Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

...Kos Guaman Pun Naik..Bior Betekk!!

...Kalo mengikut polisi perniagaan yang dipelopori oleh Yahudi..sebarang product jika melebihi permintaan maka harga akan jatuh..dan jika permintaan melebihi product harga pulak pasti melambung..Kita lihat saja masa musim perayaan harga ayam contohnya, akan naik secara mendadak..Ini disebabkan kerana permintaan yang tinggi manakala bekalan stock kurang kata pembekal..Alasan murahhh! Perkara ini boleh mereka jangkakan sebenarnya...Abih kalo dah tau kenapa tak bersedia dengan menambah bekalan sejak dari awal?!!

...Maka itu satu perkara....Jadi sekarang lain pulak halnya bila Presiden Majlis Peguam Ragunathan Kesavan mengumumkan kenaikan kos guaman sebanyak 300 dan 400 peratus...Alasan yang diberi oleh beliau adalah kerana peningkatan kes2 atau boleh diistilahkan di sini sebagai product.. Banyak kes bererti mashukkk...Jadi jika merujuk balik kepada perenggan yang ditulis di atas maka apa relevannya kos berkenaan naik??!!..

...Ini bermakna jika kes sivil yang dulunya hanya membabitkan kos Rm 2,000.00 sekarang telah meningkat kepada Rm10,000.00..Itu belum lagi kes di mahkamah tinggi...Walhal perkhidmatan dari mereka belum tentu menjanjikan yang terbaik...

...Katanya lagi sekarang kes tidak lagi boleh ditangguh sewenang2nya..Aiit yenadeii?!.. Tidak kah nanti dengan kos yang melambung naik dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan nanti akan melambatkan lagi kes? Yelah kalo dah takleh atau lambat kos yang dibayar tentu juga lah kes akan lambat disebut di mahkamah..Ini bukan munkin..tapi pasti..Ye laa kereta kalo dah tak diisi dengan minyak mana nak bergeraknya...Macam paku juga laa kalo tak diketuk camna nak tenggelam dalam kayu..Ehemm...Aku dah kena dah masa kes rumah aku dulu..(Tapi bukan sebab lambat bayar cuma sebab lapuran kerosakan yang aku buat pada kontraktor tak diendahkan..bagi tau pada lawyer yang semestinya telah dibayar tapi lawyer plak buat dek ajee..Rupanya depa ada kaw tim di belakang aku...Sana makan sini pun makan...Gergaji dua mata...Tak patut betoi...)

...Berbalik pada tajuk asal tadi..Ini sama jugaklah dengan kisah tepung yang naik seposen harganya bagi sekilo...Maka harga sekeping roti canai juga naik seposen...Memang tak patut...Humm letihhh oooo...Kalo dah sume harga barang naik...

...Inflasi naik 45% tapi pendapatan bagi raakyat naik berapa peratus? Atau masih jugak di takuk lama? Statistik mengatakan graf peningkatan berlaku keatas ekonomi negara bagi tahun ini...Tapi bukan semua dari kita yang merasa faedahnya...Peratusan rakyat yang ‘sakit’ dengan fenomena ini tetap tinggi..Dengan harga minyak yang melambung naik kepada lebih 100 dollar setong,ada kah peningkatan ekonomi itu tadi akan tetap berlaku?...

...Kata orang di atas sana jika harga barang naik..Apa susah kita boikot je..jangan beli dan jangan makan..Itu cakap orang yang dah tak boleh buat apa2..Tak menasabah betul laa..Nape tak kata...Moh kita bakor aje...kita bakor ajee...Dah tentunya sembang merapu..Huhuuu...



P/s: Tak tau berapa le pulak kos bagi kes yang aku forward pada member aku aritu..Dia kata bior semua settle dulu baru nak kira berapa...Jeng jeng jeng...Adusss itu yang suspen tuhh..

Sunday, February 20, 2011

...Sayangi yang muda,hormat yang tua...

..Dalam hidup ini semua dari kita saling perlu memerlukan..tak kira apa..tak kira siapa..Siang perlukan jugak adanya malam...apa ke hal kalau siang tak malam malam..atau malam tiada siangnya...Lelaki perlukan perempuan begitu juga sebaliknya..lumrah alam...tak boleh dinafi...Begitu juga dengan kasih dan sayang..semua memerlukannya..Tiadanya maka pincang rasa jiwa...

