...Lama jugak kami tak bercuti atau berkunjung ke mana2 sementelah PKP Covid 19 nih lepak umah saja ler...Tapi bila PKP dilonggar kan sikit mula ler kepala nih ligat berfikir ke mana pula ler destinasi kami...
...So selepas bincang dengan anggota family aku decided nak bawa dorang ke Resort di tepi Sungai Perak...Resort Intan Suraya, di daerah Lenggong, Ulu Perak...
...Sejarah nama Resort Intan Suraya ini sebenarnya mengambil sempena nama Puteri Sultan Perak ke 30 yang asalnya bernama Raja Zainab, ok itu saja, nak citer lebih pun bukan isu nya di sini hehe...Ok jaraknya resort ini dari Ipoh adalah plus minus lebih kurang 40 kilometer jer, tapi first time pergi memang terasa jauh ler jugak...
...Kami bertolak awal pagi dan sebelum meneruskan perjalanan kami sekeluarga mengambil sarapan di Food Court, Dataran Dato' Sagor yang berhadapan dengan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) tak jauh dari Stesen Keretapi Ipoh...Selepas sarapan kami tapaw dulu nasi mamak untuk bekalan tengahari nanti...
...Untuk ke sana kami mengambil jalan lama, berbanding highway yang lebih jauh iaitu melalui Pekan Chemor seterusnya ke Sg Siput sebelum masuk ke simpang menuju terus ke Pekan Karai, sampai saja di Karai kami terus menuju ke Jambatan Victoria yang juga merupakan landmark tempat ini...Lokasi di mana sering menjadi tempat untuk melawat dan mengambil gambar bagi pasangan pengantin dan mereka yang suka bergambar...
...Sebenarnya pekan Karai ini juga merupakan tumpuan bagi penggemar kuih Kundas disebuah kedai kopi di hujung pekan ini...Kami ambil masa tak lama dalam setengah jam saja untuk bersiar dan mengambil gambar di atas dan sekitar jambatan, sebelum terus ke destinasi sebenar...Melalui jalan kampung yang terpencil di mana kiri kanan kebanyakan nya hanya lah pokok getah, ladang sawit dan hutan simpan...Lebih setengah jam kami pun sampai...
...Tenang, sunyi dan damai rasanya bila berada jauh dari hiruk pikuk kenderaan apalagi rumah saya sendiri sememangnya terletak di tepi jalan besar...Tak ambil masa yang lama untuk kami meninjau sekitar sebelum terus check in dan masuk ke chalet...Satu lagi yang bestnya hanya keluarga kami saja yang bercuti pada kali ni kerana mengikut jadualnya satu group dalam empat puluh orang dari Melaka sepatutnya turut ke sini tapi terpaksa membatalkan program dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang menyekat dari merentas negeri...So consider kami conquer ler tempat ini!! Ahaha...
...So apa pun solat, rehat sambil layan nasik mamak tapaw yang dibawa dari Ipoh tadi sambil duduk di tepi Sungai Perak...Di sebelah petangnya pula kami penuhi aktiviti dengan mandi manda serata boating menyusur sungai hingga ke Empangan Hydroelektric Powerplant Chenderoh yang berhampiran...Terdapat beberapa lagi empangan di daerah Hulu Perak ini antaranya Empangan Temenggor, Empangan Bersia dan Empangan Kenering...Kami sempat mengambil gambar dari jauh saja kerana agak bahaya untuk berada hampir dengan empangan tesebut...
....Pada malamnya pula selepas solat aktiviti BBQ di tepi Sungai Perak...Memang best bila hanya kami saja yang berada di situ, terasa amat privacy...Sejuk, sunyi hanya dendangan lagu dari mobile speaker yang menghangat dan memecah kesunyian malam itu...Setelah masing masing kepenatan dan tersandar kekenyangan, humm apa lagi tiba masa untuk melelapkan mata....zzZZZZ!!!
...Esoknya pagi pagi anak dan isteri saya dah pun bangun untuk memasak sarapan, untungnya kami datang cukup dengan segala kelengkapan memasak termasuk dapur elektrik, walaupun pihak chalet boleh menyediakannya tapi kami lebih selesa DIY saja...π
...Setelah hampir tengahari kami pun masing masing mula berkemas untuk check out dan balik ke sarang di Ipoh, lunch kami hari itu di Restoran Tan Abdullah (Chinese Muslim) yang terletak di Pekan Tanjung Rambutan...Memang best trip kali ini walau pun masing masing keletihan tapi kami puas kerana ia sarat dengan kenangan dan pengalaman...