Total Pageviews

Tuesday, February 23, 2010

...Cerita Ceriti 1..

Cerita..lepas antar Ashraf dan Firdaus ke rumah Che Gu Bob “free lance” untuk tution aku call Dr Jaspal dan bagitau nak jumpa dia..Jawabnyanya di hujung talian..You r welcome tapi can you manage that crowded pasar malam out there? O o ye tak ye jugak so aku basgitau lain x je la aku datang..sudahnya aku ke Tesco St 18 je untuk mencari atau menambah keperluan yang dah copoi..he hee..sebelum tu cam biasa aku akan singgah ke kedai buku yang ada di dalamnya..kalu tak membeli pun aku suka meninjau ninjau je..suka gak tengok buku atau majalah tu disusun kemas sebegitu rupa dengan motley colors tu..malam tadi aku mencari satu majalah muzik regular aku ******.Sorang staff kat situ berkata,"Pakcik suka sangat ye dengan majalah ni?dia yang kenal dengan anak sulong aku sebenarnya kebetulan selalu bertugas bila aku membeli majalah berkenaan di situ..so aku jawab "Dari 1st.issue sampai le sekarang dah takat pinggang ni hah memang tak pernah miss..kecuali kalo kat dalam nya ada band yang tak kena dengan taste pak cik atau menyampah..pak cik protes cara camtu je!jangan beli he hee.." "OO camtu pun ada gak ekk.."katanya lagi..aku menyambung ..."Ini majalah info bukan cam “Pelam”atau “Mediot”tu gossip gossip tak main laa..haa haa…"Beli ilmu boleh guna sampai bila bila tapi kalo beli gossip..??


Ceriti...Pagi tadi aku ke sebuah Hospital swasta kat Ipoh Garden..cam selalunya la pusing punya pusing punya pusing tak juga dapat petak parking yang sentiasa penuh..pantang je berenti menjerit le si Pak Guardnya punn..aduss terpikir gak aku kalo le yang datang tu dari gate belakang dan berada dalam kecemasan tak tau mana nak tuju..harus barangkali kot Pak Guard tu akan berkata Encik encik kalo mau mati tunggu dulu aa..lepas lu parking kereta baik baik belakang lu mau mati kalo pun tara apa…ish ishh..sudahnya aku park juga kat line kuning…sekejap je pun tak sampai lima minit..ye la idak kalo apahal?(Mujur gak ada member tunggu dalam kereta)

Wednesday, February 17, 2010

..cerita ceriti..

Malam makin larut,ubat presepsi dr Dr pakar Hospital Ipoh dah aku telan awal awal lagi dah..aku tak leh tidur ..ni tentu pasal caffeine yang aku teguk sampai 3 cawan ni tadi..aku terbaring atas tilam kat hall..bilik yang ada tu kira tempat salin baju je..katil?Katil pun jadi perhiasan je sbb kalu aku baring atasnya pun kaki aku terjulur gak..sebab terlebih panjang..katil cuma 5 kaki.. panjang aku pulak err ..tinggi aku pula 6 kaki.. hum nasib laa..pusing kiri tak kena kanan pun tak kena..haa apa yang patut kena..OO ya kena bangun balik nih...tapi aku nak buat apa?

....Heh baik aku layan dvd yang aku beli smalam tapi tak sempat nak tengok lagi tu..cita Lords Of Dogtown..yang kalu tak silap aku di produce pada 2005,ok gak,tapi cita ni aku rasa tak berapa sesuai ditonton oleh bebudak yang masih lagi tercari cari identity diri kecuali dengan guide kita yang tua nih....sebab jalan cerita ni banyak mengandungi unsur unsur perlakuan liar dan tidak bermoral bagi masyarakat dan budaya kita..cerita yang berdasarkan dari true story tentang anak2 muda yang tinggal di California..meminati dan melepaskan adrenalin tenaga muda mereka terhadap sukan extreme skateboard..Tony Alva,Stacy Peralta dan Jay Adams…satu lagenda..yang berjaya dalam bidang masing2 akhirnya..Dalam cerita ni aku amat minat dengan watak Jay yang mempunyai keluarga bermasaalah tapi aku rasa amat cool,berbanding dengan Tony yang kaki perempuan juga Stacy yang agak goyah pendiriannya..





