agama Islam Perak...dari dalam keta aku tengok macam ada yang yang tak kena je tempat tu..Huhh!!! Memang le tak kena bila bangunan yang punya nilai sejarah tu dah diruntuhkan!!!! Yang ini bukan aje mata tapi hati aku sangat sangat terasa sakitnya!!!...Alasan klise yang akan diberi jika kita bertanya ialah...Pembangunan..Maka runtuhkan lah dan bangunkan yang lain..

....Patah tumbuh hilang berganti..Betul..tapi yang tumbuh takkan sama dengan yang telah runtuh...

...Bagi aku tidak bermakna dengan kata2 ini aku anti pembangunan...Tapi kenapa mesti bangunan yang penuh dengan sejarah dan pokok2 tua yang telah berusia beratus tahun juga lagi banyak berjasa membekalkan kita dengan oksigen tu mesti ditebang dan diruntuhkan...!!!

...Ini lah yang berlaku jika manusia lebih pentingkan pembangunan tanpa mengambil kira untuk mahu menghargai peninggalan sejarah dan nilai akan sesuatu itu...

P/s: - saja aku tak amik gambar tempak berkenaan untuk entri ini..Ye la nak buat apa kalu untuk sakitkan ati jee...:0(

Sunday, February 26, 2012

...Jom Bikin Imej Baru Ipoh...

...Apakah syaratnya sebuah pekan boleh dinaik taraf sebagai Bandar?Juga apakah kreteria yang perlu ada bagi sebuah bandar untuk dinaikkan taraf kepada Bandaraya? Kerana ianya ibu negeri? Kecantikannya? Atau pun kepadatan jumlah penduduk? Bagaimana pula dengan susun atur pekan itu sendiri? Kebersihan? Kemudahan prasarana??..

..Di sekitar bandaraya Ipoh..ehhehe betoi ke bandaraya?!..sekarang nih semakin banyak penjaja yang berjualan dan gerai2 makanan pun tumbuh macam cendawan je...Ini berlaku sejak tampuk pemerintahan negeri mendeclarekan (cee..hehehe)tiada lagi dikenakan lesen bagi penjaja2 ini termasuklah yang di pasar2 malam pun sama...Seperti mana sebuah lagi negeri di utara semenanjung ini senario yang menarik bagi aku yang suka melihat orang2 Melayu berniaga.. Apatah lagi kalo yang berniaga di gerai ala kampung dan di tepi2 jalan...

...Satu perkara yang positif ini dapat membantu raakyat bagi yang tidak mempunyai pekerjaan tetap juga bagi part timer yang minat berniaga yang sebelum ini terdapat banyak sangat kekangannya dari PBT...dari satu segi ia juga menjadikan pelanggan mempunyai banyak peluang dalam membuat pilihan tentang makanan dan tidak hanya tertumpu ke pasar2 malam sahaja...dan bertolak dari situ dengan persaingan yang sihat begini diharap peniaga mampu menjual dengan harga yang munasabah...

...Dalam pada tiada lagi penguatkuasaan kepada lesen,pihak berkuasa tempatan pula perlu menjalankan tinjauan dari segi kebersihan yang secara keseluruhan nya melibatkan keterampilan peniaga atau pengendali makanan itu sendiri,gerai,makanan dan persekitaran..aspek ini perlu lebih diberikan penekanan bagi mencegah akan penularan pelbagai jenis penyakit yang melibatkan kebersihan,antara lainnya penyakit kencing tikus dan hepatitis B...Seharus dikenakan tindakan kepada sesiapa yang gagal mematuhinya...Semasa bertugas sebagai cook di Grandy’s dan Deli Paris dulu kami kakitangan diwajibkan mendapat suntikan dan sijil pengesahan dari Dewan Bandaraya Ipoh sebelum dibenarkan bekerja...

...Diharap dengan ini Ipoh akan bertambah ceria dan tidak lah ada lagi kengkawan aku yang datang dari luar kawasan yang bertanya kat mana nak makan2 bila sampai di Ipoh...Kita masih ada gerai makan di TKK dan Medan Mara yang telah pun diupgradekan selain Medan Kidd yang dalam proses penambahbaikkan...dan kalo dulu kita ada kawasan depan railway stesen yang paling happenning namun telah pun diberi kepada Pos Malaysia...selain dari itu? Humm...takkan balik2 nak iklan kan nasi vanggey sesaja pulak...lagi pun ishhh...bukan semuanya mempunyai selera yang sama macam aku...Sekarang ni yang ramai orang pergi tapi tak pernah pun bagi aku nun di depan kompleks pejabat Dewan Bandaraya Ipoh...kata orang makanannya sedap2...ye le kot...hummmm..

