Total Pageviews

Tuesday, December 29, 2009

..Sudah Abish 2009..

December oh December...aku rasa baru je Januarinya alih alih dah penghujung tahun..aduhhh tua sangat dah rasa diri nie..Aku cam biasa la asalkan hujung tahun je aktiviti agak padat,kepala pun padat gak.. hee hee..semua nak kena buat semua nak kena ready,semua nak kena prepare,semua nak kena kira..belanja baju seluar,kasut sekolah anak anak aku..semua dah ready..Cuma humm..31hb.nak pegi UItm Shah Alam antar Kak Yong yang nak sambung Degree..sebelum tu dia keja jap kat Henode Tokyo Shop..aku tak kisah..nak cari pengalaman katanya..pengalaman bukan leh beli weh..kena cari apa pun..aku pun tak kisah yang dia nak sambung study..kata aku aritu…pastikan tujuan dan matlamat betul..then,just do your best..

Tuesday, December 22, 2009

..Lawan Untuk Hidup..

Petang 17hb.Dec hujan punya la lebat aku semenjak dua menjak ni memang takut memandu dalam hujan..ye la ujan la ni pun kekadang cam Twister kat dalam wayang tu.. .tapi disebabkan aku lebih riso ngan keta aku di bawah porch opis yang di sebelahnya ada pokok kelapa tua..tepat pukul 5 aku gagahkan juga untuk balik kerumah cepat cepat..aku memandu dengan hati yang dup dap dup dap..kilat sabung menyabung,pandangan aku kelabu walau air cond dan lampu kereta dipasang..lalu kat kedai Ahmad Sri Kinta teringat Nana suka ngan biskut yang selalu aku beli di sini..so singgah beli biskut dan roti..petir makin menggila..aku pandu terus..tapi dada plak makin sebak dup dap dup dap..ah tak leh jadi,sebelum panic disorder aku menyerang..aku decide untuk singgah di Tesco aje..gi Henode Shop..kakyong tgh break dia ajak window shopping..sambil aku tambah stock roti fiber yang dah abis di umah..

..pendek cerita..lepas solat isyak aku ke pejabat semula..hampir sampai, berbalam balam nampak lampu biru..polis! Kata ku sambil spontan menarik narik safety belt yang sememangnya tak mau berfungsi jika ditarik secara mengejut..hampeh!aku semakin dekat dengan mereka..ahh lantaklah..buat dek jee..laluan ke opis disekat aku kata saya nak keja encik, opis sebelah tu aje..salah sorang tu mengangguk jee..aku tak kata apa dah terus belah..sampai di opis..hahh!! Porch tempat aku parking tadi hampir ranap..lima biji kereta staff lain turut ditimpanya….fuhh aku mengucap syukur..Alhamdulillahh..

..teringat pagi tadi aku ke pejabat pos untuk mengepos parcel..sambil menunggu rakan di kereta aku dihampiri saorang pemuda India..menjual pengilat kereta...abang bla la bla katanya kepada aku..aku dengarkan juga apa yang dituturkan walau tak berminat dengan apa yang cuba dijualkan..aku faham dan amat faham sebab dia pun macam aku jugak,bila masa masanya..dalam situasi yang mengharap dan mengharap..bukan aku lemah dengan ayat ayatnya..tidak..tapiiii..yelah sudahnya duit bertukar tangan walau barang tak aku perlukan dan aku ambil juga sudah namanya pun berjual beli..sambil aku bertanya sudah berapa lama beliau berjualan seperti ini..Dua bulan abang,sales pun teruk anak di rumah ada dua susah mau cari makan bang..aku kata..Ane saya suka sama lu..lu mau ingat ini kerja lu hati mesti kuat..tau..tarak kalo lu mesti give up..hidup mesti ‘lawan’ but no retreat no surrender ok!..kata aku sambil menghulur setakat termampu..ok ini untuk lu punya anak aa..ok..lalu dia pun berlalu..

Mr Chua dari IDS yang aku tunggu pun tiba dan kami pun berurusan sebelum mengikut haluan masing masing…Yaa..mesti 'lawan' untuk hidup..

Monday, December 14, 2009

...Selamat Tahun Baru 1431...



