Total Pageviews

Monday, March 12, 2012

…XDS Mountainbike…Jom Kayuh....



...Aku sebenarnya amat suka menunggang basikal...masa kecil selalu ke perpustakaan di tepi sungai Langat..berbasikal melalui pekan Banting ke situ entah berapa batu (masa tu belum lagi pakai system Metrik) aku pun tak perasan, tak amik pot sebenarnya..hehehe..Pernah juga berbasikal dengan sepupu ke Pantai Morib ..ini aku ingat haa 7 batu pergi balik dah jadi 14 batu..jauh tu bagi aku yang berumur 10 - 11tahun je masa tu..tapi bila dah mengayuh beramai memang tak rasa sangat penatnya...Pernah berjamboree ke Bukit Jugra melalui Permatang Pasir dengan rakan sekolah sambil menunggang basikal masing masing...

...Petang petang sebelum waktu berbuka atau selepas menghantar bekalan berbuka untuk abah..aku akan terus mengayuh ke kampong Kancung Darat dan jugak Sungai Lang...Fuhh best oooo ini kira terapi minda jugak selain dari exercise...dengan pemandangan dan udara kampong yang segar pada masa itu...Sekarang ni entah laa..rasanya hutan tanah gambut tu sume dah takde..dak eneng ngomong wong Jowo...huhuu...

...Masa tinggal di Ipoh Garden..aku memiliki basikal pertama aku jenis racing jenama Raleigh berwarna merah terang..sayang sangat loo..Sebenarnya masa sekolah lagi aku bercita cita untuk memilikinya...Masa baru beli dari kedai hingga kerumah aku pimpin je basikal tu haha..sebabnya ehh rasa sayang pulak nak guna..hehehehe...basikal aku yang kedua adalah Mountainbike jenis Le Run (Raleigh)..sebenarnay aku terpengaruh dengan abah aku yang mempunyai basikal,juga jenis Raleigh (Made In England) Masa tu dok kat Sg Senam dan aku orang yang pertama mengunakan basikal MTB di situ..Petang petang bila aku mengayuh bebudak akan terjerit2 memanggil..Pak Cik Mountain Bikeeeeee!!!!!Pak Cik Mountain Bikee!!!!! Hahahahahaa...Tapi basikal ini sama jugak macam yang pertama hilang dicuri orang...abihh nak wat camne jodoh basikal tu setakat itu jee dengan aku...

..Untuk mengakihiri tahun 2011 aku reward diri aku yang penat bekerja tak kira masa dan hari..orang cuti aku kerja..utara selatan yang semuanya abih aku redah....Yeaa beli Mountainbike baru...

..Sebelum ini kemana pun aku pergi outstation ke aku mesti singgah kedai yang menjual basikal...Tengok,belek,pegang,belek,pegang,tengok...Nak beli nak beli nak beli..Pastu garu kepala yang tak gatal...Hummm masaalahnya bila dah banyak tengok aku jadi bera kata orang Perak...Tak tau mana nak pilih..Sumenya cantek dan menarik...Giant,Trek,XDS,GT,KHS,ABX,Paragon,Raleigh...Aksesories dan finishing memang hebat...semua jenama ini membuat kita yang melihat meleleh air liur..Manakala harga nya pulak mampu mengalirkan air mata..huhuhuuu...adussss..




...Pilihan,selain jenama ialah parts yang dipasang pada basikal itu tadi,warranty samaada setahun atau lifetime punya pun ada,warna serta corak,size untuk aku yang tinggi 6 kaki...oh ye baru ingat last sekali harga...

....Bukan macam motor walaupun sama menggunakan dua tayar tapi basikal tarak enjin...so tak perlu riso tentang berapa CC atau kuasa kuda...Basikal atau gerek ini pakai kuasa orang...Daya kilas bergantung pada kemampuan penunggang itu sendiri hahahaa...Laju dikayuh lajulah perginya...Tak larat kayuh tolak atau pimpin jeee...





..akhir nya aku ambil keputusan memilih jenama XDS...jarang nampak orang pakai jadi tak nampak commonnya seperti pilihan pertama aku Giant atau pun Trek yang mana terlalu popular setiap kali bertembung dengan jamboree apa yang aku perhatikan jenama itu dan warna yang sama je mereka pakai so tak nak nampak macam boria aku pilih brand XDS ni jeee...











...Setakat permulaan aku berkayuh sekitar kampong tempat aku tinggal je..Ye laa dah dua tahun lebih aku tak bergiat dalam sukan sampai dah kembang pun badan nih...Hingga la satu hari member dekat rumah aku mengajak untuk mengikut mereka berbasikal..Ikut punya ikut sedar sedar bila dah sampai rumah kami dah tempuh 11.5 kilometer..Fuhhhh ok laa buat permulaan tapi sebenarnya jika bersenam tak kira lah apa jenisnya pun..mesti dilakukan mengikut peraturan dan secara berperingkat peringkat....warm up dan warm down selepasnya perlu ada...pulse rate perlu diamik kira...kualiti jugak perlu...kerana kita exercise untuk beriadah dan menjaga kesihatan bukan untuk menambah atau mencari penyakit..huhuuu...

2 comments:

Cho Zila said...

akakpun beli xds gak... sebab cantik... tuler memang suka basikal dari kecik nak buat camner yerk...

casman said...

kayuh kat mana encik? boleh joint? tp sy naik fold bike jer.. kecil2an jer..