Total Pageviews

Monday, March 18, 2013

...Hafiz Hamidun....Zikir Terapi Diri...

.



...Sebelum tahu siapa artis bagi album ini lagunya selalu aku dengar dalam program ugama di tv...Semakin didengar semakin sedap dan menarik hati aku untuk mengetahui siapa disebalik album ini...


...Hafiz Hamidon...sebelum ini bermula dengan debut album bersama dengan kumpulan UNIC..Selepas itu pada tahun 2007 keluar dengan album solo beliau yang telah menerima banyak award...Manakala album Syukran yang diterbit pada 2009 terjual secara global dan turut tersenarai dalam beberapa carta antaranya Radio Turki...Saorang yang berbakat besar bilamana,menyusun muzik,serta adunan semua dilakukan oleh beliau sendiri termasuk sebagai penerbit...Tidak hairan beliau mampu meraih award sebagai Top Young Composer 2009,Best Arranger AIM 2008,Best Pop Ethnic Album Producer 2008 dan Best Song MACP juga pada tahun 2008...


...Album Terapi Zikir menjadi pilihan aku...Diterbitkan pada July 2012...Mempunyai sebelas track kesemuanya terdiri dari zikir2 yang dilagukan dengan asyik...berlatar belakang dengan petikan paino yang simple dan semestinya easy listening...Track pertama 'Astaghfirullah' yang sering kita dengar pada pembukaan program Tanyalah Ustaz dan diakhiri dengan 'Lawkana Bainana' juga boleh kita dengar selalu pada program berunsur kerohanian lainnya...Aku memilih track pertama,terakhir dan keenam...Apa pun pilihan...yang jelas pengisian serta kesannya terhadap diri...itu  yang penting.... 


...Bagi yang belum biasa munkin agak payah untuk hadham dengan album ini...ini dikira biasa apatah lagi jika bagi telinga yang sudah terbiasa dengan genre yang jauh berbeza...namun usah biarkan diri terbelenggu dengan semua itu...Jika inginkan sesuatu yang lain dari yang lain serta 'berisi' mari mencuba..kerana belum cuba kamu tidak akan tahu...


...Double thumbs up seharusnya diberikan kepada beliau serta yang terlibat bagi menjayakan album 'berisi' ini...kerana menampilkan sesuatu yang berbeza dari kebiasaaan...sebelum ini banyak album zikir yang kita dapati di pasaran mengunakan format yang biasa atau klise...Kaedah yang dilakukan beliau terbukti berjaya...dimaklumkan oleh beliau dalam sebuah rancangan TV baru baru ini..album ini berjaya bersaing dan menduduki carta bersama penyanyi Adele...dan mendapat jualan download yang memberangsangkan...


...Cuma apa yang diharap ini bukan lah album zikir terapi yang pertama dan yang terakhir dari beliau... bagi yang mahu memiliki pastikan membeli yang original...sebabnya kamu pun tahu kenapa...



...Ada dua genre pilihan untuk aku jika balik dari outstation bagi melepaskan lelah sambil memandu...Samaada mendengar muzik seperti Agathodaimon atau semestinya album ini...





4 comments:

Adi Herman said...

Aku dah dengar satu album Hafiz Hamiduh ni bro...kalau cd ni dipasang dlm kereta time jalan tgh jam, hati yg marah boleh jadi tenang...true story hehe

:: Mrs.Eady :: said...

memang best..

deaf-angel said...

I hope to check this out

Kaboi Tanduk said...

siap masuk radio Turki lagi, kena try dengar nih..