…walaupun begitu banyak juga unsur2 positif yang boleh diambil kira seperti semangat yang tak mengenal erti gagal dan kalah,usaha yang berterusan dan semangat setia kawan dan ini juga lah yang membuatkan aku suka dengan cerita ini..kerana bukan senang nak cari kawan atau sahabat yang setia,yang sanggup susah senang bersama..rahsia kau rahsia aku begitulah sebaliknya sampai bila bila...Hatta adik beradik sendiri pun...jika berbeza je sikit cara berfikir,hahh!Kau kau,aku aku..sapa yang rugi?

...aku masa ketika sekolah menengah dulu..nak tengok wayang contohnya..

Er kau ada duit tak?
Ada tapi tak cukup..
Ok kita ada berempat..mari tong tong sorang sikit bagi cukup..

..Dan kalo masih gak tak cukup..yo tak yah g takpe ..asal jangan ada kawan yang tertinggal..begitu jugak le..rokok sebatang boleh dikongsi beramai..tea ais sebungkus kongsi berlima..apa pun tak pe no hal..tinggal di rumah bujang dulu pun sama gak..one for all..all for one..tapi idak le dalam semua hal..tak kan le nak berak pun kongsi satu jamban dua orang...itu dah lain ceritanya tuu..he hee..

..bersahabat atau berkawan bagi aku biar sampai mati..ikhlas,tulus,jujur itu teras utamanya..duit?OO bukannya...walau aku tak nafikan dengan duit boleh beli kawan..beli pengundi dah almaklumlahkan?..tapi..jujur ke?ikhlas ke?kalo dah camtu?Huhh!!

..Humm aku rasa ini lah antara cerita yang boleh aku tengok sampai habis..yang lain tu banyak yang tengok aku balik…pasni aku nak cari Romper Stomper..cerita pasal skin head..ganas gak nihh..Eddie Gerhana Ska Cinta pernah cakap yang dia dulu amat terpengaruh ngan filem nih hingga dia juga..terbabas jap..he hee..

Wednesday, February 10, 2010

..aku mau terus hidup..



Darah merah bercampur habuk karat
Mengalir deras di pentas usang
Soldadu tua meratap hiba
Demi hilangnya semangat,demi hilangnya maruah,demi hilang nya segala…
Terus mencari di manakah penyudah segala duka
Apa yang dapat hanya hati yang terluka..hasil cetusan segala dosa..
Terus menghirup debu palsu
Terus menghembus asap pilu..
Perjuangan jalan terus..

Monday, February 8, 2010

..Lelaki Melayu bermasaalah?

Sudah menjadi tabiat aku selalunya,kalau tak bawa pinggan naik ke opis tapau je nasi untuk makan tengahari..sambil menyuap boleh dengar lagu..dan aku cukup suka membaca apa saja yang tertulis di atas kertas pembungkus nasi aku itu..baru baru ini sedang aku menyuap dan membaca..ada satu artikel yang agak menyentuh hati aku..bukan sedih..tapi bengkak!..ianya mengenai saorang pembaca yang menghantar pendapat pada satu ruangan forum..katanya lelaki melayu bermasaalah..tidak menghargai dan tidak menghormati wanita..ye ke..?hemm ok..

...Namun sedarkah penulis berkenaan yang masaalah berkenaan bukan sahaja dialami oleh lelaki melayu namun bagi kaum lain juga mengalami masaalah yang sama dan yang lebih jelas lagi kaum wanita juga begitu.