...Moga Ipoh akan menjadi sebuah bandar yang bukan lagi hanya boleh dibanggakan dengan bonggol dan lopak2 jalannya sahaja...bersih dan tidak lagi kotor supaya boleh kembali menjadi bandar yang paling bersih di Malaysia (suatu masa dulu)...Maaf aku tidak akan menyebut lagi selepas ini Ipoh sebagai Bandaraya selagi perkara remeh temeh yang ada serta lainnya tidak diambilkira oleh pihak berkuasa tempatan....


P/s:- Ada sapa sapa boleh buat sesuatu pada kebersihan Kompleks Super Kinta tak?!! Super Kinta dah tak Super lagi beb...:0(

Tuesday, February 21, 2012

...Senyum Sumbing...

...Aritu aku ke hospital Ipoh..di kaunter mengambil ubat aku memerhatikan orang sekeliling..Humm pelbagai..macam2 gaya dan rupa..tapi rata2nya tak sihat idak kalo apa dibuatnya datang spital..ye tak? Kecuali bagi yang datang sebagai peneman..itu pun muka emo jee..

...Di sebelah aku ada saorang Pak Cik yang sedang bersembang dengan orang di sebelahnya..antara yang aku dengar :-

Pak Cik – Kenapa datang spital?
Orang 1 – Sakit pinggang..tulang retak
Pak Cik – Kenapa
Orang 1 – Saya jatuh payung terjun
Pak Cik – Laa nape? Payung terjun tak kembang?
Orang 1 – Kalo payung tak kembang..kita pun tak dapat nak bersembang...
Nada orang tadi agak meninggi..Dan Pak Cik tadi terus diam..dalam pada tu aku menahan geli hati...kihkihkihh...Kemudian dia terus bangun dan berjalan sambil menegur saorang India pula...
Pak Cik - Aya ada sehat kaa?
Aya – Sehat kalo saya tarak mari sini laaa...

Terkena lagi...Aduiii...Payah gak kalo dah terlampau ramah ni...Serba tak kena dibuatnya...

Saturday, February 11, 2012

..UTP Tronoh...



..Bulan lepas aku mendapat satu panggilan yang mana pemanggil mengaku adalah pelajar Phd yang sedang belajar di UTP Tronoh...beliau memesan beberapa peralatan perubatan untuk dihantar ke negara asal beliau iaitu Sudan...Dipendekan cerita selepas itu aku pun ke sana untuk bertemu dan menghantar pesanan beliau...

..Ini sebenarnya adalah kali pertama aku kesini..dan amat teruja sebenarnya untuk kemari yang sebelum ini hanya mendengar dan membaca dari blog2 dan juga buku2 mengenai UTP ini....apa yang mengujakan aku lagi ialah kawasan di mana universiti ini ditempatkan iaitu sebuah kawasan seluas 1000 ekar (Seperti yang dimaklumkan oleh pengawal bertugas...Dr Ben tolong kasi betul kalo salah)yang dulunya hanyalah hutan tebal...juga adalah kampus USM sebelum diambil alih pula oleh pihak Petronas...

...Kawasan memang cantek di mana segala pokok2 dan hutan tebal masih lagi dikekalkan..udara yang nyaman serta segar...Hum betul kata orang jika hendak menuntut ilmu tidak kira di mana pun boleh hatta hingga ke angkasa lepas sekali pun......cari dan kajilah semua ilmu itu..kecuali akan zat Tuhan...

...Melihat akan susun atur antara kolej dan hostel,di mana aku lihat ramai penuntut yang berjalan kaki untuk kesana dan kemari dalam jarak yang agak jauh juga...dan bagi aku di persekitaran UTP ini adalah amat sesuai sekali untuk kaki riadah..kita boleh brisk walk,jogging atau pun berbasikal dengan amat selesa dan tenang sekali..Sekali tersentuh hati aku bila Miss Nuha Husin menjawab pertanyaan aku bahawa negara ini amat amat selamat berbanding dengan negara tumpah darah beliau...Di sini dia boleh kesana kemari dengan selesa walau bersaorangan namun tidak di negara beliau walaupun berjalan dalam kumpulan 4 - 5 orang masih lagi dikira tidak terjamin akan keselamatan...