Otai..Satu bangsa,satu agama,satu negara,walau berlainan citarasa ada suka dangdut,ada tegar skin head,ada masih layan hard core dan ada yang tetap dengan death metal..tapi masih boleh bersama..kenapa scene sekarang tidak lagi begitu??Ego dan bangga dengan ideologi masing masing konon..sudah sudah lee tuu..
...Selamat Tahun Baru...

Monday, November 16, 2009

..Moh Menungkah Bukit Wehh!!




Setiap hujung minggu jika tidak ke out station samada pagi atau pun petang aku selalunya akan ke Bukit Kledang yang terletak berdekatan Pekan Menglembu.Biasanya aku kesana bersama sama dengan anak anak untuk tujuan beriadah sambil menenangkan fikiran..cee..

Sebenarnya aku dah lama layan bukit ini ianya sejak aku masih muda dan tinggal di kaki bukit ini pada tahun 80an dulu lagi.Dulu balik keja berjalan kaki ngan kawan kawan ke stesen bas yang jauhnya lebih kurang 3 kilometer.Turun je bas sampai di rumah terus tukar pakaian dan naik bukit ni pulak fuuhh..bila di kenang kan balikk..badan tengah muda masa tu..apa pun lalu..la ni? Eheh ekau nak telontang cubo laa..he he..

Apa yang aku perhatikan semasa naik dan turun dari bukit ini ialah mereka mereka yang menyahut cabarannya..kebanyakan ialah berbangsa Cina ..melayu cam aku? Heh! Kurang dari lima orang yang aku jumpa setiap kali kami kesana..kemana mereka pada cuti hujung minggu ni?Issh baik le sambung tidur selepas solat subuh..bila lagi nak bangun lambat..tentu itu jawapannya kalo ditanya..

Ini semua berkait dengan kesedaran sebenarnya..orang melayu kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan amat kurang berbanding dengan bangsa asing..dimana mana pun jika kita tinjau pusat penjagaan kesihatan,gym padang padang semua mereka je yang conquer ..tapi tak adil plak kalu nak kata mereka je yang jadi juara orang kita pun apa kurangnya..merempit kita juara apa.. jangan lupa tu..melepak orang kita juga di mana pun lebih lebih lagi di kedai kopi…tapi la ni dah standard sikit ..lepak kat Kopitiam..duduk minum kopi diam diam,idak jugakk.. cerita lain takde.. politik..cakap berdegar degar tapi %$@*7$ tersangkut di gelegar..hoii jauh dah peginya aku nihh.nak ngumpat cari tempat lain laa..ok ok ..

.. teringat pada satu hari saorang jiran bertanya ketika bertembung masa aku sedang berjogging dekat umah

Jiran -“Wan kamu sakit apa?
Aku -“Ah, Knapa plak”
Jiran “Ye la aku nampak kamu selalu je exercise”
Aku - “Ha tu le orang kita dah sakit baru ingat nak exercise,jadi ko pun ingat aku sama gak cam depa ek?
Jiran – Tersengeh2 ngn muka pudar terus belah..
Aku – Amik kau..

Munkin aku dah terdidik sejak dari kecil lagi,bapak aku cukup pantang bila tengok aku melepak aje di rumah pada waktu petang sambil menonton tv,(nak tengok AstroBoy pun dah tua ni baru merasa he he..)disuruhnya aku ke padang main bola ke,takraw atau apa saja,tapi yang aku minat hanya lah berjogging di ladang kelapa sawit dekat ngan berek kami dulu pastu sambung ngan bola tampar plak..berbanding dengan bola sepak yang aku rasa kasar sangat..bila dicuba selalunya bengkak keting lepas berlaga ngan lawan ..main bola ni juga aku rasa cam orang bodoh je terkejar kesana sini berebutkan bola sebji..tapi terpulang le pada minat masing masing aku tak patut kutuk pun.. apa pun kita patut bersenam atau beriadah untuk kesihatan dan ia amat perlu bagi kita..kalo nak sakit gak itu leh dikatakan takdir sebabnya kita dah berusha untuk mengelaknya.. Jadi?Ate mohle menungkah bukit..

P/s: aku dah enam bulan tak ke bukit..keadaan yang tak mengizinkan..hu hu huu...




...Si Ashraff yang tak reti bahasa letih..




..rehat jap lepaskan lelah..si Sarah ni lantaknya pakai slipar je?Ape ke hal?