...Banyak yang boleh dilihat..sekeliling...Betapa mereka yang hidup dengan tiadanya perasaan kasih sayang atau perasaan belas sesama sendiri...Malang bagi mereka...Kerana kasih sayang juga merupakan anugerah nikmat dari yang Esa kepada hambaNya...Tanpa anugerah itu semua...resah gelisah jadinya...Cuba bertanya kepada mereka...Pengakuan belum pasti...

...Maka itu lah kelangsungan nya dari perasaan..dengki,khianat,dendam,hasad,adu dumba...Jiwa yang kosong...Yang rasanya tak akan berakhir selagi dunia ada penghuninya yang bergelar manusia...

..Kasih sayang seperti juga iman,perlu dipupuk..Yang tua sayangkan yang muda..bagi yang muda pula hormati yang tua..Kalau dipanjangkan umur..muda akan merasai juga hari tua...Tak akan ruginya jika kita berjasa...

Tuesday, February 15, 2011

..Still Got The Blues...

...Celebrated rock guitarist and former Thin Lizzy star Gary Moore was found dead in a Spanish hotel room on Sunday...Aku terbaca masa buka Yahoo aritu...Ishh cam tak percaya plak..aku buka website rasmi...Sah! Gary Moore telah mati..

...Gary Moore,gitaris berdarah Irish ini bermula dengan bermain bagi kumpulan Skid Row sebelum menggantikan Eric Bell dalam Thin Lizzy...Nama beliau turut sama naik bersama sama kumpulan itu dan juga bassis/vocalist mereka Phil Lynott..1986 RIP..

...Masa tinggal di Sg Senam masa bujang dulu aku selalu terdengar akan lagu dari album 'Victim Of The Future'..dari umah jiran sebelah ...dan lagu yang amat menarik minat aku masa tu 'Murder In The Skies'..kerana intro solonya yang membakar semangat..hahaha..Juga lagu ballard 'Empty Rooms' yang mempunyai mood kemelayuan dalam solonya yang panjang tu...Zaman ni pun masa tu sume nak jadi gitar hero..Sume nak jadi macam Rhandy Rhoads (RIP),Eddie Van Halen,Jake E Lee,Yngwie J Malmsteen...yang solo 150km.sejam..Hahaha zaman orang yang tak minat rock pun mengaku suka rock,yang cuma tau rock itu batu pun pun nak ikut dressing style Mat Rock...sebab taknak orang kata..Tak rock le braderr!!



...Memang mulanya tak tau siapa pemuzik atau bandnya..Satu hari aku minta dengan jiran aku tu untuk pinjam keset lagu berkenaan..aduhhh tapi sayang keset je yang diberi tanpa cover dan keset nya plak tu pirate cap tapak kaki...so tak de apa le yang tertulis atasnya...nak tanya terasa malu plak..Humm bodoh sombong plak tuu..Aku amati suara ada iras2 Ozzy Osbourne..terutama dalam lagu 'Law Of The Jungle'...tapi gaya muzik jauh sekali nak sama...

...Aku tak ada banyak koleksi dari album2 dia ni..sebab ekonomani yang tak mengizinkan masa tuh..hehehehe...Jadi yang aku ada pun hanyalah Victim Of The Future,Run For Cover,Wild Frontier,After The War,Still Got The Blues dan After Hours.