...Juteru amat malang dan rugi jika ada antara pelajar kita di negara yang aman ini mensia siakan peluang yang diberi untuk belajar di mana2 sekolah atau institusi dengan melakukan perbuatan yang melanggar adap,adat dan undang undang...Sayang walau berpelajaran tinggi namun dari segi moral mereka hancuss...walaupun hanya segelintir..namun kita tidak mahu bakal pemimpin atau pemegang jawatan tinggi akan datang terdiri dari mereka yang cacat akhlak serta tingkah lakunya...Ini lah yang berlaku bilamana unsur2 kerohanian tidak diambil kira..aku percaya semestinya sebelum ini pun telah diterap semua itu sejak di bangku sekolah rendah..namun jika yang punya diri tidak mempraktikkan nya maka hilang lah semua itu seperti debu yang ditiup angin...

...agak malang mereka yang rebel ini terdiri dari antara mereka2 yang paling bijak...Ini tak kira lah dimana pun..Di sekolah menengah tempat aku belajar dulu pun ada satu group terdiri lima orang murid dari kelas Perdagangan yang sering membuat hal di sekolah...mencuri,ponteng kelas,hisap rokok,melastik guru dan lain2...Yang selalu amik hadiah di atas pentas sekolah kerana cemerlang dalam pelajaran pun mereka dan yang selalu kena public canning depan perhimpunan juga mereka inilah..Kemuncak kepada semuanya ini bila mana salah saorang dari ahli kumpulan ini didapati bersalah dan dihantar ke Sekolah Henry Gurney setelah merompak dan membunuh saorang pengawal di stesen minyak Esso pekan Banting ketika itu...bagi aku pelajar tersebut amat bertuah kerana tidak dikenakan hukuman mati mandatori kerana masih di bawah umur..kedua kerana semestinya di Sekolah Pemulihan seperti itu peluang untuk berubah amat luas terbentang disokong pula dengan bimbingan serta pemantauan yang tidak berbelah bagi...

...Jadi usaha untuk memulihkan kembali imej mereka di mata masyarakat adalah terletak di atas bahu pelajar pelajar ini sendiri...baik pembawaan mereka baik lah jadinya jika buruk yang ditonjolkan maka malu dan kecewalah akan ibu bapa yang mengharap...

...Persoalannya sekarang kemanakah arah tuju mereka ini kemudian nanti..apakah akan menyertai puak berhaluan kiri yang terusan menjerit serta memprotes dijalanan atau pun menjadi insan kamil seperti mana yang diharapkan oleh ibu bapa mereka atau pun hingga ke akhir tetap mengecewakan?? Semoga mereka dan kita diberikan taufik dan hidayah..Aminnn..Wallahhualam..


....Habis urusan aku menumpangkan beliau untuk pulang ke hostel yang jaraknya lebih kurang satu kilometer dari lab Mekanikal Engineering tempat beliau belajar...Sambil tu sempat gak aku amik gambar2 ni semua sebelum memandu pulang...





























...Tempat parking kereta yang luas dan selesa...takde kes berebut rebut rasanya...



..Rasanya aku tau sapa yang empunya Lavina nih...hehhehee...Bro u know who you are...

Tuesday, February 7, 2012

...Cakap Kata Hati pT: 11...

...masaalah tidak harus dicari namun jika ianya datang..janganlah pula kita lari..hadapilah ia dengan berani...

Tuesday, January 31, 2012

...Teluk Senangin...
































..Ashraff yang merajuk sebab tak dapat mandi laut..huhuuu..






..Depa berdua nih mesti sembang pasal bola kalo idak pun wrestling..

Saturday, January 21, 2012

…Gary Moore Live At Montruex...Final DVD…



..Balik dari Penang aritu aku ke Ipoh Garden South ke port biasa untuk refresh kepala yang letih… kekadang dengan hanya meninjau2 kalo pun idak membeli DVD di situ…Belek punya belek dapat Gary Moore Live At Montreux!!!...Tak tunggu lama bayar dan terus cabut balik umah…jalan dari Jusco Ipoh Garden macam biasa laa jem giler tapi takpe DVD ini dah kasi pujuk ati aku dan badan yang lesu kembali segar..deng deng deng deng...hehehhee...