....dalam terkial kial dengan tongkat akibat stroke..sampai jugak apek ni ke stesen kaji cuaca kat atas nih..aku tegur..apek lu manyak kuat..dia jawab..mana adaa..aku sambung lagi..lu punya hati manyak kuat..sampai ke telinga sengehnya dia..aku respek dengan semangat apek ini..


..lepas hayun nasi lemak..aaa sampah jangan buang merata ekk..









...terapi minda..he hee..

Wednesday, November 4, 2009

..Raya Aritu..

..Syukur Idul Fitri..
..entri ni lambat aku buat sebab…emm ada laa..tapi something is better than nothing..so di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat dan kengkawan yang sudi menziarahi aku pada raya yang lepas..samaada yang dijemput yang tak dijemput pun sama itu membuktikan setia kawan korang ngan aku..pada yang dijemput hatta adik beradik aku sendiri yang “tak dapat” hadir juga aku ucapkan ribuan terima kasih kerana korang tak mengurangkan gula dan kopi di rumah aku..he he apa korang ingat aku nak hantar kad jemputan?Sori..no way..tanpa kunjungan korang pun dosa kecil aku dapat jugak dihapuskan dengan kehadiran sahabat2 setia..dalam sedih dan gembira menyambut raya..aku diberi hadiah besar oleh Allah..kunjungan sahabat karib semasa kecil yang kali terakhir berjumpa pada tahun 1980…Alhamdulillah Ya Allah....kerana aku tau dalam mereka yang membenci masih ramai lagi yang menyayangi dan menghargai..

...Laa pagi raya ayang makan putu mayum petang semalam punya?
..Bedal je laa janji kenyang..he he..





...nasi impit?Takde bila nya..nasi rebus dalam plastik..la ni mana nak jumpa semua tu..



..OTW balik Beruas..jammed teruk kat pekan Parit..bukan selalu punn..




..Opah kepada anak anak aku..



...Loadingg..



...Firee!! Ketepuusss....aalamakk!!



...antara yang menziarahi mak di kampung..






...semestinya penyeri suasana...






..Basir..yang baru 3 hari kematian maknya..dan selepas 29 tahun tak bertemu dengan aku..banyak yang berubah tapi dia camtu jugak tak tua tua pun he he..





....antara yang beratus kilometer boleh datang..yang dekat belum tentuu..


..beraya ke umah En Hamzah (takde dalam gambar)ngan kengkawan..



..Fendi & WB..

Thursday, October 15, 2009

..Bukan Senang Nak Senang..

Pagi tadi semasa menghantar Nana ke sekolah aku agak terpempan bila melihat saorang murid perempuan sedang parking sebuah kereta Honda Hybrid.di luar pagar sekolah...mak aii pakai kereta mewah untuk ke sekolah?Munkin orang lain dah biasa dengan pemandangan sebegini..tapi tidak aku..Aku kalo ke sekolah naik bas tu pun dah dikira beruntung yang mana sebelum itu hanya maenunggang basikal aje dan pernah jugak berjalan kaki berbatu batu..itu lah bezanya dulu dan sekarang..dan itu dah rezeki masing masing..

..tapi dalam hal ini aku memandang dari sudut yang berbeza sebenarnya.. bebudak sekarang berbeza dengan beudak dulu..la ni celek je mata terus cekoh joystick PS2..dan bagi aku jikalau mampu pun dalam hal mendidik anak anak lebih suka tidak mendedahkan mereka dengan kemewahan..nak apa pun kena bagi depa rasa susah dulu.atau lambat baru dapat...supaya bila dapat sesuatu mereka akan jadi lebih sayang dan menghargainya..sebab mereka tahu bukan senang nak dapat..tapi ada juga orang yang suka memberi kemewahan kepada anak anak..bukan saja sebab mereka sememangnya mampu,tapi lebih kepada sebab tak nak anak anak merasa susah..tak pa lah itu dah cara mereka..

