Total Pageviews

Wednesday, September 16, 2009

..Raya Raya Raya...2009




...sekejap je rasanya kita nak menghabiskan puasa sebulan..bagai tak terasa hari hari berlalu..kalo nak berdiet untuk kempiskan sikit perut aku ni pun tak sempat rasanya,kena teruskan jugak lepas bulan posa ni..

..aku rasa la kan raya ni kalo takde orang tua dan kanak kanak memang takde le serinya..samalah jugak kalu kenduri kendara ke ape ke..kalo takde depa memang takde ummphh...sebabnya mereka inilah yang memeriahkan suasana dengan gelagat yang pelbagai..masa aku kecik kecik dulu bila raya memang seronok walau pun persiapan setakat ala kadar aje tapi feel dia lain..berbanding bila dah tua ni cuma tumpang seronok tengok anak anak bergembira..

..dulu buat ucapan pun masih lagi guna kad,sms ke e card ke tarakk..masa tu kad raya kebanyakannya gambar lukisan rumah tepi sawah padi,dan lepas satu era tu gambar kucing le pulak..pegi kedai buku kat pekan tengok kad raya je pun dah berkobar kobar rasa hati..tu belum lagi dengar lagu raya kat radio..haa lagu raya pun yang lama lama jugak best,mood dan feel dia lain..bukan sebab aku orang lama..buktinya anak anak aku pun lebih suka lagu lagu lama ni..

...masa tinggal di berek Banting dulu aku ngan kengkawan suka sangat main perang perang dengan mercun roket..lepas je solat sunat Terawih kami pun merdeka..he he combat jom..ada yang nak jadi Kirby,ada yang nak jadi Sarjan Saunders,ada yang nak jadi Big John..amik kauu..main kat padang kawad..orang tua tua tak kata apa,nak marah anak orang anak depa pun sama gakk..tapi kami main idak le pulak sampai ada yang cedera macam bebudak la ni..terlampau sangat kreatif hingga putus jari..putus selipar tu adalah..he hee..dari umur 10 hingga yang nak masuk 20 pun join sama tumpang lepas gian..apa kira happy mau..mana dapat duit beli mercun?Ohh aku masa tu dah tak sekolah,jadi dari duduk ngabihkan beras pagi pagi aku melangut le kat woksyop balai tu..kot ada sapa sapa yang nak cuci van polis ke Land Rover ke atau motor..haa depa minta le aku cuci dengan upah satu Land Rover tu Rm 2.00,banyak beb masa tuu..teh ais satu roti canai sekeping baru lima kupang!


...Tahun ni tak jumpa lak aku ngan buah kurma camni..


...kalo tak main perang perang pun kami main police and thief,serata berek 9 blok dari A samapi I tu kami pusing,peluh usah cakap le lenjun..berkejar kesana berlari kesini..ada sorang mamat ni..anak Pak Aji Rugged kami gelar bapak dia,nama nya Bismi,dia ni tak campur ngan bebudak cam kami dia main sesorang dia jee..dikoreknya satu lubang kecik dalamnya 3 inci begitu,kemudian ditaroknya dalam lubang tu dengan kabait,tuang sikit air,tutup pulak dengan tudung tin Milo yang dilubangkan di atasnya..kemudian cucuh je ngan api..Tuumm!!bergegar jugak le umah aku dibuatnya..

...malam tujuh likur..aku dengan Samad anak Sarjan Majer..kami amik upah pacak tiang dengan lampu pelita sebanyak 100 batang di sepanjang jalan dari depan balai hingga ke berek..yang tak lalunya bila dicucuh pelita yang di sini,sana pulak padam ditiup angin..aku mula rasa bersalah..cucuh balik semula,jap lagi yang lain plak padam..aduihh..abih apa sudahnya takan itu aje yang nak aku hadap..he hee..kami buat keja ni tiap tiap malam sampai raya ketiga..upahnya Rm 20.00..fuyoo kaya aku rasa..seluar Lee Cheetopa boleh dapat sehelai perghh!!

..."Dengan ini adalah diumumkan ..bla..bla.."Ehh?Laaa..awatnya hang mai kuyu jaa Tok Wan aiihh!!Awat nak habaq raya pun sedehh kaa??Hee Hee..Horeyy!!Seluruh berek riuh rendah dengan suara sorakan kami bebudak lepas je pengumuman dari dalam TV..(yang mana sipenyampainya sedih tak pasal pasal dari dulu sampai la ni)..tu pasal aku kata bebudak ni penyeri dalam segala segi..penyibuk pun sama la jugak..he hee..

