Total Pageviews

Monday, February 22, 2016

...Melayu Malas??




...Sejak kebelakangan ini kerap kita baca di media tentang ungkapan yang mengatakan Melayu adalah merupakan bangsa yang pemalas!! Isu ini menjadi hangat setelah ada yang beranggapan pendatang asing Bangla umpama nya sangat rajin justeru mereka dipilih untuk mengisi ruang kerja
di negara ini...Walaupun dengan gaji yang kecil mereka sanggup...Ok, soalan dari saya...jikalau   sebatang kara merantau ke negara orang mestikah kamu masih lagi memilih kerja dan gaji atau tempat tinggal??




...Sepanjang hidup saya sebelum ini  pernah jadi waiter, jadi cook (ada masanya 12 jam waktu bekerja belum termasuk over time) jadi steward di hotel hotel (cuci longkang kitchen), jual bundle, jual jam, jual mercun, buat dan jual kuih, jual kacang, jual buah-buahan untuk tambah pendapatan family...jalankan trading dan deliver barang hingga ke Perlis dan seluruh Kedah, Selangor juga Perak...Keluar pagi pulang lewat malam...Pernah tengah malam naik motor  balik dari keja part time di Pakeeza Restoran kena langgar hingga separuh badan di bawah van roti di jalan Ashby Ipoh...mujur tak teruk (salah seniri konon nk short cut masuk jalan one way)...kena kencing dengan clients...kena 'tikam belakang' dengan pesaing dan macam macam lagilah...namun itu bukan alasan untuk mengalah...ada jugak kawan kawan yang kata saya rajin...saya jawab ini bukan soal rajin tapi soal survival...dan jika dapur rumah tak berasap sanggup kah kamu menghantar gula kopi ke rumah saya? Meminta minta bukan lah amalan saya...Saya ada prinsip sendiri... 'Lawan Untuk Hidup'



...Orang kita tidak memilih kerja sebenarnya tapi biarlah dengan pulangan atau gaji yang setimpal  dengan kerja dan wajar dengan keperluan hidup...Kita perlu memiliki rumah, kenderaan, berkahwin dan beranak pinak, membayar segala bil, talipon, internet, air, letrik, cukai pintu , cukai kumbahan, cukai itu cukai ini...Bangladesh atau bangsa pendatang lainnya perlu ke membayar semua itu...Mereka boleh tinggal dalam rumah sempit berpuluh orang...Mereka tidak perlu untuk balik kampung setiap minggu untuk melihat orang tua (tapi orang kita sendiri pun ada yang dah bertahun tak balik kampung) Bangla, Nepal, Rohingya, Vietnam, Negro tidak perlu membayar wang saku sekolah anak anak, tidak perlu fikir tentang yuran mengaji dan tution....tidak perlu membayar tol ketempat kerja...Sedangkan kebanyakan kita perlu fikir dan wajib layan semua ini...



...Semua sedia maklum banyak raayat negara kita yang sanggup berpusu pusu setiap hari kenegara jiran Singapura untuk bekerja...sedangkan pekerjaan itu juga turut ditawarkan di sini...bezanya ini kerana ingin mengejar gaji yang tinggi di sana...Saya percaya jika majikan kita tidak tamak dan sanggup memberikan gaji yang setimpal tidak lah raayat kita bekerja ke negara lain...kita hanya menyentuh tentang sektor pekerjaan 3D (Difficult, Danger, Dirty) belum lagi pada bidang profesional...Betapa ramai mereka ini (rakyat kita) yang sanggup berhijrah (ke lain lain negara) semata mata untuk meraih pendapatan yang tinggi...bukan lagi jati diri bukan lagi semangat untuk berbakti kepada tanah air yang menjadi keutamaan...dalam soal ini (kini) faktor survival menjadi tajuk utama...    



...Oleh itu untuk mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa pemalas amatlah tidak tepat serta tidak adil...begitu jugalah sebaliknya sedangkan rajin atau malas sesaorang itu bukan terletak pada bangsa...dan suka saya tekankan di sini sesiapa pun boleh berdaya maju dan mampu bersaing jika mereka mahu berusaha keras, rajin tidak mengalah pada masaalah, bekerjasama dengan orang lain, jujur ikhlas dan menjadikan itu semua sebagai budaya kerja dalam hidup...InSyaAllah...





P/s - Dalam pada kita mempersoalkan tentang warga Bangla jangan pula kita pejam mata dengan kebanjiran pendatang dari seluruh dunia ke negara ini...Ini bukan lagi isu picisan...sebenarnya sama level dengan masaalah sosial lainnya....



3 comments:

Faith Craft said...

Kadang-kadang kita kata mereka-mereka tu malas sebab mengenangkan bagaimana kita berjuang dan bersusah payah untuk hidup, kadang-kadang kita hukum orang tu malas sebab mereka-mereka tu ada dalam keluarga kita sendiri.. wallahualam.

Rafi said...

diorang cakap melayu malas pasal bangla bekerja untuk najib dan rosmah..hahah

deaf-angel said...

Kalau tengok rumpun melayu, jangan ikut negara la, tengok je rumpun melayu dari keturunan jawa, orang laut, orang sungai, darah keturunan keling, dan sebagainya hang menjadi mwelayu sekarang,

Nope , melayu bukan bangsa malas atau layu atau bodoh. Ramai melayu dari golongan biasa atau susah berjaya dalam semua bidang.
Untuk aku ni semua dipupuk dari ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat keliling.
mak bapak bochap, abis la anak,
jiran tetangga semua komuniti hisap dadah, rempit dan sebagainya, peluang besar keluarga kita akan terpengaruh,
dan sorry la yang bangla datang tempat kita ialah mereka yang disiplin dan majukan keluarga, aku expect kat bangla mungkin ratusan ribu yang jugak rosak kerana dadah, penjenayah dan jugak jenis pemalas.
yes, gaji plays a party,
dulu katalah up to 5 years ago, susah nak tengok kaum pompuan melayu masuk Singapore dari Johor untuk kerja , kita tahu pasal mereka beruniform atau naik bas kilang, dan majoriti dari golongan tu ialah orang Singapore yang duduk Johor.
sekarang, ko gi immigresen Johor, kul 3 paagi kul 4 pagi, aku tak tipu, penuh kaum Melayu wanita yang setiap pagi masuk Singapore kerja.
sanggup ok, sanggup bekorban, tapi untuk sebhagian kita, that is nothing pasal kita dah biasa hidup sacrifice cam gitu pagi petang siang malam