...Apa yang aku harap ternyata meleset so aku layan sambil makan nasik..huhuu..ini tak pernah berlaku bila aku menonton mana2 dvd concert..sebabnya sama gak macam lain2 live concert dari beliau...suara tak boleh pegi...dah toa kata orang Perlih..huhuuu...Tapi bukan..kata aku yang jelas faktor body beliau yang semakin kembang (Lihat perbezaan suara Awie dulu dan Mus MAY sekarang yang still maintain berbanding Awie)...mujur jeritan gitar beliau yang mengambil alih peranan untuk berkata kata dan menyanyi...dan itu jugalah penyelamat bagi keseluruhan persembahannya...sebenarnya inilah teras bagi mana mana pun guitar player dalam show mereka...



...Ini kali kedua aku menulis tentang lagenda atau ex-gitarist Thin Lizzy ini..dibantu oleh lain2 pemuzik yang hanya Niel Carter sahaja yang tetap setia bersama ketika on stage sejak beliau mengambil tempat Don Airey(Rainbow,Whitesnake,Ozzy Osbourne) selepas album Victim Of The Future...Pendapat aku zaman peak Gary Moore adalah ketika album ini dimana merupakan killer album dengan semua lagu2 adalah terbaik sebelum beliau beralih kepada genre AOR dan seterusnya kepada irama Blues /Rock...Suara beliau semasa album ini terbaik dengan banyak memanipulasikan high pitch hingga lah dalam tiga album selepasnya..Run For Cover,Wild Frontier dan After The War...Munkin juga atas alasan suara yang sudah tak boleh 'pergi' maka beliau beralih kepada irama blues/rock selepas itu...Ini terserlah di dalam dua album yang disebutkan tadi di mana beliau menjemput Glen Hughes serta Phil Lynott untuk menyumbang suara dalam lagu yang memerlukan pitch yang tinggi...Namun satu perkara yang aku paling minat ialah pada tone gitar yang beliau hasilkan..tanpa mengira jenama Fender Stratocaster,Gibson Les Paul,Kramer mau pun Hammer..semua mampu baginya untuk menghasilkan sound yang beridentiti dan masuk dengan melodi lagu serta suara beliau..tidak seperti sesetengah artis yang hanya lekat dengan satu jenama tanpa mahu bereksperimentasi dengan pelbagai jenis gitar...

...Ok balik pada rakaman live ini adalah merupakan yang terakhir pada July 2010 sebelum kematian beliau beberapa bulan selepas itu pada 6hb. Februari 2011..atas alasan itu jugak lah aku sambar DVD ini sebagai koleksi...Aku tidak nampak apa relevannya konsert Blues/Rock ini yang diadakan pada event Jazz Festival di Montreux ini...Tiga belas lagu mengisi rakaman konsert dalam DVD ini tidak termasuk unreleased bonus track sebanyak empat buah lagi lagu yang dirakam pada event yang sama dalam tahun 1997...Antaranya dari album Still Got The Blues,Victims of the Future,Wild Frontier,Run For Cover dan lain lain...Agak terkilan kerana lagu2 dari album After The War langsung tidak dimuatkan..seperti lagu instrumental The Messiah Will Come Again dan Speak For Yourself lagu duet bersama Ozzy Osbourne di mana jika menjemput Glen Hughes untuk bersama menjayakan rakaman konsert ini adalah lebih ‘cantek’(kerana banyak lagu dari album bersama Glen di dalam konsert ini)seperti mana sebelum ini ketika beliau berkolobrasi bersama Phil Lynott (RIP) dalam lagu Parisenne Walkways dalam album live yang terdahulu...Berbanding dengan studio album...namun musical wise beliau memang tidak boleh disangkal...dengan kematian beliau bermakna satu lagi ex tulang belakang Thin Lizzy telah meninggal dunia...Gary Moore...beliau memang saorang lagenda...tiada klon atau yang serupa...Gary Moore RIP...

Sunday, January 15, 2012

...Cakap Kata Hati Pt. 10...

..penat serta lelah mampu ditangani jika bersertakan semangat yang kental untuk terus bekerja,kerja dan kerja...

Friday, January 13, 2012

...Cakap Kata Hati Pt 9...