..diGrandy’s masa aku jadi cook dulu ada saorang crew kami budak India Prakash namanya..dia seperti yang dimaklum kan kepada aku anak saorang pegawai di Dewan Bandaraya Ipoh..dia kerja part time sebelah malam dengan aku siangnya dia belajar di Kolej Informatic dan bekerja untuk menampung perbelanjaan kolejnya itu..datang kerja naik bas,balik?hum..jalan kaki.punya la jauh kekadang dalam mengantuk lepas kerja tu aku kesian dan tolong jugak hantarkan dia balik rumah dengan kapcai aku..tengokan rumah nya pun dah tahu dia dari keluarga mewah..nak pergi kerja naik kereta pun boleh,tapi katanya bapak dia tak mahu belikan dia motor..aku paham bapak dia bukan nak mendera tapi cuma nak mengajar..sama jugak lah ceritanya dengan saorang regular client aku..Dr Jaya..semasa belajar di India dia banyak buat kerja part time untuk menampung yuran pembelajarannya,sedangkan bapak dia saorang pemilik kilang Latex..tapi ini pulak atas kemahuan beliau sendiri yang tidak mahu dibantu sepenuhnya oleh keluarga..saya mahu belajar survive..katanya..sekarang ini beliau telah menjadi saorang Dr yang berjaya..dan Prakash..last sekali aku jumpa dia lama dulu di The Mall Kuala Lumpur beliau jadi manager panggung Cathay di situ..merasa jugak le aku tengok wayang free dengan dia..tapi jelas jika diperhatikan memang berbaloi apa yang mereka dapat sekarang dengan apa yang disacrificekan dulu..betul ke bahasa aku nihh..rojakk..pasembur..bukan senang nak senang..

…ini amat berbeza dengan saorang budak melayu yang berkerja bersama sama kami di dapur tu..kuat curi tulang asyik nak merokok jee..kejap kejap..abang saya nak pergi melados jap ye..kejap dia tu tak kurang dari setengah jam punya..tak kan le hisap rokok sebatang pun nak amik masa begitu lama..bila di tegur tentang sikapnya itu..pernah dia menjawab..Bang saya kalo tak kerja kat sini pun bapak saya masih lagi mampu bagi saya makan tau..tengok, motor yang saya pakai tu pun dia yang bayar..aku cuma tersenyum sinis..kesian tengokkan dia yang berbangga dalam bodoh sombongnya itu..?Bila macam tu budak2 ini akan terus leka sebab sentiasa berada dalam keadaan selesa..takde adventure hidupnya mendatar jee..tak nak belajar survive..jadi bila susah sikit dah gelabah..tu pasal dalam kebanyakan rancangan reality TV yang aku tak tengok tapi dengar cerita orang je mereka ni sikit sikit nangis sikit sikit lentok..ape ke hal kau!Kalau macam ni bila ke nak bawak berlawan dengan kera duku berbuluh runcing tu?

Aku?Hah aku memang dah biasa susah lama dulu dah..pernah berdikari tinggal di umah setinggan yang dah senget takde api takde air,panas menggigit bila siang sejuk menggigil bila malam,amik upah merumput tiga beranak dengan anak aku yang sulong masa dia berumur tiga tahun,jadi waiter kena kutip nasi bawah meja yang di atasnya orang sedang sedap menyuap tandoori (kalu nak buang ego boleh cuba kalu tak pecaya)buat dan jual kueh,berniaga dan kena tikam dari belakang,jual bundle kena curi dan kena rampas sebab takde lesen he he…dan macam macam lagilah..hummm..itu semua manis untuk dikenang…ye memang le tak salah memberi kemewahan kepada keluarga jika mampu,kita juga dilarang dari bersikap bakhil..tapi biarlah berhemah dan berpada2...bukan hanya tepuk poket tanya selera..adioss…ha ha..arini aku nak layan Opeth dah lama gak gegendang telinga nih tak layan depa nihh..huarggghhh!!!!

Friday, October 2, 2009

..Meriahnya Raya..Ehemm..


...saban tahun setiap kali musim perayaan kita akan dihidangkan dengan berita berita kemalangan maut yang melibatkan bukan sikit namun bertambah dari masa ke semasa...walau apa pun tindakan atau pun kempen yang dilaksanakan namun nampaknya tidak memberi kesan..raya Idul Fitri tahun ini sahaja sepanjang Ops Sikap yang dijalankan sebanyak 261 orang telah terbunuh berbanding tahun lalu sebanyak 208 orang..meriahkan?

