...Sejak kebelakangan ini kerap kita baca di media tentang ungkapan yang mengatakan Melayu adalah merupakan bangsa yang pemalas!! Isu ini menjadi hangat setelah ada yang beranggapan pendatang asing Bangla umpama nya sangat rajin justeru mereka dipilih untuk mengisi ruang kerja
di negara ini...Walaupun dengan gaji yang kecil mereka sanggup...Ok, soalan dari saya...jikalau sebatang kara merantau ke negara orang mestikah kamu masih lagi memilih kerja dan gaji atau tempat tinggal??
...Sepanjang hidup saya sebelum ini pernah jadi waiter, jadi cook (ada masanya 12 jam waktu bekerja belum termasuk over time) jadi steward di hotel hotel (cuci longkang kitchen), jual bundle, jual jam, jual mercun, buat dan jual kuih, jual kacang, jual buah-buahan untuk tambah pendapatan family...jalankan trading dan deliver barang hingga ke Perlis dan seluruh Kedah, Selangor juga Perak...Keluar pagi pulang lewat malam...Pernah tengah malam naik motor balik dari keja part time di Pakeeza Restoran kena langgar hingga separuh badan di bawah van roti di jalan Ashby Ipoh...mujur tak teruk (salah seniri konon nk short cut masuk jalan one way)...kena kencing dengan clients...kena 'tikam belakang' dengan pesaing dan macam macam lagilah...namun itu bukan alasan untuk mengalah...ada jugak kawan kawan yang kata saya rajin...saya jawab ini bukan soal rajin tapi soal survival...dan jika dapur rumah tak berasap sanggup kah kamu menghantar gula kopi ke rumah saya? Meminta minta bukan lah amalan saya...Saya ada prinsip sendiri... 'Lawan Untuk Hidup'
...Orang kita tidak memilih kerja sebenarnya tapi biarlah dengan pulangan atau gaji yang setimpal dengan kerja dan wajar dengan keperluan hidup...Kita perlu memiliki rumah, kenderaan, berkahwin dan beranak pinak, membayar segala bil, talipon, internet, air, letrik, cukai pintu , cukai kumbahan, cukai itu cukai ini...Bangladesh atau bangsa pendatang lainnya perlu ke membayar semua itu...Mereka boleh tinggal dalam rumah sempit berpuluh orang...Mereka tidak perlu untuk balik kampung setiap minggu untuk melihat orang tua (tapi orang kita sendiri pun ada yang dah bertahun tak balik kampung) Bangla, Nepal, Rohingya, Vietnam, Negro tidak perlu membayar wang saku sekolah anak anak, tidak perlu fikir tentang yuran mengaji dan tution....tidak perlu membayar tol ketempat kerja...Sedangkan kebanyakan kita perlu fikir dan wajib layan semua ini...
...Semua sedia maklum banyak raayat negara kita yang sanggup berpusu pusu setiap hari kenegara jiran Singapura untuk bekerja...sedangkan pekerjaan itu juga turut ditawarkan di sini...bezanya ini kerana ingin mengejar gaji yang tinggi di sana...Saya percaya jika majikan kita tidak tamak dan sanggup memberikan gaji yang setimpal tidak lah raayat kita bekerja ke negara lain...kita hanya menyentuh tentang sektor pekerjaan 3D (Difficult, Danger, Dirty) belum lagi pada bidang profesional...Betapa ramai mereka ini (rakyat kita) yang sanggup berhijrah (ke lain lain negara) semata mata untuk meraih pendapatan yang tinggi...bukan lagi jati diri bukan lagi semangat untuk berbakti kepada tanah air yang menjadi keutamaan...dalam soal ini (kini) faktor survival menjadi tajuk utama...
...Oleh itu untuk mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa pemalas amatlah tidak tepat serta tidak adil...begitu jugalah sebaliknya sedangkan rajin atau malas sesaorang itu bukan terletak pada bangsa...dan suka saya tekankan di sini sesiapa pun boleh berdaya maju dan mampu bersaing jika mereka mahu berusaha keras, rajin tidak mengalah pada masaalah, bekerjasama dengan orang lain, jujur ikhlas dan menjadikan itu semua sebagai budaya kerja dalam hidup...InSyaAllah...
P/s - Dalam pada kita mempersoalkan tentang warga Bangla jangan pula kita pejam mata dengan kebanjiran pendatang dari seluruh dunia ke negara ini...Ini bukan lagi isu picisan...sebenarnya sama level dengan masaalah sosial lainnya....