...Banyak menjemput artis terkenal lainnya dalam album studio beliau..Ozzy Osbourne dalam 'After The War' dengan membawakan lagu 'Led Clones'...macam yang aku katakan dalam lagu ini dapat kita dengar akan persamaan tone suara mereka berdua bila berduet...Album ini turut menampilkan satu lagu instrumental cover dari Roy Buchanan...'The Messiah Will Come Again'..Huhh tajuk pun gempakk...Muzik dan skill usah cakap le...Hebat! Menyengat! Bagi mereka yang meminati solo killer dari guitarist rock,album Gary Moore perlu ada sebagai koleksi...Sebelum itu dalam album 'Run For Cover' ex-Deep Purple,Glen Hughes turut berkerjasama dengan bermain bass dan menyanyi beberapa buah lagu antaranya 'All Messed Up','Reach For The Sky'.Manakala Phil Lynott pula menyanyikan lagu 'Militarry Man'...Lagu lama diberi sentuhan baru 'Empty Rooms' jugak dimuatkan dalam album ini...Aku lambat masuk dengan lagu ini sebab part solo dah dipendekan dan feel dari original version lagi best...Mana mana Mat Rock yang tak tau akan lagu ini sama je la macam yang kononnya rockers tapi tak pernah dengar 'Smoke On The Water'..baik pencen je laaa...hahhahaa..

...Dalam album 'Wild Frontier' bau Irish amat kuat terasa dengan memasukan bunyian2 dari BagPipe juga..dan cerita tentang negara kelahirannya Ireland...Patriotik jugak mamat nih!...Album ini ditujukan kepada Phil Lynott kerana sepatutnya lagu 'Wild Frontier' dinyanyikan oleh Lynott sendiri namun setelah kematian lebih dulu menjemput semasa kerja recording akibat‘over dose’ maka ianya terbantut...

...Zaman drum machine banyak mendominasikan persada muzik masa itu dek kerana tempias muzik 'new wave'...Maka album Hard Rock ini juga tidak terlepas dari menggunakannya...Aku tak setuju walaupun bunyi sedap,rasa tak real...Cuma yang bagusnye kalo guna pakai drum machine ni kerja agak mudah..tapi kalo silap teknik guna..hancuss..dengar saja album 'Darah Muda' dari SilKhannaz...(Hehe Jaei sendiri pun dah mengaku ekk)Satu lagu instrumental yang menarik dalam album ini 'The Loner' pernah dimainkan oleh Din Search ketika perform di Stadium Indera Mulia lama dulu...Fuhh memang terangkat...untuk lagu ini dalam album Gary menggunakan gitar Hamer manakala Din menggunakan Kramer..aku ingat sangat tu...

...Perubahan yang ketara pada structure muzik beliau pada 1990..Selepas album 'After The War'...meninggalkan AOR,Hard Rock & Heavy Metal kepada Blues – Rock..tak jauh sangat beza sebenarnya sebab akar dari pokok yang sama jugak..'Still Got The Blues' melonjakkan lagi nama beliau setelah lagu ini berjaya menduduki beberapa carta ketika itu...antaranya American Top 40..tapi secara peribadi aku tak berapa suka lagu ini...berbanding lagu2 lain dalam album ini...munkin sebab dah 'over rated' kot..hehehe..Aku lagi suka pada 'As The Years Goes Passing By'..yang solonya melayang layang gitu..lagu cover dari Albert King..Pengaruh 'blues negro'juga kuat didengar dalam album ini.Album ini menampilkan kerjasama dengan pemuzik lagenda serta handalan dunia seperti George Harrison,Albert Collins dan Albert King...Ada jugak aku dengar pengaruh dari Toru Oki Blues Band...

...'After Hours' adalah album terakhir yang aku ada dan beli...seperti jugak album blues dari beliau sebelum ini mood dan flownya hampir sama...blues Rock + Jazz Fusion...jadi tak payah le nak kerah tenaga lebih2 bila mendengarnya...suka layan sorang2 masa nak tidur dan dalam gelap...terasa lebih dia punya feel...Blues memang syok dilayan masa santai hehehee...Selepas 'After Hours' aku dah tak ikut dia...pasal apa?Entah aku pun tak leh nak jawab...Atau munkin gak sebab aku dah banyak beralih kepada mendengar 'Progresive Death Metal' masa nih...



..Artikel dari Kerrangg yang jenuh aku punggah dari majalah lama aku malam aritu...Ingat nak framekan gambar tu dari dulu sampai sekarang tak buat2..Berbaloi jugak aku simpan dari tahun 80an dulu..ngehh ngehh...



...Pergi dan datangnya pemuzik sama seperti manusia yang lainnya...Namun penganti pasti takkan sama...Gary Moore...RIP..They said Gary NoMore..But We Still Got The Blues...