...mengikut stastik 20% adalah disebabkan faktor mutu jalaraya,cuaca atau kenderaan..selebihnya sebanyak 80% adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri..hum tak dinafikan yang pemandu dan penunggang di Malaysia ini akan bertukar sikap apa bila berada di jalan raya...mementingkan diri sendiri,memandu laju melebihi had yang ditetapkan dan pelbagai lagi kesalahan termasuklah yang mengatakan kemalangan hanya akan berlaku kepada orang lain tidak pada diri sendiri..justeru akan membuatkan mereka terlebih confident..dan humm who cares!!Itu belum lagi yang di bawah pengaruh dadah atau arak..la ni kita tengok banyak kereta baru menjalar di jalan raya,ye la nama pun baru sedap je la menekan minyaknya..pemandunya pun ramai yang muda muda kerja baru 2 - 3 bulan dah boleh beli kereta..hum orang muda darah muda..tapi barang perlu diingat orang tua pun ada yang gelojoh jugak..

..dalam setahun ada 365 hari dan setiap harinya kita mengadakan kempen dengan poster dan iklan di TV,maka kita sebenarnya hanya membazirkan wang sahaja..jika kesedaran dan keinsafan itu tidak dapat direalisasikan oleh sebilangan dari kita..penguatkuasaan dari pihak berwajib juga jika diperhatikan bermusim dan amat longgar..aku berani cakap kerana sepanjang berbelas tahun aku menunggang motor dan memandu kereta atau van ke utara atau selatan tidak pernah aku bertembung denagn JPJ yang menjalankan operasi..dengan Polis pun setakat 2 ke 3 kali aje..kadang kadang rasa rugi jugak bayar road tax sebab depa tak check pun..ha ha..aku kalo lari laju di highway pun setakat 110km je itu pun pernah gak kena speed trap sebab lari 66km sedangkan di jalan tu (Jln Persekutuan) hanya boleh lari takat 60km je..perghh!!Biarlah kengkawan ada yang berkata aku takut bawak laju..memang aku penakut pun..takut jika jadi apa apa mereka yang di rumah pulak turut merasa kesannya..aku tak nak amik risiko..

..Ops Sikap gagal kata mereka..Ops Sikap tak gagal kata aku,kerana jika kita lihat dari satu sudut jumlah saman atau kompaun beribu ribu dapat dikeluarkan..yang gagal adalah kita..kau,aku,hang,depa,dan mereka dalam menangani sikap itu sendiri..bak kata KPN aritu,hukum mati pun orang kita tak heran punya..ye laa saman boleh bayar,atau kaw tim jee..he hee..opps..sorii..

..sikap kita yang perlu diubah..tak kira lee Melayu,China,India ke sapa pun..anjakan paradigma perlu ada dalam hal ini..ingat sebelum kena..jangan nanti ada yang merana..

Wednesday, September 16, 2009

..Raya Raya Raya...2009




...sekejap je rasanya kita nak menghabiskan puasa sebulan..bagai tak terasa hari hari berlalu..kalo nak berdiet untuk kempiskan sikit perut aku ni pun tak sempat rasanya,kena teruskan jugak lepas bulan posa ni..

..aku rasa la kan raya ni kalo takde orang tua dan kanak kanak memang takde le serinya..samalah jugak kalu kenduri kendara ke ape ke..kalo takde depa memang takde ummphh...sebabnya mereka inilah yang memeriahkan suasana dengan gelagat yang pelbagai..masa aku kecik kecik dulu bila raya memang seronok walau pun persiapan setakat ala kadar aje tapi feel dia lain..berbanding bila dah tua ni cuma tumpang seronok tengok anak anak bergembira..

..dulu buat ucapan pun masih lagi guna kad,sms ke e card ke tarakk..masa tu kad raya kebanyakannya gambar lukisan rumah tepi sawah padi,dan lepas satu era tu gambar kucing le pulak..pegi kedai buku kat pekan tengok kad raya je pun dah berkobar kobar rasa hati..tu belum lagi dengar lagu raya kat radio..haa lagu raya pun yang lama lama jugak best,mood dan feel dia lain..bukan sebab aku orang lama..buktinya anak anak aku pun lebih suka lagu lagu lama ni..