...manusia jika tidak mahu menerima nasihat atau pendapat orang lain..yang hanya mementingkan diri sendiri..yang tidak hormat pada yang tua..tidak sayang mereka yang muda...yang hanya suka mengadu domba..tiada lain mereka ini sombong dan lebih parah lagi sakit akan jiwanya...Moga dijauhkan dari mereka mereka ini..Aminnn

Thursday, January 5, 2012

...Mengapa Orang Kita Suka Layan Mamaks...

..Kalo ditanya tiap sorang dari kita tentu ada antarnya yang mempunyai selera makan yang berbeza beza..Ini termasuklah selera di mana tempatnya yang boleh membuka selera mereka..Kalo aku lebih berminat untuk ke kedai mamak berbanding tempat lain atau pun kedai makan Melayu..Humm aku punya alasan aku sendiri macam jugaklah orang lain :-


1) Di kedai mamak kita akan berasa pelik jika tidak dilayan selepas 5 minit masuk ke situ.Kedai/restoran Melayu pula kita akan pelik dan terkejut beruk jika disapa dengan segera selepas duduk.

2) Kedai mamak ada TV besar yang menayangkan perlawanan bola dari siaran Astro.

3) Kedai Melayu ada tv yang menayangkan gusti yang silap2 boleh buat penonton/pelanggannya bergaduh sesame sendiri (Kat Kg Manjoi dulu ada satu gerai yang memberi amaran kepada pelanggan agar tidak bertumbuk sesame sendiri ketika menonton gusti di situ)

4) Kedai mamak ada WIFI percuma untuk pelanggan dok diam2 sambil surf internet.

5) Kedai Melayu ada set karaoke dengan charge Rm 1.50 untuk satu lagu.Kalo sedap macam mana sekali pun makanannya sudah tentu idak selesa makan sambil dengar suara sumbang yang menjerit terlalak...

6) Kedai makan Melayu makanan tak sedap tara mana tapi harga cekik tengkok wa cakap lu

7) Kedai mamak walau pun makanan dah sejuk tapi tetap sedap (munkin penangan dari kas kas + MSG tahap gaban + bagi yang tak tahan = Migraine !! Huhuu...

8) Kedai makan Melayu nak oder susah nak bayar pun payah..adussss...

9) Kedai makan Melayu pelanggan ramai yang suka lepak & borak lama2 selepas makan.Kita yang datang terpaksa beralih ke tempat lain bila pelanggan yang ramai dan sudah makan tidak bangun2 tanpa mempedulikan pelanggan lain yang datang .Nampak gayanya tokey kedai kena pegang cemeti bagi pelanggan yang perangai macam nih..perghh!!

10) Makan di kedai mamak nasinya melimpah ruah bersama kuah..hehehee..

11) Makan di kedai Melayu nasinya lebih sedikit dari sejemput...(Rentikan kalo nak bawak famili yang ramai)Bagi aku hanya sesuai untuk pasangan yang sedang bercinta sebab dorang bukannya nak makan sangat punnnn...huhuuu...(siap dengan sirap payung lagikk)

12) Kedai makan mamak kita boleh dapat kari yang direcycle sejak dari mula kedai itu ujud (ini aku tak berani kompom..hehehe..Cuma dari cerita2 orang ajekk)

...Ate bebaru ni tah apake mimpinya, aku pergi le minum pagi kat satu gerai depan Pasabena Complex ..amik kuih dari mak cik yang berniaga kat depan tu..duduk kat satu meja..makan sambil baca paper,kueh dah abis tapi takde sapa pun pelayan yang nak tanya aku nak minum apa..aku peratikan tukang buat air tu 2 – 3 kali,pastu dari jauh dia jerit ..Haa! Tu nak minum apa???...Mak aii bagusnya budi bahasa...aku langsung patah selera..Sebenarnya bukan kat sini aje dan ianya banyak kali aku terkena dengan kerenah pekedai2 berbangsa Melayu macam aku nih,So maaf sesangat laa usah le kome marah kat aku kalo tak suka masuk kedai dema2 nih....

Kes 2...Lama dulu aku mengikut kawan kesatu kedai makan Nasi Ayam P****K B***R nama bukan main gah tapi layanan memang tak semenggah..Bayangkan kami order nasi ayam 9 bungkus betul2 satu jam baru siap!!! Kalo pelanggan ramai aku tak kisah kami pun boleh tolak ansur punya ..Tapi ini kes buat kerja beransur ansur, terkialkial…adoiiii…Aku dedulu pernah jadi cook kat Grandy’s yang mana kami memang telah dilatih untuk buat kerja dengan cekap,cepat tetapi bukan itu saja..apa yang mesti ianya juga sempurna..seiring dengan moto kami Quality Is A Must & No Compromise!!!...jadi aku memang tak leh terima orang yang berniaga tapi mengamalkan service ‘idup segan mati tak berapa ndak’...