...Beliau mengatakan tinggal di luar negara selama dua tahun namun tidak barang seinci pun tubuhnya disentuh oleh lelaki asing.Tahukah penulis bahawa munkin lelaki lelaki asing berkenaan tidak berselera dengan beliau apalagi dengan sentimen anti asia atau kulit berwarna sejak dari dulu lagi.Tetapi cuba pula beliau jengok ke Planet Hollywood dan Hard Rock Café atau pun tempat lain di ibu kota betapa ramainya lelaki asing mengulam wanita wanita kita yang saya kira amat teruja jika dapat berdamping dengan mereka maka dengan sebab itulah kebanyakan artis Melayu kita pun banyak yang berkahwin dengan lelaki asing walaupun hanya untuk sekejap,apakah kerana mereka berpeleseran di tempat eklusif maka tindak tanduk mereka yang cemar masih lagi dianggap gentlemen atau menghargai wanita??

...aku mempunyai saorang kawan artis yang pernah merantau dan menetap di luar negara selama empat belas tahun dan dari pengalaman yang diceritakan beliau mendapati masyarakat mereka rata ratanya miskin jiwa dan moral baik lelaki mau pun wanita,yang tua mau pun yang muda banyak yang tidak beragama,sedangkan kita yang sejak lahir dan beragama pun tidak lepas dari melakukan perkara yang tidak baik (kesilapan) apatah lagi mereka..Jadi jangan lah penulis berkata atau memandang rendah dengan lelaki Melayu yang mana aku kira bapa atau abang penulis juga adalah orang Melayu,ianya saolah olah meludah ke langit juga.Kita telah lebih lima puluh tahun merdeka tetapi masih lagi ada raakyat yang mengagung2kan orang luar.Apakah penulis berkenaan ingin menunggu adanya orang asing berkulit putih atau berkulit hitam legam umpama gagak yang akan meminang beliau?Humm..sama sama kita tunggu..

Monday, February 1, 2010

..MeLayuu..

Aku ke Langkap pada Sabtu lepas,sebelum tu singgah di pekan Gopeng untuk minum pagi, dari malam tadi aku dah plan.Aku dan Hafiz masuk satu gerai mamak di tepi jalan..duduk melangut dalam sepuluh minit pelayan yang ada cuma lalu lalang aku buat eye contact tapi tak menjadi sebab depa tak pandang aku pun..depa ingat aku tak ujud kot..tak pe la..aku angkat kening kat Hafiz..jom belah..Singgah plak kat Pekan Jeram masuk satu restoran ala ala mamak je signboardnya..masuk je...aku disapa saorang mamat..dengan snow cap,jeans dan boot cowboynya..gaya memang tak kalah..hehh..

Pelayan – Abang nak apa (patutnya kau panggil aku pakcik)
Aku – Tosei ada?
Pelayan – Untuk apa tu? Makan?
Aku – Ye laa..
Pelayan – (Dengan termangu mangu)..Entah cuba tanya dengan orang tu..
Sambil menuding jari kepada saorang lagi pelayan yang pakai apron..
..Selera aku langsung terlerai..nafsu aku lesu…apa dia ingat tosei tu apa?Kertas tissue?Atau benda hidup ada kaki ada tangan?Sudahnya aku pesan air suam aje..hancus satu Malaya..Munkin silap aku pun jugak tanya tosei kat restoran melayu (yang aku sangka restoran mamak)tapi yang mamat sekor ni pun apa ke hal tosei pun tak kenal?Lawak bodo ke ape?

..Sudahnya aku layan sendiri cedok bihun goreng dekat dengan kaunter..bihun yang tak ada walau sehelai rumput pun apatah lagi dengan sayuran sebagai perencahnya..aku pujuk diri sendiri..dah ini rezeki aku pagi ini jangan nak banyak songeh..bersyukur je lah..aku tak ingat nama restoran tu tapi rasanya elok je ditukar pada nama Restoran Memang MeLayu..punn..huhu…