..bila hari raya pagi pagi aku akan ke surau dalam kawasan berek untuk sama sama berjemaah solat sunat hari raya..kami diimamkan oleh Ustaz Ishak Baharom,masa tu dia belum lagi jadi Mufti Selangor,penceramah bebas yang seminggu dua kali akan berceramah di surau kami..akau suka mendengar ceramah beliau..dan ustaz ini pun handsome banget orangnya..aku tau ramai mak cik mak cik dalam berek ni yang minat kat dia..he hee

..lepas je solat kami dengan jemaah yang lainnya akan berkunjung dari rumah ke rumah..yang bestnya tinggal dalam berek ni bila penghuni nya berasal dari serata negeri dan terdiri dari pelbagai kaum..jadi faham aje le bila cam tu juadahnya pun pelbagai lee..Kedah,NS,Melaka,Kelantan,Perak..ekau habaq mai sokmo,sumo ado yop oii..fuhh best..masa tinggal di sini aku betul betul dapat merasakan raya tu dirayakan selama sebulan cam posa le jugak..sebab tiap tiap hari ada je yang buat open open house..kemuncaknya bila majlis raya dibuat oleh pihak balai,dan semuanya terlibat tak kira bangsa tak kira agama,Melayu,Cina,India semua bergotong royong..ingat lagi aku ada sekali tu Uncle Sabanon tukang kebun di balai tu bagi sekor kambing dia untuk disembelih dan dibuat rendang..seronok memang seronok..muhibbah sangat!!

..habis dalam berek aku beraya pulak ke rumah kengkawan sekolah di kampung sekitarnya,Kancong Darat,Sg Lang,Kg Bandar,Jalan Raba,Perumahan PKNS,rumah Cik Gu Zaharah dan Cik Gu Mat Noor kat Taman Seri..tak ketinggalan le jugak ke panggung wayang Lido atau Capitol di pekan Banting..he hee..tapi betul laa kalo nak seronok beraya mesti posa,tarak posa takde maknenya nak beraya..!!

Wednesday, September 9, 2009

.Inikah jati diri kita...??

..ini ke untungnya dasar yang pernah,telah atau sedang diterapkan oleh mereka yang duduk diatas?? Dasar menolong jiran yang miskin dan dalam kesusahan dengan menarik tangan mereka keluar dari dalam lumpur yang telah menyebabkan mereka tercungap hampir lemas…

...kononnya jiran kita selamat dan selesa dari segala sudut,ekonomi,social,politik..maka kita juga akan merasa tempias keselesaannya?namun apa yang berlaku dengan sikap perihatin kita telah memakan diri..kacang telah lupakan kulitnya…ketika sebilangan dari kita yang konon nya bersemangat jati memijak kepala lembu dengan angkuhnya..dalam masa yang sama maruah kita sewenang wenangnya diludahh..dibakar dengan rakus oleh mereka mereka yang pernah disumbatkan rezeki di tanah tumpahnya darah kita.. tak melayu hilang di dunia..kata kata tidak kan hilang…namun kita?

Tuesday, September 8, 2009

..Gangga Negara...ramai yang dah tiada...




..balik kampung baru ni untuk berbuka posa bersama mak aku..petangnya aku ke pasar ramadhan.. macam kat tempat lain le jugak..sibuk,ramai orang..semua tengah lapo..aku tegok kiri tengok kanan sambil jeling jeling juadah yang ada sambil tengokjugak orang yang menjualnya..macam macam rupa ada..cuma yang tak ade kawan aku..walau saorang pun..takdee..kali ni sama le jugak macam beberapa tahun yang lepas kelibat mereka tak dapat aku tengok..aku rasa raya tahun ini dan tahun tahun yang selepasnya nanti pun sama le jugak...pak cik pak cik,tok wan tok wan pun banyak yang tiada..kalo dulu bila keluar pekan tak kira le bila pun..naik lenguh tangan nak diangkat untuk melambai tak menang mulut untuk bersahut dengan mereka..pergi pasar pun sama tak tahu nak membeli dari siapa..beli kat A takut siB pulak kecik ati..at last mak aku aje yang ke pasar..ke pasar ramadhan pun sama tak tahu nak beli kueh dari sapa..itu duluu...



...sekarang bila balik kampung dan pergi ke pekan aku rasa macam orang asing..aku tak kenal orang..orang lain pun tak kenal aku..ye la kutu berahak macam aku sapa le yang nak kenal punn..pekan Beruas tak happening langsung lagi dah..happening lah bagi aku yang sayang dan suka tempat ni..tempat dimana aku mula mengenal erti hidup..ye walau pun hanya sebuah pekan kecil..bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang..tak payah pergi ke kota kota besar punn..

