Total Pageviews

Monday, November 16, 2009

..Moh Menungkah Bukit Wehh!!




Setiap hujung minggu jika tidak ke out station samada pagi atau pun petang aku selalunya akan ke Bukit Kledang yang terletak berdekatan Pekan Menglembu.Biasanya aku kesana bersama sama dengan anak anak untuk tujuan beriadah sambil menenangkan fikiran..cee..

Sebenarnya aku dah lama layan bukit ini ianya sejak aku masih muda dan tinggal di kaki bukit ini pada tahun 80an dulu lagi.Dulu balik keja berjalan kaki ngan kawan kawan ke stesen bas yang jauhnya lebih kurang 3 kilometer.Turun je bas sampai di rumah terus tukar pakaian dan naik bukit ni pulak fuuhh..bila di kenang kan balikk..badan tengah muda masa tu..apa pun lalu..la ni? Eheh ekau nak telontang cubo laa..he he..

Apa yang aku perhatikan semasa naik dan turun dari bukit ini ialah mereka mereka yang menyahut cabarannya..kebanyakan ialah berbangsa Cina ..melayu cam aku? Heh! Kurang dari lima orang yang aku jumpa setiap kali kami kesana..kemana mereka pada cuti hujung minggu ni?Issh baik le sambung tidur selepas solat subuh..bila lagi nak bangun lambat..tentu itu jawapannya kalo ditanya..

Ini semua berkait dengan kesedaran sebenarnya..orang melayu kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan amat kurang berbanding dengan bangsa asing..dimana mana pun jika kita tinjau pusat penjagaan kesihatan,gym padang padang semua mereka je yang conquer ..tapi tak adil plak kalu nak kata mereka je yang jadi juara orang kita pun apa kurangnya..merempit kita juara apa.. jangan lupa tu..melepak orang kita juga di mana pun lebih lebih lagi di kedai kopi…tapi la ni dah standard sikit ..lepak kat Kopitiam..duduk minum kopi diam diam,idak jugakk.. cerita lain takde.. politik..cakap berdegar degar tapi %$@*7$ tersangkut di gelegar..hoii jauh dah peginya aku nihh.nak ngumpat cari tempat lain laa..ok ok ..

.. teringat pada satu hari saorang jiran bertanya ketika bertembung masa aku sedang berjogging dekat umah

Jiran -“Wan kamu sakit apa?
Aku -“Ah, Knapa plak”
Jiran “Ye la aku nampak kamu selalu je exercise”
Aku - “Ha tu le orang kita dah sakit baru ingat nak exercise,jadi ko pun ingat aku sama gak cam depa ek?
Jiran – Tersengeh2 ngn muka pudar terus belah..
Aku – Amik kau..

Munkin aku dah terdidik sejak dari kecil lagi,bapak aku cukup pantang bila tengok aku melepak aje di rumah pada waktu petang sambil menonton tv,(nak tengok AstroBoy pun dah tua ni baru merasa he he..)disuruhnya aku ke padang main bola ke,takraw atau apa saja,tapi yang aku minat hanya lah berjogging di ladang kelapa sawit dekat ngan berek kami dulu pastu sambung ngan bola tampar plak..berbanding dengan bola sepak yang aku rasa kasar sangat..bila dicuba selalunya bengkak keting lepas berlaga ngan lawan ..main bola ni juga aku rasa cam orang bodoh je terkejar kesana sini berebutkan bola sebji..tapi terpulang le pada minat masing masing aku tak patut kutuk pun.. apa pun kita patut bersenam atau beriadah untuk kesihatan dan ia amat perlu bagi kita..kalo nak sakit gak itu leh dikatakan takdir sebabnya kita dah berusha untuk mengelaknya.. Jadi?Ate mohle menungkah bukit..

P/s: aku dah enam bulan tak ke bukit..keadaan yang tak mengizinkan..hu hu huu...




...Si Ashraff yang tak reti bahasa letih..




..rehat jap lepaskan lelah..si Sarah ni lantaknya pakai slipar je?Ape ke hal?


....dalam terkial kial dengan tongkat akibat stroke..sampai jugak apek ni ke stesen kaji cuaca kat atas nih..aku tegur..apek lu manyak kuat..dia jawab..mana adaa..aku sambung lagi..lu punya hati manyak kuat..sampai ke telinga sengehnya dia..aku respek dengan semangat apek ini..


..lepas hayun nasi lemak..aaa sampah jangan buang merata ekk..









...terapi minda..he hee..

Wednesday, November 4, 2009

..Raya Aritu..

..Syukur Idul Fitri..
..entri ni lambat aku buat sebab…emm ada laa..tapi something is better than nothing..so di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat dan kengkawan yang sudi menziarahi aku pada raya yang lepas..samaada yang dijemput yang tak dijemput pun sama itu membuktikan setia kawan korang ngan aku..pada yang dijemput hatta adik beradik aku sendiri yang “tak dapat” hadir juga aku ucapkan ribuan terima kasih kerana korang tak mengurangkan gula dan kopi di rumah aku..he he apa korang ingat aku nak hantar kad jemputan?Sori..no way..tanpa kunjungan korang pun dosa kecil aku dapat jugak dihapuskan dengan kehadiran sahabat2 setia..dalam sedih dan gembira menyambut raya..aku diberi hadiah besar oleh Allah..kunjungan sahabat karib semasa kecil yang kali terakhir berjumpa pada tahun 1980…Alhamdulillah Ya Allah....kerana aku tau dalam mereka yang membenci masih ramai lagi yang menyayangi dan menghargai..

...Laa pagi raya ayang makan putu mayum petang semalam punya?
..Bedal je laa janji kenyang..he he..





...nasi impit?Takde bila nya..nasi rebus dalam plastik..la ni mana nak jumpa semua tu..



..OTW balik Beruas..jammed teruk kat pekan Parit..bukan selalu punn..




..Opah kepada anak anak aku..



...Loadingg..



...Firee!! Ketepuusss....aalamakk!!



...antara yang menziarahi mak di kampung..






...semestinya penyeri suasana...






..Basir..yang baru 3 hari kematian maknya..dan selepas 29 tahun tak bertemu dengan aku..banyak yang berubah tapi dia camtu jugak tak tua tua pun he he..





....antara yang beratus kilometer boleh datang..yang dekat belum tentuu..


..beraya ke umah En Hamzah (takde dalam gambar)ngan kengkawan..



..Fendi & WB..