...Sebenarnya kedai makan mamak pun aku suka yang biasa biasa aje..bukan le Kayu Nasi Kandar,Nasmeer,Subaidah atau pun Pelita Nasi Kandar yang menunya termasuk Ice Cream Goreng dan Western Food tuhh...Restoran camnih memang aku tak masuk laa...Aku suka kedai mamak kat tepi jalan yang simple je di mana kalo aku makan sambil bersila atas kerusi pun orang lain tak rasa pelik..kiranya takde protocol laa janji sedap bersih,selesa berserta layanan yang sempurna...dan aku rasa ini jugaklah trend dari dulu lagi, cuma perubahan yang ada sekarang sebab diupgradekan seiring dengan peredaran dan kemajuan semasa,ianya satu pembaharuan dan mamak sebenarnya sudah merupakan satu jenama bagi kita raakyat Malaysia...Ok jadi boleh dilihat itu lah antara sebab sebab yang kedai mamak lebih menjadi tumpuan berbanding kedai makan Melayu dan yang lainnya...


P/s:- ..Dalam dok melayan demam seminggu nih..malam nih aku boleh palam tosei + 2keping setengah roti canai...Fuhhh jangan diamal beb...huhuuuu...

Sunday, January 1, 2012

...Selamat Datang 2012...

....Hari ini akan tingal semalam..semalam akan menjadi kisah silam...esok yang mendatang dengan sejuta pengharapan...moga bersama semangat yang tak akan kecundang...Selamat Datang 2012...

Thursday, December 22, 2011

...Malaysia kini...Kita Dan Pendatang...

...Saban hari dalam tv mau pun akhbar dapat kita baca dan dengar perihal kes rampasan dadah,kes orang kita yang dijadikan keldai dadah,perihal anak Melayu dilarikan orang seberang dan pelbagai lagi...dan paling hangat diperkatakan sekarang ialah tentang sikap atau perilaku Awang Hitam yang semakin menjadi jadi buruknya...

...Agak pelik tapi itu lah kenyataannya orang kita ramai yang berhijrah sama ada secara sukarela atau pun terpaksa (dapat offer baguih kot)manakala orang asing pula beramai ramai yang datang dan bermastautin di sini..tempat di mana rezeki melimpah ruah....halal,haram semua ada...

...Dasar pemerintah yang mahukan seramai munkin pelancung datang menaburkan duit mereka di sini aku katakan memakan diri..ini kerana implikasi jangka panjang yang tidak dipeduli..mana munkin jika dikatakan tidak tahu atau tidak terjangka...kita sepatutnya lebih peka...dengan pelancung yang melencung dan seterusnya hilang..orang asing yang mengambil pas belajar rupanya pengedar dadah atau pun pelacur...Bila diajukan pertanyaan pada pihak yang bertanggungjawab jawapan klise yang pasti diterima adalah..."Belum atau tidak pada tahap yang membimbangkan"..."Tak ape kita ada plan untuk menanganinya"Itu plan A kata aku...Kini bila dah terantuk!!Pelbagai pihak menjalankan pula plan B...iaitu kaedah menuding jari..sebagai alasan pelepas diri...!!!

...Terbaru Langkawi akan dijadikan lokasi untuk sasaran kunjungan 3 juta pelancung menjelang 2015...Tidak mustahil untuk mencapai semua itu dengan segala prasarana yang telah dan akan diadakan...dan semestinya penjanaan pendapatan juga akan terus melonjak...namun dalam 3 juta pelancung yang datang tadi berapa ramaikah yang akan pulang ke negara asal dan berapa ramaikah yang akan hilang atau dalam kata lainnya bertebaran di serata pelusuk bumi Malaysia ini??? Dan berapa banyak lagikah duit kita yang terpaksa dikeluarkan untuk tujuan menambah pusat2 penempatan sementara apabila mereka ini dicekup..itu belum lagi dengan kos perubatan,makan minum tahanan tadi...juga dengan kos penghantaran semula mereka kenegara asal yang umpama memukul bola tangkis saja...esok lusa,minggu depan datang balik..Duit masuk duit keluar....walhal peruntukan yang ada itu pun sudah tentu lebih berbaloi jika digunakan untuk pembangunan raakyat kita sendiri umpamanya dengan membina lebih banyak Perumahan Raakyat...akhirnya yang jelas kerja bertambah2 dan masaalah semakin rumit...

