Total Pageviews

Saturday, February 11, 2012

..UTP Tronoh...



..Bulan lepas aku mendapat satu panggilan yang mana pemanggil mengaku adalah pelajar Phd yang sedang belajar di UTP Tronoh...beliau memesan beberapa peralatan perubatan untuk dihantar ke negara asal beliau iaitu Sudan...Dipendekan cerita selepas itu aku pun ke sana untuk bertemu dan menghantar pesanan beliau...

..Ini sebenarnya adalah kali pertama aku kesini..dan amat teruja sebenarnya untuk kemari yang sebelum ini hanya mendengar dan membaca dari blog2 dan juga buku2 mengenai UTP ini....apa yang mengujakan aku lagi ialah kawasan di mana universiti ini ditempatkan iaitu sebuah kawasan seluas 1000 ekar (Seperti yang dimaklumkan oleh pengawal bertugas...Dr Ben tolong kasi betul kalo salah)yang dulunya hanyalah hutan tebal...juga adalah kampus USM sebelum diambil alih pula oleh pihak Petronas...

...Kawasan memang cantek di mana segala pokok2 dan hutan tebal masih lagi dikekalkan..udara yang nyaman serta segar...Hum betul kata orang jika hendak menuntut ilmu tidak kira di mana pun boleh hatta hingga ke angkasa lepas sekali pun......cari dan kajilah semua ilmu itu..kecuali akan zat Tuhan...

...Melihat akan susun atur antara kolej dan hostel,di mana aku lihat ramai penuntut yang berjalan kaki untuk kesana dan kemari dalam jarak yang agak jauh juga...dan bagi aku di persekitaran UTP ini adalah amat sesuai sekali untuk kaki riadah..kita boleh brisk walk,jogging atau pun berbasikal dengan amat selesa dan tenang sekali..Sekali tersentuh hati aku bila Miss Nuha Husin menjawab pertanyaan aku bahawa negara ini amat amat selamat berbanding dengan negara tumpah darah beliau...Di sini dia boleh kesana kemari dengan selesa walau bersaorangan namun tidak di negara beliau walaupun berjalan dalam kumpulan 4 - 5 orang masih lagi dikira tidak terjamin akan keselamatan...

...Juteru amat malang dan rugi jika ada antara pelajar kita di negara yang aman ini mensia siakan peluang yang diberi untuk belajar di mana2 sekolah atau institusi dengan melakukan perbuatan yang melanggar adap,adat dan undang undang...Sayang walau berpelajaran tinggi namun dari segi moral mereka hancuss...walaupun hanya segelintir..namun kita tidak mahu bakal pemimpin atau pemegang jawatan tinggi akan datang terdiri dari mereka yang cacat akhlak serta tingkah lakunya...Ini lah yang berlaku bilamana unsur2 kerohanian tidak diambil kira..aku percaya semestinya sebelum ini pun telah diterap semua itu sejak di bangku sekolah rendah..namun jika yang punya diri tidak mempraktikkan nya maka hilang lah semua itu seperti debu yang ditiup angin...

...agak malang mereka yang rebel ini terdiri dari antara mereka2 yang paling bijak...Ini tak kira lah dimana pun..Di sekolah menengah tempat aku belajar dulu pun ada satu group terdiri lima orang murid dari kelas Perdagangan yang sering membuat hal di sekolah...mencuri,ponteng kelas,hisap rokok,melastik guru dan lain2...Yang selalu amik hadiah di atas pentas sekolah kerana cemerlang dalam pelajaran pun mereka dan yang selalu kena public canning depan perhimpunan juga mereka inilah..Kemuncak kepada semuanya ini bila mana salah saorang dari ahli kumpulan ini didapati bersalah dan dihantar ke Sekolah Henry Gurney setelah merompak dan membunuh saorang pengawal di stesen minyak Esso pekan Banting ketika itu...bagi aku pelajar tersebut amat bertuah kerana tidak dikenakan hukuman mati mandatori kerana masih di bawah umur..kedua kerana semestinya di Sekolah Pemulihan seperti itu peluang untuk berubah amat luas terbentang disokong pula dengan bimbingan serta pemantauan yang tidak berbelah bagi...

...Jadi usaha untuk memulihkan kembali imej mereka di mata masyarakat adalah terletak di atas bahu pelajar pelajar ini sendiri...baik pembawaan mereka baik lah jadinya jika buruk yang ditonjolkan maka malu dan kecewalah akan ibu bapa yang mengharap...

...Persoalannya sekarang kemanakah arah tuju mereka ini kemudian nanti..apakah akan menyertai puak berhaluan kiri yang terusan menjerit serta memprotes dijalanan atau pun menjadi insan kamil seperti mana yang diharapkan oleh ibu bapa mereka atau pun hingga ke akhir tetap mengecewakan?? Semoga mereka dan kita diberikan taufik dan hidayah..Aminnn..Wallahhualam..


....Habis urusan aku menumpangkan beliau untuk pulang ke hostel yang jaraknya lebih kurang satu kilometer dari lab Mekanikal Engineering tempat beliau belajar...Sambil tu sempat gak aku amik gambar2 ni semua sebelum memandu pulang...





























...Tempat parking kereta yang luas dan selesa...takde kes berebut rebut rasanya...



..Rasanya aku tau sapa yang empunya Lavina nih...hehhehee...Bro u know who you are...

3 comments:

Dr. Ben said...

Grand Livina putih ada 4-5 biji kat UTP tu. Kalau plat AHC tu aku punya le.

WanBeruas said...

..Ajee memang kereta miker le Dr...:0)

WanBeruas said...
This comment has been removed by the author.