Total Pageviews

Thursday, January 19, 2017

...Kita Semakin Hilang Sensitiviti...Pt 2...




...Berlumba, cuai, ambil mudah dan pelbagai lagi kesalahan yang dilakukan ketika di jalanraya yang mana peratusan tingginya kemalangan adalah berpunca dari manusia....Pemandu bas, lori, kereta kecil, kereta besar, motor kecil, superbike masing masing dengan attitude serta egonya ketika menggunakan kenderaan tak kira samaada di lebuh raya, jalan kampung, kawasan perumahan atau di tengah bandar...


...Tanpa boleh dinafikan sebenarnya tiap hari kita boleh jumpa pemandu/penunggang yang keluar simpang tanpa berhenti maupun memberi signal, memandu perlahan di lorong paling kanan sambil menggunakan talipon...itu belum lagi yang di bawah pengaruh dadah atau mabuk...samseng jalanan dan 'road bully' juga tidak terkecuali...bilamana berada di atas jalan saja sikap serta perilaku mereka akan berubah 360 darjah...saolah olah jalanraya hanya milik mereka dan tempat untuk berlumba...sedangkan sebenarnya mereka memperjudikan nyawa sendiri dan orang lain...mereka selalu alpa atau tidak endah bahawa kemalangan bukan mesti hanya berlaku pada orang lain...

...Masih belum terlambat jika pihak berkuasa memantapkan lagi selain dari tatacara pemanduan dan menunggang, pengetahuan undang undang, di mana perlu menambah satu lagi module dalam kursus yang diwajibkan kepada bakal pemilik lesen, iaitu sivik/disiplin ketika di jalanraya...Jika sudah ada sekalipun mereka perlu  diberikan lebih penekanan tentang isu tersebut...


...Selain dari itu penguatkuasaan secara bersepadu diantara pelbagai jabatan seperti Polis, SPAD, PUSPAKOM dan JPJ terhadap undang undang itu sendiri amat perlu dititik beratkan supaya pesalah merasa serik juga agar ia mampu mendidik orang lain agar senantiasa berhemah ketika di jalanraya...  


...Sebenarnya maju atau mundur sesebuah negara itu boleh saja  diambil kira dari cara mana rakyatnya berfikir serta bertindak ketika berada di jalanraya...Tidak ada maknanya kita berbangga dengan bangunan pencakar langit serta kemudahan lainnya jika mentality serta sikap kita masih di takuk lama...lebih malang bilamana kita semakin hilang sensitiviti terhadap keselamatan diri dan orang lain...

2 comments:

deaf-angel said...

kalau badan kita busuk, kita kena perlukan akal dan otak untuk cakap badan kita busuk so kita kena mandi.
Dan akal dan otak tu kat kepala.

So apa2 pun, kepala paling penting.

Kaboi Tanduk said...

betul bro.. mujur dalam zaman serba canggih ni orang kalau jadi apa2 terus saja rakam dan upload video karenah orang macam ni.. video macam ni cepat viralnya, mudah2an mesej sampai dan jadi pengajaran juga untuk diri sendiri dan keluarga..