..The Fallen Heroes..One by one..Rhandy Rhoads,Steve Clark,Chuck Schuldiner,Rory Gallagher,Roy Buchanan,Stevie Ray Vaughn..RIP..

P/s : pergi out skirt ke Selama Sabtu lalu aku layan lagu2 dari 'After The War' balik Ipoh lalu Pondok Tanjung dalam cuaca mendung dan lembab di kelilingi hutan menghijau aku on plak album 'Still Got The Blues'..perghhh shahduuuu...Apa lagi bila singgah di Pusat Ternak Kambing Boer Malaysia yang cantek..cam Texas..hahahaha...

Saturday, February 5, 2011

...David Coverdale Whitesnake..Ready And Willing...Forevermore...




...Mula kenal akan lagu dan beliau pada tahun 1977 rasanya tapi sebelum itu pun pada 1976 aku dah selalu sangat mendengar akan Soldier Of Fortune ketika bersama Deep Purple..Walaupun beliau telah lama bermulanya..David Coverdale,Hela nafas dan suaranya ketika menyanyi memang sungguh menarik...macam aku kata dulu lah kalo tanpa muzik iringan pun dah cukup lunak...


...Sebenarnya aku bermula dengan mendengar Whitesnake dari album Live..In The Heart Of The City..rakaman di Hammersmith,London..semasa tinggal bersama member2 di Menglembu dulu..album yang dikeluarkan pada 1980..time nih memang payah sangat nak dapat info apa lagi album...Selepas tertarik dengan album ini lah aku mula mencari album2 sebelumnya...Kalo di Ipoh Melody Muziklah lubuknya kalo nak cari stuff sebegini..Sememangnya lambat..tapi lebih baik dari tak dapat...hahaa..


...Second solo album Northwinds selepas David Coverdale Whitesnake memang raw dan pure,lari sangat dari muzik asal bekas band terdahulu Deep Purple..untuk album ini sound lebih pada blues pop dan sedikit pengaruh jazz aku kira..Time And Again,Only My Soul,Say You Love Me antaranya,dalam album ini betul2 menguji kemampuan Coverdale sebagai penyanyi yang versatile..huh ayat klise..tapi itu lah yang mampu aku katakan..Sound yang friendly,clean,easy listening dan masih segar sehingga ke era muzik sekarang..namun aku percaya payah nak masuk ke telinga pendengar2 mainstream especialy pendengar tempatan di sini..Biasa laa..



Mickey Moody,Jon Lord,Cozy Powell,David Coverdale,Bernie Marsden,Colin Hodgkinson


...Secara peribadi aku tak minat dengan sound band ini ketika mereka bermula dan menggunakan khidmat guitarist Mickey Moody dan Bernie Marsden kerana sound gitarnya yang bluesy cair dan agak murah bunyinye bila part solo..hehe telinga dan selera aku tak masuk sound begini beb...walaupun aku minat dengan Blues...Ketika itu band ini lebih kepada sound blues rock..bersama dengan pemuzik lainnya Neil Murray di posisi bass serta dua bekas ahli Deep Purple,Ian Paice (Drums) dan Jon Lord (keyboard)namun begitu lagu2 seperti Walking In The Shadow Of The Blues,Ain’t No Love In The Heart Of The City,Ready N Willing,She’s A Woman,Crying In The Rain,Blind Man,Here I Go Again,Young Blood dan banyak lagi...tetap menarik minat aku dari segi susunan muzik,vocal dan liriknya..walau ada bau2 cintan..tapi perlu faham lagu2 mereka kebanyakan mempunyai double meaning..penuh dengan kiasan,jadi perlu faham jugak maksudnya di situ...



...Itu lah David Coverdale..Walau hanya 3 album studio (Burn,Stormbringer dan Come Taste The Band) dan beberapa album live antaranya Live In London,Live In Japan,Last Concert In Japan dan Made In Europe ketika bersama Deep Purple..tetapi album Stormbringer bagi aku adalah merupakan album klassik...Benar benar memikat aku..in fact album ini juga menampilkan muzik mereka yang menerapkan eliment funky dengan dua penyanyi iaitu Glen Hughes bassis yang berduet dalam lagu Hold On,Love Don’t Mean A Thing,You Can’t Do It Right dan lain2...