...la ni ramai yang dah berhijrah dan ramai jugak le yang dah ke Rahmatullah...hari raya tahun ini aku harap dapat lah hendaknya berjumpa dengan mereka yang merantau nun jauh ...pulang lah kawan pulanglah taulan siapalah kita tanpa kampung halaman..




..1st.day aku di pekanBeruas setelah berpindah dari Kg Bharu,ketika melintas jalan ini untuk membeli biskut 'Snap'aku dikejar anjing..melolong aku dibuatnya..hampeh betoi! (1970)



..Traffik light ni betul2 diperlukan ketika cuti Raya dan Kong Hee Fatt Choy.



....kedai ubat ni la tempat aku mencari Chi Kit Teck Aun atau Limotil bila perut meragam..he he



...pekan ni buruk kata orang..cantek bagi aku...no doubtt!!

..ahah! macam pekan Danork le plakk..


..Market Lane..


...Pasar Lambak Pagi....





..antara yang masih lagi tinggal...





..Padang ini banyak sangat menyimpan kenangan bagi aku..sambutan maulud nabi,perlawanan bolasepak,malam pesta ria,main layang layang,bergumpal dengan kengkawan..

(p/s:date pada gambar silap setting daa..)

Thursday, September 3, 2009

...Merdeka...Merdeka ...Merdeka..

..lambat atau tidak bukan soalan yang perlu aku jawab..yang jelas aku masih lagi peka dan tidak pekak..tak tau kenapa kali ini,tahun ini ..aku terlupa,wife aku tak ingat dan anak anak pun terlepas pandang..langsung tak ada barang sehelai pun bendera yang yang berkibar di keliling umah seperti mana selalunya,bermula 1hb.Ogos hingga lah 15hb.September ..munkin mood layu tak macam tahun yang sudah sudah..ye la macam selalunya aku turut terlibat dalam perbarisan tapi tidak tahun ni..posa? bukan alasan ok?H1N1 pun bukan..semua dek tidak ketentuan arus politik yang menyusahkan lebih menyesakkan nafas aku dari jerebu yang ada..menjadikan aku alpa..ops bukan tujuan aku nak sembang pasal politik kat sini ekk..dan aku pun memang tak minat langsung pun...

...aku cuma nak sembang pasal muhibbah..tak banyak sikit je, sekadar mengenang apa yang pernah aku lalui sebelum ini..tak dinafikan semangat kekitaan yang tebal dan tak bertempat membuatkan rasa muhibbah kita terhakis sedikit demi sedikit..aku pernah berjiran dengan mereka yang dari kaum lain dan Alhamdulillah mereka sangat baik hati,prihatin dan bertanggung jawab terhadap orang sekeliling..kekadang rasa sedih jugak bila kaum sendiri pun tak macam tu pada kita...adaa tapi tak semua...

dalam menilai kebaikan,kejujuran,keikhlasan bukan lah warna kulit atau bangsa yang jadi ukuran..aku pernah di selamatkan oleh saorang apek yang menalipon,isteri,ambulan dan kawan kawan beliau,ketika terkandas saorang diri di atas Bukit Kledang...dalam urusan jual beli pun aku banyak bergaul dengan mereka dari kalangan bangsa lain..dan mereka juga menunjukan sikap ikhlas dan telus...justeru kita juga perlu begitu...tiada prejudis..tapi masih perlu berhati hati..dengan siapa pun kita patut begitu..masyarakat majmuk..win win situation mesti ada...

..tak kira bangsa tak kira siapa,jom bersama kita gembelingkan tenaga semampu yang boleh untuk bangunkan negara..semua ada peranan masing masing..ingat,orang luar sentiasa teruja untuk melihat kita runtuh..merdeka hari ini tak sama dengan merdeka terdahulu...ayuhh..

Pantun Merdeka

Asalnya bermula dengan Malaya
Melayu sudah naik keangkasa
Jangan mudah kita lupa
Betapa azab sebelum merdeka

Sambut Merdeka di bulan puasa
Seluruh raayat meraikannya
Bunga leka dah nampak nyata
Apakah nanti kan puteh mata

Luncai tersenyum melihat kita
Anak muda tak hargai jasa
Jika hilang tanah dan negara
Apakah lagi yang boleh di bangga…
Duduk bersimpuh di tangga batu
Sambil menyulam selendang biru
Semua rakyat sama bersatu
Tidak nanti hilang bak debu..
WanBeruas64