Total Pageviews

Monday, November 25, 2024

FunRide & FunRun HSN 2024


...FunRide sempena Hari Sukan Negara kali diadakan seperti tahun2 sebelumnya, dan di Ipoh pada 12hb. Oktober 2024.. 

..Aku ready awal dari rumah selepas Subuh dan kali ini terasa sedikit pelik sebabnya timing pelepasan peserta oleh MB tepat pada waktu haha..Tak seperti selalu yang senonim dengan phrasa 'janji Melayu' kalu melibatkan masa...Hahaa..😀 

..Jam 7.30am,cargas! Semua bergerak mengikut laluan kali ini yang bagi aku best tak macam selalu,  tapi itu pun masih terdengar suara yang tak setuju...Alahh biasa laa... 








..Jumlah milage kayuhan kami sekitar Bandar Ipoh adalah 35km. dengan hanya sekali berhenti di area Ampang untuk rehat dan mengumpulkan semula kesemua peserta kayuhan...Di sini aku terpaksa menjarakkan diri dari group dan mereka yang mengambil peluang bukan saja berehat dan minum tapi merokok...Satu aktiviti yang tak sesuai diamalkan walau apa pun alasannya...Ye, attitude palat camnih mane2 pun boleh kita jumpa...😫

...Setelah berehat dalam sepuluh minit di situ, seterusnya kami menghala ke Polo Ground melalui Politeknik Ungku Omar, RTM, Tiger Lane dan terus ke Stadium Perak bagi menghabiskan event pada hari itu...Abis berkayuh aku tak amik masa lama untuk berkemas, masukkan basikal dalam kereta dan terus bergegas pulang...

...Esoknya pula di Politeknik Ungku Omar aku dan anak sulung sampai agak lambat bagi menyertai event di mana peserta Rakan Muda FunRun sejauh 5km dah pun bermula tapi still ok laa sebab kami lambat 2 - 3 minit jer pun hehe...

...Laluannya dari POU melalui jalan Dairy,  RTM seterusnya ke Taman Cempaka dan berpatah balik ke POU..Sekejap jer terasa, alaa 5km jer pun...Baru nak panas tau tau dah sampai...Hehee..



                         ..Program Rakan Muda tapi kita yang vateran boleh jer kalu nak join..


..Pada tarikh 27hb. Oktober 2024 pula  bertempat di perkarangan Hospital Bahagia Ulu Kinta, sempena Hari Kesihatan Mental kami berdua sekali lagi join bersama kawan kawan...Laluan kali ini adalah di sekitar hospital itu sendiri dan untuk pertama kali explore baru aku tahu betapa besarnya kawasan ini yang berkeluasan sekitar 544 ekar...lebih kurang 300 ekar digunakan untuk pelbagai bangunan dan selebihnya untuk aktiviti pemulihan pesakit seperti pertanian, perikanan dan penternakan...Sedikit info berkenaan HBUK ini... 







...Pemandangan sekitar amat cantek dan tenang, kami melalui wad2 pesakit, penjara bagi banduan akhir yang bermasaalah mental dan tanah perkuburan bagi para pesakit yang tak mempunyai waris, sayu rasanya bila melalui kawasan yang redup dan sunyi sebegitu...Aku decide untuk tidak mengambil gambar bagi menghormati kesemua mereka yang berbilang bangsa dan agama yang dikebumikan di situ...

...Seterusnya kami melalui belakang Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah yang sebenarnya turut berada dalam kawasan Hospital Bahagia ini juga namun pada tahun 2007 sebanyak 41 ekar telah diserah untuk pembinaan kolej tersebut yang beroperasi hingga sekarang...Ok dah hampir sampai di sini ada 'brief stop' dan kami diberi minum air mineral walau aku sendiri ada membawa bekal air kosong bercampur sedikit garam sepertimana kebiasaan...Akhirnya kami sampai ke garisan penamat dengan jumlah milage keseluruhan adalah 5.72km...Syukur semua selamat sampai walau ada yang ketinggalan, tapi lambat atau cepat itu bukan ukuran atau tujuan sebenar event ini diadakan...

...Rehat sekejap sementara menunggu kesemua peserta sampai sebelum cabutan tiket bertuah pula diadakan, ada seratus hadiah yang tersedia,banyakkan?😍...Walau tak semua bernasib baik termasuk aku, Alhamdullilah kami semua happy moga lain kali jumpa lagi...😁