...Ok jom balik pada topik asal...Slide It In..tahun 1984,Whitesnake meneruskan misi mereka...memberi ruang kemasukan drummer baru tapi otai Cozy Powell,telah menukar sedikit muzik mereka yang mana sound drum yang sememangnya menjadi trade mark Powell begitu menonjol dalam album...Ini tidak digemari oleh Coverdale dan kebanyakan peminat hingga jualan album Slide It In kurang mendapat sambutan...Hehh, dah tak boleh jual baru kata tak suka...Begitupun aku yang sememangnya minat dengan sound dan drum attack dari Powell yang sebelum ini pernah bermain untuk Rainbow dalam album Rising benar2 suka akan album ini yang mempunyai banyak lagu yang laju serta elimen Hard Rock yang kental...Bertolak dari itu akhirnya Cozy Powell ‘ditendang’dari Whitesnake yang kemudiannya bermain untuk Black Sabbath...Agak lambat menembusi namun sebenarnya album ini jugalah yang membuka ruang bagi mereka untuk meneroka pasaran US setelah berhempas pulas sebelumnya..nyata album Slide It In mampu membuatkan mereka untuk pergi lebih jauh...



Tommy Aldrige,Rudy Sarzo,Vivian Campbell,David Coverdale & Adrian Vandenberg.


...Tahun 1987 Coverdale mengistiharkan untuk ‘remake’ dan telah keluar bersama beberapa line up yang muda dan semestinya bersama dengan mood dan taste ‘muda’ jugak..disokong oleh dua keyboardist Bill Cuomo dan Don Airey,Aynsley Dunbar bermain drum dan gandingan guitarist terbaik mereka ketika itu Adrian Vandenberg dan John Sykes(Thin Lizzy)..dan kembalinya bassis asal mereka Neil Murray..sound mereka benar benar berubah...mereka telah mengubah format muzik mereka kepada muzik yang lebih ‘open market’,friendly,lebih heavy metal dan semestinya lah ketika era itu dengan imej glam rock...fesyen rambut kembang...wajah yang dimake up,motley colors gitu...aduhhh sungguh tak boleh masuk dengan selera aku yang lebih suka dengan imej mereka sebelum ini lebih greasy,berseluar boot cut dan jeket kulit...padan le dengan aku pun yang ketika itu dressing pun selekeh...'kipas susah mati'hehehe..Tapi musical wise mereka tetap yang terbaik!




...Antara singles dan lagu2 yang menjadi hit ketika itu..Is This Love,Bad Boys,
Still Of The Night dan lagu lagu yang diberi sentuhan baru seperti Crying In The Rain dan Here I Go Again..bagi aku kurang menyengat berbanding versi asal...Gitar Virtuoso Steve Vai(Frank Zappa,Alcatraz,David Lee Roth)dan Vivian Campbell(Dio) juga pernah bersama2 dengan Whitesnake ‘baru’ini namun khidmat mereka hanya ketika road tour tidak di dalam album..Selepas itu Coverdale hilang buat seketika dari persada muzik rock...





...Setelah menyepi selama empat tahun dari sebarang material bersama Whitesnake..Pada 1993 Coverdale telah mengadakan kolobrasi bersama dengan Jimmy Page guitarist lagenda dari Led Zeppelin..Dengan album mereka Coverdale & Page...Gandingan dua orang bertaraf lagenda semestinya menghasil sesuatu yang..Boom!! Lagu2 yang terdapat dalam album ini hampir kesemuanya mempunyai bau persamaan atau mood dari kedua dua band asal mereka, dengar saja lagu lagu seperti Take Me For A Little While,Feeling Hot,Whisper A Prayer For The Dying,Don’t Leave Me This Way,Absolution Blues..Hasilnya bila Whitesnake + Led Zeppelin..Hahhh..Pastinya terbaikk!!...

...Robert Plant(Led Zeppelin) dalam temuramah dengan majalah Kerrang pernah mengakui sendiri kehebatan Coverdale dan berasa kagum di mana beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan lari dari bayang dan pengaruh band yang terdahulu setelah beliau keluar dari Led Zeppelin untuk karier solo...





