Total Pageviews

Thursday, March 25, 2021

Solo Ride CNY 2021- Sukan & Setiakawan




...Dalam sukan yang melibatkan ahli berkumpulan perkara utama selain minat ialah disiplin dan setiakawan takde ini bermakna kita belum lagi 'layak' untuk berada di situ...




...Baru baru ini pada Tahun Baru China selepas subuh saya seperti biasa akan menunggang basikal, pagi ini agak lain dari biasa kerana saya tidak ada plan untuk kemana2 haha..Cuma saya tau yang saya mahu menunggang kerana ini semua passion bagi penunggang seperti saya, tak buat  badan jadi lemau dan itu bermakna ketagih...So pelan pelan ikut kayuhan pedal di kaki sebelum makin laju setelah badan mula panas dan mendapat rentak dikehendaki...
 

...Bukit batu kapur yang masih tegap berdiri..ada yang dah hampir rata dek kerja2 kuari...Sengaja tak mahu saya ambil gambarnya jika hanya menyakitkan hati... 


...Setelah hampir sejam saya pun masuk ke laluan off route dan bermulalah satu kisah yang terjadi kepada saorang newbie yang baru seminggu beli basikal dan tak pernah pun ride ke mana2...cerita yang tak menarik tapi cukup untuk dijadikan iktibar...Dipendekan citer saya 'terjumpa' beliau ditinggalkan oleh 5 orang lagi ahli kumpulan...Sudahnya saya ajak dia ride bersama2 di celah2 keindahan alam keliling yang dah pun separuh tercemar dek tangan2 rakus manusia walaupun tempat berkenaan jauh dari jalanraya dan manusia...




...Tak dinafikan banyak kelebihan ride ramai2 nih...antara yang paling orang suka boleh huhahuha...atau jika berlaku sesuatu ada yang boleh tolong (samada kita tolong orang atau sebaliknya haha) tapi kalu dengan situasi brader ni tadi apa citer?! Alasan jika dia slow (sebab newbie) langsung tak boleh diterima sebab ia di laluan off route dengan persekitaran yang sunyi dan agak extreme dia yang belum biasa dengan tempat dan situasi, ditinggal sesorang, just imagine jika berlaku sesuatu di luar jangkaan?! Sebab itu saya katakan tadi dalam apa saja sukan 
no matter what disiplin dan setiakawan is a must and no compromise...





..indah & damaikan?








...Kelebihan solo ride - Bukan tak pernah ride secara berkumpulan dan join jamboree, tapi saya pilih solo kerana boleh lebih fokus, maintain momentum, boleh suka hati nak berhenti untuk amik gambar dan paling utama tidak perlu terpaksa berhenti ketika sedang syok layan ride kerana member lain nak isap rokok yang berkesudahan kita plak yang berkongsi secondary smoke dan langsung burn out!
 So faham, sejak quit dari melayan asap lebih 30 tahun dulu saya memang jarang2 berada di tempat ramai especially gig, kedai mamak dan yang sewaktu dengannya haha...
Samasekali bukan sebab sombong tapi kita, ye kita..bukan mereka yang nak jaga kita yee...😎

Thursday, March 18, 2021

Setahun Melawan Covid 19

 


...Hari ini setahun yang lepas sama2 kita mula lock down...Keluar rumah pun atas sebab tertentu saja dan tak boleh lebih dari sorang dalam satu kereta, di tempat kami jalan raya, pekan, masjid, surau semua sepi hatta laungan azan sekalipun...Dah macam scene dalam movie Salem's Lot...Bagi orang yang memang sediada dengan panic disorder serta anxiety bertambah2 lagi ler jadinya dengan panic yang seakan diada2...


...Semalam statistic kes baru dah menunjukkan penurunan yg ketara iaitu hanya 1,219, hari ini pula 1,213 kes berbanding minggu2 sebelumnya, syukur alhamdullillah, hasil dari usaha bersama kita dalam menanganinya walau ada juga yang degil dan menongkah arus...


...Dalam pada itu pejam celek Ramadhan pun tinggal 28 hari saja lagi, kat masjid semalam pun kami masing2 dah beri nama pada ketua group untuk kutipan duit moreh, moga kali ini situasi kembali berubah dan kita dibolehkan untuk bertarawih di masjid seperti biasa...Biarlah dari pandemik ia beralih kepada endemik saja kerana untuk menhilangkannya terus agak mustahil sepertimana denggi yang dah sebati dengan kehidupan kita...Apa pun bottom line nya SOP mesti kekal kita jaga...

...Together we stand, devided we fall...🤟💝