...masa tinggal di berek Banting dulu aku ngan kengkawan suka sangat main perang perang dengan mercun roket..lepas je solat sunat Terawih kami pun merdeka..he he combat jom..ada yang nak jadi Kirby,ada yang nak jadi Sarjan Saunders,ada yang nak jadi Big John..amik kauu..main kat padang kawad..orang tua tua tak kata apa,nak marah anak orang anak depa pun sama gakk..tapi kami main idak le pulak sampai ada yang cedera macam bebudak la ni..terlampau sangat kreatif hingga putus jari..putus selipar tu adalah..he hee..dari umur 10 hingga yang nak masuk 20 pun join sama tumpang lepas gian..apa kira happy mau..mana dapat duit beli mercun?Ohh aku masa tu dah tak sekolah,jadi dari duduk ngabihkan beras pagi pagi aku melangut le kat woksyop balai tu..kot ada sapa sapa yang nak cuci van polis ke Land Rover ke atau motor..haa depa minta le aku cuci dengan upah satu Land Rover tu Rm 2.00,banyak beb masa tuu..teh ais satu roti canai sekeping baru lima kupang!


...Tahun ni tak jumpa lak aku ngan buah kurma camni..


...kalo tak main perang perang pun kami main police and thief,serata berek 9 blok dari A samapi I tu kami pusing,peluh usah cakap le lenjun..berkejar kesana berlari kesini..ada sorang mamat ni..anak Pak Aji Rugged kami gelar bapak dia,nama nya Bismi,dia ni tak campur ngan bebudak cam kami dia main sesorang dia jee..dikoreknya satu lubang kecik dalamnya 3 inci begitu,kemudian ditaroknya dalam lubang tu dengan kabait,tuang sikit air,tutup pulak dengan tudung tin Milo yang dilubangkan di atasnya..kemudian cucuh je ngan api..Tuumm!!bergegar jugak le umah aku dibuatnya..

...malam tujuh likur..aku dengan Samad anak Sarjan Majer..kami amik upah pacak tiang dengan lampu pelita sebanyak 100 batang di sepanjang jalan dari depan balai hingga ke berek..yang tak lalunya bila dicucuh pelita yang di sini,sana pulak padam ditiup angin..aku mula rasa bersalah..cucuh balik semula,jap lagi yang lain plak padam..aduihh..abih apa sudahnya takan itu aje yang nak aku hadap..he hee..kami buat keja ni tiap tiap malam sampai raya ketiga..upahnya Rm 20.00..fuyoo kaya aku rasa..seluar Lee Cheetopa boleh dapat sehelai perghh!!

..."Dengan ini adalah diumumkan ..bla..bla.."Ehh?Laaa..awatnya hang mai kuyu jaa Tok Wan aiihh!!Awat nak habaq raya pun sedehh kaa??Hee Hee..Horeyy!!Seluruh berek riuh rendah dengan suara sorakan kami bebudak lepas je pengumuman dari dalam TV..(yang mana sipenyampainya sedih tak pasal pasal dari dulu sampai la ni)..tu pasal aku kata bebudak ni penyeri dalam segala segi..penyibuk pun sama la jugak..he hee..

..bila hari raya pagi pagi aku akan ke surau dalam kawasan berek untuk sama sama berjemaah solat sunat hari raya..kami diimamkan oleh Ustaz Ishak Baharom,masa tu dia belum lagi jadi Mufti Selangor,penceramah bebas yang seminggu dua kali akan berceramah di surau kami..akau suka mendengar ceramah beliau..dan ustaz ini pun handsome banget orangnya..aku tau ramai mak cik mak cik dalam berek ni yang minat kat dia..he hee

..lepas je solat kami dengan jemaah yang lainnya akan berkunjung dari rumah ke rumah..yang bestnya tinggal dalam berek ni bila penghuni nya berasal dari serata negeri dan terdiri dari pelbagai kaum..jadi faham aje le bila cam tu juadahnya pun pelbagai lee..Kedah,NS,Melaka,Kelantan,Perak..ekau habaq mai sokmo,sumo ado yop oii..fuhh best..masa tinggal di sini aku betul betul dapat merasakan raya tu dirayakan selama sebulan cam posa le jugak..sebab tiap tiap hari ada je yang buat open open house..kemuncaknya bila majlis raya dibuat oleh pihak balai,dan semuanya terlibat tak kira bangsa tak kira agama,Melayu,Cina,India semua bergotong royong..ingat lagi aku ada sekali tu Uncle Sabanon tukang kebun di balai tu bagi sekor kambing dia untuk disembelih dan dibuat rendang..seronok memang seronok..muhibbah sangat!!

