Total Pageviews

Saturday, December 21, 2013

...Massacre Conspiracy...






...Balik dari gig di Port Amanjaya anak saya Muhammad Hafiz membawa pulang sekeping 'butter bread' terbaru...Ketika OTW pulang ke kampung malamnya turn it on pada CD player Pioneer dan sama sama layannnnn...


....Cuba hayati dengan teliti...Wow! Tidak keterlaluan jika saya katakan muzik mereka adalah mixed dari Lamb Of God dan Love Me Butch = Massacre Conspiracy......Dan pada 47 saat pertama mendengarkan intro lagu Inception dari debut album bertajuk Lost Holocaust band Metal Core ini terus mengingatkan saya kepada drummer yang terkenal dengan teknik drumming heel - toenya ...Chris Adler....Blast beat serta grinding nya yang menggila namun padat dan tepat...Hasil kerja keras saudara Emy Shahmi...





                                                      Chris Adler - Lamb Of God



...Lirik pula dihasilkan sepenuhnya oleh Ash yang memegang posisi vocal (rengkong terkeluaq) hahahaa...selain dicukupkan anggota dengan Sonny - gitar,vocal, Faiz Goddy - gitar, Acong - bass dan Ax - keyboard/synthesizer... 


...Tiada segan silu menampilkan chiki untuk guest vocal pada lagu "All Hope Remains Dead" oleh Yasmin Matthews dari band yang sealiran dengan mereka - Maddthelin...bersama lagu "Nothing Can Stop Us Now" menjadi pilihan utama saya dari mereka...deep growl yang penuh expresi dari cetusan jiwa rebel rocker! We do not fear anyone..We ll stand together as one...there's nothing can stop us now!! Dah nama pun muzik rebel album ini di cop dengan label Parental Advisory Explicit Content...Jadi kalu nak dengar kan ayat mesra alam penuh sopan santun..."Datok/nenek mintak maaf anak cucu nak tumpang lalu"...Hahhh pergi cari abum Spin atau pun Spoon dan yang seangkatan dengannya...Right here you ve got nothin!



...Senonim bagi masyarakat kita yang sering membeza atau membandingkan siapa yang lebih bagus... dengan mengatakan penyanyi serta band ini adalah wannabe Oliver Sykes dan Bring Me The Horizon, The Devils Wear Prada serta yang lainnya...tapi saya rasa masing masing punya kelebihan serta kekurangan nya...Sikap melabel/melaga2 ikut suka hati mak bapak sedara sebelah bini mak mertua tok kau sebegini tidak sepatutnya wujud lagi di zaman muzik rock era melenium yang telah mengujudkan pecahan serta rantaiannya yang pelbagai...oK! Tutup kes! 





...Berbalik pada muzik mereka.....dengan bunyian keyboard pada sesetengah part sedikit sebanyak menyuntik elemen Symphonic Gothic Metal pada sound mereka ini merupakan kepelbagaian dan sememangnya saya suka! Mempunyai sebelas trek kesemuanya lagu dengan melody keras yang rata ratanya mencetuskan adrenalin, amat sesuai didengar ketika memandu jauh yang semestikannya mengujakan..mampu menghilangkan jemu serta mengantuk...Especially untuk saya ketika mengayuh mountain bike secara long distance....Haahaa tapi jangan over excited hingga lupa diri!!  


...Tanpa ingin mengklasifikasikan siapa lebih bagus saya suka mengatakan lebih minat pada mereka kerana terdapat  kelainan yang ketara pada drums works, riffing, vocal serta skill permainan ketat serta mantap yang berada di luar pada tahap common band Metal Core/Deathcore tempatan selain dari package penampilan yang tidak melebih lebih...





                                            ...In God We Trust In Metal We Blast!!...

...Keseluruhan bagi album ini adalah terbaik dan amat mengujakan memandangkan ia adalah 'first baby born' mereka berbanding bagi sesetengah band yang hanya menghasilkan produk tangkap muat atau setakat suka suka...Ini memberi makna bahawa mereka serious dengan apa yang dilakukan...(Ini yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu yang terjun dalam kancah seni) Moga dengan album ini tidak merupakan yang pertama dan yang terakhir dari Massacre Conspiracy! 



...Bagi peminat genre Metal Core yang belum mengenali mereka (memang tak patut) usah prejudis! Jika maukan muzik kental,skill permainan yang tight serta paling utama berkualiti...ini lah muzik serta bandnya......Usah ketinggalan!!...Here we got another underground product who crawl and came out on surface just to hit the mainstream!! And they deserve for your standing ovation!  





P/s:- Lain lain band tempatan dari genre sama yang patut diberi perhatian - The Padangs, SOG,Caladrius,Maddthellin...  




3 comments:

Adi Herman said...

Respect dgn lu bro, sama citarasa muzik dgn anak...btw, jarang nak dpt org veteran yg juga minat muzik metalcore mcm ni, selalunha byk yg suka condemn saja...btw, chris adler memang antara drummer yg gua cukup minat dr dulu hingga skrg....hahaha

deaf-angel said...

meeeeenarikkkk...

Ra1m1 said...

dengarnya metalcore kita memang maju. Budak2 siam pun tahu band metalcore kita dari band black/death/punk kita... :)