Total Pageviews

Monday, November 5, 2018

...Bila Ibu/Bapa Sakit...Anak anak Mana?




...Menjaga orang sakit bukanlah satu perkara yang senang..ia mudah disebut tapi tidak untuk mempraktikkannya, dalam masyarakat Melayu Islam kita di sini ia menjadi satu isu besar dalam sesebuah keluarga yang mana siapa yang berhak/wajib menjaga mereka dan ini sering menjadi pertikaian...

...Uuntuk kali ini saya kongsikan satu artikel dari saorang Ustazah yang bertauliah bernama Ustazah Noor Laila Aniza Bte Zakaria, saya tekankan di sini ''bertauliah' kerana sekarang ramai orang yang mengaku ustazah atau ustaz sedangkan kredibeliti, akhlak, ilmu yang disampaikan dan kesahihan gelaran mereka masih boleh dipertikai...Terdapat beberapa perkataan dan ayat yang ditambah baik untuk memberi lebih penjelasan serta kefahaman kepada kita yang membacanya. Ok kita terus kepada maksud asal saya..Moga ianya dapat memberi kebaikan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan yang sementara di dunia ini...Aamiin... 

...Hukum berbuat baik kepada ibu bapa  kandung, mertua, angkat, tiri, susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan dan juga lelaki...Tidak ada siapa pun yang terlepas, sekalipun perempuan itu telah berkahwin...oleh itu jika sakit semua anak anak bertanggungjawab berbakti kepada ibu ayah samaada dia anak lelaki atau perempuan, berkahwin atau pun belum...

...Ironinya bukan anak lelaki saja yang perlu dipertanggungjawabkan seperti mana yang sering ditekan oleh kebanyakan masyarakat kita yang tidak faham tentang hukum hakam dengan jelas... Disebabkan kononnya anak lelaki saja yang disebut 'wajib' menjaga ibu bapa yang sakit, maka tugas tugasan itu seterusnya diberikan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya....Ada pun untuk menantu perempuan ia tidak diwajibkan untuk menjaga ibu atau bapa suami yang sakit. Bahkan suami yang wajib menjaganya, memandangkan suami pula perlu bekerja untuk menanggung keluarga maka suami boleh saja berbincang dengan isteri jika  mampu mengurus dan berilah imbuhan kepada beliau seperti yang sepatutnya...Jika suami lebih berkemampuan maka sediakan pembantu bagi meringankan tugasan isteri yang telah sedia maklum bertanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga sendiri apatah lagi yang sepenuh masa sebagai surirumah...Justeru adalah sama sekali tidak benar anak perempuan terlepas dari kewajipan menjaga ibu bapa mereka yang sakit atau uzur...





...Seandainya yang sakit itu adalah ibu bapa kandung isteri, dan si isteri berhajat menjaganya, 
suami tidak boleh menghalang malah suami tersebut perlu juga sama membantu dan menyediakan kemudahan...Hal ini kerana apabila saorang perempuan telah berkahwin, dirinya dan segala yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa si isteri (jika pula mereka orang susah/perubatan) perlu ditanggung oleh menantu lelaki tadi mengikut kemampuan...

...Justeru tidak perlulah dikhuatiri bagi ibu bapa yang jika hanya mempunyai anak perempuan saja, maka setelah anak perempuan ini berkahwin dan mengikut suami masing masing lalu kebajikan ibu bapa akan terabai...Tidak, ini kerana menantu lelaki wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya.Di sinilah pembelaan Allah SWT terhadap semua ibu bapa, dan tidak terkecuali ianya ibu bapa kandung atau mertua...

...Dalam pada itu sememangnya sungguh jelik jika terdapat suami yang tidak membenarkan isteri untuk memberi belanja kepada ibu bapa mereka dengan alasan isteri perlu membantu suami; atau suami yang sememangnya kedekut atau berkira kira untuk berbelanja untuk mertua, walhal ada di kalangan mertua yang ketika sihat sanggup berhabis wang ringgit serta harta untuk anak, menantu serta cucu demi kebaikan mereka bersama...Begitu jugalah jika si isteri yang menghalang kepada suami dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya...

...Terdapat isu yang dibangkitkan oleh sebuah stesen radio baru baru ini yang kononnya isteri wajib menurut kata suami (jika suami melarang isteri menziarahi mereka) hatta jika meninggal sekalipun...Sebagai manusia normal dan waras kita perlu ingat jika sakit pun wajib/perlu dijaga apatah lagi jika meninggal! Mengapa pula tidak boleh menziarah...Kena faham bahawasanya jika suami menghalang bermakna suami telah memerintahkan isteri melakukan maksiat (maksiat itu luas maksudnya - bukan hanya zina, mencuri, minum arak)  yakni memutuskan hubungan ibu ayah dan anak dan hukumnya adalah haram! Bahkan suami sendiri juga telah berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik kepada kedua mertua!




...Bagi anak kandung perempuan pula jangan sesekali mengambil sikap lepas tangan dengan langsung tidak mengambil tahu atau peduli terhadap ibu bapa sendiri yang dibela/jaga oleh ipar perempuan atau lelaki kamu...dan jangan pula jika isteri atau menantu yang menolak dari menjaga ibu bapa mertua yang sakit kita labelkan pula sebagai menantu yang derhaka atau tidak baik, sedangkan itu adalah tanggungjawab anak perempuan yang wajib kamu lunaskan dan inilah hukum asasnya di sisi Allah SWT...



...Setiap anak perlu sama sama membantu dalam urusan penjagaan, walau bantuan itu tidak semestinya sama...Ada yang senang, maka berilah lebih...bagi yang susah pula jangan ditambah lagi beban kepada mereka...Adalah  pelik jika kita tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua apatah lagi jika mereka sakit dan tidak mampu mengurus diri..Saya ada satu kisah benar di utara tanah air tentang saorang anak dan keluarga yang membiarkan ibunya yang uzur tinggal di tanah rezab sungai di sebuah  kampung tanpa menziarahinya selama berbulan bulan maupun mengirim wang belanja...Apakah alasan? Sedangkan anak tadi serta cucu; masing masing mempunyai kereta mereka sendiri, dengan rumah ibu/nenek yang hanya kurang sejam sahaja jarak perjalanannya...Sedar sedar ibu tua tadi dijumpai oleh penduduk kampung telah mati lemas dan hanyut di dalam sungai berhampiran rumah beliau...Sungguh memilukan! 

...Sesungguhnya ujian kepada sesiapa yang menjaga ibu bapa atau siapa saja yang sakit atau uzur ini perlukan kepada persiapan mental, emosi serta fizikal yang kuat. Mesti banyak bersabar ketika mengurus orang tua yang adakalanya kembali bersikap keanak anakan, pelupa, mau pun menjadi perengus...Keselesaan serta kebersihan persekitaran serta diri jangan diabaikan, begitu juga dengan emosi mereka...

...Semua ini perlukan muafakat, jangan lah kita sewenang wenangnya membuat hukum yang bukan bukan berdasarkan adat tradisi tanpa merujuk kepada agama, Quran dan hadis...
                                                     ...Wallahu A'lam Bishawab...       


..jika semasa kecil berkongsi air susu ibu, mengapa pula setelah tua kita tidak mahu berkongsi menjaganya...