..habis dalam berek aku beraya pulak ke rumah kengkawan sekolah di kampung sekitarnya,Kancong Darat,Sg Lang,Kg Bandar,Jalan Raba,Perumahan PKNS,rumah Cik Gu Zaharah dan Cik Gu Mat Noor kat Taman Seri..tak ketinggalan le jugak ke panggung wayang Lido atau Capitol di pekan Banting..he hee..tapi betul laa kalo nak seronok beraya mesti posa,tarak posa takde maknenya nak beraya..!!

Wednesday, September 9, 2009

.Inikah jati diri kita...??

..ini ke untungnya dasar yang pernah,telah atau sedang diterapkan oleh mereka yang duduk diatas?? Dasar menolong jiran yang miskin dan dalam kesusahan dengan menarik tangan mereka keluar dari dalam lumpur yang telah menyebabkan mereka tercungap hampir lemas…

...kononnya jiran kita selamat dan selesa dari segala sudut,ekonomi,social,politik..maka kita juga akan merasa tempias keselesaannya?namun apa yang berlaku dengan sikap perihatin kita telah memakan diri..kacang telah lupakan kulitnya…ketika sebilangan dari kita yang konon nya bersemangat jati memijak kepala lembu dengan angkuhnya..dalam masa yang sama maruah kita sewenang wenangnya diludahh..dibakar dengan rakus oleh mereka mereka yang pernah disumbatkan rezeki di tanah tumpahnya darah kita.. tak melayu hilang di dunia..kata kata tidak kan hilang…namun kita?

Tuesday, September 8, 2009

..Gangga Negara...ramai yang dah tiada...




..balik kampung baru ni untuk berbuka posa bersama mak aku..petangnya aku ke pasar ramadhan.. macam kat tempat lain le jugak..sibuk,ramai orang..semua tengah lapo..aku tegok kiri tengok kanan sambil jeling jeling juadah yang ada sambil tengokjugak orang yang menjualnya..macam macam rupa ada..cuma yang tak ade kawan aku..walau saorang pun..takdee..kali ni sama le jugak macam beberapa tahun yang lepas kelibat mereka tak dapat aku tengok..aku rasa raya tahun ini dan tahun tahun yang selepasnya nanti pun sama le jugak...pak cik pak cik,tok wan tok wan pun banyak yang tiada..kalo dulu bila keluar pekan tak kira le bila pun..naik lenguh tangan nak diangkat untuk melambai tak menang mulut untuk bersahut dengan mereka..pergi pasar pun sama tak tahu nak membeli dari siapa..beli kat A takut siB pulak kecik ati..at last mak aku aje yang ke pasar..ke pasar ramadhan pun sama tak tahu nak beli kueh dari sapa..itu duluu...



...sekarang bila balik kampung dan pergi ke pekan aku rasa macam orang asing..aku tak kenal orang..orang lain pun tak kenal aku..ye la kutu berahak macam aku sapa le yang nak kenal punn..pekan Beruas tak happening langsung lagi dah..happening lah bagi aku yang sayang dan suka tempat ni..tempat dimana aku mula mengenal erti hidup..ye walau pun hanya sebuah pekan kecil..bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang..tak payah pergi ke kota kota besar punn..

...la ni ramai yang dah berhijrah dan ramai jugak le yang dah ke Rahmatullah...hari raya tahun ini aku harap dapat lah hendaknya berjumpa dengan mereka yang merantau nun jauh ...pulang lah kawan pulanglah taulan siapalah kita tanpa kampung halaman..




..1st.day aku di pekanBeruas setelah berpindah dari Kg Bharu,ketika melintas jalan ini untuk membeli biskut 'Snap'aku dikejar anjing..melolong aku dibuatnya..hampeh betoi! (1970)



..Traffik light ni betul2 diperlukan ketika cuti Raya dan Kong Hee Fatt Choy.



....kedai ubat ni la tempat aku mencari Chi Kit Teck Aun atau Limotil bila perut meragam..he he



...pekan ni buruk kata orang..cantek bagi aku...no doubtt!!

..ahah! macam pekan Danork le plakk..


..Market Lane..


...Pasar Lambak Pagi....





..antara yang masih lagi tinggal...





..Padang ini banyak sangat menyimpan kenangan bagi aku..sambutan maulud nabi,perlawanan bolasepak,malam pesta ria,main layang layang,bergumpal dengan kengkawan..

(p/s:date pada gambar silap setting daa..)