...Bersama dengan album Restless Heart pada 1997...kedengaran sound dari album ini seperti kehilangan modal atau mood..sound dan melody yang seperti recycle dari album2 terdahulu..walaupun gandingan pemuziknya semua hebat2 termasuk Adrian Vandenberg.Aku kesal sangat dengan keseluruhan album ini...Anti klimaks...

...2003...adalah tahun untuk Whitesnake membuat come back sempena aniversari ke 25 tahun..dengan hanya Coverdale sahaja yang menjadi tunjang dan ahli asal..beliau telah membentuk satu team di mana Dough Aldrich yang pernah bersama dengan Man With The Golden Throat Mr Dio..RIP..sebagai lead guitarist,Reb Beach(Winger)Marco Mendoza bass,dan di posisi keyboard Timothy Drury..dan oh ya aku terlupa,ini termasuk saorang ahli lama beliau di posisi drum iaitu Tommy Aldridge..saorang drummer otai juga, yang pernah bermain dengan Ozzy Osbourne,Gary Moore dan ramai lagi rockers terkenal...

...Promoter terkenal Ali Bakar dari Showmster pernah berjanji untuk membawa Whitesnake ke Malaysia dalam tahun 80an tapi tak tahu mana silapnya hingga kini hanya Gillan And The Band dan sebuah band blues yang aku pun dah lupa namanya saja yang dibawa masuk oleh Showmaster...Apa yang aku percaya kerenah birokrasi yang menggagalkan usaha beliau...



Whitesnake 2011 - Dough Aldridge,Michael Devin,D.Coverdale,Reb Beach,Beriian Tighy.





...Coverdale tetap Coverdale..tiada yang sama seumpamanya...penyanyi Malaysia..Awie pernah mengaku beliau amat terpengaruh dengan cara nyanyian Coverdale...ini boleh kita dengar dengan jelas ketika Awie bermain dengan vibrato suaranya serta hela dan dengusan nafas..Bukan meniru tapi itulah pengaruh..Apa nak heran..

...Bukan senang untuk mengekalkan suara yang mantap dan sama ketika di dalam album dan juga live performance,tetapi itu lah kelebihan yang ada pada diri beliau...walaupun pernah mengalami beberapa kali komplikasi pada peti suara...Kini setelah Good To Be Bad...March 25,2011 adalah tarikh keramat yang ditunggu tunggu oleh peminat tegar beliau di mana album studio terbaru mereka ‘Forevermore’ akan dilancarkan...Sama samalah kita tunggu adakah mereka tetap dan masih hebat?!! ...Selamat kembali...David Coverdale & Whitesnake...





p/s:..walau dengan line up yang sering bertukar ganti..Whitesnake tetap David Coverdale..dan David Coverdale tetap Whitesnake...

Thursday, February 3, 2011

...Cuti Panjang...

...Adeeehhhh,boring...boring gilerr beb..cuti Tahun Baru Cina nih...bayangkan Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad perghh...punya la lama nak ngabihkannya...Ada kengkawan aku yang ngambik peluang pergi bercuti bawak family..sana sini...Tapi aku nak pergi..tak bley,sebabnya anak aku plak tak dapat cuti...

..Ingat nak pergi pekan window shopping..ada ke kedai yang buka arini pun...kalo ada pun rasanya jalan ke pekan Ipoh mau jugak jem nih..Ye la bukan macam Kolumpo time cuti2 nih orang kurang...Cuti lama cam ni la orang banyak amik peluang balik kampung...Mau tak mau dok jugak le di umah sambil layan majalah lama yang dah berapa kali aku ulang baca pun entah...Cukup time hantar dan malam kang amik anak aku balik dari kerja...Wife ajak aku ke Batu Gajah antar barang jualan dia...aku payung aje,takde mood...So aku minta anak yang sulong temankan merangkap driver...Balik depa bawak cakoi Kampung Pasir..cicah plak dengan sekaya tolak dengan air jambu batu asam boi...Burp!Jadi laaa...habuan melayan cuti arini...


p/s: Ujung minggu ni ada 2 kenduri kawin..Humm kenduri lagii...