Total Pageviews

Tuesday, October 21, 2014

...Attitude Kita Yang Semakin Melalut...



...Sewaktu melihat gambar2 peristiwa berkenaan tiada lain yang terlintas di fikiran saya bahawa ini adalah agenda halus puak liberal untuk menguji kita seterusnya jika berjaya akan adalah lagi program program lain seumpama yang akan muncul...Nak dikatakan menepuk air dalam dulang ada benarnya...namun demi kebenaran kita semestinya menegur serta bertindak dengan tidak membiarkan puak puak ini dari terus terusan mencuit hati dan maruah agama...Saya amat sedih dan terkilan bilamana pengunjung yang datang turut membawa anak kecil yang tidak tahu apa apa...Namun kita perlu sedar kanak kanak belajar dari apa yang dilihat dari sekeliling...Ini yang ditakuti kerana program seumpama ini sebenarnya banyak buruk dari baiknya...Jelas ianya kini telah menimbulkan pelbagai persepsi dari umat Islam dan non Muslim itu sendiri...Fitnah, kecelaruan pemahaman, resah...dan  ini bukanlah satu satunya ujian yang dikenakan kepada kita namun apa yang jelas ianya semakin merebak umpama barah...Lepas satu satu sedangkan kita dan pemimpin masih termangu sambil menungkat dagu...Bagi penganut Islam terlibat saya bertanya apakah yang kamu ingin buktikan? Apakah yang kamu ingin sampaikan kepada kami??? Adakah kamu rasa cukup cool dengannya? Saya akur kita semua sebagai manusia normal mempunyai rasa kasih namun apakah tiada lain cara untuk menyatakan kasih sayang kamu terhadap binatang seperti itu...Saya sendiri sebenarnya sering memberi makan kepada anjing liar yang berkeliaran di sekitar penempatan dan itu mampu membuatkannya jinak namun tidak pula saya sampai memegangnya secara suka suka...



...Bagi saya yang jahil ini berasakan jika penganjur benar benar ikhlas adalebih baik diadakan lain lain program yang berunsurkan keagamaan dan kemasyarakatan bagi tujuan mendekat diri kepada orang ramai terutama penganut agama lain dengan memberi penerangan dan pemahaman yang betul terhadap phobia mereka dengan Islam selama ini...Atau munkin juga boleh dianjurkan program untuk merapatkan hubungan anak muda dengan warga tua...Yang mana modulenya merangkumi pelbagai espek kehidupan, keagamaan, tatasusila, hubungan dengan masyarakat, sesi soal jawab dan perkongsian ilmu lainnya...Maka dengan itu nanti orang tua akan lebih memahami jiwa anak muda dan anak muda pula akan rasa lebih disayangi...Saya benar benar yakin yang semua ini mampu menarik minat orang ramai yang kemudiannya akan menjurus kepada win win situation...



...Masyarakat Islam di sini seharusnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara jiran seperti Acheh umpama nya seperti kita sedia maklum selepas dilanda Tsunami hanya Masjid yang tinggal berdiri kukuh...Bagi saya dengan apa yang berlaku sekarang ini juga merupakan bala dari Allah kerana kelalaian kita sendiri dalam mengurus tadbir diri dan amanah yang diberi...Amat malang bala yang menimpa tidak mengenal mangsa, tua atau muda...Oleh itu tanggungjawab kita bersama untuk menegur serta mengubahnya jika tidak mampu secara lisan, paling tidak pun dengan cara menegur dan berdoa di dalam hati...Itu lebih baik dari langsung tidak berbuat apa apa dengan hanya sekadar menjadi pemerhati...