...Undang2 telah sedia ada..tapi munkin juga perlu diperkemas? Betapa sempadan yang begitu senang dibolosi samaada jalan biasa atau pun laluan tikus...Apa sudahnya akan jadi negara ini? Pusat transit dadah? Atau kita akan meletakan Malaysia dalam peta dunia sebagai negara pengeluar dadah pula? Nak tunggu hingga muncul saorang Pablo Escobar berketurunan Melayu?Lihat saja berapa ramai anak tempatan yang telah di keldaikan..Atau munkin satu masa nanti akan muncul penempatan untuk anak anak yang pulang dari Lombok...seperti mana ujudnya kampong baru2 semasa era selepas darurat dulu...jika dulu Cili Wong Kecil sudah amat senonim dengan kita...Atau akan dibina secara sah flat untuk para pendatang yang terdiri dari pelabagai kaum yang muhibbah (musibah sebenarnya)...Negro,Vietnam,Bangla,Mynmar,Russia,Thailand,Filipina,Indon,Cina???Di mana binatang eksotik tepi jalan pun dijadikan makanan mereka...berpesta arak setiap malam menggangu jiran tempatan umpama dunia mereka yang punya...dalam elok bergurau silap sikit sanggup pula berbunuhan...budaya ini langsung tidak sesuai dengan kita...Apa munkin juga akan ujud sebuah lagi negara anggota Asean yang bernama negara Cacamurba...Ini tidak mustahil boleh berlaku...Jika langkah lebih drastik tidak diambil oleh semua...

...Alasan untuk melewati sasaran pelancung asing kenegara ini bukan lah dengan tidak langsung mempedulikan dan membenarkan siapa saja untuk menjejakkan kaki di bumi Melayu ini..saringan perlu ada dan jika telah ada perlu lebih ketat..Bagi yang masuk sebagai pelajar umpamanya mereka ini perlu diketahui latar belakang mereka dengan lebih jelas..apa kejadahnya kalo dah cakap inggeris pun beterabur tapi mendaftar sebagai pelajar kolej atau universiti(kawan aku pernah menangkap mereka2 ini yang sebenarnya pelacur tapi memiliki pas pelajar) dari knowledge mereka pun kita dah tahu siapa mereka sebenarnya...begitu juga ujian perubatan mesti dilakukan di pintu masuk seperti airport...munkin ada yang berkata nanti pelancung takut untuk datang...tapi perlu diingat bahawa kita punya hak untuk menjaga negara tanpa tolak ansur dengan perkara2 ini yang munkin dianggap remeh oleh sesetengah orang kita....sedangkan PM kita ke Amerika dulu pun perlu melalui prosedur yang ketat dengan pihak imegresen mereka...dan bagi aku prevention is better than cure...

...Aku tidak berniat mengkritik walaupun munkin bau nya ada...Cuma yang boleh aku katakan ini hanya lah luahan hati raakyat yang maukan kedaulatan,keharmonian dan keselamatan negaranya akan terus terbela sampai bila bila...itu sahaja...Dan aku percaya ramai lagi yang sependapat dengan aku di luar sana...Akibat dari sikap sambil lewa maka ini lah yang sedang kita terima...maka ‘layan’ lah seadanya eheemm...tapi sampai bila??!...Uhukk Uuhukkk..!!


P/S : - ...Dulu penjajah datang dan pergi dengan meninggalkan propaganda..kini penjajah datang melenggang tanpa senjata namun masih berani mendabik dada di bumi kita...

Wednesday, December 14, 2011

...Cakap Kata Hati..Part 8

...Siapa kah kita yang hanya pandai berkata kata...
...siapa kah kita yang hanya mahu orang lain percaya dan mengikut tanpa mendengar pendapat mereka...
...siapakah kita yang pandai menghukum orang lain dengan hanya melihat sahaja...
...sedangkan kita manusia biasa...
...Kau dan aku sama saja...
...Yang membezakan hanyalah amalan kita...