Total Pageviews

Wednesday, March 4, 2015

...Muzik Rock Dan Attitude...






...Muzik bukan hanya sebahagian dari genre tetapi lebih dari itu ia merupakan bahan escapism dan juga boleh dikatakan tergolong dalam attitude, fesyen dan juga life style...Kerana itulah juga expresi diri pengiat serta pengikutnya...Selebihnya TIDAK dan BUKAN HIPOKRIT!!...


...Tiada sebab bagi mereka yang tidak memahami untuk memandang serong...Dari sudut fesyen semua sedia maklum rocker mempunyai identitinya tersendiri..tshirt,jeans lusuh boot cut suatu masa dulu adalah satu kemestian,tali pinggang kulit dengan buckle...sneakers,spikes dan pelbagai lagi accesories yang ada dari ujung rambut hingga ujung kaki...rambut panjang dan greasy…Seiring dengan peredaran zaman fesyen di dalam dunia muzik juga berubah...dan semua itu bukan lagi satu kemestian...Namun tidak bagi attitude...begitu pun juga  luaran tidak sama dengan yang di dalam…adalah tidak adil jika dinilai berdasarkan penampilan mereka…Walaupun penampilan tampak membunuh namun tampar nyamuk pun belum tentu mati beb!


...Agak malang bila mana peminat muzik atau fesyen Rock sering dilabel sebagai perosak hanya kerana penampilan mereka...yang mana sebenarnya mereka ini hanya menampilkan sisi rebel saja dan tidak lebih dari itu...Difinasi rebel juga pelbagai....Begitu pun ada juga yang hanya dengan membabi buta mengikut fesyen berpakaian...atas alasan tidak mahu dikatakan ketinggalan...Jelasnya mereka hanyalah poser!!


... Bercakap tentang rebel saya berpendapat bukan genre Rock saja menonjolkannya dan kita boleh lihat penyanyi lagu lagu raakyat serta blues juga menampilkan sisi yang sama...bezanya mereka 'rebel dalam lembut' berbanding dengan Rockers...Ye lah 'batu' mana ada yang lembut..Lainlah kalu air batu...Jika kena dengan Rock Leleh pastinya cair beb cair! Pemahaman rebel bagi rockers old timer dan muda juga berbeza...Kerana peralihan zaman...


...Bagi mereka yang lama dalam kancah ini selalunya dilabel sebagai otai...dan dihormati oleh kalangan mereka yang muda walau sebenarnya tak perlu pun itu semua (bukan boleh kenyang pun)...Maka ketika ini juga lah muncul dan ramai yang mengaku (kes masuk bakul angkat sendiri) otai...konon merekalah rocker tegar semasa mudanya...sedangkan  ketika itu mereka ini yang   sebenarnya terdiri dari golongan 'Mat Bunga' yang selalu mengorat di bus stand dan  bertukar tukar  pompuan setiap masa,bergaya dengan seluar slack side tajam yang kalo lalu kat lalang,lalang pun boleh putus...kasut Michael Jackson era album Thriller...Rocker pakat layan album Black Sabbath - Dehumanizer mereka pulak sibuk jadi Womanizer...dengan mengamalkan prinsip 'Habis madu sepah dibuang' Err perenggan ini kiranya off record jee...(Bagi laluan iklan racun Roundup sekejap)


...Seperti perenggan yang diatas tadi..bukan hipokrit namun cuma menyesuaikan diri dengan keadaan..ye la takkan lak keja bank nak pakai Tshirt Burzum dengan spikes segala jadah...Oleh itu kira common la jika melihat ada rocker yang ber kot bila ke pejabat...namun begitu dalam dok melayan muzik keras masih tetap lembut hati serta tulus dalam mengerjakan suruhan Tuhan...


...Berbeza dari mereka2 yang tidak minat pada muzik..dalam lain kata yang cuma ‘suka pada lagu2@bunyi2an’...kerana  tiada bahan escapism…dalam tidak mampu menghilangkan kebosanan serta jiwa kacau yang melanda…Maka kita boleh lihat eascapism mereka ialah dengan melakukan pelbagai lagi onar kepada diri sendiri malah kepada orang lain juga...Back stabber, fitnah, caci mencaci sudah merupakan makanan ruji selain nasi...Sedang tiada apa yang untungnya melaikan rugi...


...Muzik Rock sama seperti muzik yang lainnya...tidak merosakkan...namun kita boleh lihat ramai yang merosakan muzik itu sendiri...Dan yang lebih teruk lagi dalam ramai yang tidak melayan muzik tapi merosakan diri kerana jiwa mereka yang kosong...mereka2 inilah yang paling banyak melakukan kerosakan…Amarah mereka dilepaskan dengan cara negative serta merugikan diri…pukul anak bini,mabuk2,merempit,lumba haram,dan lain2...itu belum lagi yang mengadu domba sesama sendiri...dengan hidup tanpa arah..ke arah kerohanian pun tidak ke arah duniawi pun entah jugak...




P/s:- ...Saya tidak setuju jika Rock 80an disebut sebagai zaman Rock Kapak atau Rock Kangkang...Apa relevannya? Setahu saya ianya hanya senonim dengan poster2 Fun Fair bagi tujuan promosi...


4 comments:

Rafi said...

Hahaha..suka kat perenggan yg kelima tu..pakai seluar slack side tajam lalang pun bole putus tu..hahaha

deaf-angel said...

Aku rasa pendapat aku pun tak jauh beza ngan apa ko cakap..
Kasut michael jackson haha

berteromber said...

setuju!

aku pun pelik dari mana datangnya perkataan rock kapak tu...dah tu ianya sering pula dikaitkan dengan lagu2 slow rock....

myownmind said...

diorang cakap sebab rockers dulu zaman BATTLE OF THE BAND suka assemble dekat car park.. ada satu car park aku dah lupa..

kangkang sbb tarik suara mesti terkangkang..

apa yg menjadi masalah rock2 jiwang leleh pink rock mat motor pertengahan sehingga ujung 90an. disatukan jugak dalam rock kapak selepas GEGAR VAGANZA nyer demam.. atau penyatuan rock lama dengan rock melankolik kronik untuk merempuh rock Indonesia selepas 1998 (SO7)