Total Pageviews

Friday, May 27, 2016

...Inner Harmony Create Happy Living...





...Untuk kali ini saya memperkatakan tentang dua isu common yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini...Di mana keduanya ada kaitan...Isu racist dan penguatkuasaan...


...Kita di Malaysia memang senonim dengan musim...ada musim buah, ada musim bas terbalik, ada musim kapalterbang jatuh, ada musim jerebu, panas, tengkujuh bla bla bla...Juga tak ketinggalan musim 'kuatkuasa'...Tapi jika Penguatkuasa buat kerja macam tak kuasa...Maka selamanya onar akan berleluasa... Minggu lepas pergi Balai setelah owner anjing yang gigit Muhammad Ashraf cabar buat report...katanya lagi..."Saya punya anjing saya punya pasal lu apahal!?...Sedangkan kami datang berjumpa  dan bertanya dengan baik kepada beliau... So dipendekkan citer lepas dapatkan suntikan bagi mengelak Rabies di klinik berdekatan kami ke balai Polis...Guna saluran dan kaedah yang  sebetulnya ok... Abis report, Polis pulak kasi tau part dorang dah abis..."Encik kena pergi buat aduan pada PBT"...


...Pergi PBT lepas solat Jumaat..3.45pm. tiada siapa di opis! Tunggu lagi 10 minit datang saorang staff bagi sekeping kertas kosong...itu pun setelah saya cakap mesti ada borang aduan yang proper untuk diisi baru lah terkial2 dia mencari dan beri...Sudah tu dia beritahu..."Kami tak punya kuasa sebab NGO selalu komplen...maka kami tak boleh lagi tembak anjing so encik kena lapur pada Jabatan Veterinar"..."Saya tak mintak tembak anjing dan anjing tak salah"..."Saya cuma mahu PBT amik action pada owner sebab PBT yang keluarkan lesen"..."dan seperti mana JPJ pemilik lesen tertakluk kepada  undang2"..."bukan bermakna dah ada lesen kita boleh buat apa saja"..."Sedangkan saya bertindak atas dasar tanggung jawab saorang ayah kepada anak dan orang awam yang mahukan keadilan dan pembelaan"...Ok fine..Akhirnya pergi pula ke pejabat Veterinar, jawapan yang diberi juga sama..."Bukan kuasa kami ini bidang kuasa PBT"(Pulak dah)....Good job fellows good job...I really sick and tired with your action...Am done...Sigh!






...Lama dulu saya lahir dan dibesarkan dengan dikelilingi multi racial...China, India, Sikh dan lain lain etnik dari Malaysia Timur ketika itu Sabah dan Sarawak...Hidup kami penuh harmoni tolong menolong baik ketika susah mau pun senang...kenduri kendara atau aktiviti lainnya termasuk ketika sambutan Hari Raya dan Maulud Nabi non Muslim dikejiranan turut berganding bahu...Sesuatu yang amat saya banggakan...Kami juga tidak sewenangnya memperkatakan soal bangsa atau agama orang lain...Jauh sekali untuk menghina...Semua kami tahu memainkan peranan apa yang patut dan sebaliknya...


...Namun amat berbeza dengan apa yang berlaku sekarang...Kebanyakan dari kita tidak lagi menghargai keharmonian yang dipupuk oleh generasi dulu maka ujudlah sikap tidak menghormati tetangga, perkauman dan pelbagai lagi sikap buruk yang lainnya...

...Tidak dinafikan ketidakadilan, perkauman, dengki khianat ujud dalam semua bangsa...tidak adil jika kita menuding jari hanya pada satu satu kelompok...Namun amat dikesalkan  kerana semua ini ujud kembali setelah kita Merdeka lebih dari lima puluh tahun...Di sekolah, kejiranan, Masjid, tempat kerja, di bawah satu bumbung...tempat kita menghabiskan masa bersama...

...Bukanlah mudah untuk memulihkan keadaan dari pada chaos sebelum ini kepada harmoni...Ia cukup mengecewakan...Sedangkan kita sepatutnya bersatu hati tidak kira kamu dari generasi X atau Y...tua, muda...tak kira apa bangsa atau pun etnik dan ideology...wajar ketepikan semua itu...Hormat orang lain, bertolak ansur, tidak menyentuh sensitiviti adat dan agama orang lain...Saya percaya jika semua itu dapat diterap serta dipraktik dalam  semua lapisan  masyarakat InSyaAllah kita semua bangsa Malaysia akan hidup dengan aman dan harmoni jauh dari krisis diri dan identiti walaupun berlainan ideologi...




4 comments:

deaf-angel said...

Setuju. Anjing tak salah. Tuan atau penjaga nye yang kurang tatasusila hidup dalam sesebuah komuniti.
Dunia dah tak fun lagi. Dah tak macam dulu.

yusrina said...

Betul tu Wan beruas..
Nampak gayanya, kita perlu guna hukum rimba semula ni, demi mengajar puak yg tk bertamadun..

berteromber said...

Ianya bila jadi viral baru tindakan akan di ambil...kalau tak memang begitulah nasib golongan marhaen...

Faith Craft said...

baca ni teringat streamers KKM nampak kat shopping mall semalam... rawatan percuma kepada pengidap syiphlis di KK berdekatan.